Pengikut

Ahad, 22 Julai 2012

Kesian!

Malam Jumaat, 19 Julai, saya 'tertonton' TV2 separuh jalan majlis pelancaran 'Rayuan Hari Pahlawan 2012' yang dirasmikan oleh Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, di Wisma TV Angkasapuri.

Ini mengimbau semula ketika pihak JHEV menjemput saya untuk mempromosikan buku saya di majlis yang sama  pada 29 Julai 2011 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Sungguh mengecewakan sekali. Mana tidaknya, hanya 12 buku = RM480 sahaja yang berjaya dijual...tak berbaloi langsung. Kos perjalanan dan penginapan melebihi pendapatan. Apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada KP JHEV diatas jemputan tersebut. Eh...Eh...Eh...Kesian saya!

Tapi bukan kekesalan tersebut yang nak diluahkan di sini. Saya hanya sekadar mahu memberi 2 komen terhadap majlis kutipan derma di atas.

Para Dermawan. Saya perhatikan mereka yang menyumbang pada hari pelancaran hanya syarikat-syarikat yang terbabit secara langsung dengan KEMENTAH, seperti LTAT, Bank Affin, Boustead. Mana perginya lain-lain GLC, institusi kewangan, syarikat-syarikat gergasi swasta, pemaju-pemaju perumahan? Mana dia syarikat-syarikat penerbangan, pengangkutan, perkapalan, telco, pemonopoli-pemonopoli pelbagai industri? Mereka ini untung berjuta-juta dan berbilion-lion RM. Takkan RM1 juta akan merobek kantung kut! Lagi pula, sumbangan mendapat pengecualian cukai pendapatan. Tak nak ke mereka mengiktiraf pengorbanan wira-wira yang majoritinya tak didendang? Ramai pula hidup bak kata 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan ada yang terpaksa meneruskan kehidupan dengan kecacatan anggota tubuh badan.

Sungguh ironis sekali...Ada pihak yang sedia 'top-up'  RM1 juta kepada pemenang pingat emas Olympics, iaitu tambahan kepada jumlah yang sama yang dijanjikan oleh gomen. Mengharumkan  negara mendapat sanjungan yang begitu tinggi dibandingkan dengan berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatannya. Fikir macam ini sajalah...Derma kepada wira sukan, hanya individu berkenaan yang mengecapinya, sebaliknya, jika menderma kepada rayuan di atas, akan dimanfaatkan untuk kebajikan lebih daripada 200k veteran yang ada dikalangan mereka hidup dalam keadaan begitu daif. Kan ini lebih afdal? 

Saya tabik spring kepada gomen diatas keprihatinannya terhadap kami para veteran. Dahlah diberi pencen (yang layak) dan kemahiran, paling mustahak sekali, kemudahan perubatan PERCUMA. Ketika usia dah di ambang sore ini,  kebanyakan para veteran menjadikan hospital untuk 'berehat'. Dengan adanya sumbangan kepada rayuan tersebut, nasib  para veteran akan lebih terbela. Eh...Eh...Eh...Kesian kami!

Gambar. Semasa majlis tahun lepas, saya kecewa dengan tiada langsung elemen TUDM pada banner yang tersergam di atas pentas. Sebaliknya, gambar helikopter 'Wessex' serta beberapa anggota RAF dijadikan hiasan. Saya meluahkan perasaan ini kepada seorang pegawai JHEV. Tiada sebarang respons. Biasalah tu. Tut...Tut...Malam tadi (19/7) saya lihat gambar Wessex yang sama! 
Kompleks Kraf pada 29 Julai 2011

Saya sama sekali tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh mat saleh di era insurgensi. Tapi, mereka tidak terlibat sehingga berakhirnya era tersebut pada Disember 1989. Saya tidak menyalahkan golongan cetek pengetahuan sejarah negara tercinta ini sekiranya mereka beranggapan bahawa hanya dengan bantuan orang putihlah negara mengecapi keamanan dewasa ini. Oh...Mengapalah terwujudnya situasi yang boleh membawa persepsi bahawa kita masih di bawah bayangan penjajah!!!  Dan TUDM pula tidak memainkan peranan penting dalam usaha negara menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Eh...Eh...Eh...Kesian TUDM! 

Apalah salahnya menggunakan gambar seperti berikut?
 Memasukkan seorang casevac dalam  Nuri - satu-satunya 'Talian Hayat'  

Saya hanya sekadar mampu meluahkan kekecewaan yang mungkin ramai menganggapnya sebagai isu remeh-temeh. Tapi, manalah tahu, mungkin gambar sebegini boleh menginsafkan golongan remaja dan seterusnya membakar semangat patriotisme mereka. Entahlah...Saya hanya boleh mengharapkan agar coretan mejar pencen ini mendapat pertimbangan positif daripada pihak berwajib dan akan lebih prihatin di masa akan datang....Wallahualam.

Percayalah, saya tetap berbangga bahawa saya adalah seorang mantan anggota tentera. Dan turut terlibat secara langsung menentang musuh negara. Syukur alhamdulillah.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan.
Nak buat lagu mana, maalaysians tak berapa kenai dan tak tahu pengorbanan tentera kita.Exposure tak banyak, ruang penghebahan tak luas. ATM sendiri pun lebih berminat nak buat purchasing ajee.

Coba tuan pi tanya JHEV negri. Tanya depa apa kursus yg depa kelola,melalui pengalaman , ada peg JHEV kata tak, wal hal dalam Website JHEV ada tercatat kursus kursus yg boleh ex memohon.Kesian kat aku.

Nur Emyinda berkata...

Salam Ramadhan Tn Mejar Nor Ibrahim,

Yes...betul apa yang Tn Mejar titipkan dalam coretan Tn. Sy juga menonton siaran tersebut di TV 2 (yang kurang popular...tak sepopular saluran TV3, TV1, apatah lagi di ASTRO???!!!Tiada pula diwawarkan majlis ini dalam setiap saluran bagi info penonton sepertimana anugerah "red carpet" Msia!!! ).

Sy secara peribadi mengakui amat kecewa terhadap majlis yang berlangsung pada malam tersebut. Sy ternanti2 juga manakah sumbangan dari TELCO yang gah dengan papantanda dan tema iklan mereka dan housing developers dengan deretan bangunan yang meruntuhkan pasak bumi; yang rata2 kesemuanya mengaut keuntungan berbilion dan berjuta2 tak ternilai lagi. Bukankah anggota2 veteran tentera juga antara yang menjadi penyumbangnya keuntungan mereka2 ini???!!! Waimahpun kalau olahragawan itu memenangi pingat emas pun di arena yang diceburi, bagi saya, seluruh warga veteran ATM ini dan anggota tentera yang berkorban dan terkorban mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ini adalah lebih berharga dari segala2nya. Nyawa darah dan keringat mereka adalah sumbangan pengorbanan mereka yang tidak mungkin mampu digalas kita ….malah kita takkan mungkin dapat membalasnya dengan timbunan wangringgit dan emas menggunung.

Fikir2kanlah mereka2 ini yang terbabit di luar sana...Buka2lah mata, hati dan minda dan belajarlah untuk lebih tahu menilai "Manakah itu intan dan manakah itu kaca". Sesungguhnya kekadang perlulah diingat “hati gajah sama di ratah, hati nyamuk sama dicecah”.

p/s para veteran dan anggota tentera ini keluar masuk hutan – berkorban dan terkorban – membunuh musuh dan mungkin mereka sendiri terbunuh, tiada ganjaran yang diberikan. Esoknya keluar masuk lagi hutan… Mereka akur itulah tanggungjawab mereka - semata2 demi dan untuk keamanan kedaulatan negara tercinta. Bukan kerana nama dan ganjaran…untuk gah di pentas dan mata dunia. Kerana tanpa keamanan dan kemakmuran, tiada pentas yang akan ada untuk kita berdiri di atasnya... ;-p

BRAVO SELURUH WARGA VETERAN TENTERA - Semoga Allah swt membalas segala jasa kalian!

basri bin omar berkata...

Salam Ramadhan Tuan!

Tk paparan tu....AMAT setuju benar dgn Anonym tu......memang sapa pun tak minat dgn kita....kita saja yg terhegeh2. Tak ada ROI pada mereka! Out of sight,OUT of Mind...
SELAMAT BERIBADAH dalam bulan Ramadahan ni ,moga2 Allah memberkati kita dan klrga.AMIN!

Tanpa Nama berkata...

Agaknya dalam program-program yang akan datang terpaparlah lain-lain gambar helikopter British seperti Westland Dragonfly, Westland Sycamore, Westland Whirlwind, Westland Scout dan sebagainya yang pernah berkhidmat di Malaya semasa darurat.

Kesian NURI dan Alouette III TUDM.

Kata Tun Dr. Mahathir: MELAYU MUDAH LUPA.

Mereka masih lagi mempunyai mentaliti penjajah yang tebal.

Tidak belajar sejarah peranan Nuri dan Alouette III.

Tidak tahu pasal helikopter.

Dan juga tidak membaca buku sejarah.

Harap Tuan dapat sedarkan mereka melalui blog Tuan.

InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Capdoc ADI

Tanpa Nama berkata...

capdoc ADI, mana tidaknya perkra yg tuan cakap itu terjadi setiaqp tahun menjelang tibanya sambutan Hari Kemerdekaa, Rakyat malysia melalui Media massa terutama TV1 dan 2 mau pun TV3 asik asik tayang gambar hitam putih zaman dahurat pertama yg pada dasarnya muka muka matsalleh yg menjadi hero negara. Mana dia wajah wajah malaysians yg mempertahankan kemerdekaan negara di zaman insurgensi? ATM buat lah sesuatu supaya Malaysians tahu yg ATM itu ujud pada zaman insurgensi dan Malaysia udah pun merdeka.

apa yg tuan Basri kata pon betuk juga , Kita terhegeh hegeh. Kesian kat kita.

Nur Emyinda berkata...

memang betullah kata tuan nor dan nuremyinda. mana mreka2 glc tu??? syarikat tak terkenal pun derma jugak 50k. Media2 pun mana ada buat liputan seperti program anugerah2 lagu dan iklan jom heboh2 tu. Isshhh...memang kesian kat ATM. Memang tak patut. Bilalah mreka2 rakyat msia semua tu nak sedar dan hargai wira2 negara kita!!!


mat teropong

Nur Emyinda berkata...

Goodness gracious...shocked and wonder. sape pulak mat teropong ni via my blog profile???!!?? another 'hijack'?? i once experienced!! Anyway, tq for the posting mat teropong.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Tuan/Cik semua,

Terima kasih. Begitulah nasib wira-wira yang dilapuk dimakan zaman. Itu sebabnya saya terus menulis & menulis perkara sebegini dengan harapan ia di'terbaca' oleh mereka yang berpengaruh dan boleh mengubah keadaan...Wallahualam. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menonjolkan diri kita. Kalau harapkan orang lain....kesian sajalah!

Cik nur_emyinda12,

Saya sendiri terkejut apabila 'nama' anda digunakan oleh mat teropong. Mula saya tak nak publish komen beliau, tapi on 2nd thought, publish juga, sekurang-kurangnya anda mengetahuinya. Tak fahamlah saya, benda macam ini pun nak di'curi'...Eh...Eh...Eh.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

TQVVVVVM Tuan for the thoughtful deed of publishing the comment from 'mat teropong' and thus this keep me aware of 'the act of disguise', a misconduct @ inethical act indeed ;-(

To mat teropong - perhaps am sure u have your own pride and your self identity and not use others. Gracias.