Followers

Tuesday, July 10, 2012

Perwira Negara

Akhirnya, bertambahlah khazanah yang boleh dijadikan bahan untuk menaikkan semangat patriotisme di kalangan rakyat negara Malaysia tercinta ini. Apa yang saya maksudkan ialah sejumlah RM4 juta telah dibajetkan untuk pembikinan filem tentang keperwiraan PW1 Datuk Kanang Anak Langkau. Ini telah diumumkan oleh YAB PM sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar. Sebelum ini, rakyat hanya dipertontonkan kisah arwah Lt  Dato' Adnan yang gugur ketika menentang kemaraan tentera Jepun di Bukit Chandu, Singapura. Untuk era darurat pertama, semangat patriotisme kita disemarakkan dengan keberanian wira-wira Bukit Kepong yang sanggup berkorban daripada menyerah kalah kepada pengganas komunis. Tapi tiada pula kisah wira-wira di era insurgensi kedua sehinggalah pengumuman tersebut.


Saya bukannya seorang kaki wayang. Namun demikian, apabila filem ini ditayangkan di pawagam nanti, saya akan cuba menontonnya, insyaAllah. Hanya satu perkara sahaja yang saya mohon kepada penerbit dan penulis skrip untuk dipertimbangkan. Saya sangat mengharapkan pihak berkenaan turut menonjolkan peranan krew Nuri yang terlibat dalam sortie menyelamatkan Dato' Kanang ketika cedera ditembak musuh di kawasan Simpang Pulai, Perak (saya tidak terlibat langsung). Difahamkan, krew pesawat menghadapi masalah untuk menurunkan 'Strecer Saleh' dengan kabel 'hoist' kerana pokok-pokok terlalu tinggi. Untuk makluman, panjangnya kabel ialah 290 kaki; hanya 280 kaki boleh digunakan. Berprinsipkan sistem 'pulley', 10 kaki terakhir yang meliliti gelendong hoist, bertanda warna merah, adalah dalam zon kritikal. Lilitan ini yang 'menguatkan (hold)' kabel daripada 'unreel'. Melepasi paras ini akan mengakibatkan kabel akan unreel disebabkan graviti. Jika ini berlaku, bagaimana krew boleh menyelamatkan casevacs? Apa akan jadi kepada mangsa-mangsa pengkhianat negara? Bukannya ada 'clearing' untuk Nuri mendarat dan mengambil mangsa-mangsa.

Bayangkanlah betapa cemasnya AQM ketika itu! Sudahlah beliau yang paling terdedah kepada tembakan musuh,  strecer masih tidak mencecah bumi walaupun kabel sudah berada dalam zon bahaya. Mana tidaknya sehingga beliau terbuang air kecil dalam flying suitnya! Masalah ini telah diajukan kepada kapten pesawat. Kapten pula menghadapi masalah suhu MGB (main gear box) meningkat kerana hover terlalu lama dan pesawatnya yang mungkin menjadi 'target practice' untuk pengganas komunis. Namun demikian, nyawa mesti diselamatkan. Beliau telah 'lower collective lever' untuk Nuri 'descend' sehingga pesawat hampir-hampir mencium pokok-pokok.Tindakan ini berjaya  menaikkan mereka  yang tercedera ke dalam pesawat, syukur alhamdulillah. Kegigihan dan dedikasi krew Nuri telah berjaya menyelamatkan Dato' Kanang dan rakan-rakan beliau yang tercedera.

Apabila ditanya sekembali ke skuadron, AQM hanya menjawab '....biasalah maca!'.

Saya hanya boleh memberi pandangan di era saya sahaja. Percayalah, tiada apa misi yang paling mustahak selain menyelamatkan casevacs. Kami akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan misi tersebut tidak kira masa dan keadaan. Ini kerana kami menyedari 'burung besi' inilah satu-satunya 'Talian Hayat' bagi wira-wira di dalam hutan. Memetik Lt Kol Chong Keng Lay TUDM (B) setelah berjaya mengambil seorang casevac pada hari kedua semasa Ops Selamat Sawadee. Cubaan hari pertama telah gagal kerana pesawat beliau ditembak yang mengorban arwah L/Kpl Ismail, seorang anggota Air Rescue Team '....THIS IS VERY IMPORTANT AS THE NURI PILOT MUST GET THE JOB DONE LEST THE MORALE OF THE GROUND TROOPS BE SEVERELY AFFECTED. THEY WILL NOT GIVE THEIR 110 PERCENT TO THE OPERATIONS AT HAND. THERE IS NOTHING WORST THAN A COMMANDER ON THE GROUND, BE HE A PLATOON COMMANDER, COMPANY COMMANDER OR A BATTALION COMMANDER, TO HAVE A DEMORALIZED UNIT BECAUSE HIS WOUNDED COMRADE IS NOT EXTRICATED FOR MEDICAL TREATMENT; IT CAN HAPPEN TO HIM AND BE FACED WITH THE SAME SITUATION AND BE LEFT IN THE BATTLE FRONT UNCARED.

THE NURI CREW WILL ALWAYS GET HIS CASUALTIES OUT AT THE RISK OF THE CREW'S LIVES AND LOSS OF AIRCRAFT'.

Saya berbangga kerajaan akan menaja pembikinan tentang keperwiraan Dato' Kanang.  Tapi, tidakkah krew Nuri terbabit sepatutnya turut diberi penghargaan? Pada pandangan saya, masih tidak terlambat untuk menghargai pengorbanan mereka (krew Nuri) walaupun kesemua mereka telah lama tamat berkhidmat dalam ATM. Saya pasti mereka akan terharu sekiranya kisah sortie menyelamat Dato' Kanang turut ditekankan dalam filem itu nanti...Wallahualam. 


Mana cukup hanya sekadar menulis dalam blog saja. Jadi saya pun emelkan coretan ini kepada Bos-Bos di KEMENTAH untuk pertimbangan mereka...
From: nor ibrahim sulaiman

To: Tan Sri PAT ; PTD ; PTU ; PTL ; KSU KEMENTAH
Cc: Dato' Zahid Hamidi ; Hj Mohsain
Sent: Tuesday, 10 July 2012 12:24 AM
Subject: PEMBIKINAN FILEM DATO' KANANG


Assalamualaikum Tan Sri/Dato Seri/Dato',

Saya sungguh berbangga dengan keputusan kerajaan memperuntukkan RM4 juta untuk perkara di atas. Syabas diucapkan terhadap keprihatinan kerajaan menobatkan keperwiraan anggota tentera. Di sini saya ingin mencadangkan agar pihak penerbit dan penulis skrip turut menekan peranan krew Nuri yang terlibat dalam misi penerbangan membawa Dato' Kanang dan rakan-rakan yang tercedera dalam insiden di Simpang Pulai, Perak. Krew terpaksa menghadapi berbagai masalah yang hanya diketahui oleh anggota skuadron sahaja. Pada pandangan saya, dedikasi mereka melaksanakan tugas dalam keadaan yang begitu getil seharusnya turut dihargai.  

Saya telah mencoretkan kisah misi tersebut dalam blog saya. Sila klik di sini http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/perwira-negara_10.html.

Pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan ini sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)


Saya tak pasti sama ada emel mejar pencen ini dibaca oleh penerima. Tidak menghairankan sekiranya ia terhenti di peringkat 'gate-keepers' mereka sahaja. Apa pun, saya telah berusaha dan mencuba. Jika melepasi saringan, terpulanglah kepada mereka yang berkuasa untuk memikirkannya...Wallahualam.

7 comments:

SENAPANG PATAH said...

Salam Tuan, harap2 mereka yg menulis skrip dan jalan cerita filem ini membuat penyelidikan menyeluruh berkenaan perjalanan kisah hidup dato kanang dan juga peranan unit2 lain ketika operasi melibatkan pasukan dato kanang ini,sekecil2 kisah boleh menjadi sejarah utk dikenang genarasi muda masa kini

Anonymous said...

salam tuan,
diharapkan juga punasihat disegi taktikal diperolehi dari mereka mereka yg pernah buat operasi sezaman dato kanang bukan yg ada sekarang ni...yg ada sekarang ni hutan pun tak kenai...

Anonymous said...

Harap mereka yang diamanahkan untuk membuat filem tersebut tidak menyalahgunakan wang tersebut. RM4 juta banyak tuu...

Anonymous said...

kalau x salah baru2 ni ada 2 helikopter nuri berkampung di tapah untuk shooting filem..... cerita apa x tau la

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

I would agree with all commentators that the producer of the said film should do a thorough homework. This is to ensure the scenes are following as mush as possible the actual scenarios of the said so-called war. This would include the uniforms, weapons, 3-ton, tactical/strategies etc.. to be used. Most importantly they are not focusing a love story more than Y.Bhg Datuk Kanang. The line-up of actor/actress must be correctly chosen avoiding muka cun-cun with over make-up.

Reference is to be made with veterans as current officers mostly have experience with live bullets during UKMTD or suntikan perang only. You know what I mean, heheeheee.

On the other hand, what is the status of a film producer trying to ciplak your book who has advertised it in newspaper recently?

ღ cik faye ღ said...

salam, harap2 filem ini bukan 'indah khabar dari rupa'...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Untuk makluman, saya telah memanjangkan emel berkenaan kepada KP Finas untuk mempertimbangkan saranan saya. Difahamkan production house terbabit ialah Tangan Seni Sdn Bhd. Wallahualam.

Saudara Kamal Sanusi,

Tiada sebarang berita daripada pihak pengarah terbabit.