Keesokan hari, 6/3, dengan bergalaskan beg berisi 20 naskah buku, bergegas le ke kem. Haik....Apa sudah jadi? Booth saya sudah di'cerobohi' oleh Bomba TUDM yang telah menempat peralatan mereka untuk dipamerkan! Tak apalah. Ini mungkin terdapat tersilap komunikasi...Bukannya satu masalah. Saya ternampak sebuah meja kecil dalam booth KTU yang mempamirkan baju 'T' dan juga lencana pesawat pejuang. Jadi, mejar pencen ni pun bertanyalah kepada pegawai berkenaan sama ada saya boleh tumpang sekaki. 'No problem'...Syukur alhamdulillah.
Bersama dengan Komandan, Kol Sardon TUDM
Bersama pelatih juruterbang. Dari kiri: Lt Fikri TLDM, Kapt Ahmad TUDM
Cuaca pada hari itu sungguh panas. Dalam booth macam pi kat 'sauna bath'...Berpeluh-peluh. Mujurlah Komandan telah mengarahkan dibawakan kipas angin. Jika tidak, makin kuruslah saya...He...He...He.
Saya menjaja sekejap saja. Pada jam 1200, saya terpaksa balik kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang kariah masjid. Malam sebelum itu beliau telah mengingatkan saya tarikh yang sungguh bermakna kepadanya. Jadi, balik le ke rumah untuk mengambil isteri sebelum pergi ke dewan majlis di Darulaman Golf & Country Club.
Letih dibuatnya
Dah balik ke rumah, malaslah nak pi semula ke tapak pameran walaupun acara berakhir jam 2200. Malah, Keesokan harinya pun, 7/3, saya tak pergi lagi.
Berapa buku laku? 10 sahaja....Syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya berkurangan juga stok saya...He...He...He. Saya bersyukur kerana TUDM masih sedia membantu mejar pencen ini.
Komandan KTU, Pegawai-pegawai TUDM terbabit dan 6 RAMD....Terima kasih.
3 ulasan:
Assalamualaikum..
selamat pagi Tuan..
moga Allah memberi kesihatan yg baik n dipermudahkan segala urusan Tuan...ameen..
saya berminat nak beli buku Tuan..boleh tak Tuan tolong nyatakan prosedurnya..
Muhammad Syafiq
~Anak Army~
Waalaikumussalam,
Terima kasih. Sila kredit RM40 dalam CIMB 0210-0001938-20-2 Nor Ibrahim bin Sulaiman. Kemudian sms (019-4744849) nama dan alamat pos.
terima kasih..petang ni saya bank in kan duit ke dalam akaun Tuan..
saya dari kecil minat sangat dengan bidang ketenteraan walaupun takdir Allah meletakkan saya bekerja dalam bidang lain..mungkin sebab pengaruh dari ayah dan ibu saya yang juga tentera..
ayah saya dulu army,unit medical..pernah ikut misi pengaman PBB di kampuchea dulu..saya selalu tengok gambar-gambar lama ayah saya semasa di kampuchea termasuk beberapa keratan akhbar ayah saya sedang memberikan bantuan kepada mangsa jerangkap samar di sana..tapi ayah saya jarang sangat bercerita tentang pengalaman semasa dia di Kampuchea dulu..lepas ni saya nak korek cerita dari ayah saya pulak..mana tahu boleh share dengan Tuan..=)
Syafiq
~Anak Army~
Catat Ulasan