Pengikut

Jumaat, 21 Jun 2013

1 Kepuasan

Ha...Sapa2 ada apa jua masalah, tanya si 'Pakar Serba Tahu' ni....Saya le tu. He...He...He. Tak percaya? Saya terima emel  berikut daripada seorang isteri kepada seorang anggota unit TDM, Sarawak, pada 12/6... 

'...sy nk tanya..suami sy mgidap hptitis c..kerja sebgai tentera..nak buat rawatan kos sebyak 30 ribu..sy nsk tanya..macam mna prosedur nsk buat agar kerajaan dapt tnggung kos rwatsn?? apa syarat y dkenakan tuan? sy bersemngat bca nukilan tntang isteri tuan..' (coretan di sini).

RM30k? Apa ke he ni? Setahu saya semua penjawat awam mendapat rawatan percuma di hospital gomen. Mana le hamba Allah ni nak cari RM30k! Jawabnya, melayanglah emel berikut...

'Pertama sekali, semua penjawat awam, termasuk anggota ATM, diberi rawatan PERCUMA DIATAS APA JUA PENYAKIT DI KLINIK/HOSPITAL KERAJAAN TANPA MENGIRA PANGKAT DAN DARJAT.

Soalan. Siapa yang memaklumkan yang suami anda mengidap HCV?

Jika doktor klinik swasta, bawa laporan darah itu ke RSAT dan minta doktor surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar, Gastroenterologist, di hospital. Sepertimana yang saya coretkan dalam blog, pakar akan mengesahkan dengan mengambil darah. Selepas disahkan dijangkiti HCV, barulah suami anda dikehendaki melalui beberapa proses rawatan.

Kos rawatan memang mahal. Satu suntikan 'Interferon' saja berharga RM600 pada 2008 dan dilakukan setiap minggu selama 6 bulan atau setahun, tertakluk kepada keadaan. HCV yang dijangkiti suami anda dapat dikawal jika menerima rawatan awal, insyaAllah. Beliau perlu menguatkan semangat bagi menghadapi kesan pengambilan ubat-ubat itu nanti.'

Kita sepatutnya bersyukur kepada-Nya kerana kerajaan menanggung kos rawatan di hospital-hospital kerajaan. Akhir kata, kita hanya mampu berusaha, Allah menentukannya'.

Saya ingat jawapan saya itu mungkin emel terakhir saya terima daripada si isteri. Engkohnya tidak. Ini respons yang saya terima...

'....suami sy dapt thu dia mgidap hpetitis c dari rsat..kmudian drujuk di polikkinik..doktor pkar kata kos rwatan 30ribu..soalan sy..bgaimana kami nak kerajaan tnggung kos itu?adakah krajaan akan tnggung separuh sja kos rwatan?kami perlu bjumpa sapa untuk uruskan hal ni?mksud saya..kos rwatan.'

Ini pasti ada kesilapan komunikasi. Saya mencadangkan beliau dan suami berjumpa OC atau CO. Saya yakin masalah ini dapat diatasi, insyaAllah. Tapi, mana mejar pencen nak duduk diam. Alang kepalang nak tolong, biar sampai semuanya selesai.  Jadi, dengan nombor CO yang diberikan oleh seorang kenalan, saya pun hubungi CO di waktu malam. Saya memaklum tentang masalah isteri anggota beliau. Agaknya CO terserentak menerima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali berkenaan kesihatan anggota beliau (layan saya dengan baik & berbudi bahasa)..He...He...He . Beliau beritahu yang beliau ketika itu berada di KL dan akan mengambil tindakan selanjutnya apabila balik ke unit nanti.

Di waktu yang sama, saya telah mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri saya supaya mengemelkan pengalaman beliau kepada si isteri dan cc kepada CO. Ini telah pun dilaksanakan.

Pada  19/6, saya terima sms daripada CO menyatakan yang beliau telah berbincang dengan pasangan berkenaan  dan mereka bersetuju untuk si suami dirujuk ke Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur dalam masa terdekat. 

Saya bersyukur akhirnya proses mendapatkan rawatan dah bermula. Apa keputusannya, wallahualam. Harapan saya agar pesakit patuh kepada arahan pakar dan tabah menghadapi dugaan-Nya.

Ini sajalah sumbangan yang termampu saya berikan kepada mereka berdua dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu pasangan tersebut. Pokoknya, sesiapa yang ada masalah, jangan diamkan saja. Beritahu pihak atasan tentang masalah yang dihadapi. Mana le OC ke...CO ke...nak tahu jika mereka tak dimaklumkan. Dah jadi tugas orang atasan mengatasi masalah anak buah mereka. Itu adalah satu AMANAH yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

2 ulasan:

mumuchi berkata...

Betul Tuan. Zaman sekarang ni orang lebih ramai tau merungut dari cuba berusaha dengan jalan betul.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mumuchi,

Terima kasih. Saya tabik si isteri yang sedia mengetengahkan masalah yang dihadapi suaminya melalui emel kpd saya. Saya harap selepas ini persepsi yang pegawai atasan 'unapproachable' terhakis dalam pemikiran mereka, wallahualam.