
Menurut laporan 'Bernama' pada 18/9, ini respons beliau tatkala diajukan soalan membawa abu petualang negara tersebut...'detested the word 'communist' and inflamed with anger when asked about attempts to bring home the body or ashes of Chin Peng'.
Mengapa beliau begitu marah? Ikuti kisah beliau yang saya 'copy & paste' (permisi telah dipohon) daripada mukabuku 'X 7RAMD'.....
Pada 25 November 1978 semasa berkhidmat di Batalion Ke 7, Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Erskine, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Semasa menjalankan tugas operasi Ops Kota Grik Perak ... Pada jam 0645 pagi khemah di kawasan Bukit Kobeh, Grik Perak telah diserang dari beberapa penjuru olih pangganas komunis.
Pada jam 0900 pagi setelah hari cerah dan terang kami diarahkan menjejak musuh yg melakukan serangan. Setelah bergerak dalam lingkungan 500 meter dari khemah, saya telah terpijak jerangkap samar, yang mana kaki kanan saya telah putus dan kaki kiri saya hancur.
Bantuan helikopter nuri sampai jam 12.00 tengahari, sedang usaha mengangkat saya naik melalui tali, helikopter nuri TUDM telah ditembak olih musuh yg masih berada dikawasan tersebut, akibat serangan itu helikopter pun terbang meninggalkan kawasan dan gagal membawa saya keluar.
Apabila waktu telah petang hampir jam 2.00 anggota pasukan seramai 13 orang diarah membawa saya dengan diusung kesatu tempat yg lebih selamat yg mana memakan masa 4 jam melalui hutan belantara dan anak sungai,, Kami sampai ke tempat yg diarahkan lebihkurang jam 6.30 petang.
Keadaan saya ketika itu amat parah dan kritikal. Dlm beberapa minit kemudian 3 buah helikopter sampai untuk membawa saya keluar,, suasana ketika itu amat menakutkan, 2 buah helikopter memberi tembakan kawalan.
Semasa penerbangan saya dirawat olih pasukan perubatan ATM sahinggalah sampai ke Hospital Pulau Pinang lebih kurang jam 7 malam,, Sampai disana kedua dua kaki saya tak dapat diselamatkan'.
Ketika kejadian itu, beliau hanya baru 21 tahun berada di dunia ini. Bayangkan tatkala masih muda trang-tang-tang, dalam sekelip mata beliau kehilangan kedua-2 kakinya! Hanya kerana nak mengejar cita2 menjadikan Malaysia sebuah negara berideologikan komunisme, para wira seperti Mohd Rosli terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat. Apakah agaknya perasaan mereka yang menobatkan sipetualang ini sebagai wira negara sekiranya ada di kalangan keluarga terdekat/tersayang mereka, katakanlah bapa, adik, abang, dll, yang terkorban atau merana sepanjang hayat angkara keganasan 'hero' depa tu. Apa le agaknya tanggapan mereka terhadap idola mereka jika mereka sendiri mendapati dunia menjadi gelap-gelita angkara jerangkap samar seperti yang dialami oleh wira kita di sini. Adakah pandangan mereka masih sama atau sebaliknya? Hanya mereka saja yang dapat menjawabnya, wallahualam.
Apa pun, saya tabik spring dan syabas saya ucapkan kepada gomen diatas ketegasannya TIDAK membenar abu mendiang dibawa balik ke negara tercinta ini...MALAYSIA...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.