Pengikut

Isnin, 28 Oktober 2013

Roda Mula Berputar

Saya rasa tak puas hati isu di sini tergantung begitu saja. Al-maklum saja le, mana orang beso2 yang meluangkan masa membaca  blog mejar pencen ini walaupun dah di'link'kan. Jadi, saya pun hantaq emel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman

Date: 23 Oktober 2013 12:57:46 PTG GMT+08:00
To Tan Sri PATKSU KEMENTAHKSN Dato' Ali and 8 More...
Subject: KERENAH BIROKRASI

'...Selama 4 bulan menggunakan kaki palsu yg sudah rosak dengan hanya mengikat dgn dawai dan ditampal sendiri, akhirnya hari ini kaki palsu tersebut tidak boleh digunakan lagi,,' (Petikan rayuan seorang OKU yang terpapar dalam 'mukabuku'. Beliau kehilangan kedua kaki akibat jerangkap samar pada 25/11/1978. Ketika itu beliau berusia 21 tahun. Syukur alhamdulillah, beliau telah terima surat kelulusan daripada JHEV pada03/10/13).

Saya berbangga kerajaan menghargai pengorbanan para OKU dengan membiayai kos mendapatkan anggota palsu. Difahamkan, prosidur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
"3.    Menurut syarat permohonan semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 di bawah perkara tajuk Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Anggota Palsu:

        3.    Syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah ditetapkan seperti berikut:

            (iv)    Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu yang berharga melebihi harga siling yang ditetapkan di Jadual 1 hendaklah dirujuk untuk sokongan / perakuan Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Jadual 1: Harga siling bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu
                                       


Jenis Amputasi

Harga Siling (RM)

Amputasi bawah lutut

5,000.00

Amputasi paras lutut

10,000.00

Amputasi atas lutut

10,000.00

Amputasi ‘ through hip ‘

15,000.00

Masalah timbul apabila kos penggantian melebihi had siling yang memerlukan kelulusan KKM. Mungkin saya silap, saya berpandangan kerenah birokrasi ini merupakan punca utama kelewatan para pengguna mendapat alatan berkenaan yang sangat diperlukan, wallahualam. 

Jika insan kerdil ini diizinkan memberi pandangan, diharap pihak berwajib mengkaji semula prosidur bagi memendekkan proses tersebut. Ini dapat dilaksanakan dengan KEMENTAH dipertanggungjawab sepenuhnya untuk melulus kos yang melebihi had siling. Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk 'mengrakyatkan agensi kerajaan' supaya lebih mesra pelanggan. 

Sekadar satu cadangan untuk dipertimbangkan. Terima kasih.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Tut..Tut...Pada 23/10/2013, jam 1619, saya terima 'cc' emel daripada KSU KEMENTAH yang dihantar kepada KSU KKM....

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
Ketua Pengarah kesihatan Malaysia

YBhg Datuk

Dimajukan luahan untuk di kongsi bersama
 
KSU Mindef

Ini respons KSU KKM kepada KSU KEMENTAH kepada pada 23/10 jam 1636...

Salam Dato Sri,

Saya mengambil perhatian dan akan menyemak segera perkara ini. Terima kasih. 

KSU KKM telah 'cc'kan kepada bos2 berkenaan. Dan salah seorang bos tu pun memberi respons yang di'cc'kan kepada saya....

'Sukacita lihat email Datuk KSU

Mohon kita bincang bersama Yg Bhg dato Dr Azmi - supaya kerenah birokrasi ini dapat diatasi'

Bos jabatan terbabit pun emel kepada 'The Big Boss' yang dicckan pada saya pada 23/10 jam 1457....

'saya akan semak dan susuli perkara ini'. 

Pada 26/10 jam 1002, saya telah menghantar emel berikut kepada pihak terbabit....

Assalamualaikum,

Diharapkan apa jua semakan dan tindakan seterusnya akan membawa perubahan terhadap proses berkenaan bagi mengurangkan kesengsaraan/keseksaan/penderitaan para pengguna alatan terbabit, wallahualam.

Akhir kata, terima kasih diatas keprihatinan pihak berwajib terhadap rentetan rakyat kerdil tanpa 'gelaran' dan 'ternama'.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Pada 27/10 jam 1241, terima emel berikut daripada Pengarah Perkembangan Perubatan...

'Salam YBhg Datuk, YBhg Major En Nor Ibrahim,

Terima kasih diatas email yang dipanjangkan.
Sebagaimana dimaklumkan perkara ini adalah berkaitan dengan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarganya yang berkelayakan selaras dengan peruntukan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.21/2009.

Saya berkongsi keprihatinan yang dibangkitkan oleh YBhg Major Nor Ibrahim.

Pekeliling Perkhidmatan 21/2009 menetapkan bahawa ketua jabatan boleh meluluskan permohonan perbelanjaan anggota palsu sebagaimana yang dimaksudkan. 

jika kos permohonan tersebut berada di dalam julat harga yang telah ditetapkan di dalam pekeliling berkenaan, walau bagaimana pun jika Ketua Jabatan mempunyai sebarang keraguan atau kos anggota palsu berkenaan melebihi julat harga yang ditetapkan di dalam pekeliling berkenaan, permohonan tersebut dirujuk ke Kementerian Kesihatan (Bahagian Perkembangan Perubatan- untuk ulasan).

Saya akan susuli perkara ini dengan Pengarah Pasca Perkhidmatan, JPA, YBhg Dato Yeow Chin Kiong supaya keprihatinan ini dapat diperbincangkan / penambah baikan dapat dipertimbangkan.

Saya telah buat semakan, dan dimaklumkan pada masa kini tidak ada permohonan anggota palsu dari JHEV yang tertunggak di KKM, jika ada harap saya dapat dimaklumkan melalui email ini atau hp saya 0124100232.

Saya kongsi email ini bersama dengan Pengarah Pasca Perkhidmatan, JPA.

Terima kasih.

Dato' Dr Azmi Bin Shapie
MD, MPH, MSC Epid. PGD-LSHTM, CMIA.
Pengarah Perkembangan Perubatan.'

Saya telah menggerakkan roda. Sekarang terpulanglah kepada agensi dan pertubuhan2, yang objektifnya menjaga kebajikan para ahlinya, menentukan roda tidak 'terhenti' begitu saja. Ini saja yang termampu saya lakukan dalam usaha membantu mengurangkan penderitaan para OKU, wallahualam. 

KSU KEMENTAH, KSU KKM & semua mereka yang terbabit...Terima kasih diatas keprihatinan anda semua.

Isnin, 21 Oktober 2013

Empati

Saya terima emel daripada JHEV berkaitan kisah di  sini yang saya panjangkan kepada agensi tersebut, petikan.....

'3.    Menurut syarat permohonan semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 di bawah perkara tajuk Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Anggota Palsu:

        3.    Syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah ditetapkan seperti berikut:

            (iv)    permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu yang berharga melebihi harga siling yang ditetapkan di Jadual 1 hendaklah dirujuk untuk sokongan / perakuan Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan.


Jadual 1: Harga siling bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu
                                           


Jenis Amputasi

Harga Siling (RM)

Amputasi bawah lutut

5,000.00

Amputasi paras lutut

10,000.00

Amputasi atas lutut

10,000.00

Amputasi ‘ through hip ‘

15,000.00

4.    Setelah meneliti borang permohonan tersebut, permohonan veteran adalah di dalam kategori amputasi paras lutut. Memandangkan kadar sebutharga adalah melebihi kadar siling yang ditetapkan, Unit Perubatan, JHEV telah mengeluarkan surat kepada Kementerian Kesihatan bertarikh 30 Julai 2013 bagi tujuan memohon kelulusan. Untuk makluman tuan, peraturan ini adalah terpakai kepada semua jenis pembekalan termasuk ubat, alat bantu pendengaran, alat-alat ortopedik dan lain-lain keperluan yang ditanggung oleh Kerajaan. Cuma kelulusan dari KKM ini diakui mengambil masa yang agak lama walaupun sudah difollow up berkali-kali.'

Engkohnya begitu le prosidur mendapatkan penggantian alat anggota yang 'rosak'. Agak2nya le, adakah sesuatu yang mustahil untuk pihak berwajib mengkaji semula prosidur tersebut bagi mengurangkan kesengsaraan/bebenan OKU yang kebanyakannya melibatkan insan2 kerdil saja? Tak bolehkah JHEV atau KSU KEMENTAH diberi kuasa sepenuhnya untuk meluluskan pembelian melebihi had siling? Bayangkan jika pembuat keputusan dalam keadaan begitu....Apalah agaknya perasaan mereka kerana terpaksa menanggung keseksaan angkara karenah birokrasi. Tak tahu le saya. Saya hanya mampu bersimpati sahaja. Kesian depa! 

Oh ya, sekarang ni tengah mentelaah buku ke2 (di bawah) yang dipinjamkan oleh Prof Dr Hamzah (di sini). Beliau telah membeli 3 buku melalui 'Amazon (UK)' yang ada kaitan dengan Malaya di suatu ketika dulu. Tak boleh buat 'review' kerana masih belum khatam.

Terbitan pertama pada 2011 dan ke2 2013

Apa nak dikatakan. Jika nak tahu kisah sejarah tanah air kita, kena le baca buku yang ditulis orang asing kerana ramai para wira yang agak keberatan mengabadikan kisah mereka!

JHEV....Terima kasih diatas keprihatinan terhadap rentetan para veteran.

Isnin, 14 Oktober 2013

Misi Tetap Sama

11/10/13...Semasa berjalan balik ke rumah selepas solat Jumaat, terdengar 'hon'  kereta di belakang. Apabila menoleh, Prof Dr Hamzah, UUM, menghulurkan buku "The Jungle Beat", oleh Roy Follows; terbitan pertama pada 1990 dan ke2 1999.

Secara ringkasnya, buku ini adalah coretan Lt (Polis) Roy Follows, Ketua Platun No 4 PPH (Pasukan Polis Hutan) di era darurat pertama.  Beliau mula berkhidmat di Cha'ah, Johor, pada 1952. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui dalam operasi memburu dan memusnah pengganas komunis (PK).

Buat permulaan, bukan mudah untuk memahami anggota platun yang berlainan agama dan adat resam. Dan bahasa. Sebelum mempelajari bahasa Melayu, beliau banyak menggunakan bahasa isyarat. Kerana tidak pasti maksud isyarat tertentu, anggotanya mengikut beliau ketika nak membuang air besar! Senyum dibuatnya beliau menyebut 'nasi standing at ease'.

Follows menceritakan bagaimana seksanya mengharungi paya sedalam dada di Pengerang dalam usaha memburu petualang2 negara. Dan terpaksa bergelut dengan seorang musuh sebelum berjaya mencederakannya dengan parang dan menewaskannya. PK tersebut telah dihadapkan di mahkamah dan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.

Juga, beliau mencoretkan pengalaman ketika bertugas selama 9 bulan di Pos Brooke.  Misi beliau ialah untuk menangkap atau membunuh seorang pengganas komunis. Namun demikian, beliau tidak berjaya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Ini termasuk 'blanket bombing' oleh pesawat Hastings di kawasan berhampiran pos tersebut.

Follows berlepas balik ke England dengan memandu sebuah 'Jeep' (JA 6188) bersama seorang rakan. Kenderaan tersebut telah di'scrap' oleh tentera dan dibaikpulih sepenuhnya untuk perjalanan hampir 13k batu; dari Singapura ke England. 2 nama anggota platun yang beliau tidak boleh lupakan ialah Sjn Shaffie dan Sjn Abdullah.

Itu era darurat pertama. Apakah perbezaan dengan darurat kedua?

Ketua 'pemburu' tidak lagi mat saleh. Tugas ini diambil alih oleh anak watan negara Malaysia tercinta ini. Tanpa mengira keselamatan diri, para wira negara meneruskan pemburuan petualang negara. Kerana, misi kedua-dua darurat tetap sama.....memburu dan memusnah PK.

Sepertimana yang kita ketahui, ramai wira yang terkorban. Salah seorangnya ialah arwah ASP Mohd Zabri, komander VAT 69, akibat terpijak jerangkap samar pada 3/9/1975 di kawasan 'Ops Bamboo'.  Pos Brooke termasuk dalam kawasan operasi ini. (Kiri: Isteri arwah). Dalam buku Follows, jerangkap samar yang beliau sebut hanyalah 'panji', itu saja. Tiada cerita tentang anggota beliau tercedera/terbunuh angkara jerangkap samar. Justeru, bolehlah dirumuskan bahawa di era darurat pertama, PK masih jahil tentang penggunaan jerangkap samar. ATM pula terpaksa berhadapan dengan ancaman yang sungguh menggerunkan.
Utusan Malaysia 11/10/13

Masih cerita tentang PDRM. Saya telah di'link' oleh saudara 'Senapang Patah' dengan kisah pengalaman seorang anggota SB yang terlibat dalam operasi menentang anggota 'PARAKU'  di sini.

Berbalik kepada buku di atas, malang sekali sekiranya generasi  akan datang terpaksa membaca buku tulisan orang putih untuk mengetahui sejarah negara sendiri. Saya yakin ramai para veteran yang pengalamannya mungkin lebih menarik daripada Follows. Tapi sayang sekali, tanpa mengetahui alasan sebenonya, mereka begitu 'berat' untuk meluahkannya. Percayalah, banyak penerbit, seperti DBP dan ITBM, mengalu-ngalukan karya yang bergenre patriotisme. Paling tidak pun, emel pada saya supaya disiarkan dalam blog mejar pencen ini. Jika cukup bahan, mungkin saya akan terbitkan koleksi kisah2 itu, insyaAllah.

Jangan salahkan 100% jika golongan remaja kini tidak menghargai keselesaan yang dikecapi kerana mereka kurang mendapat pendedahan. Fikir-fikirkanlah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Sabtu, 5 Oktober 2013

Menanti Satu Penyiksaan

Baru2 ni, saya terbaca rayuan seorang veteran agar pihak berwajib mempercepatkan penggantian kedua-dua kaki palsunya yang tidak boleh digunakan lagi. Memang tersentuh dibuatnya apabila membaca keluhan beliau, petikan '...Selama 4 bulan menggunakan kaki palsu yg sudah rosak dengan hanya mengikat dgn dawai dan ditampal sendiri, akhirnya hari ini kaki palsu tersebut tidak boleh digunakan lagi,,'.
 
Menurutnya lagi, JHEV telah dimaklumkan pada Jun 2013 dan seorang staf telah menghubungi beliau bulan itu juga. Itulah kali terakhir beliau mendengar berita daripada agensi berkenaan.

Saya sebenonya tak tahu langsung tentang prosidur, harga atau kekerapan menggantikan 'anggota palsu'. Apabila ditanya, harga serendah RM3k hingga RM30k, mungkin lebih. Kaki beliau yang dah 'haus' tu berharga ~RM27k. Ia terpulang kepada kualiti, sepasang/sebelah, besar/kecil, dan banyak lagi. Menurut 2 orang OKU yang saya hubungi, kekerapan penggantiannya pula tertakluk kepada 'kelasakan' penggunaannya. Kalau kurang pergerakan, lama le sikit ia bertahan. Tapi kalau kerja yang banyak pergerakan, seperti memotong rumput, 2-3 tahun haus le kaki itu.

Sebenonya, mendapatkan penggantian anggota palsu bukanlah menjadi masalah bagi veteran OKU kerana gomen membiayai kos pembeliannya. Sumbangan ini adalah penghargaan negara terhadap pengorbanan mereka, syukur alhamdulillah. Masalah yang ditimbulkan oleh perayu ini ialah kerana dah 4 bulan  menunggu tanpa sebarang berita terhadap permohonan beliau. Seorang OKU yang kehilangan 1 kaki memaklumkan pada saya yang beliau hanya menanti sebulan sahaja. Macam mana ni...Ada yang hampir 4 bulan masih ternanti-nanti; ada pula sebulan dah diluluskan?

Saya nak tahu juge le apakah prosidur yang perlu dipatuhi oleh para OKU. Jadi, bagi nak mendapatkan gambaran, saya pun hubungi le cawangan JHEV sebuah negeri pada 4/10. Apabila diajukan soalan tentang prosidur, seorang staf memaklum, secara ringkasnya...
  • Pertama sekali sipemohon MESTI mendapat surat pengesahan daripada doktor kerajaan, tak kiralah sama ada hospital awam atau hospital ATM. RSAT pun OK. Janji doktor gomen. Doktor mengesahkan alatan  palsu pemohon perlu diganti. 
  • Lepas tu, dapatkan sebutharga daripada 2-3 pembekal yang sedia menerima LO.
  • Seterusnya, pengesahan doktor dan sebutharga itu dimajukan kepada pejabat JHEV Negeri untuk disalurkan kepada ibu pejabat JHEV.
  • Jika alatan berharga RM9,999.00 dan ke bawah, JHEV boleh luluskan. Agensi tersebut akan memaklumkan sipemohon untuk berurusan dengan pembekal.
  • Jika harga RM10k ke atas, JHEV akan memanjangkan kepada Kementerian Kesihatan (KK) untuk kelulusan. Sebarang keputusan akan disalurkan semula kepada JHEV.
  • JHEV akan menghubungi sipemohon apabila kelulusan diberi oleh KK untuk berurusan dengan pembekal.
  • Kebiasaannya, proses ini semua dianggar mengambil masa 1- 3 bulan. 
Begitu le prosidurnya. Kita perlu faham prosidur yang membabitkan ongkos gomen. Tidak dinafikan semua perbelanjaan mesti mengikut prosidur yang telah ditetapkan. Ini kerana ia melibatkan wang kita semua, rakyat le tu...Mesti ada akauntabiliti. Gomen pula pasti ada le alasan mengapa dasar KK diberi kuasa meluluskan permohonan jika kos melebihi RM10k digubalkan.

Agaknya apakah perasaan pembuat keputusan jika mereka empati dengan penderitaan yang dihadapi oleh golongan tersebut? Saya hanya bersimpati saja tapi bagaimana pula tuan empunya badan, bak kata 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'? Tanpa mengenepikan akauntabiliti, kan peraturan tak boleh dipinda bagi menyesuaikan dengan keadaan sekarang ini sejajar dengan konsep 'mengrakyatkan' agensi kerajaan yang dilaung2kan itu? Apalah salahnya dikurangkan karenah birokrasi jika ia dapat mengurangkan bebanan rakyat! Masalah beso ke jika  JHEV atau KEMENTAH dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk meluluskan permohonan sebegini? Saya rasa tindakan ini juga adalah 1 aspek mencapai konsep tersebut. Tindakan tersebut sudah pasti dapat mengurangkan keseksaan/kesengsaraan/bebanan yang terpaksa dipikul oleh para pemohon, wallahualam.

Saya pasti sipemohon berkenaan telah beberapa kali mengganti kaki palsunya sebelum ini dan mungkin tidak menghadapi masalah kelewatan seperti yang dihadapi kini. Mungkin juga beliau tidak akan mengetengahkan luahan hatinya jika beliau dimaklumkan sebab-menyebab kelewatan.  Bukankah penantian tanpa berita itu satu penyeseksaan?

Pada 03/10, saya terima sms daripada OKU berkenaan...'Salam tuan, Alhamdulillah baru tadi terima surat kelulusan dari jhev, terima kasih atas btn tuan'. Sebenonya apa yang saya lakukan hanyalah sekadar menghantar emel kepada PAT & KSU KEMENTAH memohon agar mereka 'tengok2kan' le keluhan veteran OKU berkenaan. Kemudian saya panjangkan kepada pihak2 berkenaan. Apa pun, syukur alhamdulillah, semuanya beres.

Para Penggubal Dasar.....Fikir-fikirkanlah.