

Buat permulaan, bukan mudah untuk memahami anggota platun yang berlainan agama dan adat resam. Dan bahasa. Sebelum mempelajari bahasa Melayu, beliau banyak menggunakan bahasa isyarat. Kerana tidak pasti maksud isyarat tertentu, anggotanya mengikut beliau ketika nak membuang air besar! Senyum dibuatnya beliau menyebut 'nasi standing at ease'.
Follows menceritakan bagaimana seksanya mengharungi paya sedalam dada di Pengerang dalam usaha memburu petualang2 negara. Dan terpaksa bergelut dengan seorang musuh sebelum berjaya mencederakannya dengan parang dan menewaskannya. PK tersebut telah dihadapkan di mahkamah dan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.
Juga, beliau mencoretkan pengalaman ketika bertugas selama 9 bulan di Pos Brooke. Misi beliau ialah untuk menangkap atau membunuh seorang pengganas komunis. Namun demikian, beliau tidak berjaya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Ini termasuk 'blanket bombing' oleh pesawat Hastings di kawasan berhampiran pos tersebut.
Follows berlepas balik ke England dengan memandu sebuah 'Jeep' (JA 6188) bersama seorang rakan. Kenderaan tersebut telah di'scrap' oleh tentera dan dibaikpulih sepenuhnya untuk perjalanan hampir 13k batu; dari Singapura ke England. 2 nama anggota platun yang beliau tidak boleh lupakan ialah Sjn Shaffie dan Sjn Abdullah.
Itu era darurat pertama. Apakah perbezaan dengan darurat kedua?
Ketua 'pemburu' tidak lagi mat saleh. Tugas ini diambil alih oleh anak watan negara Malaysia tercinta ini. Tanpa mengira keselamatan diri, para wira negara meneruskan pemburuan petualang negara. Kerana, misi kedua-dua darurat tetap sama.....memburu dan memusnah PK.

Utusan Malaysia 11/10/13
Masih cerita tentang PDRM. Saya telah di'link' oleh saudara 'Senapang Patah' dengan kisah pengalaman seorang anggota SB yang terlibat dalam operasi menentang anggota 'PARAKU' di sini.
Berbalik kepada buku di atas, malang sekali sekiranya generasi akan datang terpaksa membaca buku tulisan orang putih untuk mengetahui sejarah negara sendiri. Saya yakin ramai para veteran yang pengalamannya mungkin lebih menarik daripada Follows. Tapi sayang sekali, tanpa mengetahui alasan sebenonya, mereka begitu 'berat' untuk meluahkannya. Percayalah, banyak penerbit, seperti DBP dan ITBM, mengalu-ngalukan karya yang bergenre patriotisme. Paling tidak pun, emel pada saya supaya disiarkan dalam blog mejar pencen ini. Jika cukup bahan, mungkin saya akan terbitkan koleksi kisah2 itu, insyaAllah.
Jangan salahkan 100% jika golongan remaja kini tidak menghargai keselesaan yang dikecapi kerana mereka kurang mendapat pendedahan. Fikir-fikirkanlah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
3 ulasan:
Salam tuan,
Minta tolong tuan tukar font terdahulu supaya senang dibaca. Font tulisan yg tuan gunakan sekarang sukar nak baca. Tq Tuan
Waalaikumussalam Anonymous,
Terima kasih. Harap fond kini tidak lagi menyukarkan anda.
Assalamualaikum Tuan,
Mohon tuan terbitkan artikel di blog tuan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Kerana ramai juga pelajar atau generasi muda yang berminat membaca artikel tuan tetapi tak dinafikan penguasaan bahasa inggeris yang lemah. Itu tak salah, sebab bukankah kita wajib mengutamakan bahasa melayu di negara kita.
Terma Kasih Tuan.
Catat Ulasan