Saya tahu operasi itu diilhamkan oleh Jen Tan Sri Mohd Ghazali Seth ketika menjawat GOC. Jadi, tanya sana, tanya sini, dapatlah nombor telefon bimbit beliau. Apa lagi, sms pada TS yang saya berbesar hati sekiranya beliau sudi berjumpa dengan saya pada Sabtu 24/5. Tut...Tut...Tut...beliau respons OK jam 1600. Saya menetapkan tarikh tersebut sementelah saya ada temu janji dengan Brig Jen Dato' Abdul Rahim pada 23/5 di Starbucks, Skypark, Subang. Jadi terbang le ke KL pada 23/5 dengan Malindo Air. Tujuan temu janji itu adalah bagi mendapatkan cerita beliau kerana beliau terlibat dalam operasi tersebut.
Dari kiri: Redza Zainal, Dato Abd Rahim, NIBS, Zaini Zaid
Dato Rahim menceritakan pengalaman beliau dalam operasi itu. Secara ringkasnya, selain peranan yang biasa dilaksanakan dalam operasi, 2 buah Nuri terlibat dalam 'deception plan'. Nuri-Nuri tersebut telah hover di beberapa lokasi seolah-olah menurunkan trup. Sebenonya tak ada paxs langsung. Tujuannya hanyalah nak mengelirukan PGK. Beliau juga telah pergi ke lokasi serang hendap ketika kejadian itu masih berlaku untuk mengambil 'Ben' dan seorang casevac. Ini dari perspektif seorang juruterbang.
Keesokan harinya, 24/5, saya telah pergi ke Taman Melawati untuk bertemu dengan Mej Zainal (B). Tujuan untuk mendapat pengesahan tentang beberapa fakta.
Bersama Mej Zainal (B)
Para pelaksana sudah ditemui. Tiba masanya untuk mendapatkan 'arkitek' operasi itu sendiri. Jadi, habis saja dengan Mej Zainal, Redza & Zaini terpaksa membawa saya ke rumah TS Ghazali di kawasan Bukit Damansara.
Bersama Tan Sri Ghazali Seth
Bila ditanya tentang Ops Gonzales, TS dengan rela hati menceritakan apa itu operasi tersebut. Strategi yang digunakan ialah 'DECEPTION'. Apa yang beliau lakukan ialah menghebohkan keseluruh negara yang tentera akan membuat 'latihan' besar-besaran yang melibatkan beberapa briged dan pesawat TUDM. Trup diaturgerak ke kawasan latihan di Cameron Highlands. Objektif publisiti ialah bagi mengelirukan PGK. Depa ingat tentera akan fokus di Cameron Highlands. Tapi, sasaran sebenonya ialah di kawasan Sg. Siput/Ulu Kinta. Jadi, bila trup dah in place, apa lagi, operasi dilancarkan.
Saya bertanya kepada beliau, mengapa 'Gonzales'? Jawapannya ialah semua operasi ada nama. Elemen yang diperlukan bagi menentukan kejayaan ialah 'kepantasan' = Masa. Jadi kartun 'Speedy Gonzales' yang dinyanyikan oleh Pat Boone memang sesuai. Maklum sajalah, orang lama dah semesti le meminati lagu ni, termasuk saya...he...he...he. Beliau telah memberi 2 buku kepada saya sebagai rujukan.
Sapa2 di luar sana yang sudi dan sedia kongsi bersama pengalaman tentang Ops Gonzales atau mana2 operasi yang melibatkan siburung Nuri, emel pada saya. Untuk makluman, sebuah filem dokumentari sedang dalam pembikinan tentang operasi ini. Bila akan disiarkan, wallahualam.
Tan Sri Ghazali, Dato' Rahim, Mej Zainal, Redza dan Zaini....Terima kasih.