Followers

Thursday, April 24, 2014

'Bang...Bang...Bang...'

Sambungan dari sini

6/8/69....


Jam ~ 0500, No 10 Skn, TUDM Kuantan. Juru teknik sibuk menyediakan FM1140 untuk penerbangan pagi itu.

Jam ~ 0530 - Sjn Ramly Bin Hassan, AQM, tiba untuk menentukan semua peralatan, seperti fuel pump, survival packs, 'Mae West' life jackets, lubrication dan hydraulic oils, ada dalam pesawat. Beliau kemudian panjat Nuri untuk membuat pemeriksaan.

Jam ~ 0600 - Flying Officer David Bailey (pilot RAF yang dipinjamkan kepada TUDM), kapten pesawat, dan Lt Richard Jalleh, ko-pilot, tiba di skuadron. David pergi ke pejabat 'Line' untuk memeriksa dokumen sebelum menandatanganinya sebagai menerima Nuri tersebut untuk tugas hari itu. Manakala Richard pula membuat pemeriksaan ke atas Nuri.

Jam ~ 0700 - Nuri pun berlepas dari Kuantan ke Changlun untuk tugasan ulang bekal kepada 1 PPH di Sadao.

Jam ~ 0900 - Nuri tiba di Changlun dan enjin dimatikan. Kru diberi taklimat oleh pihak Pasukan Keselamatan (PK). Selepas itu, Nuri berlepas untuk ke LP pertama.

Konstabel Ismail 'Rantai' (bersara Sub-Inspektor)  ditugaskan sebagai 'marshaller' di LP. Ketika Nuri 'on final' untuk mendarat, Ismail terdengar 'bang...bang...bang'  dan beliau melihat Nuri 'overshoot'. Nuri telah ditembak oleh pengganas komunis  (PGK). Terdapat peluru yang menembusi 'lower side window' di sebelah kanan dan kena 'seat' kapten. Oh mak datuk, terkejut betul kapten sehingga terlepas 'controls' (collective dan cyclic). Mujurlah Richard dengan pantas mengambil alih control sebelum menyerahkannya semula kepada kapten.

Mereka mendarat di gelanggang bola keranjang sebuah sekolah Cina di Changlun. Setelah membuat pemeriksaan, terdapat 18 lubang di Nuri. 2 butir peluru kena 'main rotor blade' sehingga BIM (blade indicator method) menjadi merah. Ini membuktikan ges nitrogen dalam 'spar' telah meresap keluar. Ges ini digunakan bagi mengesan sekiranya terdapat rekahan kepada rotor blades.

Selain itu, peluru telah menembusi 'nose compartment' sehingga 2 daripada 3 set radio (VHF, UHF & HF), dihinggap peluru dan tidak berfungsi lagi. Turut dicium oleh peluru ialah sponson di sebelah kanan dan seat steps.

Menurut Richard, beliau memang gementar. Selepas pemeriksaan dibuat, No 10 Skn dihubungi. Sementara menuggu 'recovery', beliau telah pergi ke sebuah restoran Cina berdekatan dan order 'hot beer' bagi menghilangkan perasaan gementar itu.

'Jam-jam' hanyalah andaian saya kerana tidak mendapat kepastian apa makna 'pagi' daripada mereka yang terbabit. Saya telah menghubungi Lt Kol Richard Jalleh TUDM (B) yang kini menetap di Perth, Australia, PW 1 Ramly Hassan di Pahang, dan Ismail 'Rantai' di Melaka.

Bersambung...

2 comments:

nimitz said...

Kisah "combat" sebegini banyak didapati dari buku-buku ditulis oleh "mat salleh" sedangkan kisah "combat" yang dialami oleh ATM terutamanya Darurat II amat sukar ditemui dalam bentuk buku. Darurat II "combat" setakat pernah saya baca hanya buku kisah penerima SP&PGB, buku Kanang dan buku oleh Robert Rizal. Buku "combat" TUDM tak pernah ketemu lagi. Harap usaha Tuan utk kumpulkan kisah "combat" burung besi masa Darurat II akan diterbitkan jua utk bacaan umum kelak.

pisang said...

assalamualaikum tuan . saya ni orang baru di blog tuan ni, hehe . tuan takde perancangan ke nak terbitkan buku tuan buat kali kedua ? teringin benar saya nak memilikinya :D