Pengikut

Selasa, 31 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxvii

Bersambung dari SINI...

28 Dis 1955...D-Day

Jam 1100 - Rundingan bermula...sepatutnya le...

Pagi-pagi lagi, satu platun penembak tepat polis mengambil tempat di luar pagar perimeter Baling English Schools dan rumah penginapan rombongan Chin Peng. Arahan yang mereka terima - tembak saje sesiapa yang cuba memasuki kawasan larangan tanpa permit khas.


Bilik tetamu dan makanan dalam tin sudah disediakan. Tugasan ini dipertanggungjawabkan kepada Jaafar Ismail, yang juga dikenali sebagai Pak Long Jaafar (kiri), tukang kebun sekolah tersebut semenjak 1 Feb 1952 dan bersara pada 1988. Menurutnya,  pada 27 Dis dia masih ingat sorang pegawai Mat Saleh  mengarahkannya dengan berkata "...Hello boy...here. Tomorrow I want you to standby 24 hour here." Cara penjajah mengarah betul-betul kurang asam; depa pandang rendah bebeno orang tempatan. Masa tu dia berusia 20-an. Sebelum bekerja di situ, dia tak tahu bertutur bahasa gomen tapi semenjak bekerja di sekolah itu, dia mula fasih kerana cikgu-cikgu semua cakap gomen dengan dia.

Bila ditanya apa tugasannya, Mat Saleh tu beritahu supaya membersihkan kompoun sekolah, mengemas bilik penginapan dan menyediakan makan dan minum delegasi kominis tapi tidak melibatkan memasak makanan. Jadi, sebelum ketibaan tetamu, dia pun menyiapkan bilik tidur dan susun makanan dalam tin di atas meja (Utusan Online, Saya bukan tukang masak Chin Peng, 2 Apr 2016, di SINI).

Bilik penginapan Chin Peng dan delegasi. Sumber: IWM

Apa pula aktiviti di Klian Intan pagi itu? Menurut Davis,  pada jam 0700 jalan raya dari Klian Intan ke Kroh dan Baling ditutup kepada pengguna orang awam untuk setengah jam sebelum dan selepas konvoi berlalu (Margaret Shennan, Our Man In Malaya, hlm. 276). Menurut Khor Thean Hong, wartawan The Straits Times, pada jam 0630 gate di Gunung  Paku dibuka untuk pekerja lombong Rahman Hydraulic Tin Mine keluar untuk pergi tempat kerja. Kali ini mereka tak berjalan kaki sebaliknya naik lori. Sejam kemudian, jalan ini ditutup. Dengan penutupan ini pekerja Kwong Leong Tin Mine tidak pergi ke lombong (The Straits Times, Chin Peng:'On The Spot' Story Of How He Came Out, 29 Dis 1955, hlm. 7).

Sebelum subuh Davis dan konvoi polis yang terdiri daripada 14 kenderaan, termasuk 2 buah Ferret Scout Cars dan 2 buah Bedford van daripada 2 PPH berlepas dari Kroh. Menurut 1042 Lt (Polis) Dennis Wombell, Ketua Platun 2 PPH, unitnya dipertanggungjawabkan menentukan keselamatan pergerakan sementelah unit tersebut sudah 5 tahun membuat operasi di Betong Salient, termasuk di sebelah Betong. Secara terperincinya, misi platun Wombell ialah mengiringi delegasi komunis dari Gunung Paku ke Baling dan balik apabila rundingan selesai. Bagi misi eskot ini, secara rasmi mereka hanya membawa raifel dan bren gun sahaja. Tapi faham saje le, mesti ada plan kontingensi jika mereka dikehendaki melakukan operasi atau diserang oleh musuh. Jadi, mereka bawa '...full scale of equipment' dan sembunyikan dalam kenderaan.

Antara pegawai polis yang berada dalam konvoi termasuk Asst. Comm. T. B. Voice yang bertanggungjawab mengenai aspek keselamatan rundingan ini, Geoffrey Turner (OCPD Grik), John Penly (Ketua Kompeni 2 PPH) dan Lt (Polis) Ollerearnshaw (Ketua Platun PPH) (Dennis Wombell, The Baling Peace Talks, 28th./29th. Dec. 1955, di SINI). Konvoi ini juga membawa 1 kompeni, lebih  kurang 100 orang dan juga bekalan ransum untuk 30 orang PGK sepertimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa berunding di Kroh pada 13 Dis 1955. Depa nak gomen bekalkan kompo rations seperti yang dibekalkan kepada PK.

Menurut Davis, "I have never been so well escorted in life not for security reasons so much as to proclaim that he [Chin Peng] was coming to us and not on equal terms." (Margaret Shennan, hlm. 275). Pada jam 0800, konvoi dilihat melalui Klian Intan menuju ke Gunung Paku yang jaraknya hanya 2-3 batu.  Ramai le orang memerhatikan pergerakan ini dan "...the column of vehicles was met by expressionless or hostile stares from the local Chinese."

Apabila tiba di puncak Gunung Paku, anggota kompeni membina jungle bashas "...facing outwards in a large defensive circle around the summit of Gunong Paku and prepared themselves to remain there until the of the talks." Deskripsi Wombell mengenai keadaan di situ adalah "...hot, dry and inhospitable moon-like landscape. The whole mountain, which had been mined for tin in terraces and consisted of stony red volcanic laterite, rock and shale, without as much as a blade of grass growing on it, was surrounded at its foot by primary jungle, from which Chin Peng was to emerge."

Davis pula dengan diiringi oleh eskotnya, berjalan ke contact point dan mengumumkan kehadirannya dengan loudhailer. Dia merumuskan kesignifikanan senario tersebut "The high, bare hill, covered with a truly formidable array of troops, up near the Siamese border, waiting for my old friend, Chin Peng - for the last seven years our deadliest enemy - was coming out of the jungle under a flag of truce to meet the Prime Minister  of Malaya and discuss surrender." (Margaret Shennan, hlm. 276).

Tunggulah mereka sementara menanti ketibaan Chin Peng.

Menurut seorang pemerhati di Gunung Paku, pada jam 1000, muncul le Chen Tien dan Lee Chin Hee berpakain awam mendaki bukit. Depa muncul beberapa minit sebelum waktu yang ditentukan. Davis pula turun bukit untuk bertemu dengan Chen di pertengahan jalan (The Straits Times, Chin Peng:'On The Spot' Story Of How He Came Out, 29 Dis 1955, hlm. 7). Chen Tien memaklumkan bahawa Chin Peng agak lewat sikit kerana dia tak larat jalan cepat. Mereka dilihat berbincang hampir setengah jam dan tidak lama kemudian seorang lagi PGK dengan pakaian awam menyertai mereka. Keempat mereka seterusnya meneruni bukit dan memasuki pinggir hutan dan hilang dari penglihatan.

Komen Davis apabila nampak xkawannya ialah "...He was little altered except very much heavier...[he] could only move very slowly from the effects of beri-beri. But it was a thrill to him again." Apa pula pandangan Chin Peng bila terpandang Davis? "To me he looked unchanged. Still as fit as ever."
Bertemu saja dua kawan ini, Davis menghulur tangannya dan berkata "Long time, no see" dalam bahasa Kantonis (Chin Peng, hlm. 371). Mereka berbual dalam bahasa tersebut. Dia turut berbincang dengan komander pengiriang ketua pengganas. Menurut Davis, "This man and his assistant with a couple f sentries were the only armed and uniformed terrorist I saw. The Communists were not supposed to have more than 30 as a bodyguard waiting in the jungle until Chin Peng returns." (The Striats Times, The first words - 'Long time no see', 29 Dis 1955, hlm. 1). Chin Peng bertegas ransum untuk gerilanya dihantar ke suatu tempat dalam hutan untuk mereka ambil nanti.

Setibanya di Gunung Paku. Depan: Ching Peng. Belakang dari kiri: Chen Tien, Rashid Maidin, John Davis. Sumber: Google

Pada jam 1120, Davis, Chin Peng dan delegasinya keluar hutan mendaki ke puncak Gunung Paku. Menurut Wombell, hanya 2 buah kenderaan yang ada di atas gunung tersebut, iaitu Ford Lynx Scout Car.
Tiba di puncak Gunung Paku. Sumber: Ipoh World

Masalahnya ialah ia tiada tempat duduk untuk penumpang dan sangat panas tapi tahan lasak; tak selesa le. OKlah...apa nak dikatakan. Semua mereka disumbat masuk ke dalam kereta kebal ini untuk perjalanan ke bengkel Rahman Hydraulic, lebih kurang 1.5 batu. Dari sana mereka mereka menaiki trak dan menuruni jalan Gunung Paku ke Klian Intan. Pemerhati terbabit menyatakan apabila trak tadi tiba di persimpangan Tanah Hitam-Gunung Paku, para penumpang diturunkan dan seterusnya menaiki Bedford van polis yang menyerupai Black Maria. Chin Peng dan rombongannya sempat lagi memberi senyuman kepada 50 orang pekerja lombong yang sedang makan tengah hari. Rashid Mydin pula menghisap pipe sementara Chen Tien hisap rokok sambil berbual dengan Davis (The Straits Times, 29 Dis 1955, hlm. 7). 

Apa komen Rashid Maidin layanan yang terima ini? "...Kereta yang disediakan untuk kami tidak ubah seperti kereta penjara Black Maria. Mungkin juga penjajah British mahu menghina kami dengan cara demikian. Saya marah terhadap perkara itu, tapi tidak membantah kerana Kapten Davis juga menaiki kenderaan yang sama, lagi pun lebih baik diam saja untuk melicinkan jalan perundingan nanti." (Rashid Maidin, 2005, Memoir Rashid Maidin, Peteling Jaya: SIRD, hlm. 75).

Menaiki van ke Baling. Sumber: Chin Peng, My Side Of History, hlm. 372

Konvoi pun berlepas dari Klian Intan ke Baling yang jaraknya hanyalah 18 batu. Menurut Wombell, aturan konvoi ialah Scout Car pertama yang dinaikinya mendahului diikuti oleh trak pengiring, kedua-dua Bedford van, sebuah lagi trak pengiring dan Scout Car.

Konvoi dari Kliang Intan ke Baling. Sumber: Ipoh World

Penduduk kampung di Klian Intan dan Kroh habis semua keluar rumah untuk melihat musuh No 1 Malaya. Menurut Wombell lagi, "I shall never forget the sight which met us as we approached the gates of the school in Baling where the talks were to be held. There was a crowd of two or three hundred people, Malays, Chinese and Indians, with, in front of them, twenty pr forty photographers and reporters. In a country fighting a war, and in which such assemblies were, strictly speaking, illegal, I had never seen anything like it."

Tiba di Baling. Wombell dalam Ford Lynx Scout Car pertama. Sumber: My Country My Nation 

Konvoi tiba di Baling pada jam 1230. Setiba sahaja di luar sekolah, Wombell dan platunnya meninggal tetamu untuk ke khemah mereka di sebuah padang dan menunggu arahan selanjutnya. Sementara itu, setiba saja di perkarangan Baling English School, Davis mengiringi Chin Peng dan delegasinya tempat penginapan mereka.

Sebelum beredar, Chin Peng meminta "May we have singlets and underpants."(The Striats Times, 29 Dis 1955, hlm. 1). Tidak lama kemudian, kelihatan tukang masak menyalakan api untuk menyediakan makan tengah hari untuk ketuanya. Mana ketua komunis nak orang lain masak untuk dia. Dia bawa chef peribadi le demi menjaga keselamatannya. Selain makanan dalam tin, delegasi PKM juga dibekalkan dengan sayur-sayuran segar, telor, ikan dan beras. Gomen juga membenarkan mereka pergi ke pasar Baling untuk membeli apa yang perlukan dengan kos dibiayai oleh gomen (The Straits Times, 'Pink Gin'- and it's very hospitable, too, 29 Dis 1955, hlm. 7).

Selepas makan, Chin Peng seterus buka tingkap dan dilihat releks dan freshened up sebelum bertemu dengan Tunku.

Oleh kerana ketibaan mereka dah lewat, mesyuarat ditunda pada jam 1415.

Lawatan Dennis Wombel ke Gunung Paku pada 22 Jun 2012 sempena lawatannya ke Malaysia. Dia berkhidmat di Malaya pada 22 Sep 1951-1 Mei 1956. Sumber: PDRM (di SINI)

Tunku dan delegasinya pula bila bertolak ke Baling?

Bersambung, In Sya Allah.

Jumaat, 27 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxvi

Bersambung dari SINI...

27 Dis 1955...D-1...

Baling sudah siap sedia untuk menerima kehadiran para pelakon rundingan yang akan menentukan penamatan kesengsaraan rakyat angkara darurat. Pekan Baling dibanjiri oleh anggota PK dan para wartawan dari serata dunia.

Kain rentang dipasang di pekan Baling menyambut ketibaan para pelakon terbabit dalam mesyuarat bersejarah. Maaf le tak tahu makna tulisan itu. Sumber: Google

Lokasi mesyuarat pula ialah Baling English School sekarang ini Sekolah Kebangsaan Tunku Putra. Isteri saya adalah bekas pelajar sekolah ini).

English School, Baling. Sumber: Google

Lakaran lokasi rundingan. Sumber: The Straits Times, 29 Dis 1955

Gomen telah mengumumkan bahawa Baling  diisytihar sebagai a protected area dan orang luar dilarang masuk melainkan mendapat pas khas. Kenyataan ini turut memberi amaran "...Possession or publication of any communiques or documents issued by Ching Peng or his colleagues is unlawful and no interviews will be permitted with members of the Communist party." (The Straits Times, The Talks Start Today, 28 Dis 1955, hlm. 1). 

John Davis dah pun berada di Kroh untuk melaksanakan tugasan pada D-Day, 28 Dis.

Di mana pula rombongan Tunku dan Chin Peng? Di mana depa waktu itu?

Ketua Menteri Singapura, David Marshall dan Cheng Lock yang ketika itu berada di Singapura, tiba di KL pada 27 Dis jam 0935. Tiba saja di KL, mereka diberi taklimat mengenai mesyuarat tersebut oleh Mej Jen E. S. Lindsay, Principal Staff Officer kepada Bourne. Pada jam 1420, Cheng Lock dan Setiausaha Eksekutif MCA, T. H. Tan, dan Pengarah Perkhidmatan Penerangan, Ya'acob bin Abdul Latif berlepas ke Butterworth dengan pesawat Beaver. Mereka seterusnya bertolak ke Kulim dan bermalam di sana menunggu ketibaan Tunku.

Sementara itu, pada jam 2025 pula Tunku dan Marshall serta rombongan berlepas dari KL ke Bukit Mertajam dengan menaiki kereta api mel malam. Apabila tiba di Bukit Mertajam keesokan hari, 28 Dis, mereka mengambil sarapan pagi sebelum dipandu ke Kulim yang sedang menunggu ketibaan mereka.

Di mana Chin Peng? Menurut ketua pengganas ini, delegasi PKM termasuk  Rashid Maidin dan Chen Tien, berada di sempadan sebelah Thailand, lebih kurang 2 jam perjalanan ke lokasi RV (rendezvous) di Gunung Paku di mana John Davis akan menunggu ketibaan mereka (Chin Peng, hlm. 368). Dia diiringi oleh 20 orang gerila komunis. Kehadiran Rashid Maidin untuk memberi gambaran yang PKM merupakan sebuah parti pelbagai kaum sementelah dia adalah anggota 10 Rejimen. Rejimen ini pada keseluruhannya dianggotai oleh orang Melayu dan berpangkalan di kawasan Weang.

Chin Peng dah pasti le bimbang terhadap keselamatan mereka. Ini betul-betul peluang keemasan sekiranya PK berhasrat membunuh mereka. Tapi gomen tidak mengkhianati genjatan senjata. Menurut Chin Peng lagi, malam itu mereka bertiga berbincang strategi yang akan digunakan semasa pertemuan tersebut hingga larut malam. Ini diakui oleh Rashid Maidin yang menyatakan "...Sebelum pergi berunding, kami sendiri telah dengan panjang lebar mendalami, memikir, mengkaji dan berbincang segala masalah dan persoalan Perundingan Baling itu." (Rashid Maidin, Memoir Rashid Maidin, 2005, Petaling Jaya: SIRD, hlm. 19).

Chin Peng pula study personaliti Tunku, Cheng Lock dan Marshall. Mesti le tahu personaliti yang nak dihadapi nanti. Dia merumuskan Tunku sebagai seorang yang mudah bertukar pandangan tertakluk kepada tuntutan pengundi. Sementara Chen Lock pula dianggap OK le kerana memahami perjuangannya. Anggapan ini dikuatkan lagi kerana Tan masih berhubung dengan rakan seperjuangannya, Gerald de Cruz. Dia juga menerima laporan melalui networks mengenai aktiviti Chen Lock sebagai Presiden MCA.

Tapi dia kurang pasti tentang Marshall..susah nak baca kerana KM ini hebat berdrama kerana dia seorang peguam. Dia menyatakan "...I wondered to what extent he would employ it during peace negotiations and the effect this might have, if he did."

Akhirnya, mereka mencapai 2 strategi, iaitu syarat maksima dan minima yang akan diambil semasa rundingan nanti. Maksimanya ialah gomen mesti mengiktiraf PKM, kebebasan bergerak kepada semuan PGK bila depa menyerahkan senjata dan tidak menghadapkan mereka di mahkamah. Yang minima pula ialah mereka bebas berpolitik jika PKM diharamkan dan "...not have to capitulate to the government or comply with any requirement that implied surrender." Mereka juga bersetuju Chin Peng boleh "...make on-the-spot decisions as to be the best means of maneuvering between the two." (Chin Peng, hlm. 370-371).

Cukuplah setakat ini. Bersambung...In Syaa Allah.

Rabu, 25 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxv

Bersambung dari SINI...

Tunku kata gomen akan melantik seorang escorting officer. Siapa dia? Chin Peng boleh terima ke sebarang orang? Rasanya dah pasti ia mesti seseorang yang disenanginya.

Mat Saleh yang terpilih ialah John Davis. Sapa yang pernah menonton British Pathe News dan baca apa-apa rencana mengenai Rundingan Baling dah pasti nama ini tidak asing lagi. Dia bersama beberapa orang British, termasuk Spencer Chapman yang menulis The Jungle Is Neutral, terlibat dalam Force 136 semasa penaklukan Malaya oleh Jepun.  Sapa buat kajian tentang darurat dan tak rujuk buku klasik ini, rasanya tak begitu lengkap le kajian itu...he...he...he. Mereka ditugaskan untuk melatih gerila MPAJA menentang penjajahan Jepun; MPAJA ini sebenonya gerila PKM (SINI).  Jadi dia memang mengenali Chin Peng dan fasih dalam bahasa kantonis. Kira macam ini lah...bila Davis meninggal dunia di England pada 27 Okt 2006, Chin Peng telah menghantar tribute kepada keluarga mendiang.  Antara lain, walaupun "...My onetime ally was now my enemy", namun Chin merakamkan "...John Davis  is a great loss to this troubled world." Kira-kira OK le tu. Tribute ini mendapat tempat dalam buku Dr. Margaret Shennan sebagai AfterwordRemembering John Davis (Margaret Shennan, (2014), Our Man In Malaya, Monsoon Books, Singapore, hlm. 320).

Yang bagusnya Mat Saleh ini, dia simpan semua dokumen dan buat catatan apa jua perisitiwa. Samalah mengenai Rundingan Baling. Menurut Shennan, dalam personal papers Davis, menunjukkan namanya disebut sebagai escorting officer dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai kanan polis, tentera darat dan udara di Police HQ, Bluff Road, Kuala Lumpur pada 6 Okt 1955, jam 1400; sekarang ini Bukit Aman. Lantikan ini dibuat oleh pihak tertinggi (Margaret Shennan. Our Man In Malaya, Chap. 17, end note 4, hlm. 364). Dalam surat kepada ibunya di England pada 2 Mac 1956, Davis menyatakan bahawa "...all orders and instructions...should be given verbally and by visits of officers' and nothing should go out in writing..." (hlm. 273). Wakil Chin Peng juga diberitahu perlantikan Davis sebagai escorting officer semasa mesyuarat awal di Klian Intan.

 Peranan Davis adalah untuk memudahkan laluan Chin Peng dan rombongannya hadir ke rundingan dan juga sebagai platform perhubungan di antara gomen dan PKM supaya "...to keep relations reasonably sweet in order to make the conference possible but not carry any responsibility or concern in the conference or negotiations." Memang jelas bebeno arahan yang diterimanya!

Dah pastilah mereka yang terlibat merancang dan mengatur Op Pink Gin memberi tumpuan mengenai isu keselamatan musuh negara No 1 ini semasa berada di bumi Malaya. Walaupun gomen memberi jaminan keselamatannya dan juga genjatan senjata, namun ada kemungkinan orang yang nak bunuh Chin Peng. Maklum sajalah...dia dianggap penyebab 10000 terbunuh (hlm. 274).

Bagi memudahnya melaksanakan tugasan, Command HQ telah mengeluarkan arahan kepada komander polis "...to give him every assistance and pay particular attention to his advice." (Chap. 17, end note 10, DEEY. 48/12/55, Operation 'Pink Gin': arrangements for contacting and escorting Chin Peng's paryt, John Davis personal papers,hlm. 364.)

Masa orang tengah sibuk pasal rundingan ini, Davis bertugas sebagai Senior District Officer, Province Wellesly. Beliau mengikuti perkembangan mengenai mesyuarat-mesyuarat awal dan agak pesimistik rundingan itu akan menjadi kenyataan memandangkan ketiadaan titik persamaan di antara  kedua-dua pihak; Tunku bertegas kehadirannya hanya sekadar menjelaskan terma amnesty dan mendengar tuntutan PKM sementara Chin Peng bertegas dengan tuntutan mereka. Ini diluahkan kepada ibunya "...There was so much preliminary parleying beforehand that I thought it would all wash out and it came as quite a surprise in the end." (Hlm. 274).

Apa pun...akhirnya rundingan itu menjadi kenyataan. Jadi, pada pagi 27 Dis 1955 dia pun bertolak dari Province Wellesly ke Kroh di mana beliau menghubungi 3 PPH. Dia checked-in di sebuah hotel. Pasukan ini ditugaskan untuk mengiringinya nanti. Bagi menentukan tugasan berjalan dengan lancar, dia meneliti semula semua arahan mengenai aspek keselamatan dan aturcara mesyuarat itu nanti.

 Kesibukan ini mengelakkan dia dari bertembung dengan 11 wartawan dari kaum Cina yang turut menginap di hotel tersebut (hlm. 275).

Nota:

Saya teringin juga nak dapatkan dokumen/personal papers Davis tapi bagaimana nak hubungi Dr Shennan? Jadi, saya pun hubungai Persatuan Penulis UK untuk mendapatkan alamat emel. Sedih sekali, saya dimaklumkan bahawa historian Dr Shennan telah meninggal dunia.

Cukup le buat hari ini. Bersambung, In Syaa Allah.

Sabtu, 21 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxiv

Bersambung dari SINI...

Mendarat saje di KL, Wylie dan Too pun terus dipandu ke rumah Tunku untuk memberi taklimat. Selepas itu, gomen pun mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan mengenai tarikh, masa dan lokasi rundingan tersebut.

Selain tempoh, zon genjatan senjata dan larangan tinjauan udara di bawah 10000 kaki yang dinyatakan sebelum ini, pengumuman tersebut juga menyatakan "...Chin Peng will be accompanied by two representatives, one of which is a Malay. They will be escorted by a conducting officer who will bring them to the meeting placeThe necessary measures for the safety and reasonable comfort of Chin Peng's will be provided."

Namun demikian, butiran tidak diumumkan atas sebab keselamatan (The Straits Times, Malayan Reds Warned, 27 Dec 1955, hlm. 1).

Dah  tentulah para wartawan pula nak tahu mengenai kemudahan komunikasi untuk kegunaan mereka? Don't worry, Tunku memberi jaminan bahawa persiapan kemudahan komunikasi sudah disiapkan untuk hari bersejarah itu.

Demam rundingan dah pasti le menyelubungi seluruh Malaya. Tunku dah tegaskan apa yang akan beliau jelaskan pada Chin Peng. One thing for sure, no negotiation! Noktah.

Chin Peng bagaimana? Orang Melayu dalam rombongan Chin Peng? Adakah Chin Peng hanya akan berdiam diri begitu saje? Dah pasti...Tidak. Jadi apa strateginya untuk melenturkan ketegasan Tunku dan mendapat simpati rakyat? Guna akhbar! Dia pun pos kenyataan kepada akhbar yang diposkan dari Pulau Pinang pada 24 Dis 1955. Salah satu penerimanya ialah The Straits Times; berapa ramai penerima...wallahualam. Kenyataan ini ditulis dalam bahasa gomen (Inggeris le).

Pada 27 Dis, akhbar tersebut melaporkan kenyatan Chin Peng yang diterimanya pada 26 Dis. Dia beri amaran kepada Tunku dan Marshall bahawa rundingan itu pasti akan gagal melainkan PKM dibenar berkerjasama dengan semua parti dalam usaha mencapai kemerdekaan. Yang bestnya, Chin Peng mengakui bahawa kerjasama ini hanya untuk memberi gambaran kepada penjajah bahawa rakyat Malaya menolak penjajah. Selepas merdeka nanti, mereka tetap dengan objektifnya iaitu menjadikan Malaya sebagai People's Republic of Malaya. (The Straits Times, MCP Makes Its Demand Too, 27 Dis 1955, hlm. 1).

Dengan megahnya, PKM menegaskan "The Communists never want to hide their long-term aims of fighting for a Peoples's Democracy and Socialism. It must be pointed out that the foregoing programme advocated now by the Malayan Communist Party is not a programme for a Peoples Democracy."

Untuk mengelabukan mata rakyat, PKM mengumumkan perubahan struktur organisasi yang melibatkan kepimpinan parti. Struktur ini menyaksikan seorang Melayu, Musa Ahmad dilantik sebagai Pengerusi PKM dan seorang kaum India, Nathan, sebagai Naib Pengerusi. Chin Peng hanya mengekalkan  jawatan Setiausaha Agong. Ini memberi gambaran bahawa PKM adalah sebuah parti pelbagai kaum (multi-racial) dan tidak lagi didominasi oleh kaum Cina. Tentu orang yang kurang faham mengenai status hieraki PKM ingat status Musa Ahmad bersamaan dengan Tunku, iaitu Presiden Parti UMNO/Perikatan. Sebenonya tidak; status Setiausaha Agong bersamaan Presiden UMNO/MCA/MIC.

Apa komen Tunku mengenai manifesto PKM ini? Komen beliau hanyalah "I will tell Chin Peng what I think about it when I meet him." (The Straits Times, 'It's Just A Rehash'-Marshal, 27 Dis 1955, hlm. 1).

Marshall? "...a rehash of the platforms of the various political parties."

Dato Sir Cheng Lock Tan, Presiden MCA yang akan turut hadir dalam rundingan itu nanti mengenai tuntutan Chin Peng ini? Semasa ditemubual oleh wartawan The Straits Times di Singapura pada 26 Dec 1955, dia menyangggah kenyataan Chin Peng sebagai "...a very, very cunning document. Even if I believed these 'aims' of their to be true, I would refuse to associate myself with them. We cannot trust the Communists-they are out to control the whole country."

Dia juga mengesahkan akan hadir di Baling nanti. Ini kerana dia mewakili MCA dan dia ada menerima beberapa surat dari Chen Tien yang mahukan dia hadir semasa rundingan itu nanti. Jadi, apabila diajukan soalan apakah pandangannya mengenai rundingan itu nanti, jawapannya ialah "...I cannot give my views on the meeting beforehand. I will hear what Chin Peng has to say first and then considers the matter with Tunku Abdul Rahman and Mr. Marshall." Namun demikian, kesimpulannya dia ialah "...Sooner or later they (the Communists) have to give in." (The Straits Times, MCP Makes Its Demand Too, 27 Dis 1955, hlm. 1).

Jen Bourne yang berada di London semenjak 2 minggu lepas untuk memberi taklimat kepada bosnya dulu, Gen Gerald Templer yang kini menjawat Chief of General Staff (Panglima Tentera Darat), tiba di KL pada 26 Dis. Dia ke sana untuk berbincang dengan Templer mengenai darurat. Ketibaannya disambut oleh pemangku Pengarah Operasi, Mej Jen E. S. Lindsay. Mereka terus balik ke rumah Bourne di mana Lindsay memberi taklimat kepada bosnya mengenai persedian Op Pink Gin. Apabila ditanya sama ada dia memohon trup tambahan untuk menangani darurat, dia menjawab "I have nothing to say just yet." (The Straits Times, Bourne, flies in, gets a briefing, 27 Dis 1955, hlm. 1).

Cukup le setakat ini. Bersambung, insyaAllah.

Rabu, 18 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxiii

Bersambung dari SINI...

Mesyuarat kat Kroh pada 13 Dis 1955 bukannya yang terakhir. 1 lagi mesyuarat, yang ke5, untuk finalised rundingan di antara Tunku dengan Chin Peng diadakan di Klian Intan pada 24 Dis 1955. Kali ini Klian Intan disealed off  dan dikawal rapi oleh PK sementelah Op Pink Gin dilancar (Marrgaret Shennan, 2014, Our Man In Malaya, Singapore: Monsoon Books, hlm.170; juga The Straits Times, 'Pink Gin'-and it's very hospitable, 29 Dis 1955, hlm. 7). Tindakan ini selari dengan genjatan senjata yang dipersetujui bermula tengah malam hari itu (24 Dis jam 0001 hingga tengah malam 8 Jan 1956 (The Straits Times, Malayan Reds Warned, 27 Dis 1955, hlm. 1). Zon genjatan senjata "...covers 400 square miles of virgin jungle and padi land adjoining the Siamese border." (The Sunday Times, For first time in 7 years, border is quiet, 25 Dis 1955, hlm. 9).

Lega bebeno anggota PK. Mana tidaknya, semua operasi memburu dan memusnah musuh di kawasan genjatan senjata dihentikan. Tak lah perlu memikul haversacks atau diserang hendap. Anggota PK yang beragama Kristian boleh menyambut Christmas dengan lebih tenang. Ini diluahkan oleh seorang anggota PK menyatakan "Although we will be kept busy for the Chin Peng meeting, this cease-fire is the best Christmas present we can possible have."

Perlu diingatkan...gencatan senjata ini hanya di kawasan tersebut sahaja. Di tempat lain operasi berterusan. Malah di kawasan Sungai Buluh, Selangor PK telah berjaya membunuh seorang PGK dan 5 pula menyerah diri (The Sunday Times, He was too quick on the draw for Reds, 25 Dis 1955, hlm. 7). PGK pula telah sabotaj pam air di Estet Pamol, Kluang dan memotong kabel telefon di Estet Niyor (The Sunday Times, Terrorists sabotage water pump, 25 Dis 1955, hlm. 7).

Seperti sebelum ini, Chen Tien dan Lee Chin Hee keluar dari hutan di Gunung Paku pada lebih kurang jam 1120. Dah tentulah tanpa senjata dan berpakaian preman. Sorang pegawai Mat Saleh, Puddicome, memberi amaran kepada para wartawan jangan menghampiri PGK tersebut. Beliau menegaskan "If any of you is found with statement from the Communists it will be treated as a Communist document and you will liable to arrest."

Sementara itu, wakil gomen, Wylie dan Too berlepas dari KL pada jam 1045 dengan pesawat Beaver . Setiba di Kroh, mereka terus dibawa ke Klian Intan. Kali ini lokasi mesyuarat diadakan di rumah kediaman pegawai polis, Lt (Polis) Barnet, yang terletak di belakang balai polis. Mesyuarat bermula pada jam 1145 dan berakhir pada jam 1300.

Hasil mesyuarat ini, walaupun tiada sebarang pengumuman, para wartawan membuat rumusan bahawa rundingan tersebut akan diadakan di Rumah Rehat, Kroh berlandaskan "...strict security precautions were enforced there today."

Op Pink Gin melibatkan, antara lain, 15/19 Hussars untuk tugasan eskot kepada rombongan Tunku dari tempat penginapannya di Kulim ke Kroh dan balik (Nik Anuar Nik Mahmud, Tunku Abdul Rahman And His Role In The Baling Talks, hlm. 44); Royal Scots Fusiliers memberi perkhidmatan telekomunikasi (semboyan), PPH dan 1 platun penembak tepat polis (The Straits Times, Keep out or we'll fire' orders, 28 Dis 1955, hlm. 1). Selain itu anggota polis tambahan dibawa dari Sungai Petani dan Alor Setar.

Sementara jalan raya menuju ke Rumah Rehat ditutup mulai pagi itu dan sistem jalan raya dijadikan satu-hala (one-way street). Beberapa khemah untuk penempatan anggota PK didirikan di kawasan Rumah Rehat sementara lebih kurang 10 khemah didirikan di padang pekan tersebut.


Jabatan Telekom di bawah E. Stacey yang menjawat Assistant Controller (Lines), Federal Telecommunications HQ, dengan peralatan telekom seberat lebih kurang 18 ton disediakan. Seramai 30 juru teknik telekom tambahan yang dibawa dari Bukit Mertajam dan Sungai Petani. Mereka bekerja 24 jam bagi menyediakan kemudahan untuk kegunaan gomen dan juga para wartawan. Kemudahan ini termasuk "...six teleprinter circuits direct to Kuala Lumpur and Singapore and six telephone circuits." ((The Straits Times, Chin Peng And His Killers Live In Fear Of Ghosts, 30 Dis 1955, hlm. 9). Bangunan baharu mahkamah digunakan sebagai "..emergency telegraph and telephone exchange." 1 hot line juga disediakan untuk Tunku menghubungi MacGillivray di King's House.

Rakyat memang menanti peristiwa ini. Penduduk Baling, Kroh dan Klian Intan mengharapkan agar 'peace town' itu nanti diadakan di pekan mereka walaupun mereka dapat melihat indikasi yang Baling dah dipilih. Orang Baling berhujah bahawa pekan mereka yang paling sesuai kerana semua fasiliti yang diperlukan telah sedia ada, sementara orang Kroh pula bersandarkan kepada mesyuarat di Kroh pada 13 Dis. Orang Klian Intan yakin pekan mereka dipilih sementelah 4 mesyuarat awal diadakan di sana. Jika tidak dipilih, mereka mengharapkan agar rombongan ketua pengganas dan rombongan masih akan keluar "...from our hills."

Bagaimana pula Tunku? Apa pula pendiriannya menjelang pertemuan dengan musuh No 1 negara? Oh ya...Beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa beliau tidak sama sekali akan "...negotiate with the Communist leader, Chin Peng". Ketegasan ini dimaklumkan sebelum Mesyuarat Agong Perhimpunan UMNO pada 26 Dis 1955 nanti. (The Sunday Times, Colony Part Of Federation-The Tengku's Proposal, 25 Dis 1955, hlm. 1).

Selepas tamat mesyuarat, Wylie dan Too terbang balik ke KL untuk melapor kepada Tunku.

Cukup le setakat ini...Bersambung.

Isnin, 16 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxii

Bersambung dari SINI...

Di Colonial Office, London, Lennox-Boyd menyediakan draf memorandum mengenai rundingan di antara Tunku dan Chin Peng yang akan diadakan pada 28 Dis 1955 untuk diedarkan kepada anggota kabinet. Draf ini bersandarkan kepada appreciation oleh MacGillivray (CO 1030/27, Talks between the Chief Ministers of the Federation of Malaya and Singapore and Chin Peng, no. 13, Dec 1955).

Lennox menyatakan bahawa Marshall boleh diharap yang dia tidak akan tunduk kepada tuntutan Chin Peng sekiranya Tunku juga tegas dengan pendiriannya. Dia juga mengaku kebelakangan ini Tunku sudah menunjukkan ketegasan tidak akan bertolak ansur dengan ketua PGK dan jika perlu, sedia untuk membatalkan rundingan dan amnesty.

Kata apa pun Mat Saleh ini masih ada reservation mengenai sikap Tunku itu. Dia berpendapat MacGillivray dan Gobenor Singapura perlu lebih awal mengenal pasti isu yang gomen Queen sedia memberi konsesi terhadap tuntutan Chin Peng dan "...what issues we must insist on standing firm even at the risk of a break with the Alliance Government in the Federation." Andainya Tunku memandai bersetuju dengan tuntutan Chin Peng yang bercanggah dengan kehendak Inggeris sehingga berkemungkinan Parti Perikatan keluar dari gomen, Lennox menyatakan "...that we should have a few "sticking-points" as possible."

 Sticking-points pertama yang diamanahkan kepada MacGillavray ialah menghalang PKM daripada menyelamatkan apa jua material "...from the wreck of the shooting war." Ini memerlukan PGK mesti dihalang keluar dari hutan sekiaranya wujud gambaran bahawa merekalah yang membawa kemenangan sehingga tercapainya kemerdekaan, bukannya Parti Perikatan. Selain itu, syarat menyerah diri turut merangkumi penyerahan semua senjata dan peluru.

Kedua ialah apabila shooting war berakhir, "...the power to arrest, detain and control should be ratained either in Emergency Regulations or in ordinary law. (My own view is that the Emergency Regulations should so far as possible  be abolished , those which it is necessary to retain being translated into permanent or semi-permanent legislation)."

Ketiga ialah gomen enggan mengiktiraf PKM kecuali "...power is retained to detain or to deport the hard core." Lennox menyata bahawa Jen Bourne tidak bersetuju pengiktirafan PKM dan beliau bersetuju dengan pandangan ini.

Tapi Mat Saleh ini terima kenyataan implikasi sekirannya Parti Perikatan meletak jawatan; gomen Persekutuan akan tumbang. Ini dinyatakan "...I do not think that we need insist rigidly upon them if to do so would involve us in a break with the Alliance."

Lennox seterusnya menyentuh kekuatan PGK ketika itu yang dianggar seramai lebih kurang 3000 orang yang dikategorikan seperti berikut:

   (a)  2,500 are regarded as being of little security significance;
   (b)  500 are believed to hard-core Communists; and
   (c)  50-100 are really dangerous Communists.

Tindakan ke atas kategori PGK tersebut pula ialah:

   (i)    those in (a) could be released fairly soon, after investigation by the Special Branch;
   (ii)   those in (b) would require fuller investigation and, if they could not be deported, would have       to detained, or kept under close police supervision, until they were no longer a security risk; and
   (iii)  those in (c) could not, for as far ahead as we can see, be set free in Malay at all: every effort         should be made to deport them failing which they have to be indefinitely detained."

Namun di akhir memorandumnya, Lennox melaporkan bahawa "...The two Chief Ministers have firmly undertaken that, if the talks take place, they will avoid commitment on any of these matters and will return to discuss with the High Commissioner, the Director of Operations and the Governor any proposal by Chin Peng which they have not already rejected out of hand. We shall then have an opportunity to consider any of these points again in the light of the advice of the High Commissioner and the Governor upon them."

Mana le MacGillavray tak bimbang jika Parti Perikatan meletak jawatan. Jangan ingat parti itu tidak akan ambil tindakan drastik. Pada 15 Dis 1955, Tunku mengumumkan bahawa kemungkian pergerakan kebangsaan di Malaya akan mencetuskan hura-hara dan berlakunya revolusi sekiranya kemerdekaan tidak dicapai melalui perbincangan. Pengumuman ini disampaikan kepada lebih kurang 1500 ahli UMNO semasa majlis 'nasi merdeka' di Alor Setar. Beliau menyatakan bahawa "I hope this will never happen."  Kenyataan ini berlandaskan kenyataan MacGillavray bahawa penamatan darurat bukanya faktor pemberian merdeka. Menurutnya lagi, "This was a recognition our success, our ability and our strength." (The Straits Times, Rahman Warns Of Violence, 16 Dis 1955, hlm. 4).

Memorandum ini tidak diagihkan kepada semua anggota kabinet atau pun dibincang oleh Cabinet Colonial Policy Committee yang bersidang untuk kali terahkir untuk 1955 pada 25 Nov 1955. Mesyuarat berikutnya ialah pada 4 Jan 1956.

Letih juga memerah otak untuk menaip coretan-coretan ini. Bersambung...

Khamis, 12 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxi

Bersambung dari SINI...

Pendirian Inggeris mengenai self-governing telah umumkan...Perkara yang akan dibawa kepada Chin Peng telah diketahui oleh semua. Persoalannya, bila dan di mana pertemuan tersebut akan diadakan?

Sebenonya tarikh dan lokasi sudah dibincang semasa mesyuarat mengenai amnesty di Kuala Lumpur pada 26 Nov lagi. (The Straits Times, Chin Peng Can Pick The Town, 27 Nov 1955, hlm. 1). Turut hadir dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh MacGillivray ialah Tunku dan juga Marshall. Tarikh yang dipersetujui ialah 28  Dis dan lokasinya ialah Kroh. Mensyuarat juga turut membincangkan aspek keselamatan.

Dalam laporannya kepada Sir J. Martin, staf Lennox-Boyd pada 1 Dis 1955, MacGillivray memaklumkan bahawa pasukan keselamatan "...will remain in base and to insist that there should be no movement either by them or by the Communist terrorists during the talks. It is also proposed to agree that there should be no air reconnaissance over the cease-fire area during the cease-fire period." Namun demikian, tempoh genjatan senjatan masih belum ditentukan, kemungkinan masing-masing10 hari sebelum dan selepas rundingan itu nanti.

Walau bagaimanapun, MacGillivray menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan ketiadaan tinjauan udara. Ini kerana ketiadaan tinjauan udara memungkinkan PGK, tanpa disedari PK, menggerakkan gerila merekas "...under cover of  the jungle to within striking distance of the place where the talks are to take place and, if the outcome of the talks should be unsatisfactory to them, make an attack on the place and kill or carry off the Chief Ministers and others attending the talks." Andaian ini berlandaskan kepada tulisan Harry Miller, seorang wartawan The Straits Times dalam bukunya, Menace in Malaya, yang menyatakan PGK pernah melakukan pengkhianatan sebegini.

Dia seterusnya menyatakan "...I would not put it past them to break the condition that should be no movement of the forces in the jungle during the cease-fire period. It will be necessary, therefore, for us to take the precaution of moving additional troops into the area before the period of cease-fire begins, and particularly to build up our forces in and near the meeting place." (CO 1030/27, (Secret), Letter from Sir D. MacGillivray to Sir J. Martin, no 10, 1 Dec 1955).

Dia juga memaklumkan bahawa satu lagi mesyuarat di antara Wylie dan Too dengan Chen Tien akan diadakan pada 13 atau 16 Dis. Dalam mesyuarat itu nanti, dia akan meyakinkan Tunku supaya arahannya kepada Wylie itu nanti "...must make clear to Chen Tien that, if Chen Peng does not turn up for a meeting on the 28th of December under the arrangements now given, then

   (a)  the Amnesty will be terminated, and
   (b)  there will be further question of a meeting and talks."

Jadi, pada 13 Dis 1955 Chen Tien pun muncul semula dari Gunung Paku, Klian Intan di mana anggota PPH (Pasukan Polis Hutan) sedang menunggunya. Tapi mesyuarat kali ini bukannya di Klian Intan tetapi di sebuah khemah di landasan terbang Kroh (Pangkalan Hulu). Menurut R. Ramadas, seorang anggota PPH, beliau terlibat dalam mengiringi Chen Tien dari Klian Intan ke Kroh.  (The Sun Daily, Hero police officer who served during communist insurgency dead at 85, 16 Sep 2016, di SINI). Kawasan berhampiran dengan khemah dikawal rapi oleh PK.

The Straits Times, Meeting With Red Envoy, 15 Dec 1955, hlm. 7
Landasan terbang Kroh pada 70an (gambar hiasan)

Wylie dan Too pun terbang le ke Kroh dengan pesawat Beaver. Sepertimana yang diperkatakan di atas, mereka memaklumkan kepada Chen Tien mengenai tarikh dan lokasi pertemuan itu nanti. Selain itu, kedua-dua pihak membincangkan secara terperinci isu keselamatan. Isu yang dibangkitkan ialah mewujudkan genjatan senjata terhad dan juga keselamatan Chin Peng serta rombangannya. Perbincangan berterusan selama dua jam sebelum wakil gomen terbang balik ke KL sementara Chen Tien pula diiringi semula ke Klian Intan untuk menyelinap masuk ke dalam hutan di Gunung Paku.

Bila tiba di KL pada lewat petang, Wylie terus pergi ke rumah Tunku untuk melaporkan perbincangannya dengan Chen Tien. Turut hadir ialah Mej Jen E. S. Lindsay, pemangku Pengarah Operasi. (The Straits Times, Tengku fixes the place and date, 14 Dec 1955, hlm. 1). Selepas itu, gomen pun mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa "It is not proposed, for security reasons, to disclose at this stage the place ad date of the main meeting."

Tunku pula enggan memberi sebarang komen.

Cukup le buat hari ini. Bersambung, insyaAllah.

Ahad, 8 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxx

Bersambung dari SINI...

Jangan le ingat MacGillivray boleh releks saja masa ini. Dah le berhadapan dengan kegiatan PKM yang tidak melepaskan peluang membuat huru-hara, Tunku pula mendesak Inggeris mempercepatkan proses mengakhiri 'shooting war' supaya darurat boleh ditamatkan secepat mungkin. Dah le itu, dia tak dapat baca apa kerenah Tunku semasa rundingan dengan Chin Peng nanti.

Jadi...ding-dong le telegram di antara dia dengan Lennox-Boyd, S. of S. Memanglah gomen Eden dah bersetuju bahawa Malaya tidak perlu menunggu tamatnya darurat untuk mengecapi kemerdekaan. Tapi perubahan dasar ini masih tidak diumumkan secara rasmi. Depa bersetuju MacGillivray mengumumkan dasar ini semasa persidangan Legislative Assembly pada 30 Nov 1955. Tapi apakah ayat-ayat yang perlu diucapkan oleh MacGillivray itu nanti?

Setelah disaring, pada 25 Nov 1955 Lennox-Boyd telah menghantar teks yang telah diluluskan untuk  MacGillivray sampaikan dalam ucapan pembukaan Legislative Assembly nanti. Teks yang diluluskan adalah berikut:

"Although the Emergency drags on, it is already clear that the communists have failed in their attempt to overthrow the Federation Government by force; and the Government does not propose to let them destroy it by subversion. Today, both here and in the united Kingdom, it is our common aim and interest to bring the shooting war to an end as quickly as is possible without prejudice to the future of the Federation as a free, democratic and self-governing country. It was with this in mind, nearly three months ago, the Federation Government, with the full agreement of Her Majesty's Government in the United Kingdom, declared an amnesty on generous terms. I therefore want now to make it quite clear that, even should the Malayan Communist Party obstinately persist in spurning this opportunity to prove their alleged desire to see peace return once more to the Federation, and should the shooting war consequently continue, it does not lie within the  power of the communists as a beaten enemy to impede the Federation's political progress. It is, of course, essential fully adequate arrangements for security against communist aggression and subversion; and Her Majesty's Government will continue to such help as that may require. But, with the two Governments cooperating in the maintenance of that essential safeguard, and the shooting war consequently held down to its present sort of level, Her Majesty's Government would see no reason to regards the continuance of the Emergency as an obstacle int eh Federations's advance towards self-government - and I have their authority for saying that it is their intention to enter the London talks next year on that understanding."

Bagi menentukan MacGillivray tidak lari dari teks ini, dia menegaskan "I should be grateful if you would adhere to this form of words." Itu dalam bahasa diplomatik. Dalam bahasa orang macam saya yang kurang refined ni...hang jangan memandai nak ubah ayat-ayat itu. Baca seadanya. (CO 1030/31, Telegram from S. of S. to Sir D. MacGillivray, (Secret and Personal), No. 169, 25th November, 1955. 18.45 hrs.).

Pada 27 Nov pula, Tunku telah menyampai ucapan semasa perhimpunan amnesty di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh lebih kurang 10000 orang. Selain menyatakan bahawa rombongannya ke London pada Jan 1956 nanti akan mempastikan tarikh kemerdekaan, beliau memberi amaran kepada Chin Peng:

"He should not expect any more liberal terms than those already offered. A more liberal offer would mean one of two things-either an admission on the part of the Government that we are beaten or an admission on the part of the Alliance that the Communists are fighting the right cause. The truth is that the terrorists are beaten, and there is no chance achieving their aims.

The longer they go on fighting, the further away they will get from their goal and the more suffering they will cause to the people of the country and themselves. If the Communists do not accept the amnesty, then it is clear they are fighting against the people of the country and not fighting against imperialism as their propaganda claim." (The Straits Times, Tengku: Name The Day, 28 Nov 1955, hlm. 1).

Selain itu, Tunku turut menegaskan bahawa PGK akan terus diburu dan dibedil jika mereka tidak menyerah diri.

30 Dis 1955...Bermulalah persidangan Legislative Assembly. Sepertimana yang diarahkan, menyentuh topik kemerdekaan, MacGillivray secara rasminya membaca teks Lennox-Boyd. Dengan rasminya, rakyat Malaya tak perlu lagi menunggu darurat berakhir untuk mencapai kemerdekaan!

Sumber: The Straits Times, 1 Dis 1955, hlm. 1

Menyentuh amnesty, MacGillavray menyatakan bahawa Tunku bersedia untuk bertemu dengan Chin Peng tetapi bukan untuk negotiation. Sebaliknya nak dengar apa yang ketua pengganas itu nak katakan. Mat Saleh ini juga menjelaskan "The greatest danger of all lies in the use of the well-known Communist technique of attempting to identify themselves with the the true nationalist movement for independence and to ride to power on the back of nationalist sentiment. Let us all be careful that we do not unwittingly lend them the vehicle which they wish to used to carry the along this road to the their ambitions."

Semasa sesi soal jawab di dewan, Tunku telah diasak oleh ahli-ahli mengenai rundingan dengan Chin Peng. Beliau menjelaskan bahawa beliau sedia mendengar apa yang Chin Peng akan bangkitkan mengenai amnesty atau apa maksud terma yang lebih liberal

Namun demikian, beliau menegaskan "But my meeting will be neither negotiation nor peace talk. The principal object is to ask Chin Peng to lay down arms so that he and his men may be pardoned and take their place in society in the course of a year or two." (The Straits Times, Tengku will outline plans for London Talks and Chin Peng, 1 Dis 1955, hlm. 4).

Tunku turut ditanya sama ada Lee K.Y. akan turut diundang dalam rundingan itu nanti. Jawapan Tunku ialah "No". 

Pada 3 Nov, Tunku sekali lagi menegaskan objektif kesediannya bertemu dengan Chin Peng semasa sesi debat di dewan. Beliau menjelaskan pertemuan itu nanti hanyalah untuk menjelaskan terma amnesty dan mendengar pandangan Chin Peng. Jika pertemuan itu gagal, beliau akan merujuk kepada UMNO untuk tindakan selanjutnya. Beliau turut menegaskan "We will not negotiate.  If we did so, it would amount to an admission of defeat on the part of the Government and the Alliance Party. It would mean that the militant Communists were right and that their atrocities have been committed in the cause  of right and  justice. We are not prepared to admit that." (The Straits Times, If Chin Peng turns amnesty down, 4 Nov 1955, hlm. 13).    

Cukup le buat hari ini. Bersambung...InsyaAllah.

Jumaat, 6 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxix

Bersambung dari SINI...

Anda ingat Chin Peng peduli dengan ancamanTunku dan Jen Bourne? Tidak...sama sekali Tidak! Ketidakpedulian ini dibuktikan apabila pos polis berhampiran dengan ladang teh Shum Yip Leong, Cameron Highands terlihat 25 cahaya dari lampu picit di ladang tersebut pada jam 0130, 23 Nov, 1955. Anggota polis di pos tersebut menganggar jumlah PGK lebih kurang 40 orang. Ekoran itu, polis telah menghubungi anggota tentera dan polis tambahan. PK telah bergegas ke lokasi tersebut dan telah menembak ke arah cahaya tersebut. Namun, tiada tembakan balas dari PGK kerana mereka telah berundur. (The Straits Times, Bandit Tea Raid Foiled, 27 Nov 1955, hlm. 1).

Tak cukup dengan insiden ini, PGK telah menyerang Kpg Tai Hong, 4 batu dari Kota Tinggi, Johor pada 26 Nov, 1955. Kali ini mereka lagi terer...serangan berlaku di siang hari! Kampung ini mempunyai 44 anggota Home Guard (HG) dan dilengkapkan dengan 26 laras senapang patah. Pagi itu, orang kampung termasuk anggota HG pergi berkerja tapi sebelum pergi bekerja, HG menyorokkan senapang patah. (The Straits Times, Red gun raid on village foiled, 24 Nov 1955, hlm. 1).
Kampung Tai Hong

Sebelum masuk ke kampung, mereka potong kabel telefon...terputuslah hubungan dengan dunia luar! Tapi mujur le seorang budak ternampak PGK sebelum memasuki kampung. Dia pun beritahu anggota HG yang berkawal di situ.  (The Straits Times, Red gun raid on village foiled, 24 Nov 1955, hlm. 1). PGK berada di kampung tersebut hampir 2 jam dan mengeledah rumah-rumah untuk mencari senapang dan peluru. Mereka berjaya menemui 2 laras senapang dan 40 butir peluru. Selain senjata, mereka juga mencari bahan makanan. Cari punya cari, depa dapat hanya 8 kati beras sahaja. Mana tidaknya, kampung itu tiada kedai. Bahan makanan hanya dihantar seminggu sekali melaui bot dengan diiringi oleh anggota PK. Berkesan bebeno Briggs Plan sehingga PGK menghadapi kebuluran.

Tidak lama kemudian, operasi menjejaki dan memburu musuh dilancarkan oleh 4 PPH dari Kulai diikuti oleh 2/10 Gurkha.

Serangan PGK ke atas kampung ini adalah kali kedua. Kali pertama berlaku pada senja Jun 1955 tetapi berjaya dipintas oleh anggota HG.

Walaupun PKM tak habis-habis mencabar Tunku, pada hari itu, 26 Nov semasa sidang akhbar bersama dengan Marshall di Kuala Lumpur, Tunku memaklumkan "...We have agreed on the date of the meeting with Chin Peng. A Government emissary will soon meet his representative to decide on a number of meeting places which would be equally suitable. We shall let Chin Peng choose which of the towns it will be."  (The Straits Times, Chin Peng Can Pick The Town, 24 Nov 1955, hlm. 1).

Di Singapura pula, Ketua Menteri, David Marshall pula berhadapan dengan pemimpin PAP, Lee Kuan Yew yang nak tumpang sekaki dalam rundingan dengan Chin Peng. Notis usul ini telah dikemukakan untuk persidangan Legislative Assembly Singapura yang akan bersidang pada 25 Nov 1955. Dalam telegramnya ke S. of  S., Sir R. Black (Gabenor Singapura) pada 24 Nov, beliau melaporkan teks usul tersebut adalah "That this House considers it in the best interest of the country that all the political parties in the Assembly should meet the  M.C.P. representatives to discuss a peaceful settlement of the emergency in order to bring peace and constitutional progress." (CO 1030/31, Telegram from Sir R. Black to S. of S., (Secret), No. 152, 24th November, 1955 06.30 hrs.)

Semasa usul Lee K.Y. dibincangkan pada 25 Nov, Marshall menyatakan "Let us get away for the effort to control the destiny of the Federation security by a small crowd in Singapore whose sympathies seemingly lie elsewhere than in the traditions of the assembly." Usul ini tak berjaya.

Cukuplah buat hari ini...Bersambung, InsyaAllah.

Selasa, 3 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxviii

Bersambung dari SINI...

Inggeris bertindak dengan tegasnya mengenai insiden Kea Farm. Pada 21 Nov 1955, MacGillivray mengadakan mesyuarat tergempar yang turut dihadiri oleh Tunku dan Lt Jen Sir Geoffrey Bourne, Pengarah Operasi. Hasil menyuarat ini, Tunku bersama Bourne telah mengeluarkan kenyataan akhbar berikut:

     "The amnesty has been in operation since 9th September and during that time the security forces have loyally observed certain restrictions to their operations. The Communist terrorist organisation, however, have continued to take offensive action against the people of Malaya.

     The offer of amnesty declaration on 9th September 1955 will continue for the present and will not be withdrawn. Full scale offensive operations will be resumed by the security  forces. The "shout before shoot" procedure is now cancelled. Bombing shelling and mortaring will again be used when necessary.

     In order to facilitate the massed surrender of the Communists certain safe areas were declared throughout the Federation. Owing to the fact that the Communists have used these safe areas as bases for their operations these safe areas will be cancelled as from 1st December 1955." (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), No. 733, 21st November 1955 16.15 hrs.)

Selain kenyataan di atas, MacGillivray dalam laporannya kepada Lennox-Boyd (S. of S.) menjelaskan kenyataan tersebut dibuat oleh Tunku dan Bourne bersandarkan bahawa insiden in membabitkan Jawatan Operasi. Justeru, "...it is desirable that Tunku should be associated  prominently with the measures, it seemed appropriate that it should be issued by the Director of Operations and Chief Minister jointly without reference the Executive Council."

Sebaliknya, jika pengumuman mengenai penamatan amnesty, ia "...would be a matter for the "High Commissioner in Excutive Council" and this would be made clear in any such announcement." Dia juga menjelaskan bahawa Tunku tidak setuju untuk menamatkan program amnesty sebelum rundingan dengan Chin Peng "...or unless it becomes apparent that no early meeting can be arranged."

Nota:

1. Terdapat 186 'safe areas' diwujudkan di seluruh Malaya bagi memudahkan PGK menyerah diri ((Yuen Yuet Leng, The Defence of Kea Farm. Dalam Brian Stewart, Smashing Terrorism in the Malayan Emenrgency, (2004), Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd, hlm. 7).

2. Tindakan gomen terhadap insiden ini dilaporkan juga oleh The Straits Times, All-Out War Again: But amnesty offer remains open, 22 Nov 1955, hlm. 1.

Bersambung...InsyaAllah.

Ahad, 1 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxvii

Bersambung dari SINI...

20 Nov 1955...

...Chen Tien memberi 2 lagi syarat tambahn pada Too untuk disampaikan kepada Tunku sebelum masuk semula dalam hutan. Tunku memberi respon sewajarnya.

...Secara umumnya, lokasi dan tarikh rundingan di antara Tunku dengan Chin Peng more or less sudah diketahui.

...Amnesty masih berjalan. Safe area untuk PGK yang nak menyerah diri masih dikekalkan.

Adakah Chin Peng menghormati initiatif ini semua? Adakah dia betul-betul jujur menyaksikan agar rundingan dilakasnakan?

Tentu tidak kerana kerana pada 20 Nov, jam 0200 sejumlah lebih kurang 100 PGK telah menyerang dan 'menawan' kampung baharu Kea Farm di Cameron Highlands. Mereka ini dari 27th Section dan 25/29 Section, 31 Independent Platoon yang kebiasaannya beroperasi "...in 10th MCP and 7th MCP Districts respectively." Menurut Dato' Seri Yuen Yuet Leng, "...the MCP made a major effort to demoralise the Home Guard (HG) in an effort to strengthen their negotiating position." (Yuen Yuet Leng, The Defence of Kea Farm. Dalam Brian Stewart, Smashing Terrorism in the Malayan Emenrgency, (2004), Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd, hlm. 5-6).

Lokasi Kea Farm

Ketika penghuni kampung sedang nyenyak tidur dengan selimut tebal kerana hujan lebat, PGK telah surrounded pos Home Guard (HG). Kekuatan HG ialah lebih kurang 60 orang. Pada jam 0200, tiba masa pertukaran sentri yang melaksanakan tugasan rondaan. Bila gate dibuka, PGK meluru masuk dan mengambilalih pos. Malah sebelum gate dibuka, sebahagian daripada mereka telah masuk ke perkarangan pos setelah memotong perimeter fence di dua lokasi.

Seterusnya PGK telah mengikat tangan ketua platun HG, Lai Yin Hoong (kiri, The Straits Times, 22 Nov 1955, hlm.) dan mengarahnya membawa mereka ke rumah Komander HG,  Thong See Heng. Menurut Lai, selain kaum Cina terdapat orang Melayu dan India dalam kumpulan PGK. Dia diarahkan kembali ke posnya setelah menunjukkan rumah bosnya. Dia pun ikut sajalah arahan itu. PGK mengarah Thong keluar dari rumah dan dipaksa membawa mereka ke kampung Kea Farm untuk membuat "...house-to-house search for shotguns." Dia mengaku dia tidak mampu melawan mereka. Dia dapati PGK telah merampas senjata dan peluru kepunyaan HG. 
Selain mencari senapang patah, menurut Yip San San, Ketua Kampung, pengganas-pengganas 'melawati' 5 buah kedai dan kebas bahan makanan berjumlah Dollar 300. Nak tahu apa yang mereka kebas? Hampir 5 1/2 pikul beras, 2 pikul tepung, 69 kati minyak masak, 58 tin sardin, 68 tin susu, 20 paket tembakau, 16 tin teh, 70 kati garam, 21 kati biskut, 24 kati serbuk kari, 39 tin daging (tinned meat), 10 kati udang, 20 kati ikan masin, 5 paket ubat, 3 lampu minyak, 4 gelen minyak tanah, 48 bulb lampu picit dan 25 guni. Semua barang ini dimasukkan dalam 25 guni. 

Yip seterusnya menceritakan yang dia diarah menunjukkan rumah Chou Yin San, 41 tahun, iaitu seorang petani dan juga anggota HG. Apabila tiba di rumah Chou yang tinggal bersama 2 orang siblings perempuannya, mereka mengarah dia keluar. Bila keluar saje, diikat tangannya "...then stabbed him twice in the neck and once in the chest." Mati le seorang HG!

Selepas itu, Yip ditanya mengenai seorang lagi tapi mereka tak tahu namanya. Yip kata dia tak kenal orang itu...terselamatlah dia!

Mesti ingat...semua ini berlaku dalam hujan lebat dan tiada sebarang tembakan senjata api. Jadi anggota polis tidak menyedari apa yang sedang berlaku! 

Selepas itu mereka quietly menuju ke balai polis yang jaraknya lebih kurang 850 ela saja. Balai polis dianggotai seramai 6 orang mata-mata termasuk OCSnya, Kpl Zakariah bin Mohamed Aziz. Menurut Zakariah, beliau mendengar laungan surrender dari luar. Dia ingatkan ada PGK nak menyerah diri. Jadi, dibukalah pintu tapi tak ada orang yang kelihatan. Mengesyaki ini adalah musuh, cepat-cepat dia tutup dan kunci. Seterusnya, PGK melaung supaya mereka menyerah diri. Jawapannya, no way...mereka tidak akan menyerah diri. Selepas itu, PGK melaungkan supaya kaum hawa dan kanak-kanak meninggalkan stesen kerana mereka nak bakar stesen tersebut. 

Zakariah cuba menghubungi Tanah Rata tetapi talian telefon dah mati...kabel telah dipotong oleh PGK. Zakariah cuba menghubungi bantuan melalui radio VHF. Masalahnya, generator berada di luar stesen. Jadi, dia mengarah seorang anggotanya menghidupkan generator. Betul-betul masuk mulut harimau le...terus ditangkap.

Zakariah mengarahkan PC Osman bin Kassim cuba memboleh kepungan untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan Gurkha di kem mereka di Brincang, lebih kurang 2 batu. Osman berjaya membolos kepungan PGK dalam gelap gelita dengan dibantu oleh hujan lebat. Dia pun berlari ke kem Gurkha. 

Tapi komunis terlupa, mereka hanya boleh merancang, Allah yang menentukannya. Stesen tak terbakar kerana hujan lebat....sungguh hebat kuasaNya!

Sejurus kemudian...bang...bang...bang PGK menembak mereka. 

Sumber: The Straits Times, 22 Nov 1955, hlm. 9

Sementara itu, Zakariah mengarahkan pula PC Abu bin Sipes dan PC 25203 Omar bin Mohd Esa keluar ke belakang stesen melalui trap-door ke trench di bawah stesen. 

Dari kiri: PC Osman bin Kassim, PC Abu bin Sipes

Munurut Abu, apabila mereka berdua berada di dalam trench, tembak-menembak berhenti. Ini bererti PGK telah menawan stesen. PGK pula turut turun ke dalam trench dan menembak ke arah mereka berdua. Tembakan musuh telah mengorbankan Omar. Bukan itu saje tindakan kejam mereka. PGK menuangkan 2 tin minyak geh (minyak tanah) dalam trench dan menyalakan api. Apa lagi...menyemaraklah api mengejar Abu. Menurut Abu lagi, "I could feel the heat and decided to go up the bank behind" dan mendapati PGK sedia menunggunya. Mereka pun merampas senjatanya.

4 orang anggota polis dibawa ke pos HG di mana semua orang kampung dan kaum keluarga anggota polis dikumpulkan.

Setelah hampir 2 jam bermaharajalela dalam kegelapan dan hujan lebat dan memberi amaran kepada penghuni Kea Farm, PGK mengambil "...their sacks of loot, formed columns on the road, and marched out through the gate" menuju ke hutan.

Pasukan Gurkha tiba di Kea Farm pada lebih kurang jam 0600 tetapi PGK dah lama menghilang.

Serangan ini mengakibatkan masing-masing seorang anggota polis dan HG terkorban dan kehilangan  33 shotguns dan 3 laras rifel serta 642 butir peluru. 

Operasi follow-up yang dilakukan oleh PK mendapati lokasi dimana PGK berkumpul sebelum menyerang Kea Farm adalah "...on the edge of an amnesty "safe" area." Trek menunjukkan mereka melalui safe area ini dalam perjalanan mereka ke kampung tersebut.

Selain pasukan Gurkha, pasukan Royal Artillery diatur gerak ke Kea Farm dan mula membedil kawasan-kawasan tertentu.

Cukuplah buat masa ini. Bersambung...InsyaAllah.  

Sumber:

1. The Straits Times, Two hours to do as they please-killing, looting, 21 Nov 1955.
2. The Straits Times, The haul: Guns, rice, milk and tobacco, 21 Nov 1955.
3. CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), 21st November, 1955 16.15 hrs. 
4. The Straits Times, The night terror ruled a village, 22 Nov 1955.
5. The Straits Times, All-Out War Again: But amnesty offer remains open, 22 Nov 1955.