Pengikut

Khamis, 12 Julai 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxi

Bersambung dari SINI...

Pendirian Inggeris mengenai self-governing telah umumkan...Perkara yang akan dibawa kepada Chin Peng telah diketahui oleh semua. Persoalannya, bila dan di mana pertemuan tersebut akan diadakan?

Sebenonya tarikh dan lokasi sudah dibincang semasa mesyuarat mengenai amnesty di Kuala Lumpur pada 26 Nov lagi. (The Straits Times, Chin Peng Can Pick The Town, 27 Nov 1955, hlm. 1). Turut hadir dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh MacGillivray ialah Tunku dan juga Marshall. Tarikh yang dipersetujui ialah 28  Dis dan lokasinya ialah Kroh. Mensyuarat juga turut membincangkan aspek keselamatan.

Dalam laporannya kepada Sir J. Martin, staf Lennox-Boyd pada 1 Dis 1955, MacGillivray memaklumkan bahawa pasukan keselamatan "...will remain in base and to insist that there should be no movement either by them or by the Communist terrorists during the talks. It is also proposed to agree that there should be no air reconnaissance over the cease-fire area during the cease-fire period." Namun demikian, tempoh genjatan senjatan masih belum ditentukan, kemungkinan masing-masing10 hari sebelum dan selepas rundingan itu nanti.

Walau bagaimanapun, MacGillivray menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan ketiadaan tinjauan udara. Ini kerana ketiadaan tinjauan udara memungkinkan PGK, tanpa disedari PK, menggerakkan gerila merekas "...under cover of  the jungle to within striking distance of the place where the talks are to take place and, if the outcome of the talks should be unsatisfactory to them, make an attack on the place and kill or carry off the Chief Ministers and others attending the talks." Andaian ini berlandaskan kepada tulisan Harry Miller, seorang wartawan The Straits Times dalam bukunya, Menace in Malaya, yang menyatakan PGK pernah melakukan pengkhianatan sebegini.

Dia seterusnya menyatakan "...I would not put it past them to break the condition that should be no movement of the forces in the jungle during the cease-fire period. It will be necessary, therefore, for us to take the precaution of moving additional troops into the area before the period of cease-fire begins, and particularly to build up our forces in and near the meeting place." (CO 1030/27, (Secret), Letter from Sir D. MacGillivray to Sir J. Martin, no 10, 1 Dec 1955).

Dia juga memaklumkan bahawa satu lagi mesyuarat di antara Wylie dan Too dengan Chen Tien akan diadakan pada 13 atau 16 Dis. Dalam mesyuarat itu nanti, dia akan meyakinkan Tunku supaya arahannya kepada Wylie itu nanti "...must make clear to Chen Tien that, if Chen Peng does not turn up for a meeting on the 28th of December under the arrangements now given, then

   (a)  the Amnesty will be terminated, and
   (b)  there will be further question of a meeting and talks."

Jadi, pada 13 Dis 1955 Chen Tien pun muncul semula dari Gunung Paku, Klian Intan di mana anggota PPH (Pasukan Polis Hutan) sedang menunggunya. Tapi mesyuarat kali ini bukannya di Klian Intan tetapi di sebuah khemah di landasan terbang Kroh (Pangkalan Hulu). Menurut R. Ramadas, seorang anggota PPH, beliau terlibat dalam mengiringi Chen Tien dari Klian Intan ke Kroh.  (The Sun Daily, Hero police officer who served during communist insurgency dead at 85, 16 Sep 2016, di SINI). Kawasan berhampiran dengan khemah dikawal rapi oleh PK.

Landasan terbang Kroh pada 70an

Wylie dan Too pun terbang le ke Kroh dengan pesawat Beaver. Sepertimana yang diperkatakan di atas, mereka memaklumkan kepada Chen Tien mengenai tarikh dan lokasi pertemuan itu nanti. Selain itu, kedua-dua pihak membincangkan secara terperinci isu keselamatan. Isu yang dibangkitkan ialah mewujudkan genjatan senjata terhad dan juga keselamatan Chin Peng serta rombangannya. Perbincangan berterusan selama dua jam sebelum wakil gomen terbang balik ke KL sementara Chen Tien pula diiringi semula ke Klian Intan untuk menyelinap masuk ke dalam hutan di Gunung Paku.

Bila tiba di KL pada lewat petang, Wylie terus pergi ke rumah Tunku untuk melaporkan perbincangannya dengan Chen Tien. Turut hadir ialah Mej Jen E. S. Lindsay, pemangku Pengarah Operasi. (The Straits Times, Tengku fixes the place and date, 14 Dec 1955, hlm. 1). Selepas itu, gomen pun mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa "It is not proposed, for security reasons, to disclose at this stage the place ad date of the main meeting."

Tunku pula enggan memberi sebarang komen.

Cukup le buat hari ini. Bersambung, insyaAllah.

Tiada ulasan: