Pengikut

Selasa, 11 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxii

Sambungan dari SINI...

Terlupa nak beritahu. Sebaik saja rundingan berakhir dan tiba di KL pada 29 Dis 1955, staf Tunku kerja like mad menyediakan draf rumusan untuk MacGillivray. Sebelum itu, Tunku dah melapor hasil pertemuan tersebut secara lisan. Hari itu juga draf, Report by the Chief Minister of the Federation of Malaya on the Baling Talks: draft summary by Tunku Abdul Rahman of the verbatim record diserahkan kepada MacGiilivray (CO 1030/30. ff 3-60, 29 Dec 1955).

30 Dis 1955...

Cakap sikit pasal 'kejujuran' Chin Peng nak mencari 'kedamaian'. Jujur/kedamaian apa apabila segerombolan PGK telah menyerang hendap 1 konvoi polis di batu 18 setengah jalan Alor Setar-Kuala Nerang. Konvoi dalam perjalanan balik ke Kuala Nerang. PGK berada di atas bukit apabila menyerang hendap PK dengan mengguna senjata otomatik. Tembakan mereka telah mengena tayar depan trak. Dah pastilah PK menembak balas sebelum PGK melarikan diri dalam hutan. Tak tahu pula casualty dialami oleh kedua-dua pihak (The Sunday Times, The bandits attack, 1 Jan 1955, hlm. 9).

Berbalik kepada Tunku. Sebelum Tunku dan rombongan "Kemerdekaan" ke Singapura pada 31 Dis, Tunku pergi berjumpa MacGillivray. Semasa pertemuan ini, MacGillivray bertanya kepadanya tentang komposisi dan terma Suruhanjaya Perlembagaan untuk menyediakan Perlembagaan Malaya nanti. Jawapannya mudah saje. Beliau tak ada masa lagi nak memikiokan perkara ini dan juga masih belum berbincang dengan wakil Raja-Raja. Apabila ditekan oleh Mat Saleh, Tunku kata Parti Perikatan berpendapat komposisi suruhanjaya ini sepatutnya terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang perlembagaan di negara-negara Commonwealth. Keahlian tidak terbatas dari England sahaja, tetapi dari Kanada, Australia, India dan mungkin dari Ceylon (Sri Langka). Sehingga detik itu, Parti Perikatan "...had no particular names in mind."

Mendengar kata-kata Tunku, Mat Saleh ini menyatakan dia berpendapat Raja-Raja menghendaki rakyat Malaya sebagai ahli dan UK sebagai Pengerusi. Asas keperluan ialah:

"(a) that such a Commission would be much more likely to make recommendations which would find the greatest measure of acceptance, both by the Rulers and the Alliance, and

(b) that an outside Commission might not appreciate the special position of the Malays to an extent that a Malayan Commission would." (CO 1030/132, no. 3, Letter from Sir D MacGillivray to A M Mackintosh on the views of Tunku Abdul Rahman, 5 Jan 1956. Surat ini ditulis pada 31 Dis 1955).

Jawapan Tunku ialah jika begitu, mudah saje, "...by having a mixed Commission,half the members being Malayan and the other half being drawn from Commonwealth countries."

MacGillivray tak setuju dengan pandangan Tunku tapi tak le diluahkan depan Tunku. Dalam surat tersebut, dia percaya komposisi Tunku tidak dapat melaksanakan tugasan dengan memuaskan kecuali "...perhaps the Malayan should merely have the status of assessors." Lagi pula, bukan mudah nak pilih 4-5 orang Malaya yang boleh diterima oleh semua parti terbabit. Dan lagi keahlian begitu ramai tidak praktikal.

Bila dia dengar hujah Tunku, dia buat u-turn "...I now incline to think they would be beyond the capacity of a purely Malayan Commission." Ini kerana mereka dah pasti akan berhadapan dengan masalah yang begitu rumit. Antara masalah yang akan dihadapi oleh suruhanjaya ialah isu kerakyatan. Keputusan yang dibuat nanti ada kemungkinan tidak diterima oleh semua pihak. Jadi dia mencadangkan keahlian dari UK dan negara Komanwel. Ahli-ahli pula mestilah berkaliber tinggi integritinya kerana mereka akan berhadapan dengan situasi yang begitu kompleks. Tapi ini tidak disuarakan kepada Tunku.

MacGillivray seterusnya mencadangkan kepada A M MacKintosh supaya bersedia dengan pandangan mengenai pembentukan suruhanjaya "...likely to be best from H.M.G.s point of view, and then endeavour to obtain acceptance of that opinion." Dia juga berpandangan kemungkinan Tunku tidak akan menolak nama-nama yang akan disyorkan oleh Mat Saleh nanti kerana orang Malaya sendiri tidak menamakan calon-calon mereka. Jadi, "I suggest, therefore, that we should have some names ready to propose."

Selain keahlian, dia juga nak gomen Inggeris menyediakan terma-terma suruhanjaya supaya keputusannya nanti dapat memenuhi kehendak sebuah negara merdeka sementara raja-raja pula berperanan sebagai Raja Perlembagaan.

Sebelum berangkat ke Singapura, Alliance National Council bersidang dan mandat diberi kepada delegasi untuk menentukan kemerdekaan tercapai pada akhir Ogos 1957 (The Straits Times, August 1957-A Date For 'Merdeka' Men, 31 Dis 1955, hlm. 1). Semasa berucap kepada lebih 1,000 orang ahli dan tetamu Ceylonese Association, Tunku:

"We are going to discuss not the principles of handing over certain affairs to this country but the actual details of the hand-over. The principles have already been agreed upon with the Colonial Office. It has already been agreed that we should have control of our security and finance."

Beliau menegaskan bahawa kegagalan rundingan Baling tidak akan memberi kesan kepada rundingan dengan gomen Inggeris nanti.

31 Dis 1955...

Tunku dan delegasinya berlepas dari kediamannya ke Lapangan Terbang KL; wakil Raja-Raja sudah pun berada di sana. Mereka menginap di Raffles Hotel.

Tunku dan delegasinya tiba di Singapura. Sumber: The Sunday Times, Merdeka Trip: All is set, 1 Jan 1956, hlm. 1.

Dah tentulah para wartawan sedang menunggu ketibaannya. Mana boleh lari. Tunku menyatakan "My only ambition is to come back from London and announce the date of Malaya's imdepencence. If I fail in my task, the people will kick me out. They have every right to denounce me as a poor spineless leader. Of course, I have never thought of myself in that light." (Sunday Times, 3,000 to cheer Tengku at ship, 1 Jan 1956, hlm. 1).

Beliau turut menyentuh rundingannya dengan Chin Peng dengan mengajukan soalan kepada wartawan, "Do you realise what will happen if we have two powerful organisations with two different ideologies? Do you think we can exist together?"

Tapi beliau yang menjawab soalannya sendiri dengan menegaskan "Surely, one would try to suppress the other."

1 Januari 1956...

Di luar Raffles Hotel, orang ramai berkumpul dan bersorak 'Merdeka'. Ini betul-betul buat Tunku begitu terharu. Beliau memanggil wartawan yang berada di situ dan berkata "Really, you know, I am most concerned over (Communist-leader) Chin Peng's threat to fight to the last man." Beliau menegaskan, "...if Chin Peng persists in his ideology of violence and hatred I WILL fight it." (Felix Abisheganaden, The Straits Times, Tengku admits a secret fear, 2 Jan 1956, hlm. 1).

Sebelum berlepas dari Raffles Hotel, para delegasi  sempat bergambar. 

Depan dari kiri: Datuk Nik Ahmad Kamil (wakil Raja-Raja), Datuk Dr. Ismail, Datuk Hj. Abdul Wahab (wakil Raja-Raja), Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohamad Seth (wakil Raja-Raja), Kol. Sir H.S. Lee, Dato Abdul Aziz Majid, Dato' Abdul Razak.
Belakang dari kiri: T.H. Tan (Setiausaha Wakil Perikatan), Abdul Kadir Shamsuddin (Setiausaha Wakil Raja-Raja). Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), 2003, Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baru, Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia.

Sepanjang 3 batu perjalanan ke East Wharf, orang ramai beratur di sepanjang jalan. Di pelabuhan pula, hampir 8,000 orang menanti ketibaan para wira negara. Ketibaan mereka dihingari dengan laungan "Merdeka." Sebelum menaiki kapal 'Asia' ke Karachi, beliau dikehendaki memberi ucapan, beliau begitu terharu sehingga keluar air mata. Beliau hanya mampu menyampaikan 5 perkataan sahaja: "I am confident of success." (Macam Jen Douglas MacArthur sebelum meninggalkan Filipina semasa Perang Dunia 11 berjanji "I shall return." He...He...He).

Laluan rombongan ke London. Dari Karachi mereka menaiki pesawat ke London. Laluan balik dengan pesawat. Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Mesyuarat bermula di Lancaster House, London pada 18 Januari 1956. Perbincangan mengambil masa hampir 3 minggu. Topik yang bincang meliputi perkara membabitkan kemerdekaan, kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, hal ehwal luar negara dan penubuhan Independent Independence Committee untuk meneliti perlembagaan, terutama hak keistimewaan Raja-Raja yang mesti dikekalkan (http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/persidangan-malaya-merdeka-di-london4, SINI).  

Pada 7 Februari, para delegasi telah pergi melawat guru-guru pelatih Malaya di Malayan Teachers' Training College (MTTC), Kirkby.

Tunku dengan bakal cikgu-cikgu. Sumber: Google

Menurut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim(kiri), dia bersama rakan-rakan menunggu ketibaan rombongan Tunku dalam cuaca sejuk. Mereka ingat Tunku sudah pasti memberi stereo-type nasihat supaya "...work hard and play hard." Tapi, "Then, all of a sudden, without looking at notes or anything like that, he announced that they had a successful discussion in London and God willing, he said, Malaya would become an independent country on Aug 31, 1957". (Zaharah Othman, Kirkbyites relive historic moment of Merdeka during trip down, 31 Ogos 2017. https://www.nst.com.my/news/nation/2017/08/275147/kirkbyites-relive-historic-moment-merdeka-during-trip-down-memory-lane,  SINI).  

Inilah pengumuman pertama kemerdekaan kepada rakyat Malaya.

Acara menandatangani perjanjian kemerdekaan pada 8 Februari 1956. Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit

Tandatangan wakil kedua-dua pihak. 
Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Nak memudahkan cerita tentang rundingan ini, tontonilah siaran ulangan berikut.


Sebelum terbang balik ke Malaya, Tunku telah menulis surat kepada Lennox-Boyd. Antara lain, beliau menyatakan:

"We feel, as we return, that there has been laid down a most excellent basis for the continued improvement of relations between the United Kingdom and a self-governing Malaya within the Commonwealth and for increased friendship and understanding between our two peoples. I can assure of my personal co-operation and support on all matters agreed upon." (CP (56)47, Secret, Memorandum by the Secretary of State for the Colonies, Cabinet, 21st February, 1956, pp. 1).


Ketibaan rombongan Tunku di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Feb 1956.  Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Mudahkan cerita dan sebagai siaran ulangan berpuluh kali, tonton saje le video berikut.


Sesiapa berminat nak baca keputusan yang dicapai semasa Constitutional  Conference tersebut boleh baca di SINI.

Maaf le terlajak cerita. Selepas ini hanya PENUTUP sahaja, in syaa Allah.

Tiada ulasan: