Dalam budaya orang Melayu pemimpin
seringkali diperingatkan agar tidak menjadi seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul atau petikan kata-kata yang lebih popular masa kini jangan cakap
tak serupa bikin. Sebagai contoh, pemimpin mengarahkan pengikut supaya bekerja
keras tetapi mereka sendiri tidak begitu bekerja asyik dengan permainan golf
dan memperuntukkan masa lebih banyak untuk golf berbanding masa untuk
berbincang mengenai kemajuan organisasi tentulah tidak wajar. Lebih buruk lagi
kadang-kala acara pertandingan golf dilakukan atas agenda mesyuarat dan tugasan
rasmi yang lain bagi membolehkan mereka yang terlibat meninggalkan tugas serta
tempat kerja sekaligus layak membuat pelbagai tuntutan. Keadaan tersebut tidak
hanya suatu pembaziran juga merupakan suatu penyelewengan dan bercanggah dengan
etika kerja. Persoalannya apakah salah para pemimpin bermain golf? Jawapannya,
tidak, sekiranya bermain di luar waktu bertugas. Salah, sekiranya bermain
pada waktu bekerja kecuali telah diberi
pelepasan untuk berlatih dan bermain dalam pertandingan di peringkat kebangsaan
atau mewakili negara. Apa yang perlu diingat kita dibayar gaji untuk bekerja
bukan untuk bermain. Tidak beretikalah kita sekiranya masa bekerja kita
bermain. Bagi orang Islam tentulah haram hukumannya gaji yang kita ambil
sekiranya tanpa sebab yang dibenarkan kita tidak bekerja. Sumber yang halal
merupakan elemen terpenting dalam pembinaan sahsiah makhluk yang bergelar
manusia kerana tanpanya manusia hanya berwajah manusia tetapi perwatakan
makhluk lain dan kita tahu bahawa setiap yang tumbuh dari sumber yang hama
tempatnya adalah di neraka.[i]
Kini masyarakat sibuk memperkatakan
mengenai masalah remaja. Remaja hari ini adalah anak-anak para pemimpin dan
pengikut masa kini dan merupakan pemimpin dan pengikut masa depan. Pelbagai pihak menyalahkan antara satu dengan
lain. Pihak keluarga pula menyalahkan penguatkuasa manakala pihak penguatkuasa
pula menyalahkan keluarga, sekolah, serta media berhubung masalah yang ada.
Semua pihak termasuk golongan remaja sendiri bertanggungjawab di atas masalah
keruntuhan moral remaja massa kini dan sepatutnya tiada pihak yang cuba
menuding jari kepada pihak lain. Golongan remaja merupakan pengikut dalam sebuah
organisasi yang dikenali sebagai keluarga dan dipimpin oleh seorang pemimpin
bergelar bapa atau ibu.
Selaku penganut Islam ibu bapa perlu
peka dengan sumber rezeki yang digunakan dalam proses membesarkan anak-anak
mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud, kesemua kanak-kanak dilahirkan bersih,
terpulanglah kepada ibu bapa mereka sama ada mahu menyahudi, memajusi atau
menasranikannya.[ii]
Hati anak-anak yang tubuhnya dibesarkan dengan sumber haram sukar diresapi oleh
taufik dan hidayat Alah SWT. Sumber yang haram tidak tertakluk kepada sumber
yang dicuri, dirompak, diperolehi secara menipu, rasuah dan melalui sumber dari
kegiatan yang telah ditetapkan haram oleh syarak sahaja. Mengambil gaji tetapi
tidak bekerja juga haram hukumnya. Dengan sebab itu, walaupun di rumah
anak-anak diajar berbuat baik, di sekolah kebangsaan dan sekolah agama mereka
belajar perkara yang murni manakala melalui media mereka didedahkan dengan
amalan hidup yang betul namun amalan hidup yang songsang juga menjadi pilihan
mereka. Jadi sebagai pemimpin keluarga cuba kita tanyakan diri kita sendiri
apakah sumber yang telah kita gunakan dalam membesarkan anak-anak selama ini
halal?ati anak-anak yang tubuhnya dibesarkan dengan sumber haram suakar
diresapi oleh taufik dan hiayat Allah SWT. (hlm. 258-260).
Bersambung...In syaa Allah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan