Sambungan dari SINI...
Jika pengganas komunis menjangka Op Selamat Sawadee
penutup tirai Operasi Bersama antara Malaysia dengan Thailand, jangkaan mereka
jauh tersasar! Setelah berehat lebih kurang 5 bulan, kedua-dua negara telah
melancar Op Thamal pada 15 Disember 1980 dan berakhir pada 31 Januari 1981.
Kawasan operasi masih di selatan Thailand. Kali ini di sekitar kawasan Ban
Kabu, Sadao, Kok Mayai, Charok Air Jernih dan Hutan Simpan Koh Mai. Bagi
melicinkan perlaksanaan, kawasan operasi dipecahkan kepada sektor-sektor kecil
seperti Op 792 Alpha, Op 802 Alpha dan Op 803 Alpha.[1]
*****
Kedua-dua negara boleh menarik nafas panjang terhadap
pelancaran Operasi Bersama siri Op Daoyai Musnah, Cahaya Bena, Selamat Sawadee
dan Op Thamal. Mana tidaknya,
operasi-operasi tersebut “...telah membuahkan hasil yang positif kepada
kedua-dua negara, selain dapat membunuh, menawan dan memaksa PGK menyerah diri.
Operasi-operasi tersebut juga berjaya mengucar-kacirkan kumpulan-kumpulan induk
PGK yang bertapak di selatan Thailand.”[2]
Apabila mengambil kira operasi-operasi yang dilancar di
sempadan Malaysia-Thailand, iaitu Op Kota di sepanjang sempadan dari Perlis
hingga Kelantan serta Operasi Bersama, secara menyeluruh kejayaan pasukan keselamatan sangat membanggakan.
Ya, pengkhianat negara telah mengalami:
Ø Terbunuh –
118.
Ø Ditawan – 20.
Ø Menyerah
diri – 278.[3]
Itu di sempadan. Bagaimana pula keadaan dalam negara
pula? Adakah petualang negara bebas menikmati keindahan ciptaan-Nya begitu sahaja?
Bersambung...In
syaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan