Pengikut

Ahad, 21 Mei 2023

8 RAMD: SERANG HENDAP DI JALAN BIAWAK-LUNDU PADA 19 MAC 1971

3 Mei 2023 lalu, Menteri Pelancongan, Sarawak, YB Datuk Haji Abd Karim  Rahman Hamzah, telah merasmikan tugu peringatan bagi mengingati peristiwa 7 Renjer di serang hendap di Jalan Biawak-Lundu pada 26 Mac 1972. Dalam serangan itu, pasukan tersebut telah mengalami 15 KIA dan 4 WIA (lihat DI SINI).

Majlis tersebut sepatutnya dirasmikan pada 2020 lagi tetapi terpaksa ditunda kerana PKP. 

YB Datuk Haji Abd Karim  Rahman Hamzah bersama para hadirin. Sumber: Utusan Borneo Online

Kol Ratnam, bekas pegawai 7 Renjer ada bertanya pada veteran ini sama ada saya nak hadir. Jika ya, beliau akan usahakan supaya pihak berkaitan mengundang saya. 

Nak tahu mengapa beliau mengajukan soalan itu kepada saya? Kerana saya mencoret peristiwa tersebut dalam blog saya (DI SINI). Dan saya telah bukukan kisah itu dalam buku terbitan saya - Nuri@Burung Besi Dalam Kenangan - pada tahun 2020. Yang bestnya, permohonan untuk misi casevac itu diajukan oleh Panglima 3 BIM, Brig Jen Ghazali Seth kepada Gp Capt S.P. Welch, Pangwilud, dihadapan Tun Razak, Jen Tan Sri Ibrahim Ismail (KTAT), Mej Jen Ismail Ibrahim (Panglima 1 Div) semasa majlis meraikan Tun Razak di Kuching malam itu. Jawapannya dah tentu le 'no problem'. Kebetulan OC 7 Skn, Sqn Ldr Ahmad Saruju (Jen Tan Sri; jawatan terakhir  PTU) turut menghadiri majlis tersebut. Lantas, beliau bergegas balik ke Skuadron dan berlepas dengan standy copilot dan AQM. 

Syukur alhamdulillah, secara tak lansung saya telah turut menyumbang bahan bagi memperkayakan secebis sejarah negara amnya, TDM khususnya. Kira2 saya ini 'unaccredited army historian' le...he...he...he.

Bila saya panjangkan beberapa gambar yang dikirim oleh Kol Ratnam dalam WAG Heli Reunion, Mej Ismail Malik@Mail Cikgu, rakan seperjuangan saya, telah 'forward mesej  berikut:

* 17 Mac 1971 - Pl 1 Rjr membunuh 13 PGK di area Bako Ops Hentam. Bn kita terlibat sebagai cordon

* 19 Mac 1971 - MT ambush 8 RAMD di Biawak 

* 26 Mac 1972 - MT ambush 7 Rjr di Biawak (lokasi sama) 

* 24 Mac 1979 - Ops Kris X1 10 RAMD, Attk CT Camp. 4 PGK mampus, 1xSLR dan 2xSMG kepunyaan anggota 8 RAMD yg terkorban di Biawak recovered.

 * semua berlaku in March

Bio betol...8 RAMD diserang hendap setahun sebelum insiden 7 Renjer di lokasi yang sama? 5 KIA & 2 WIA!

Maklumat ni dah pasti menarik minat saya. Maka bermulalah perjalanan episod baharu untuk saya 'menggeledah' kisah pengorbanan wira2 negara yang tidak didendang demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini, wallahualam.

Saya bersyukur penggeledahan ini dipermudahkan-Nya kerana kebetulan Mej Ismail Cikgu adalah bekas pegawai 8 RAMD sebelum mengikuti kursus penerbangan dengan saya di SEA Helicopters, TUDM KL pada tahun 1973.

You know me laa...bertalu-talu le beliau dibedil dengan mesej. Kesian dia! Dia beritahu saya kisah tu dah lama, ialah dah 52 tahun berlalu. Beri dia masa untuk mengimbau kembali. Tapi dia sempat beritahu salah seorang WIA itu ialah Kpl Ahmad Ibrahim, Kor Ubat. 

Kpl Ahmad Ibrahim, Kor Ubat...Petunjuk pertama. Sekarang adik saya, Prof Dr Dato' Wahinudin pula jadi bahan buruan saya. Beliau ada beritahu saya di suatu ketika dahulu mantan KP Kor Ubat adalah U-mate masa mereka kat UM. Jadi, si abang ni tak melepaskan peluang minta adiknya bertanya kepada U-matenya. Malam itu juga saya dapat maklumat mengenai S/Sjn Ahmad Ibrahim (B). Sedihnya beliau telah meninggal dunia pada 4 Apr 2021, Al-Fatihah.

Namun demikian, saya diberi nama, alamat dan no phone anak arwah. Daripada anak arwah, Puan Dila Ahmad, saya berhubung dengan bondanya, Puan Tuminah.

Saya juga telah menghubungi Muzium TDM, Port Dickson untuk mendapatkan senarai 5 anggota yang KIA itu. Yang saya tahu, nama mereka yang KIA terpahat pada tugu di muzium. Harap2 saya tak dihampakan, wallahualam. 

Saya harap bebeno sekiranya ada mereka yang mengetahui atau terlibat secara langsung dalam insiden itu, harap sudi kongsi dengan saya. PM saya. Terima kasih.

Bila saya terima input nanti, saya akan cuba coret insiden tersebut, in syaa Allah.

Tiada ulasan: