Pengikut

Khamis, 25 Mei 2023

JALAN TRUPER RASLI BIN BUANG SP

 


Dalam buku di atas yang kini dalam proses pencetakan, saya mengitar semula kisah Op Iblis bersandar kepada buku Lt Kol Dr Syed Othman Syed Omar - Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia, Jilid 1Tapi diberi suntikan nafas baharuSalah seorang daripada 2 anggota 'X' Skuadron, RGK yang terkorban pada 6 Jul 1972 ialah arwah Tpr Rasli bin Buang (DI SINI). Beliau telah dianugerah SP.

19151 Allahyarham Tpr Rasli bin Buang SP

Apa yang membanggakan saya ialah, pada 20 Nov 2015, Primier Sarawak,  Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pelancongan, Sarawak, telah mengumumkan:

"Sebatang jalan di Kampung Buntal akan dinamakan dengan nama Trooper Rasli Buang, iaitu penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diarah memulakan kerja pelaksanaan.

“Selain itu juga dalam mesyuarat bulan lepas kabinet telah bersetuju pusara Allahyarham Rasli Bujang dinaik taraf sebagai pusara pahlawan di tempat asalnya iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buntal di sini,” (Utusan Borneo online, 20-11-2015. DI SINI).

Saya ingat nak muatkan nama jalan tersebut dalam 'Kalam Karat' buku saya itu. Tapi saya perlu mengesahkan kewujudan jalan tersebut. Jawabnya, saya telah menghubungi Balai Polis yang mengawasi Kampung Buntal. Jawapan mereka: Tiada Jalan Rasli bin Buang!  

Saya faham. Gomen banyak lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian. Bukan lupa, hanya terlepas pandang sahaja, wallahualam. Bagi saya...Kes tutup. Noktah.

Pada 6 Mei 2023, saya telah pergi ke Ipoh untuk menghadiri perkahwinan anak adik saya, Wani. Di majlis tersebut, sempat bersembang dengan  Mej Jen Dato' Raja Ahmad Ikram TUDM (B) (pangkat sepupu) dan isteri, Datin Noora. Datin Noora berasal dari Kuching, Sarawak. Di kalangan kami, Dato' Raja Ahmad dikenali sebagai Ku Mad; bekas pilot Nuri@Burung Besi.

Dari kiri: Ku Mad, NIBS, Che Di, Wan Hamzah
Pasangan Ku Mad bersama Noora bak merpati dua sejoli 

Sapa2 yang mengenali saya, faham le perangai veteran ini. Akan ambil kesempatan untuk mengaju permintaan/bantuan. Jadi, saya telah bertanya Datin Noora sama ada beliau ada kenalan orang beso di Kuching. Bila ditanya mengapa, apa lagi veteran ini terus le beritahu mengenai 'Jalan Rasli.' Setelah mendengar tujuan saya itu, beliau terus menghubungi adik perempuannya. Engkohnya adik beliau itu ialah seorang ahli kabinet Sarawak! Adiknya memberitahu pada hari itu Menteri Pelancongan berada di London bagi menghadiri majlis hari pertabalan King Charles. Apa pun, adiknya akan menyusuli kes ini.

23 Mei 2023.   Saya terima mesej ini daripada Ku Mad: "Assalamualaikum, Abg Nor. Merujuk kpd nama jln di S'wak tu, adik Noora bgtau state cabinet dh approve. Tggu implementation." Syukur alhamdulillah. 

Ku Mad dan Noora, Abang Nor hanya mampu merakam TERIMA KASIH di atas usaha Ku Mad and Noora. Harap sampaikan ucapan terima kasih Abang Nor kepada adik Noora. Percayalah...I really appreciate it very much.  

Sebenonya perbualan kami tidak tertumpu kepada Jalan Rasli sahaja. Pak menyibuk ini juga telah menyaran kemungkinan Sarawak mempertimbang untuk menganugerah Bintang/Pingat kepada arwah. Gomen Persekutuan telah mengiktiraf pengorbanan arwah. Mengapa tidak Sarawak turut menganugerah arwah? Malahan, menganugerah para veteran anak watan Sarawak yang difikirkan wajar dianugerah Bintang/Pingat. Buat permulaan, kepada semua penerima anugerah Perkasa Persekutuan seperti SP, PGB, JPP dan KPK.

Isu ini dah lama saya ajukan kepada individu yang memegang jawatan persatuan tertentu. Namun, respons mereka TIDAK memberangsangkan! Mungkin apa yang difikirkan para veteran tak perlu terima bintang/pingat baik Persekutuan atau pun negeri. Baik fokus kepada akhirat sahaja kut, wallahualam! 

Saya juga telah menyarankan kepada KP JHEV mungkin JHEV dijadikan platform untuk menaja para veteran untuk penganugerahan Persekutuan/Negeri, wallahualam.

Saya bangkitkan isu ini bukannya apa. Fikirlah bagaimana perasaan isteri/ibu/bapa/anak/cucu jika...tut...tut mereka terima surat daripada gomen (Persekutuan/Negeri) memaklumkan bahawa orang yang mereka sayangi dianugerah bintang/pingat. Anda bayangkanlah.

Semalam, 24 Mei 2023,  saya terima panggilan daripada Kol Ratnam (B), bekas pegawai 7 Renjer. Beliau memberitahu ada seorang penerbit filem berminat nak buat filem dokumentari mengenai 7 Renjer diserang hendap di Kpg Jangkar, Jalan Biawak-Lundu pada 26  Mac 1972. 15 KIA & 4 WIA, (DI SINI). Apabila saya bangkitkan semula isu pencalonan veteran untuk anugerah, beliau memberitahu bermula 2023 Lt Jen Datuk Stephen Mundaw (B), anak watan Sarawak,  telah mengambil inisiatif  menaja pencalonan para veteran tertentu yang telah banyak berbakti kepada Sarawak untuk anugerah Negeri. Syabas, Datuk Stephen Mundaw (B). Saya tabik spring pada Datuk.

Bagaimana pula lain2 persatuan? Pencalonan oleh Persatuan tak merugikan Persatuan apa2 pun. Satu sen pun tak luak. Malahan lebih disanjung. Mungkin ada yang tak berminat, tetapi jangan lupa ramai yang berminat, wallahualam.

Fikir-fikirkanlah. 

Tiada ulasan: