Ini sambungan kepada coretan bertajuk "Kacang Lupakan Kulit". Saya telah meluahkan kekecewaan melalui ruangan 'Forum' Utusan Malaysia yang disiarkan pada 6 Mei 2010...
Pada hari yang sama, Bos JPA, Tan Sri Ismail Adam, memaklumkan bahawa berkuat kuasa serta merta, semua graduan tajaan JPA di luar negara tidak lagi boleh menangguh untuk kembali ke Malaysia walau apa alasan sekalipun. Ini masalah lain.
Tan Sri...Paling tidak pun, kumpulan tersebut masih bersedia untuk kembali ke negara tercinta ini. Apakah tindakan anda untuk menangani masalah pengaliran graduan dari IPTA kita ke negara jiran?
Saya difahamkan ada satu lagi kategori yang semangat patriotisme dipertikaikan. Terdapat doktor yang dihantar ke luar negara untuk mengikuti pengajian ke peringkat kepakaran dan sub-kepakaran. Setelah tamat pengajian, mereka enggan kembali ke tanah air. Gelap mata mereka melihat English Pound/US$. Mungkin anggapan mereka...pedulikan apa...nak kata...katalah, janji hidup aku mewah!
Seorang kenalan mempunyai anak yang sekarang menetap di Australia. Si anak ditaja oleh JPA untuk pengajian perubatan di sana. Setelah lulus, beliau enggan pulang ke Malaysia dan mungkin sekarang sudah bertukar kerakyatan. Doktor ini sekarang seorang pakar bedah. Tanpa berselindung, terus terang saya menyatakan sepatutnya Kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka berdua (bapa adalah penjamin)...dikenakan bayaran seperti yang termaktub dalam kontrak. Beliau hanya diam sahaja.
Apakah agaknya pengertian "AMANAH" kepada mereka?



.jpg)











