Pengikut

Selasa, 15 Jun 2010

No 3 Sqn Scrap Book...Pt 3

Masih ingat coretan "Airdrop At Palembang"? Ianya mengisahkan penerbangan 3 buah pesawat Nuri ke Malang, Indonesia. Inilah buat pertama kalinya Nuri terbang ke luar negara paling jauh. Dalam penerbangan tersebut, Nuri saya telah tercemar dengan bau yang 'ambi pur' sekali pun tidak mampu menghilangkannya. Apa yang dimakan salah seorang penumpang di PULADA sebelum kami berlepas pagi itu...saya tak tahu! Saya terpaksa hover di atas hutan bakau sebelum mendarat di Palembang untuk menabur baja organik.
Latihan Bersama Elang Malindo IV (25-30 Oktober 1978)

Bergambar dengan anggota TNI-AU di Malang...
T5= Turbine Inlet Temperature. Mengapa T5? Tanya pilot Nuri

Isnin, 14 Jun 2010

No 3 Sqn Scrap Book...Pt 2

JUN 1979...HUT TUDM KE 21
Lokasi: TUDM Kuantan
Penerbangan formasi: 21 Nuri
Ketua Formasi: Mej (U) Peter Wong, Ketua No 10 Skn
Krew Nuri (FM1724) saya: Lt (U) Md Som, Sjn Raju
Tarikh:
11 Jun: Butterworth - Kuantan
13 Jun: Raptai
14 Jun: Raptai
15 Jun: Penerbangan Formasi
16 Jun: Kuantan - Butterworth

21 Nuri


Semua krew yang terlibat


Krew dari No 3 Skn

Pembaca...sesiapa yang masih ada menyimpan gambar-gambar penerbangan 21 Nuri ini, harap dapat e-melkan kepada saya untuk kita berkongsi bersama.

Ahad, 13 Jun 2010

1 Jun 2010

1 Jun 2010...

...Hari ini ~ HUT TUDM ke 52.

...Hari ini ~ Saya menerima  buku ini dari Lt Kol Dr Syed Othman Bin Syed Omar (B).  Saya telah menghubungi beliau dengan cadangan agar beliau menceritakan pengalamannya terkena jerangkap samar di Ban Tong Yan, selatan Thailand, ketika membuat rodaan pada 4 Ogos 1979. Tiga anggota 19 RAMD cedera parah dan mereka diterbangkan oleh 'burung besi' ke Hospital Alor Star. Dari Alor Setar beliau telah dipindahkan ke Hospital Sungai Petani sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Setelah menjalani 2 bulan rawatan, beliau disahkan hilang penglihatan kedua-dua pancaindera tesebut. Saya telah menulis coretan tentang beliau bertajuk "Sumber Inspirasi".

Saya berhasrat untuk menjadikan tajuk tersebut sebagai satu 'bab' dalam buku saya nanti, Insyaallah. Oleh kerana sebab-sebab tertentu, beliau  telah menghantar buku di atas dan memberitahu saya boleh 'ciplak' apa yang saya kehendaki dari buku tersebut.

...Hari ini ~ Saya membuat temu janji dengan WO2 Mohsain (B), xkomando di Restoran Haji Ramly, Simpang Empat Kangkong. Beliau berada di LP, Gunung Korbu, ketika sebuah Nuri, FM1717, terhempas  dan menceritakan apa yang berlaku sebelum dan setelah kecelakaan tersebut. Juga, beliau menceritakan bagaimana Lt Raja Musa (FOO) terkena jerangkap samar dalam Ops Selamat Sawadee. 
                                      

Jumaat, 11 Jun 2010

No 3 Sqn Scrap Book...Pt 1

Reference: My article entitled  "A Challenging LP". An RAAF's  'Chinook' helicopter flew  14000 km return trip from Australia solely to recover the Nuri, FM1717, which had crashed at an LP on Gunung  Korbu. It created a record of being the "Longest 'Copter Flight In History" then.

Airlifting FM1717 from the LP on 11 September 1980


Download the Nuri at AIROD, Subang

The Nuri in question was repaired and then....up....up and away.

Khamis, 10 Jun 2010

Perjalanan Yang Nostalgik

6 Jun 2010...Selepas makan tengah hari, saya telah bertolak ke Tepen (Taiping) untuk menghadiri majlis kenduri di rumah keluarga di Taman Seri Kota. Adik saya, Ahmad Kamaruddin (Mek) memberitahu bahawa mak hendak sangat buat kenduri di rumah tersebut; hanya beliau masih menetap di Taiping. Mak mengarahkan beliau mengupah orang untuk membersih rumah bagi tujuan tersebut. Rumah peninggalan arwah bapa hanya berpenghuni menjelang Hari Raya Aidilfitri atau ada majlis dimana kami semua balik ke Taiping. Mendengar kehendak mak, kesemua 6 adik-beradik bergegas balik ke kampung. Mak, 81 tahun, tinggal dengan adik bongsu saya di kawasan Subang Jaya dan mereka tiba pada 7 Jun.

Mek cuba mendapatkan perkhidmatan 'caterer' untuk majlis tersebut. Tetapi, maklum sajalah... cuti sekolah=kenduri kahwin, semua caterer 'fully booked'. Jawabnya...masak sendirilah. Selepas solat asar di masjid di belakang rumah, semua jemaah datang untuk menbaca doa selamat.

Pak Imam mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga

Jamuan ringan ala kadar saja
Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mak sungguh gembira.

Sebelum saya bertolak ke Taiping, saya telah menghantar sms kepada Ketua No 3 Skuadron, TUDM Buterworth, memohon kebenaran untuk saya singgah di skn beliau pada 7 Mei ketika dalam perjalanan kembali ke Jitra. Tujuan saya ialah untuk 'scan' gambar-gambar tertentu yang terdapat dalam buku 'scrap'. Jawapan beliau...Tiada masalah. Terima kasih. Justeru, pada tarikh tersebut, berbekalkan dengan note book dan scanner, saya melencong ke Butterworth.

Memang banyak perubahan di bandar 'nilai mentega' ini dibandingkan ketika saya tinggal di sana 30 dekad dahulu. Saya terpaksa membaca 'tunjuk arah' bagi memastikan saya tidak 'tersesat'. Tetapi....satu 'landmark' ini masih tiada perubahan....

Lampu trafik di Simpang 4 - Semuanya seperti berdekad-dekad dahulu

Sampai sahaja di Bilik Pengawal pengkalan, saya telah menalifon Ketua Skuadron. Beliau memaklumkan bahawa beliau sedang bercuti dan saya boleh pergi ke skn dan boleh berjumpa dengan staf beliau.  Apabila memasuki pengkalan, sungguh nostalgik...! Seorang KU dari TLDM telah membawa saya ke 'crew room' dan mengambil buku yang saya kehendari. Sungguh banyak kenangan!! Saya scan mana yang saya perlukan.

Ketika menghidupkan kereta untuk pulang, seorang warga skn telah memanggil saya. Apabila terpandang nama beliau pada sut terbangnya, barulah saya mengenali beliau, SJN ZURAIDI (KU), yang banyak membantu saya. Beliau baru saja mendarat dari membuat tugas penerbangan di Pulau Perak (dimana?).

Lt Kol Norizal TUDM...Terima kasih.

Rabu, 9 Jun 2010

Tragedi 26 April 1976...Jerangkap Samar

Pembaca...Ini coretan (tanpa edit) oleh Lt Kol Basri Omar PGB berkaitan dengan Tragedi 26 April 1976.

OPERASI(OPS)  KOTA

Ops GUBIR 2

Tarikh: April 1976

Jenis Operasi: Serangan Menggunakan Helikopter(Heli Borne Assault)

Kawasan Operasi: Kawasan Gubir hingga ke sempadan Malaysia-Thailand

Latar Belakang Operasi:

Susulan kepada  serangan/pertempuran dgn Pengganas Kominis(PGK) dan serang hendap yang di lancarkan oleh PGK, ATM mengambil keputusan untuk melancarkan serangbalas terhadap musuh di pangkalan yang di syakki menjadi kubu kuat mereka…..maklumat di perolehi melalui musuh yang menyerah diri(Surrendered Enemy Personal-SEP)

Objektif Ops Gubir 2:
Menggempur/menawan musuh(PGK) di pangkalan mereka di sempadan Malaysia-Thailand

Formasi/Unit Terlibat:
a.         Markas 2 Divisyen Infanteri - Mej Jen Dato’ Mahmood Sulaiman
b.         Markas 6 Briged Infanteri – Brig Jen Dato’ Arul Pragasam
c          Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia ( 1 RGKM ) – Lt Kol Hasbullah Bon
d.         Markas Jurutera 2 Divisyen – Lt Kol Mei York Chee
e          3 Skuadron Jurutera – Mej Akhbar Khan

Unit Bantuan:
TUDM – Jet Penyerang:
                F 5 E
                Tebuan
                Sabre ?
             -  Helikopter Nuri
             -  Helikopter Allouette ( Gunship)

OPS GUBIR 2 – BANTUAN JURUTERA

Markas Taktikal 6 Bde – Kem Gubir
Kawasan Operasi: Sempadan Malaysia/Thailand
Tarikh: 20 Apr 1976 – 29 Apr 1976 ( Tak pasti tarikh sabenar)
Kekuatan Pasukan Penggempur – X Skuadron 1 RGKM ( 60 orang SUKARELA)
a.      Ketua Skn – Kapt Sudirman bin Hj Ahmad
b.      Ketua Terup – Lt Aziz bin Rashid
                                 Lt Azizan
c.      LLP – 57 Anggota

Kekuatan Detasmen Jurutera – Gabungan 1 & 2  Terup, 3 Skn Jurutera
a.      Ketua – Lt M Mior Safian (hingga 23 Apr 1976 dan ambilalih semula pada 25 Apr)
                      Lt M Basri ( mulai 23 Apr hingga 25 Apr 1976 sahaja)   
b.      LLP – 18 Anggota

TUGASAN UTAMA JURUTERA
 Membantu Pasukan X Skn 1 RGKM :
a.    Membina Tempat Mendarat Helikopter
b.    Membersih/memusnah Jerangkap Samar (JS)

Kronologi:

20 Apr 1976 – Tim Jurutera di ketuai Lt M Mior Safian di masukkan ke Kem PGK dgn  kaedah winching . Terus memulakan tugas membina tempat mendarat  Heli dan membersih JS
22 Apr 1976 – Amaran Awal Tim Jurutera Tambahan( di ketuai Lt M Basri)  untuk bergerak ke Kem Gubir.

 Anggota2 Kdo yang tercedera akibat JS:
a.     Sjn Jantan
b.     Tpr Hussein Mahbob
c.      Tpr Yaakob Hassan ( kawan semasa di Sekolah Kebangsaan Pendang,Kedah)
Semua mangsa di terbangkan ke Hospital Besar Alor Star.
                 
23 Apr 1976 – Tim bergerak dari Kem Sangro,Taiping ke Kem Gubir . Selepas Arahan Operasi oleh Lt Kol Mei ( Pemerintah Jurutera 2 Divisyen) . Tim di terbangkan ke Kem PGK dengan Helikopter Nuri ( di pandu oleh Lt Shariff TUDM- Skuad Intake 20 TJP). Ambilalih Ketua Detasmen Jurutera satelah  selesai taklimat oleh Lt M Mior Safian….meneruskan kerja-kerja Pembersihan JS.

24 Apr 1976 – Tim Jurutera jumpa pintu masuk ke terowong. Memulakan tugasan membersih terowong satelah mendapat kebenaran Pegawai Pemerintah 3 Skn Mej Akhbar Khan. ( Pertama kali dalam sejarah ATM…pembersihan terowong ala Vietcong di laksanakan). Kerja pembersihan di teruskan hingga tamat sa belah petang tanpa insiden.

25 Apr 1976 – Tim Pembersih JS di ketuai Lt M Mior Safian memulakan pembersihan dalam terowong kedua di awal pagi . Bagi tujuan memantau kerja2 pembersihan yang di laksanakan oleh Tim Lt M Mior , saya bersama LKpl Abdullah,Spr Misnan dan Tpr Khairi(anggota Kdo sebagai pengiring) turun ke terowong menjejak  hingga ke anak tangga ke 31….se telah beberapa langkah maju ke depan , saya ternampak serpihan guni beras terletak di sebelah kiri terowong . Saya mengesyakki sebagai suis JS. Terus mengarahkan anggota2 di belakang saya bergerak ikut langkah saya di se belah kanan terowong……Tiba2 terdengar bunyi LETUPAN YANG AMAT KUAT dan ASAP begitu TEBAL lantaran letupan itu!  Senjata di tangan saya terlepas dan saya terduduk jatuh kerana tercedera di bahagian belakang dan punggung serta tangan kiri…LKpl Abdullah menjerit memanggil saya” Tuan! saya kena Tuan”…saya arahkan beliau jangan bergerak dan terus memanggil Lt M Mior yang ketika itu berada di hadapan untuk membuat Tindakan Serta Merta bagi membersih kawasan dan membantu Lkpl Abdullah.! Kami di angkat naik ke permukaan ……malangnya LKpl Abdullah tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhir akibat tercedera di bahagian dada dan perutnya…Innalillah…..! Saya disuntik morfin dengan untuk menahan sakit. Kami di terbangkan melalui Kem Gubir, saya ke Hospital Alor Star dan  Almarhum LKpl Abdullah ke Kem Sangro,Taiping untuk pengurusan jenazah….di bawa pulang ke Melaka untuk pengkebumian !     

Berakhirnya satu episod dalam hidup saya yang amat SEDIH….kehilangan seorang Anggota dan juga anak buah!....Almarhum adalah seorang anggota yang baru di naikkan pangkat LKpl beberapa bulan terdahulu..seorang PTT yang amat rajin dan sentiasa mematuhi arahan tanpa banyak alasan..Kami pernah sama bertugas di Beluran,Sabah semasa projek Pembinaan Asrama Yayasan Sabah dalam  tahun 1974 .                                                     
                            
Di sabelah petang,semasa di Hospital Alor Star , saya di kunjungi oleh Kapt Haris Rejab ( Pegawai Perhubungan di Songkla) . Beliau dalam perjalanan ke Markas 6 Bgd di Sg Petani,Kedah….beliau bertanya khabar dan menyuntik semangat serta pulang ke Kem memaklumkan bahawa kecederaan saya tidak seburuk anggota tentera negara Thailand yang pernah di lihat....ada yang putus kaki…Maasyaallah!

26 Apr 1976 – Semasa di hospital,saya di maklumkan se buah pesawat Nuri telah di tembak jatuh oleh musuh dan semua 11 anak kapal dan penumpang terkorban…! Satu tragedi hitam buat ATM amnya dan TUDM khasnya. Antara yang terkorban ialah Lt Udara Wan Munsiff TUDM( bekas pegawai Jurutera) dan Lt Ibrahim Zakaria ( Pegawai 3 RAMD) teman se hostel di STAR ,Ipoh dulu.

27 Apr 1976 – Elemen Jurutera di keluarkan dari Kem PGK ke satu lokasi lain yang lebih selamat satelah terowong2 di letupkan  . Pasukan Kdo hanya diarahkan keluar satu dua hari kemudian dgn berjalan kaki…Pesawat Nuri tidak dapat di gunakan lantaran faktor KESELAMATAN!  Di beritakan mereka ini bertembong dengan musuh dan bertempur semasa dalam perjalanan pulang ke Kem Gubir..!


Lt Kol Basri...Terima kasih.

Isnin, 7 Jun 2010

Air Rescue Team...3rd Episode

Ops Selamat Sawadee...Anggota 'Air Rescue Team (ART)' dari pasukan komando membuat detasmen di No 3 Skuadron, TUDM Butterworth. Mereka menjadi sebahagian dari anak kapal Nuri. Setiap penerbangan ke lokasi operasi atau Nuri membuat detasmen di Kroh, kami turut membawa dua orang anggota ART ini. 

Berikut adalah sumbangan 24317 L/Kpl Mohamad Temiri (bersara WO 2).

Penyerahan tugas ART dari Skuadron 'X' kepada Skuadron Bantuan di No 3 Skuadron.     

Hadapan dari kiri: L/Kpl Zakaria, Tpr A. Wahab, Tpr Ramli 
Berdiri dari kiri: 24317 L/Kpl Mohamad Temiri, Tpr Hamzah, Tpr Sallehudin, Tpr ???,L/Kpl Rosmi

"KEJADIAN DI MAKER LIMA ONE BAR A/C 1717.SAYA 23417 L/KPL MOHD TEMIRI,24794 L/KPL MOHD SIBKI,ANGGOTA TUDM SERTA ANGGOTA RANGER MEMBANTU MENGELUARKAN BEKALAN MAKANAN YANG BERADA DI DALAM HELIKOPTER.KETIKA ITU KAMI TELAH DI SERANG OLEH PENGGANAS KOMUNIS. SALAH SEORANG DARIPADA ANGGOTA YANG TELIBAT IAITU L/KPL MOHD SABKI TERKENA TEMBAKAN DAN MATI DALAM PENERBANGAN DI KROH. 

KEESOKKAN HARINYA DI MAKER YANG SAMA,A/C 1724  SAYA MOHD TEMIRI BIN ABD. RAHMAN, TPR SALLEHUDIN  SERTA ANGGOTA TUDM UNTUK MENGHANTAR BEKALAN DLP.SEBAIK SAHAJA HELIKOPTER MENDARAT,KAMI TELAH DI SERANG SEKALI LAGI. 

AL FATIHAH KEPADA YANG TELAH GUGUR.."

Penerbangan terakhir L/Kpl Mohd Sibki, yang terkorban dalam Nuri FM1724, dari Kroh ke kampung halaman untuk disemadikan.        


Lagi gambar anggota ART...

Sumber: Buku 'Scrap' No 3 Skuadron

Beliau turut menghantar gambar di bawah ketika Lt Kol (U) Nawi Alias, Ketua No 3 Skuadron, meraikan penerima anugerah sempena HUT DYMM YDP Agong. Saya pasti gambar ini diambil pada 1979.

Dari kiri: Lt Kol (U) Nawi Alias, arwah Kapt (U) Ripin, Kapt (U) Ahmad Repi, Kapt (U)Ben Leong

Encik Temiri...Terima kasih.