Saya bukan seorang yang minat dalam bidang seni...baik penulisan atau menghayati puisi atau apa-apa yang ada kaitan dengan seni. Ketika mengikuti pengajian 'Institute of Cooperative Auditors' di suatu ketika dahulu ( waktu malam selama 3 tahun di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya), seorang pensyarah dari UKM memberi komen
'...Mejar...you bukannya seorang seni'. Memang betul kata beliau. Isteri saya sendiri memperakui 'kelemahan' saya ini dengan tulisan beliau
di sini.
Saya tidak faham dan tidak minat pada sajak. Tetapi apabila melihat rakan-rakan menulis sajak, pantun, 'poem'...teringin jugalah. Fikir punya fikir...tercurahlah luahan yang terpendam dalam minda selama setahun ini.
2 Disember 1989...Haadyai
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi diburu
Tiada lagi ratapan kehilangan yang tersayang
Tiada lagi siburung besi bahan buruan
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan atau pun lawan
Tiada lagi kecacatan ditanggung badan
Sehingga ke akhir hayat
Angkara jerangkap samar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara tersayang
Tetapi...kini hanya tinggal kenangan
Tanpa sebarang penghormatan
Tanpa pengiktirafan
Apakan daya dah nasib badan
Menggadai nyawa dipinggirkan
Mengharum negara wira kebangsaan
Wahai wira-wira...darat dan udara
Pasrah hadapi alam kenyataan
Penuh cabaran bukannya khayalan
K e s i a n...!!
Macam mana...Boleh menyertai sayembara mendeklamasi sajak peringkat kampung tak? Ketawalah....saya tak marah. He...He...He