Pelarian menaiki helikopter di 'LP' atas bumbung Kedutaan AS
Bagaimana pula warga Malaysia yang berada di Vietnam Selatan ketika itu, termasuk Kol Borhan Hj Ahmad (xPAT)? Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka kembali ke Malaysia?
Tugas ini dipikul oleh No 4 Skuadron, TUDM Kuala Lumpur. 2 buah pesawat Dart Herald telah ditugaskan untuk melaksanakan misi ini: hanya sebuah pesawat sahaja yang terbang ke Saigon manakala sebuah lagi 'stand-by' di Kota Bahru untuk mengambil alih pesawat yang berada di Saigon sekira pesawat tersebut mengalami kerosakan. Ikutilah kisah penerbangan terakhir bagi pesawat TUDM ke Saigon sebelum bertukar nama kepada Ho Chi Minh City sepertimana yang tercatat dalam majalah 'Perajurit' keluaran Julai 2011....
Satu bahan sejarah untuk TUDM.
Terkini....Saya difahamkan bahawa ada pihak tertentu yang sedia menaja untuk menerbitkan buku tentang pengalaman-pengalaman wira-wira (bukan wira sukan) seperti yang diceritakan oleh Mejar Dato' Salehuddin - "SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN". Pihak tersebut mencadangkan biarlah ada cerita sekurang-kurangnya 4-5 wira. Saya pasti ramai di luar sana ada banyak cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Apa kata anda ceritakan kisah yang tak didendangkan itu supaya dapat diabadikan dalam sebuah buku. Sekurang-kurangnya generasi akan datang mengetahui tentang pengorbanan para veteran di suatu ketika dulu. E-melkan kepada saya, kalau ada gambar, rajah, dll, lagi baik.


















