Pengikut

Selasa, 10 Disember 2013

Tan Sri Mohamed Ngah Said Dalam Kenangan

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ....Kembalinya arwah Lt Jen Tan Sri Mohamed Bin Ngah Said TUDM (B), mantan PTU, pada 08/12/2013. Saya berpeluang 'mengenali'nya ketika bertugas sebagai PS 2 Sek A; setiausaha kepada mesyuarat JPTU/JPPTU. Paling hampir saya bersama arwah ialah ketika mengganti 'MA'nya semasa penjawat 'Attend C (cuti sakit)'.  Ingatkan, baru saja saya memetik kata2nya di sini.

Saya sebenonya menyimpan hasrat untuk menghubungi arwah. Tujuannya ialah untuk mendapat maklumat tentang sejarah Nuri bagi penyelidikan saya itu; kisahnya merupakan sumber utama. 

Mungkin ramai warga TUDM sendiri tidak mengetahui tentang arwah. Arwah adalah salah seorang pelopor pesawat helikopter TUDM. Alouette 111 mula berkhidmat dalam TUDM pada 1963 dan arwah adalah antara anak watan yang menjadi juruterbang 'Cepung' tersebut. Bila tibanya pula si 'Burung Besi', wujudlah No 7 Skn yang berpangkalan TUDM Kuantan dan Sqn Ldr Mohamed Ngah Said sebagai Ketua Skn yang pertama (1968). Tidak lama kemudian, masih 1968, No 7 Skn berpecah kepada dua: No 7 & No 10 Skn. No 7 Skn berpindah ke TUDM Kuching manakala No 10 Skn berpangkalan di TUDM Kuantan. Arwah pula dilantik sebagai Pegawai Memerintah TUDM Kuching pada 15/5/1968. No 7 Skn diserah kepada arwah Sqn Ldr Ahmad Merican S T Merican (bersara Mej Jen Dato', TPTU): Sqn Ldr Ben Lee pula menjawat Ketua No 10 Skn yang pertama. Arwah juga adalah 'Pangud (Panglima Udara)' , Marud (Markas Udara) ketika Pasukan Keselamatan melancar pelbagai operasi di era saya, seperti 'Ops Selamat Sawadee'. 

Pangud (2 dari kanan) memeriksa Nuri di Kroh. Nuri Mej (U) Chong KL ditembak oleh pengganas komunis ketika mendarat di LP untuk mengambil seorang 'casevac'. L/Kpl Ismail, anggota Air Rescue Team, terkorban dalam pesawat. Kehadiran juruterbang F5E & Tebuan untuk mendengar taklimat. Keesokan hari, pesawat pejuang telah mengebom kawasan yang telah dikenal pasti diikuti oleh gunship 'straf' sebelum Chong mendarat untuk mengambil casevac 

Seorang rakan seperjuangan menceritakan satu insiden ketika berkhidmat di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Pesawat Nuri rakan ini telah ditembak oleh pengganas komunis di kawasan operasi Selamat Sawadee. Pada malam itu, beliau terima panggilan telefon di Mes Pegawai. Sipemanggil mengenalkan dirinya... 'Ini Md Ngah' dan bertanya khabar tentang insiden tembakan itu. Rakan saya memberitahu....'hoi...jangan main2 lah'. Masa tu dah jadi kebiasaan members suka 'menyakat'. Lepas tu, sipemanggil kata 'Ini Md Ngah...Pangud'. Apa lagi, kawan saya terus 'attention'  walaupun bercakap dalam telefon. Entah2, beliau hentak kaki semasa nak 'sedia'. Maklum saja le....mana biasa seorang Lt terima panggilan dari Pangud, waktu malam pulak tu. . Inilah contoh seorang Panglima yang sungguh prihatin terhadap anggotanya.

Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang yang soleh....Al-Fatihah.

Selasa, 3 Disember 2013

Documenting A Piece Of History

'Without the enormous support from the helicopter force, we in all likelihood would still be fighting the communist in the jungle'...Lt Gen (R) Tan Sri Mohammad Ngah Said during helicopter gathering at Bangi Resort in 2005

I fully agree with Tan Sri Mohammad Ngah, xPTU. The above quotation was extracted from this book. I had requested for this book from PTU and he was kind enough to oblige me. 

Back to the statement, I'm quite sure there are  top brasses in the MAF who would fully endorse it although they do not express it explicitly. The reason why I said this is because of the caption on the Nuri below...
Book: 'The Malaysian Army's Battle Against Communist Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989'

The above is on the chapter 'Factors That Led The CPM Lay Down Their Arms' of the book. Well, I don't think I'm wrong in stating that the old but faithful iron birds were a contributory factor  in expediting the signing of the 'Peace Agreement' between Malaysia and CPM on 02/12/1989 at Lee Gardens Hotel, Haadyai, Thailand.

Come to think of it, I talk so much about the Nuri. It's like blowing my own trumpet about my adventures. I wrote 2 'self-proclaimed' best sellers...He...He...He. But, frankly, I don't know much about the history of this bird....Shame on me! Since time is not the limiting factor, I'm seriously thinking of embarking on a research on the roles of Nuri during the insurgency era in Peninsular Malaysia 1967-1989. The main problem I may encounter is to obtain primary data. This is where I sincerely hope that the relevant people/agencies would assist me, insyaAllah. 

Among others, my research would include why Nuri was chosen; what other helicopters were considered; when the 1st set of air/ground crew were sent to USA, who & how many; when the 1st batch of Nuri arrived at Port Klang; when the No 10 Sqn was formed & who was the 1st OC; distribution of the birds to No 7 & No 10 Sqns. Not forgetting, the number of sorties & hours flown, total troops/freights carried during those period. Last but not least, the RM that the government spent for the deployment of these indispensable strategic air support machines. Without these data, whatever research done would not be credible, wallahualam.

I hope readers out there are willing to assist me in my pursuit to document a piece of history that helped to hasten peace to this beloved nation of ours...Malaysia. Your input are most welcomed. Thank you.

PTU...Thank you.

Selasa, 26 November 2013

Seni Lambang Bangsa

Biasa le....Cuti Sekolah = Majlis Perkahwinan. Mejar pencen ada juga terima kad jemputan dari rakan taulan di KL. Tapi terpaksa meminta maaf kerana tidak dapat hadir. Namun demikian, saya bersyukur kerana masih ada yang masih ingat veteran ini. Sekurang-kurangnya tak le tergolong 'out of sight, out of mind'...He...He...He.

Pada 23/11, saya & Menteri KDN telah menghadiri satu majlis berkenaan di Jitra. Sebenonya, kami tidak kenal kedua-dua mempelai atau pun kaum keluarga pasangan tersebut. Apa yang berlaku ialah kawan si pengantin perempuan adalah anak murid isteri saya semasa mengajar di SMK Taman Seraya, Cheras, sebelum berhijrah ke Jitra pada 2000. Si anak murid ni, Raja Fara, nak hadir ke majlis tersebut. Sementelah kami menetap di sini, beliau telah 'mengarah' pengantin menjemput kami. Jadi, kami pun dijemput melalui pelajar tersebut.

Bila sampai di rumah pengantin, seorang pun saya tak kenal. Tak lama kemudian, pelajar berkenaan dengan menyurung 'pram' anak dan 3 lagi rakan sampai. Mereka datang dari KL dengan Mas. Depa semua staf Astro.

Raja Fara (2 dari kiri) dan anaknya (dalam pram)

Apom lenggang turut disediakan. ABC dah wajib

Yang menarik perhatian saya ialah inilah satu2nya majlis perkahwinan yang pernah saya hadiri yang menghiburkan para hadirin dengan....

Kumpulan musik tradisional

Saya pasti bapa pengantin perempuan seorang berjiwa seni. Bukan ramai yang dapat menghayati musik seperti ini. Terdengar seorang muda yang bertanya 'tak letih ke dia tiup serunai tu?'. Saya menghargai usaha tuan rumah menobatkan budaya kita. Siapa lagi yang nak mengetengahkan kebudayaan kita kalau bukan kita sendiri, betul tak? 

Saya tak berhasrat untuk memberi pandangan terhadap mereka yang begitu bangga dengan budaya yang ditonjolkan oleh 'negara mat saleh'. Tapi sedarilah, mat saleh tu juga sangat bangga dengan budaya mereka. Justeru, walau apa yang dilakukan, jangan sama sekali kita melupai 'roots' kita. Kita mesti berbangga yang kita adalah Anak Malaysia.

Isnin, 18 November 2013

Menggelabah Dibuatnya

Sambungan daripada coretan di sini. Sementelah saya memaklumkan Dato' Rosli turut hadir, Dr Azaharudin telah menjemput Rosli menceritakan pengalaman beliau semasa helikopternya, FM 1703, ditembak ketika dalam percubaan menurunkan anggota komando secara abseiling di kem komunis (klik di sini). Sportingly, beliau naik ke pentas.

Disebabkan skrin di belakang menunjukkan gambar 'Strecer Saleh' manakala Syed Othman pula dari Lasah, beliau mengaitkan satu insiden yang tak pernah saya dengar. Sebuah Nuri, beliau sebagai ko-pilot, telah ditugaskan untuk mengambil seorang 'medevac (medical evacution)' di kawasan operasi berhampiran Lasah. Lokasi untuk mengambil medevac tiada LP dan terpaksa mengguna kaedah 'winching'. KU (Kuatermaster Udara) pun turunkanlah strecer. Semasa dinaikkan, sepertimana yang saya sendiri pernah alami, tiba2 strecer tersangkut pada dahan pokok. KU melaporkan kepada kapten yang mengarahkan beliau mencuba membuat sesuatu. Menurut Rosli, masa tu kapten dah berpeluh jantan dibuatnya.

Rosli menceritakan satu pengalamannya yang melucukan

Untuk makluman, jika lama sangat 'hovering', 'Ts & Ps' akan naik. Untuk menyejukkannya, kena le terbang. Ala...macam kereta juga le. Kalau lama sangat idle, suhu enjin akan naik. Lebih kurang begitu le. Selain itu, kemungkinan juga pengganas komunis jadikan Nuri sebagai sasaran untuk 'shooting practice'. Setelah berusaha beberapa kali, akhirnya strecer terlepas daripada dahan dan berjaya sampai ke 'cargo door'. Tapi, bukan main menggelabah dan terkejut berok si KU apabila tiada casevac dalam strecer! Sudah tentu mangsa 'terjatuh'. Beliau memaklumkan kepada kapten yang 'medevac missing'. Kapten pula tak boleh terus hovering dan terpaksa terbang bagi menyejukkan enjin dan gearbox. Di waktu yang sama, beliau menghubungi anggota unit terbabit bertanyakan keadaan si medevac. Beliau dimaklumkan medevac selamat berada di bumi. Engkuhnya, apa yang terjadi ialah si medevac panik bila strecer tersangkut. Beliau mengambil keputusan turun pokok dan tak nak dikeluarkan. Tak apalah telan beratus panadol saja le. He...He...He.  

Zainal pula telah menukar tema majlis daripada 'pengkisahan' kepada 'sayembara'. Mentang2 le anak Melaka, beliau mengambil peluang menonjolkan bakat terpendam sebagai seorang anak seni. Beliau telah mendeklamasi puisinya yang mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin...He...He...He.

Nuri...Oh Nuri (klik di sini)

Majlis berakhir jam 1300 dan kami beredar untuk makan tengah hari. 

Bergebang sakan selepas makan tengah hari

Saya sempat mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Mastura kerana telah membeli sejumlah 81 naskah buku ke2 saya. Beliau memaklum yang PPAS akan membantu penulis seperti mejar pencen ini. Para penulis persendirian, jangan lepas peluang keemasan ini. Juga saya bergebang dengan Dr Azaharudin tentang pengkajian peranan Nuri dalam menentang pengganas komunis. Menurut beliau, memang kurang bahan atau kajian dibuat berkaitan dengan ATM. Malah beliau mengalu-ngalu sesiapa yang berminat dan sedia berbincang dengan saya jika veteran ini nak sambung belajo lagi. Mej Ramli pula telah menghadiahkan buku beliau (kiri) pada saya.
Selepas makan tengah hari, Puan Hajah Mastura, Pengarah PPAS, telah menjadi pemandu pelancong kepada kami. Hanya satu perkataan yang mampu saya ucapkan tentang PPAS....WOW.   

Dari kiri: Puan Habibah, Dr Syed Othman, Hajah Mastura, Dato' Rosli, Zainal Piee, NIBS, Mohd Afzeer, Shamsul Nahar, Dr Azaharudin

Saya harap majlis serupa ini akan diteruskan setiap tahun. Penganjurannya tidak semesti pada 'Musim Patriotisme' - Ogos/September; ia sepatutnya berterusan (klik di sini). Ramai para veteran di luar sana sedia menceritakan pengalaman mereka jika diundang, insyaAllah. 

Puan Hajah Mastura, Puan Hikmah, Dato' Rosli, Kol Zainal, Mej Ramli, saudara Shamsul & saudara Mohd Afzeer....Terima kasih.

Jumaat, 15 November 2013

Satu Hari Di PPAS

13/11/13, saya berada di PPAS, Shah Alam, sebagai pengkisah di majlis berikut....

Bersarapan bersama Dr Syed Othman di hotel yang disediakan oleh PPAS. Pada 12/11, beliau bersama keluarga menghadiri majlis konvokasi UiTM. Salah seorang daripada 3 orang puterinya yang telah tamat pengajian bidang perubatan. Kini doktor muda terang-tang2 tu membuat 'housemanship' di Taiping

Saya telah menghubungi beberapa rakan seperjuangan. Antara mereka yang hadir untuk mendengar kisah mejar pencen ini termasuk....
Dari kiri: Mej Ramli Rahim TUDM (B), Kol Zainal Piee TUDM, Brig Jen Dato' Rosli Yusof TUDM
 (B)

....Dan saudara Shamsul Nahar serta saudara Mohd Afzeer Abas. Inilah kali pertama saya bersuamuka dengan depa - rakan 'alam maya'. Saya memang tabik spring kat depa ni kerana mempunyai semangat patriotik yang kental. Mereka banyak mengetengahkan kisah2 yang membabitkan anggota Pasukan Keselamatan di mukabuku dan forum. Depa berdua ambil cuti untuk menghadiri majlis ini. Malah, selepas tamat majlis, depa melobi Puan Pengarah PPAS untuk menganjur majlis seperti ini lagi. Depa cadangkan dibuat pada penghujung minggu bagi membolehkan ramai orang menghadirinya.

Saya percaya ramai para hadirin yang tersentuh dengan kisah Syed Othman. Ceritanya boleh dibaca di sini. Mana tidak tersentuh apabila beliau mengatakan yang buat kali terakhir beliau melihat wajah isteri tercinta selepas 23 hari berkahwin, ialah pada pada 4/8/1979. Itu pun samar-samar saja!

Dr Azaharudin, moderator, telah menjemput Puan Habibah, isteri Syed Othman, untuk menceritakan perasaan beliau sebagai seorang isteri. Habibah ketika itu bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Alor Setar (HAS). Beliau sedang bertugas ketika suaminya diterbangkan oleh 'burung besi' ke HAS. Apa lagi, bergegaslah beliau untuk melihat keadaan suaminya. Menurut beliau kedua-dua kaki masih ada tapi mata berbalut. Kebiasaannya, mangsa jerangkap samar mencacatkan kaki. Ini kaki OK tapi mata dibandage.
Dari HAS, Syed Othman dipindah ke Hospital Sungai Petani kerana HAS tiada pakar mata. Selepas itu, Syed Othman dipindah ke Hospital Pulau Pinang dan tinggal selama 3 bulan. Habibah bertukar ke SP. Beliau tidak dapat bersama suami setiap waktu kerana bertugas. Satu hari, semasa melawat suami, doktor pakar menjemput beliau ke pejabatnya. Di sini bom digugurkan. Doktor memaklum bahawa kedua-dua mata suaminya tidak dapat diselamatkan....buta buat selama-lamanya! 

Beliau begitu terkejut dengan berita itu. Menurutnya, beliau tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada suami. Hanya apabila Syed Othman dibenarkan pulang, barulah Habibah memberitahu suaminya. Semasa menceritakannya peristiwa itu, beliau memang sebak. 

Syed Othman pula, memulakan era baru dalam kehidupan yang penuh mencabar. Mula belajar 'braille' di Brickfield.  

Bersambung.....

Selasa, 12 November 2013

Kemahiran Vs Kelulusan Akademik

8/11/13, saya mengambil kesempatan menjengok gerai2 sempena 'Karnival Be Skills' yang melibatkan semua Giat Mara seluruh negara di Taman Tema Tasek Darulaman....
Pertandingan Inovasi, Sulaman & Motosikal & Demonstrasi Kemahiran

Saya kagum dengan kreativiti para peserta seperti....

Mengubahsuai 'kapcai'. Malang sekali kreativiti seperti ini mungkin 'mati' begitu saja jika pihak berwajib tidak terus memberi galakan

Kakak2 mengikuti demonstrasi menjahit

Cakap pasal menjahit. Saya jarang membeli seluar/baju yang dah siap. Kebiasaannya saya membeli kain untuk diupah membuat seluar/baju. Tapi tak le mengguna perkhidmatan 'Lord's Tailor' ke atau pun, di Alor Setaq ini, 'The Fox' dimana orang2 beso sini menempah pakaian mereka. Pakar saya adalah seorang graduan Giat Mara saja dan 'butik' beliau hanya booth yang disediakan oleh gomen dengan kadar sewa RM80 saja. Upah jahit seluar RM65 dan RM50 untuk baju. Saya memang selesa dengan jahitannya.

Masalah dengan pakar saya ini ialah beliau tak dapat menetapkan bila tempahan akan siap. Sebulan tu kira OK le. Jika nak siap cepat2, baik cari pakar lain. Kalau nak tempah baju Melayu sempena Hari Raya, 3 bulan sebelum raya tempahan tak diambil. Memang beliau ni tak menang tangan. Mengapa beliau berjaya? Kerana beliau berkemahiran dalam satu bidang - pakar menjahit.

Baru2 ni, saya pergi servis kereta. Sementara menunggu, sempat bersembang dengan seseorang yang turut menunggu keretanya. Beliau memaklumkan yang beliau bertugas sebagai pensyarah di UUM. Topik yang saya bangkitkan ialah 'kemahiran'. Saya katakan jika seorang profesor menghadapi tandasnya rosak, dia tak panggil seorang profesor membaikinya tetapi terpaksa memanggil 'pakar tandas'. Jangan dipersoalkan caj yang akan dikenakan kerana kita memerlukan kepakaran mereka. Bila nak balik, dia beri kad yang menunjukkan dia seorang profesor. 

Ambil 'klinik' kereta yang kami berada di waktu itu. Sesiapa yang ingat boleh 'drive-in' untuk 'Merc'nya mendapat rawatan oleh doktor pakar, terutama Sabtu & Ahad....lupakan saja le! Kebiasaannya dia tak terima kerana Merc berderet menunggu giliran dan semua dah buat appointment. Mengapa beliau berjaya? Kerana beliau berkemahiran dalam satu bidang - pakar Merc. 

Klinik pakar Mercedes

Kecuali segolongan kecil yang tidak perlu memikiokan keteguhan ekonomi semenjak dilahirkan, kebanyakan kita semua, paling tidak pun buat permulaan, kena le bertungkus-lumus untuk mengukuhkan ekonomi sebelum berusaha untuk mencapai 'self-actualization'. Generasi sekarang sangat beruntung kerana, jika self-actualization nak mengenggam segolong kertas sijil IPT, mereka boleh mengejarnya bila2 masa tanpa mengira umur asalkan mempunyai kelayakan akademik minima.

Kesimpulannya, bagi mereka yang kurang berminat mentelaah buku sebaliknya berminat dalam sesuatu bidang kemahiran, jangan paksa diri masuk IPT walaupun layak. Pergi ambil kursus kemahiran. Jadi seorang pakar dalam apa jua kemahiran yang diminati. 

Justeru, jangan sama sekali mempunyai sifat rendah diri (inferiority complex) mentang2lah ketiadaan kelayakan akademik daripada IPT. Sebaliknya, banyak2 bersyukur kerana kita semua adalah pakar. Cuma kita harus bijak mengenal pasti kepakaran yang ada dalam diri sendiri. Sifat rendah diri hanya akan timbul sekiranya kemahiran tidak dipergunakan sebetulnya, wallahualam.

Sabtu, 2 November 2013

Terpahat Dalam Kenangan

Saya terima emel berikut daripada saudara Rama. Beliau adalah anak kepada Mej Ramasamy yang bertugas sebagai Station Staff Officer, 6 Briged, Sungai Petani, pada 70'an. Ketika itu beliau masih bersekolah. Ikuti coretan beliau setelah diedit... 

'Saya tinggal di Kem Lapangan Terbang selama 4 tahun. Mungkin anda kenal bapa saya, Mej Ramasamy. Ketika itu beliau bertugas sebagai Station Staff Officer, 6 Briged.  Rumah saya dekat dengan padang dimana helicopter TUDM Nuri dan Alouette mendarat setia hari.

Kem itu ada kena rocket atau bom komunis pada masa itu.

Mengenai ketiga-tiga pegawai, iaitu Mejar Haris Rejab, saya kenal dia dan keluarganya. Dia memang jujur dalam kerja dia. Dan saya pernah ikut bapa saya ke Haadyai dan Songkhla dan jumpa dia sana  lagi sekali (arwah ketika bertugas di RBCO Songkhla, klik di sini). Sama dengan Kapten Sulaiman. Dia tinggal belakang rumah saya. Saya masih ingat selepas insiden helicopter Nuri itu, kereta dia masih lagi dekat padang sana.
  
Mengenai Kapten Hardev (klik di sini),  hanya sekali saya jumpa dia. Saya, bapa dan kakak mengadakan makan malam untuk dia di pekan Sungai Petani (SP), sehari sebelum insiden berlaku. Bapa saya tak boleh tidur. Kami semua terkejut. Helicopter bawa mayat dia balik ke kem dan saya ikut bapa ke medical center.

Saya masih ingat pengkebumian pilot Nuri (mendiang Kapt Choo YB disemadikan di SP). Bapa saya ajak saya pergi. Video 'Hari Ini Dalam Sejarah' (klik di sini)  boleh nampak saya yang masa itu di Tingkatan 3. Memang sedih.  

Bapa  saya juga pergi ke Gubir menaiki helicopter Nuri. Satu minggu sahaja di sana. Dia menceritakan lagi satu insiden yang nyaris berlaku. Semasa dia balik dari Gubir dengan helicopter Alouette, pesawat tersebut mengalami kerosakan; lampu merah berkelip.   Lalu tak sempat nak mendarat di SP dan terpaksa mendarat di Alor Setar. Jurutera memeriksa helicopter itu dan mengesahkan tidak boleh diterbangkan. Jadi, bapa saya terpaksa naik Landrover balik ke kem.

Itu saje yang saya boleh ceritakan semasa di Kem Lapangan Terbang SP.'

Membaca blog mejar pencen ini membuat Rama mengimbau semula suatu yang terpahat dalam ingatannya. 

Saudara Rama....Terima kasih.