Pengikut

Ahad, 6 September 2009

Destinasi.....Bangladesh


Senario.......sebuah nuri dalam keadaan 'standby' untuk penerbangan VVIP dari 23 Oktober hingga 28 Oktober, 1980 di perkarangan Pejabat DYMM Sultan Pahang, Pekan. Saya diarahkan untuk standby dari awal pagi hingga lewat petang. Pada salah satu hari tersebut, saya dikejutkan dengan secara tiba-tiba Bos No 1, PTU, muncul di dalam nuri.

'Nor...bila nak pergi ke Bangladesh?' beliau bertanya. 'Bangladesh? Buat apa, Dato'?'....secara jujur saya tidak tahu apa yang beliau cakap.

'You're going to staff college there' jawapan beliau. Saya betul-betul tergamam kerana tidak terlintas difikiran bahawa saya telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut. 
Pada 28 November 1980, secara  rasminya saya menerima mesej dari DTU untuk membuat persiapan sebelum berangkat ke Bangladesh. Kursus sebenar bermula pada 2 Mac hingga 26 Dis 1981. Untuk melayakkan famili ikut bersama, tempuh kursus mesti melebihi 1 tahun. Untuk tujuan ini, saya akan hadir untuk 'pre-course attachment'. Sebenarnya saya tidak memerlukan attachment ini kerana saya pergi bersendirian. Tetapi ATM mengambil kira keperluan anggota-anggota lain yang berhasrat untuk membawa famili bersama.

Saya diberitahu saya tidak layak menerima elaun untuk pakaian musim sejuk.......sebabnya? Bangladesh terletak di bawah Tropic of Cancer, jadi cuaca di sana macam Malaysia......! Itulah jawapan oleh pihak berkaitan (Garisan ini sebenarnya merentasi negara Bangladesh). Perkara ini telah saya bawa kepada pengetahuan pegawai atasan untuk dipertimbangkan. Nasib berpihak kepada saya kerana beliau adalah mantan Ketua Skn semasa saya di No 3 Skn. Dapatlah saya elaun pakaian tersebut........

Nak tahu berapa elaun seberang laut pula? Lebih kurang RM230 sahaja........sebabnya? Kos kehidupan di Bangladesh adalah rendah. Pada pengiraan pihak berkuasa, jumlah ini cukup untuk menampung keperluan saya di sana! Elaun Sabah/Sarawak lebih banyak - RM10 sehari ketika itu.

Terbanglah ke Dacca dengan pesawat 707 'Biman' Airlines pada penghujung Disember 1980.



Saya ingatkan saya bersendirian dari ATM mengikuti kursus tersebut. TDM turut menghantar seorang mejar,  Mej Pakwan Chik Hashim. Beliau membawa keluarganya, termasuk anaknya, bekas pengacara program 'Majalah 3', Puan Nozie -  masih kanak-kanak lagi ketika itu. Beliau adalah pegawai TDM kedua mengikuti kursus ketiga di 'Army Wing'.








Saya pula mengikuti kursus kedua di 'Air Wing' dan adalah pegawai TUDM pertama dihantar ke sana dan pegawai asing pertama menghadiri kursus tersebut. Kira pioneer jugalah.....




 

Seramai 7 orang pegawai asing mengikuti kursus tersebut; 2 dari Malaysia, 2 dari UAE dan seorang masing-masing dari Arab Saudi, Kenya dan Zambia.

DSCSC ditubuh pada 1979. 'Chief Instructor (CI)' dipinjam dari 'Royal Engineer, British Army' dan 'Senior Instructor (SI) untuk Air Wing dari RAF. SI ketika itu ialah Gp Capt Reekie dan pernah berkhidmat di Labuan sebagai pilot 'Hunter' - kalau tak silap saya. Kursus ini adalah 'carbon copy' maktab turus di Bracknel, UK. Semua perancangan berlandaskan kepada senario di UK.   
 
Saya tinggal di Mes Pegawai manakala Pakwan Chik di rumah kelamin. Sudah pasti masakan bukan selera kita orang Malaysia. Mujurlah Pakwan ada. Isteri beliau, Puan Puteh, suka memasak dan kerap kali menjemput saya makan dirumah beliau. Sempena bulan Ramadan ini, mengingatkan saya semasa berpuasa di sana. Semasa berbuka, saya dihidangkan dengan dua-tiga biji buah tamar, sedikit jagung mentah dan bawang besar yang sudah dihiris. Terdiam buat seketika. Apabila ditanya, hidangan lengkap selepas solat magrib. Pakwan telah mengadakan 'Rumah Terbuka' semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Beliau turut menjemput siswa-siswi Malaysia di IPT. Mereka turut membantu Puan Puteh menyediakan sate, ketupat, rendang, dan sebagainya. Keluarga Pak Arab tidak meraikan hari lebaran seperti kita.

Untuk makluman, ramai warga Malaysia menuntut didalam bidang perubatan di Bangladesh. Kebanyakan mereka ditaja oleh 'parent scholarship'. Kos memang murah ketika itu; hanya RM200 sebulan sudah mencukupi untuk perbelanjaan, termasuk sewa bilik di universiti. Yuran pengajian pun memang murah. Bukan semua kelulusan universiti diiktiraf oleh MMA dan kerajaan Malaysia. Apa yang mereka buat untuk mengatasi masalah ini? Mula-mula mereka masuk mana-mana IPT yang menerima kelayakan mereka sehingga tahun ketiga, selepas itu bertukar ke IPT yang diiktiraf, seperti Universiti Dacca, Universiti Chittagong. Bijak, bukan?

Untuk solat Jumaat pula, ada sebuah surau berdekatan dengan mes. Selepas Imam membaca surah Al-Fatiha, seperti biasa, saya pun '......aaamin' - keseorangan!  Alamak....saya terlupa  yang mereka bukan dari mazhab Shafie.

Semasa cuti sekolah, isteri saya telah terbang ke Dacca selama seminggu. Komandan membenarkan beliau tinggal bersama saya di mes, termasuk makan.  Pak Arab meminjamkan tv untuk beliau menonton semasa saya menhadiri kuliah.

Gambar semasa menghadiri perjumpaan isteri-isteri di dewan Kolej. Tiga dari kiri ialah Puan Puteh. Pertama dari kanan ialah isteri saya.

Untuk melepas rindu dengan isteri di Kuantan, saya kerap menalipon beliau. Masa itu mana ada e-mel atau hand-phone. Kos panggilan.....melangit mahalnya. Masalahnya ialah bukan mudah untuk membuat panggilan- kena 'book' dan  terpaksa menjerit sehingga semua penghuni mes tersentak daripada  mentelaah untuk kuliah keesokan hari. Mana tidaknya, panggilan dari Kuantan atau Dacca akan melalui Singapura dan, ada masanya, Hong Kong! Tarak percaya ka? Sekarang? Sungguh canggih teknologi komunikasi dewasa ini.....!

Satu pagi di hujung minggu, saya telah pergi ke Gulshan, kawasan elit dimana terdapat pejabat Pesuruhanjaya Malaysia. Saya hairan melihat pekedai-pekedai tergesa-gesa menutup kedai mereka dan kenderaan berkurangan. Apa lagi......ambil tut-tut balik ke kolej. Penuntut-penuntut Tentera Darat Bangladesh yang tinggal bersama saya di mes juga tidak kelihatan. Apabila ditanya, Pegawai Bertugas memberitahu bahawa Presiden Zia telah ditembak mati. Kalau tak silap saya, kerajaan telah mengistihar darurat di seluruh negara.......terlupa berapa hari kolej ditutup. Saya pernah berjumpa pegawai yang dituduh sebagai  'konspirator', kalau tak silap Mej Jen Manzur, semasa kami melawat Divisyen beliau di Chittagong. Beliau turut terbunuh.

Apa yang tak boleh saya padam dari ingatan ialah bagaimana susahnya rakyat Bangladesh menyara hidup. Dari kecil lagi mereka terpaksa bekerja. Anda bayangkan.......ditepi jalan kelihatan seorang ibu dengan dua-tiga anak kecil mengadap longgokan batu-bata. Bersarung tangankan tiub basikal dan tukul, siibu akan memecahkan batu-bata. Anak-anak akan mengumpul pecahan tersebut. Ini adalah bahan untuk membina jalan raya. Banyak lagi peritan hidup yang saya lihat.

Terima sijil daripada Presiden Sattar pada 23 Disember, 1981
(maaf, tanda tangan Komandan tidak kelihatan)

Selepas tamat upacara  penganugerahan sijil, malam itu juga saya telah terbang balik ke Malaysia - transit di Bangkok. Selamat sampai di Kuala Lumpur pada 24 Dis 81. Sebelum kursus tamat, saya telah diberitahu bahawa saya ditukar ke Labuan sebagai Ketua No 5 Skn. Saya memberitahu isteri untuk beliau membuat persiapan. Pembaca.......isteri saya seorang pakar dalam bidang mengemas barang-barang untuk berpindah. Kotak-kotak dari plywood bersusun dalam bilik stor. Cakap saja.......semuanya beres. Semuanya dibuat 'single-handedly'.

Saya banyak-banyak bersyukur kepada Allah s.w.t kerana melimpahkan rahmat kepada saya dan negara Malaysia tercinta ini. Sayang sekali sekiranya ada rakyat yang 'take for granted' apa yang ada pada mereka.  Rakyat negara asing sanggup berhijrah ke Malaysia semata-mata untuk keluar dari kemiskinan. Kita di sini................?

Untuk Kol (B) Pakwan dan Puan Puteh, sekiranya anda membaca coretan ini.......TERIMA KASIH.

Jumaat, 4 September 2009

BAKAT Power

This is my wife's contribution to my blog.


As the wife of a TUDM personnel, I had my fair share of flying experiences, as a passenger, of course! I had the opportunity to fly in various types of aircraft when my husband, Mej (B) Nor Ibrahim was serving as a nuri pilot. The priveledge that I had was not due to the fact that my husband was a pilot but mainly because we, being wives of TUDM personnel, were automatically members of Badan Kebajikan Angkatan Tentera , in short, BAKAT. During my husband's tour as an air force pilot, BAKAT was rather active. I believe it is equally active now as it was then. During my time, we had to attend all BAKAT activities, sometimes as often as every week. This can be rather taxing on working wives but we had no choice. Otherwise, our husbands would be summoned by their superior officers and had to answer on our behalf!Well, at that time, there was no 'kebebasan bersuara' yet!

As the saying goes, 'If you can't change them, you join them'. Well, that was exactly what I did. After a lot of throwing tantrums at my husband, I decided that I had to change. I put myself in full gear and became an active BAKAT member. It was not so bad after all. Besides my working colleagues, I now had many BAKAT friends. Along with friends, came the numerous activities.

One of these which I enjoyed most was dancing. During my husband's tour in Kuantan, our dancing group became very popular. Our specialty was the tarian 'Ulek Mayang'. We were requested to perform the dance on many occasions. As a reward, well, you guessed it , we were given rides on the various aircraft. Of course, it was not a joyride, so to speak, but when our dancing troupe had to travel, we were given the best aircrafts available then. We travelled to KL from Kuantan in the HS 125, VVIP executive jet, then. We travelled to Bali in a VVIP aircraft then, the F28. We also had the opportunity to fly in the Hercules, the Maritime version. The pilot of the Maritime allowed us to enter the cockpit during flight. It was awesome.

When my husband was posted to Labuan, we flew in the Hercules. This was not my first flying experience in this aircraft having flown in the Maritime before but it was very different indeed. I felt like an evacuee being rescued from a war-torn nation. The seats were all like hammocks to me and we were all seated alongside the body of the aircraft. In other words, our sides were facing the cockpit and we faced the passengers along the other side of the aircraft. Now, can you imagine what it was like when the aircraft was taking off. Wow, we all swayed towards the tail end of the aircraft. There was no way you could prevent yourself from falling over to the passenger next to you. Of course. we all swayed the other way when the aircraft was coming to a land. Throughout the three-hour flight, we could only communicate using the sign language because the aircraft was not sound proof. Then, to top it all up, one of the air-crew would climb onto the hammock seats with a torch light in one hand peering into.............heaven knows what!
Before I forget, prior to boarding the aircraft, my husband warned me to ease myself. I dicovered to my horror, there was only a makeshift toilet in the aircraft and we had to manouvre our way up the narrow aisle to reach it. By the time we reached it , our bladders would have given way! Phew! it was indeed a relief when the aircraft landed. When I stepped out of the aircraft, I felt like a drunkard, temporarily deaf from the droning of the engines.

I also had the chance to fly in the nuri piloted by my husband. The flight was from Labuan to Pontianak, Indonesia. Of course, the passengers were BAKAT Udara Labuan members. It was pretty scary because the flight was rather choppy due to heavy rain. All of us were very quiet and we kept praying that we landed safely. We could see the very thick jungle below us and I remember we held each others hands firmly for moral ssupport. The only lady passenger who was very calm was YM Tengku Marina. She was the wife of the highest ranking officer in the aircraft and I suppose, she had to remain cool in order to prevent us from panicking. Well, Kak Engku, if you are reading this, I admire your courage. We landed safely alright and I remember asking my husband whether we were in any danger during the flight. His answer was ' What danger! It was a smooth flight'. Smooth indeed!


Before boarding the nuri for Pontianak

I also had the chance to fly in the Caribou, again with BAKAT members. The flight was from Kuching to Labuan. To us, BAKAT members, to fly in a Caribou was not something we looked forward to. Somehow, we had the perception that it was an old aircraft and therefore not very safe to fly in. But we had no choice. You must remember that at this time I was no longer with my often sought after Kuantan dancing troupe. We were just ordinary Labuan BAKAT members so we did not get to travel in VIP arcrafts. Every time we were given the opportunity to travel we jumped at it without thinking about the mode of transport. As always, all of us were laden with the fruits of our shopping spree. I remember the pilot of the Caribou telling us that the aircraft was overweight due to our extra shopping baggage. I was not sure whether he was joking or not. We knew all the pilots and copilots quite well because we were all neighbours in the same camp. I remember approaching the pilot and asking him whether we were really overweight. I know it was unethical but I could not help myself. I had to be sure. His answer was ' No problem. If it's too heavy we'll just throw some out from mid air' . I knew then, that we were not overweight and told all my friends so. However, our anxiety did not end there. A few minutes after taking off, my friend, Nancy, who was sitting next to me pointed out what was happenning outside the window. We knew that moments after take-off, the landing gear would be retracted. But now, suddenly, the landing gear was out again. She looked at me and I at her. Now I was wondering whether we were really overweight! Then, it was retracted again. The process went on several times. We landed safely at Labuan. I refrained from asking the pilot why the landing gear went in and out several times. The thought that we were all safe and sound was all that matters.

I also had the chance to fly in the Allouette, a small 5-seater (I think) helicopter. It was a short flight from Labuan to Kota Kinabalu. It was an exhilarating experience! To me, it was like being on a flying carpet because I could see all round, left, right, up and down. The Allouette has a very wide hemispherical windscreen which allows unrestricted vision in all directions. Though the flight only took about 30 minutes, it was worth it - not everybody has the chance to be Alladdin on a flying carpet!

Extracted from sitiroffinimy.blogspot.com

Khamis, 3 September 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua pembaca blog saya,
Daripada:
MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN & SITI ROFFINI BT MOHD YUSOF
1 Syawal 1430

Rabu, 2 September 2009

NO......!


Remember my blog entitled 'High Altitude Landing'? Diplomatically, my advice to the Panglima, Regional Air HQ, Kuching, about airlifting of building materials for the construction of a rest house on Mount Kinabalu was '......not viable'. Crudely....'NO'. He accepted my view.

Nuri pilots, I've been emphasizing in my blogs that you must know your own limits as well as the nuri's. If you think that the given task might endanger your life and the passengers, then....say so. Don't ever think that you're invinsible!

There was a second  incident when I firmly said 'No' to a request - diplomatically, of course.

Flashback.....

One night at Labuan......I was at home when I received a call from Base Ops Room (BOR). I was told that the Boss (was it the CO or OC Flying ? You've to forgive me - mind you, it was about 26 years ago) asked me to attend a meeting at the Naval HQ, then at Labuan, the same night. Well, as ordered, I went to the Station and saw my Boss  was already there. Others included naval  and army officers. We were briefed  that the Paskal - RMN special force - alleged that they heard what sounded like a helicopter flying over Terumbu Layang Layang (TLL) ; also known as Station Lima. However, they  were unable to confirm since the night was pitch black.

The Regional Naval Commander (RNC) wanted to reinforce his Paskal there. And......your guess is right! What better way to transport the additional troops if not by the faithful nuri? Well, the  RNC wanted me to have one nuri ready to fly the Paskal that night. My reply was simply but diplomatically 'Not Advisable'. As you can expect, he was shocked at my response! I explained to him that the nuri was not equipped with night flying equipment. Yes, we carried out night flying but then, it was mostly from airfield to airfield. And, mostly on a clear night.

But to fly for 1 hour 30 minutes towards open sea in  a totally dark night ........that was  a different ballgame altogether! If it was on moonlit night, then it was not that bad; the flight might be possible. How was I to know of the weather en route there? There was no weather radar in the nuri - don't talk about night vision goggles those days. And, remember, even the Paskal themselves at TLL could not see the so-called 'helicopter'! Well, that was my view. On the other hand, if he wanted the nuri to fly on the first light the next day, then it should be no problem. Of course, subjected to the weather again. One thing for sure......I really respect the weather of Sabah - the most unpredictable natural phenomena.

Of course, the other aspect was that the request must come through the proper channel (I didn't say it out). Meaning......my Boss! He had to get the approval from our Panglima at Kuching.  I suppose my Boss accepted my reasoning and he must have briefed our Panglima  immediately after the briefing.  After all, both the Panglima and my Boss were formerly nuri pilots, too. They understood what I was talking about.

After the briefing, I went back home and had a good sleep. BOR didn't disturb my sleep the whole night. Meaning......no nuri tasking to TLL that night or early the next mornng.  I'm not sure whether the navy sent the reinforcement using the naval ship; I'm not privy to this information.  In fact, till today I don't know whether it was really a helicopter that flew over TLL that night, or what was the  cause of the helicopter-like  sound!

Nuri captains, whatever tasking given, the final say is still in your hands. You, and you alone, is responsible for your actions.......!

Selasa, 1 September 2009

Phew..........What A Relief!

Last month, July 2009, the media reported that a nuri with the DPM on board, made an unscheduled 'emergency' landing at one town in Sabah due to bad weather. To me, the nuri captain made a wise decision;  inconveniences caused should be the least to worry about. This incident brought back my memory on 30 September, 1982 - Harimau 558 Juliet 1 - a VVIP task . It involved 2 nuri -Juliet 2 as a standby aircraft. The flight was to fly the VVIP from Kota Kinabalu (KK) to Kota Belud before proceeding to Kundasang for night stop.


Kota Belud, other than famous for its  'Tamu' ,i.e.  something like Sunday market, it is the  shooting range for the Army. The presence of the VVIP was to watch 'fire-power' demonstration organised by the Army. The flight to Kota Belud was uneventful and landed safely; Juliet 2 parked about 50 metres behind my nuri.

Actual picture on landing at Kota Belud - a perfect weather

We, the aircrew, waited in our nuri while waiting for the VVIP. After a while, the area was suddenly totally covered by mist. If that was not bad enough, the VVIP made an 'unscheduled' appearance in the aircraft. We were taken offguard as we were enjoying our scrabble game. When he saw me, his comment was '.... he's a good pilot and lets go'. You see, I used to fly him when I was in No 10 Sqn. The generals and my Boss, the Base Commander, just looked at me. I think they were wondering what I was going to tell the VVIP.

Well, I started the nuri and pulled the 'collective' for vertical take-off. Juliet 2 could not see my nuri and asked whether I was taking off. The response - affirmative. Through experience, I knew that most of the time the mist covered from ground level to about 1,000 ft. And, I was right. The sky was clear and Mount Kinabalu stood majestically. I told Juliet 2 of this condition, and he , too, took off. Well, we headed for Mount Kinabalu and you could not miss Kundasang.

As I was approaching Kundasang, the area was covered by clouds. I tell you...it was just unbelievable! I tried to follow the road but  unsuccessfull and had to make a steep turn. Then I climbed with the hope of approaching from Ranau; again I could not see the road. All I needed was a 'hole' and after a while, I found it. If I didn't find the hole, my decision was to fly  back to KK; I could see KK clearly from Kundasang. Landed safely at the LP near the hotel, see picture.

VVIP's comment on leaving
the nuri '....see you tonight'. Well, I was invited for dinner that night. My CO? '.....don't do that again'. Juliet 2 landed safely about 10 minutes later. Frankly, I knew my own limits and, except for the steep turn, the flight was routine. But not for the CO.

About 10 years later.......

I was a GS (Guiding Staff - a teacher lah!) at Institut Teknologi Udara (ITU), TUDM Kinrara. Well, the same VVIP was visiting the ITU. As the most senior major, I was given the honour to look after the Visitors Book where the VVIP was to sign it. The signing was done in the Commandant's office. The senior RMAF officers present were the Chief himself and the general responsible for training. I was the only lowest ranking officer in the room.

There I was sitting quietly at the corner of the room but was facing him. He looked at me and asked.... 'Haven't I seen you before?'. To this, my answer was 'Yes, Tuanku'. Then.......he dropped  the bombshell!  He turned to the Chief and said 'Remember about the flight I told you ? He was the pilot'. Oh.....oh....problem....problem....! That flight must be the most unforgettable flight for him! Fortunately, after that, he was asking about my well being and we chit-chated.  Phew.......what a relief!

Well, nuri pilots.....you must know your limitations. And learn to  say NO if need be. Let us share our experiences so that others might benefit from reading them.

Isnin, 31 Ogos 2009

Satu Bodevac Menjadi Dua Bodevac

Coretan dari seorang xnurilot se-era dengan saya - Lt Zainal Piee TUDM....'as is where is'.

Sebelum saya cerita, nak beritahu apa bodevac tu. Bodevac (body evacuation) adalah tugas mengeluarkan mayat anggota tentera atau musoh yang terbunuh dari hutan dengan menggunakan pesawat.Kali ini pesawat Nuri di gunakan.

Pada suatu hari tahun 1979, saya juruterbang Nuri telah di arahkan membuat tugas bodevac di kawsan hutan Ipoh.Lebeh kurang jam 2 petang saya bertolak dari TUDM Butterworth ke padang 2 brigade di Ipoh.Setelah mendarat, saya dapati ramai bapak-bapak,ibu-ibu dan anak-anak berhimpun di tepi padang tersebut.Mereka kelihatan sedih dan ada yang menagis.

Saya terus pergi ke bilek gerakan untuk mendapatkan taklimat operasi tentang apa yang harus saya lakukan nanti.Semasa taklimat saya di beritahu yang sekarang ini operasi mengejar (hot pursuit) Pengganas Kominis (PK) sedang berjalan di satu kawasan tidak jauh dari brigade ini.Maklumat terkini seorang anggota tentera telah terbunuh dan saya di tugaskan mengambil nya bila operasi selesai.

Barulah saya tahu mereka yang menangis tadi mungkin sedang menantikan berita siapa kah anggota tentera yang terbunuh tu..Saya di fahamkan nama anggota yang terbunuh akan di beritahu setelah operasi selesai.

Sementara mununggu, saya berehat di dalam pesawt Nuri..Saya tak sampai hati nak berjumpa ibu-ibu dan anak-anak yang dalam ksedihan di tepi padang tersebut.

. Beberapa ketika kemudian, saya perhatikan lebeh ramai lagi orang datang berhimpun di tepi padang tu.Baik bapak-bapak,ibu-ibu dan anak-anak semuanya kelihatan cemas dan sedih.Saya pun ikut rasa sedih. Tidak berapa lama kemudian, Pegawai Bertugas datang menemui saya dan menyatakan satu lagi anggota tentera dah terkorban akibat di tembak PK.Berita itu tersebar kepada orang-orang yang berhimpun itu.Sunggoh sedih dan pilu hati saya melihat ramai yang menangis terutamanya anak-anak.

Sedang saya berbaring dalam pesawat, Pegawai Bertugas datang lagi dan memberitahu saya bahawa operasi dah selesai dan sah dua anggota tentera telah terkorban.Kelihatan di tepi padang tangisan ibu-ibu dan anakanak bertambah kuat lagi.Saya juga lihat ada ibu-ibu yang terpaksa di papah menaiki kereta dan beredar.Tentu lah mereka dah di beritahu suami siapa kah yang dah terkorban tadi.

Saya pun bersiap lah untuk menghidupkan injin pesawat Nuri.Ketika baru nak menghidupkan injin pesawat, saya terdengar suara azan dengan nyaring nya.Saya terdiam seketika dan tiba2 hati saya rasa sebak dan sedih teramat sangat.Dalam fikiran saya siapa lah yang telah menjadi balu dan anak siapa pulak yang dah jadi anak yatim.Ya Tuhan ku berikan lah mereka yang kehilangan suami/bapa kekuatan dan kesenangan untuk terus hidup.

Selepas azan, saya pun terbang ke kawasan yang bertanda dengan belon berwarna (Marker balloon) untuk mengambil kedua dua anggota yang terkorban tu.Kaedah ‘winching’ di gunakan untuk mengambil kedua-dua mayat tersebut Di dalam pesawat saya lihat kedua- dua badan mayat tu terdapat banyak lubang-lubang kecil di sebbabkan peluru musoh.Mereka masih muda dalam lingkungan umor tiga pulhan.Tiba di padang 4 bigade dua buah ambulan sedang menunggu dan tiada lagi kelihatan ibu-ibu dan anak-anak di tepi padang tu.

Selepas tu saya pun terbang pulang ke TUDM Butterworth dan tiba waktu nya hampir maghrib.Setelah mematikan injin dan sebelum meninggalkan pesawat, saya biasa nya akan berkata bersendirian.’Selamat beristirehat wahai Nuri,esok kita akan bertugas besama sama lagi’. Saya pun terus pulang ke Mes Pegawai (masa tu bujang terang tang tang lagi) dengan rasa teramat sedih dan pilu mengenangkan kedua dua pahlawan yang telah gugor demi keamanan negara kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Cerita dari

LT Zainal Piee TUDM

Bertahan Sehari Sahaja.......

'Tuan......dari pejabat PTU, tuan dikehendaki mengikuti kursus komando pada ...........1983 (dah lupa tarikhnya)'. Itu adalah panggilan talipon dari Bilik Operasi (BO) TUDM Labuan.

Kursus asas komando.....saya? Betul ke ni? Apa 'dosa' yang telah saya lakukan sehingga menerima 'penghormatan' dari PTU sendiri mengarahkan saya mengikuti kursus tersebut?

Kebiasaannya, DTU (Departmen Tentera Udara) akan menghantar mesej memaklum seseorang anggota TUDM yang beliau dipilih untuk menghadiri sesuatu kursus. Ini tidak.....pejabat PTU sendiri telah menghubungi BO untuk memaklumkan kepada saya! Apa-apa komunikasi dengan BO mesti dicatat dalam Buku Log.

Umur dah 34 tahun......diarah ke Sg Udang untuk mengikuti kursus 3 bulan Asas Komando! Saya telah merayu kepada Pangwilud 2 (Panglima Wilayah Udara 2) semasa lawatan beliau ke Labuan agar saya dikecualikan dari mengikuti kursus tersebut. 'Saya tak boleh buat apa-apa', katanya, 'Itu arahan dari PTU sendiri'. Apa hendak dikatakan......dengan berat hati, tempah 'seat' dengan penerbangan berjadual  C130 Hercules ke Kuala Lumpur.

Saya ada meluahkan perasaan ini kepada seorang kawan dan menceritakan penerbangan saya dengan PTU. Pada 28 Februari, 1983, saya menjemput PTU di Brunei untuk ke Labuan. Beliau sendiri menerbangkan nuri bersama saya. Setiba di Pengkalan Labuan, beliau bertanya 'How's my flying?'. Jawapan saya....'Dengan ASE (automatic stabilization equipment) on, apa masalahnya. Cuba ASE off?'. Terdiam PTU! .......'Padan muka kau. Celupar sangat mulut tu. Puji le sikit...dia tu PTU'...ketawa kawan saya. Mungkin penyebab tak rasmi!

Saya bukan keseorangan... 3 Lt Kol TUDM turut hadir. Mereka ialah Pegawai Memerintah (PM) TUDM Kluang, Penasihat Tentera (PT) kepada PTU, dan Pegawai Turus 1 (PT1) DTU. Kesemua kami adalah mantan pegawai TDM. Dari mereka, saya diberitahu bahawa PTU bercadang kami ditukar ke HANDAU (pasukan khas TUDM) apabila tamat kursus nanti . Jawapan rasmi.

Setibanya di kem komando, kami di tempatkan di Mes Pegawai.  Keesokan hari, kami dibawa ke  'Point Batutu' - dalam kompleks Kem Sg Udang. Bukannya ada berek - kawasan lapang dikelilingi pokok-pokok dan anak sungai. Memang bersih. Biasalah, taklimat mengenai peraturan, apa yang boleh/tidak boleh dibuat, kemudahan-kemudahan, pembahagian 'buddy'. Buddy saya ialah seorang prebet dari RAMD. Ini bermakna kami akan bantu-membantu menyediakan khemah dengan 'ponco' untuk tidur. Bangun tidur, masukkan ponco dalam haversack. Bersihkan kawasan khemah.

Selepas taklimat saja, segala 'rambut'  di badan dicukur - bulu roma tidaklah. Seterusnya arahan untuk membersih senjata M16. Saya tidak begitu mahir membuka/memasang M16. Semasa di MTD, kami mengguna SLR. Dalam TUDM pula, bukannya ada M16 persendirian untuk dibersihkan. Mujurlah ada buddy....beliau mengajar  saya. Kemudahan? Satu kolah air untuk lebih kurang 100 orang. Buang air besar? Papan-papan diletak merentasi anak sungai.....macam manalah sungai tak tercemar!  Terus terbantut.....seumur hidup saya tak pernah b#%^k  dalam 'single file'. Segala peralatan yang bersinar hendaklah dibalut dengan plaster hitam.

Tiba masa makan. Berlarilah beberapa pelatih kerumah masak untuk membawa makanan. Kami dikecualikan dari tugas ini. Dari pemerhatian saya,  dalam kem komando tidak boleh berjalan....jalan macam itek pulang petang apa tah lagi....lari...lari...! Sebelum makan, pemeriksaan kuku - mesti bersih. Nak makan pula, mesti ambil secukup mana yang anda boleh makan - tidak lebih tidak kurang. Kalau terlebih ambil, paksalah diri menghabiskannya; kalau kurang, kelaparanlah anda.

Apakah rasional arahan sebegini? Kebersihan tempat khemah dan tiada lebihan makanan - untuk tidak memberi gambaran kepada musuh yang anda telah berada disitu. Cukur segala rambut - untuk mengelak dari jangkitan penyakit. Ingat, komando beroperasi dengan anggota yang minima. Sekiranya anda berpenyakit, ini akan menjejaskan operasi. Cuci senjata - matilah kalau senjata 'jam' semasa berhadapan dengan pengganas komunis! Menggelapkan sinaran peralatan bagi mengelakkan PK mengesan kedudukan anda. Kemudahan b#%^k - tak tahu. Mungkin  t^*i akan mengalir dibawa arus sungai..he...he.

Keesokan harinya...Pembukaan rasmi oleh Ketua Jurulatih (KJ). Kami, lebih kurang 100 orang dengan kelengkapan penuh - haversack, M16 - berhimpun di padang kawad. Rumusan apa yang diperkatakannya ialah lebihkurang '...anda dijemput tidak, dihalau tidak'! Habis sahaja, kami dibawa dengan trak-trak ke tepi pantai, mungkin 10 km dari kem. Berlari balek ke kem....! Sungguh seksa. Disini lagi saya melihat apa maknanya 'setiakawan'. Mereka membantu saya - ada yang mengambil M16, ada yang menggalas haversack. Sampai di kem, cuci senjata.

Sebelum makan tengah hari, dikehendaki panjat tali yang tergantung di pokok. Dari kami berempat, hanya saya tidak boleh panjat sehingga mencecah dahan. Tak sangka saya sungguh 'unfit' .....Sebagai denda, makan nasi dengan kuah tanpa lauk dan sayor sehingga saya boleh cecah dahan! Kawan-kawan dilarang memberi lauk/sayor mereka kepada saya.

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Kerana lapar dan 'fikirkan boleh', saya akhir BERJAYA mencecah dahan. Makan malam berlauk.....wow!

Malam.......main bola di padang kawad - dalam gelap! Kami bernasib baik...kami ditugas untuk mengawal kem. Jurulatih kesihan melihat kami. Saya terlampau letih....buddy saya menolong memasang khemah. Solat qada zuhur, asar dan magrib pada tengah malam.

Tak malu saya katakan...... keesokan harinya saya mengangkat bendera putih dan memberitahu jurulatih yang saya mahu di RTU - return to unit! Bertahan 1 hari sahaja......! PT dan PT1 pula menerima 'arahan'  balik atas alasan peribadi untuk beberapa hari. Tinggallah PM keseorangan untuk mempertahankan maruah TUDM. Terus saya menempah seat terbang balik ke Labuan. Malam itu menginap  di Mes Pegawai TUDM Kuala Lumpur. Kebetulan ada tayangan filem 'Tarzan'  yang dibintangi Bo Derek. Tengah seronok menonton Bo Derek, PT menalipon memberitahu bahawa PTU mengarahkan kami semua kembali ke Sg Udang. Beliau akan mengambil saya di Mes keesokan hari. Terduduk dibuatnya......Tarzan kemana.....Bo Derek hentah kemana...!

Ketawa besar PM melihat kami semula. Walaubagaimana pun, Komandan Pusat Latihan Komando, Kol Hasbullah (arwah terkorban berpangkat Brig Jen dalam nahas nuri dalam sungai di Sarawak) mengarahkan kami RTU selepas seminggu di sana. Arwah memberitahu kami yang PTU mahu beliau membenarkan kami terus mengikuti kursus sehingga tamat, walaupun kami tidak layak menerima Pisau dan Lanyard biru. Beliau bertegas dengan keputusannya menghantar kami RTU. Kami menjemput beliau makan tengah hari sebelum balik ke KL dengan teksi.

Diimbas kembali, dalam masa seminggu, banyak pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Ada juga yang melucukan. Semasa latihan 'section battle drill', sebagai section commander - koperal - saya telah memberi arahan lebih kurang berikut '.....section, musuh jam tiga setengah....(kedudukan musuh di arah kanan -permukaan jam pukul 3). Jurulatih menjerit '.....hoi, mana ada jam 'tiga setengah'....ketawa besar yang lain-lain. Saya difahamkan, daripada 100 orang, yang berjaya sehingga tamat kursus hanyalah lebih kurang 30 orang sahaja.

Kesan kepada saya sekembali ke Labuan? Kesian anak
 buah saya. Hari Sabtu sahaja......Ketua Skn sendiri
mengetuai anggota skn berlari 5 km dan selepas itu panjat tali.

Pembaca, saya tabik warga RGK - komando. Kekuatan physical dan mental mereka sungguh mengagumkan saya. Ingat lagi anggota komando yang terkorban di Bt Jenalik, Perak? Semangat beliau sungguh kental. Bukan semua boleh menganggotai pasukan komando. Malang sekali, kepewiraan mereka tidak dipaparkan kepada orang awam. Sebaliknya, rakyat Malaysia memuja  keberanian hero-hero seperti Rambo.

Terpampang di Bilik Pengawal Kem Sg Udang - SIAPA RAGU-RAGU, PULANG.