Pembaca...Saya sungguh kecewa apabila membaca komen terhadap coretan saya di sini. Sedih kerana masih ada segelintir mantan warga ATM (mungkin juga mereka yang masih berkhidmat) yang terkeliru dengan status PTU & KPK seperti yang diperhatikan ketika mesyuarat PBTM negeri Melaka pada Sabtu, 24 Julai 2010. Justeru, saya telah menghantar surat ini melalui faks ke Persatuan tersebut...
Bandar Darulaman
Bandar Darulaman
06000 Jitra
Kedah Darulaman
25 Julai 2010
Yang Dipertua
PBTM Negeri Melaka
Fax: 06-2821518
Assalamualaikum,
ANUGERAH PTU & KPK
Rujuk:
- http://www.malaysianmonarchy.gov.my/.
- xnuripilot.blogspot.com di bawah ‘label - Medal’.
Saya mengambil kesempatan ini untuk meluahkan perasaan kekecewaan saya kerana masih terdapat mantan warga ATM yang masih keliru dengan status anugerah di atas. Saya difahamkan, ketika mesyuarat PBTM Negeri Melaka pada 24 Julai 2010, usul untuk merayu agar Kerajaan turut memberi elaun kepada penerima PTU & KPK telah tidak dipertimbangkan dengan alasan anugerah tersebut hanyalah anugerah ATM!
Untuk makluman, di bawah ini dimuat-turunkan senarai anugerah mengikut susunan Darjah Kebesaran Persekutuan.
Senarai Anugerah Mengikut Susunan Keutamaan
BIL | ANUGERAH | HURUF RINGKAS | TARIKH ZAHIR |
1. | Seri Pahlawan Gagah Perkasa | S.P. | 29.07.1960 |
2. | Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia | D.K.M. | 18.04.1966 |
3. | Darjah Utama Seri Mahkota Negara | D.M.N. | 16.08.1958 |
4. | Seri Maharaja Mangku Negara | S.M.N. | 16.08.1958 |
5. | Seri Setia Mahkota | S.S.M. | 15.04.1966 |
6. | Darjah Bakti | D.B. | 26.06.1975 |
7. | Panglima Mangku Negara | P.M.N. | 16.08.1958 |
8. | Panglima Setia Mahkota | P.S.M. | 15.04.1966 |
9. | Panglima Jasa Negara | P.J.N. | 01.06.1995 |
10. | Panglima Setia Diraja | P.S.D. | 03.09.1965 |
11. | Johan Mangku Negara | J.M.N. | 16.08.1958 |
12. | Johan Setia Mahkota | J.S.M. | 05.04.1966 |
13. | Johan Setia Diraja | J.S.D. | 03.09.1965 |
14. | Kesatria Mangku Negara | K.M.N. | 16.08.1958 |
15. | Kesatria Setia Diraja | K.S.D. | 07.01.1993 |
16. | Ahli Mangku Negara | A.M.N. | 16.08.1958 |
17. | Pingat Pangkuan Negara | P.P.N. | 09.08.1960 |
18. | Bentara Setia Diraja | B.S.D. | 03.09.1965 |
19. | Panglima Gagah Berani | P.G.B. | 29.07.1960 |
20. | Jasa Perkasa Persekutuan | J.P.P. | 29.07.1960 |
21. | Pingat Tentera Udara | P.T.U. | 17.07.1968 |
22. | Pingat Kebaktian | P.K. | 29.07.1960 |
23. | Pingat Khidmat Berbakti | P.K.B. | 29.07.1960 |
24. | Pingat Perkhidmatan Am | P.P.A. | 08.06.1967 |
25. | Kepujian Perutusan Keberanian | K.P.K. | 29.07.1960 |
26. | Pingat Perkhidmatan Setia | P.P.S. | 29.07.1960 |
27. | Pingat Peringatan Malaysia | P.P.M. | 19.09.1965 |
28. | Pingat-Pingat Pertabalan |
Sekiranya anda berkelapangan, sila layari rujuk A. Anugerah SP, PGB, JPP, PTU & KPK di letakkan di bawah Darjah-Darjah Perkasa.
Saya telah dan masih memperjuangkan isu pemberian elaun untuk JPP, PTU & KPK semenjak Jun 2009. KEMENTAH telah memajukan cadangan agar penerima ketiga-tiga darjah tersebut diberi imbuhan tetapi tidak diluluskan. Seterusnya KEMENTAH telah membuat rayuan dan dewasa ini ianya berada di Bahagian Istiadat & Urusetia, JPM. Anda boleh mengikuti perjuangan saya dalam mengenengahkan isu ini di rujuk B.
Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan persepsi mantan warga ATM tentang anugerah-anugerah tersebut. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Salinan:
YBhg Brig Jen Dato’ Nik Zaaba
Setiausaha PBTM
Fax: 03-22725114
Yang Dipertua
PBTM Negeri Kedah
Alor Setar
Fax: 04-7725924
Pada 26 Julai 2010, saya telah menalifon Setiausaha PBTM Melaka menyarankan agar beliau membaca blog saya mengenai topik ini. Saya yakin sekarang ini jumlah mereka yang jahil tentang anugerah berkenaan makin berkurangan, InsyaAllah. (Berita mutakhir: Difahamkan PBTM Melaka akan membawa usul pemberian elaun ini ke mesyuarat agung PBTM nanti). Baguslah tu.
Pada 26 Julai 2010, saya telah menalifon Setiausaha PBTM Melaka menyarankan agar beliau membaca blog saya mengenai topik ini. Saya yakin sekarang ini jumlah mereka yang jahil tentang anugerah berkenaan makin berkurangan, InsyaAllah. (Berita mutakhir: Difahamkan PBTM Melaka akan membawa usul pemberian elaun ini ke mesyuarat agung PBTM nanti). Baguslah tu.
2 ulasan:
Tuan,
Ada perkembangan positif kearah itu. Semoga usul tersebut akan dibawa oleh PBTM Negeri Melaka, setelah mendapat penerangan terperinci tentang kecelaruan kedudukan Pingat yaani yang mana satu anugerah Persekutuan dan yang mana satu anugerah ATM.
Satu-satu nya lagi kesedaran Mantan-mantan kita 'berinternet' masih bertaraf kurang mengalakkan. Semoga suatu hari nanti istilah 'Buta Internet' tidak lagi menghantui mantan-mantan kita dan berdaya maju didalam segala hal.
Saudara Abah,
Ini bermakna dua negeri, Kedah & Melaka, akan membawa usul yang sama ketika mesyuarat PBTM nanti.
Saya ingat saya ini 'buta' IT sampai nak membuat 'arrow' pun masih tak tahu. Tapi saya bersyukur kerana saya tak segan bertanya sehingga sanggup menghantar S.O.S kepada pembaca seperti Katon Tin-Ton. Betul peribahasa orang tua kita '...segan bertanya, sesat jalan'. Dewasa ini, kita golongan 'magrib' terpaksa mengikuti peredaran zaman, seperti IT, sekiranya tidak mahu ketinggalan.
Catat Ulasan