Pengikut

Jumaat, 23 Julai 2010

"Scrap Book"

Pembaca...Apabila saya melihat Lt Kol Basri Omar (B) membawa 'scrap book' penuh dengan gambar/dokumen ketika kami berjumpa di sini, saya pun bernekad untuk mendokumentasikan 'riwayat' hidup saya. Apa lagi...pergilah ke Tanah Merah untuk menempah satu buku. Terkejut beruk saya ketika pergi mengambilnya...Oh mak dato', besarnya ...kalah scrap book di No 3 Skuadron. Memang saya beri 'gambarannya', tapi tak sangka jadi sebesar itu!

63cm x 46cm x 5cm

Tak apalah...muatkan apa yang ada dalam simpanan saya nanti. Masalahnya ialah tiada tempat untuk menyimpannya. Harganya - RM120. Sekurang-kurangnya ini menjadi kenangan  imbuhan yang diterima dari majalah 'Perajurit'. Taklah lenyap begitu saja.

Oh ya...berkenaan dengan manuskrip 'coretan xnuripilot', saya telah menghantar e-mel ke UKM untuk menanyakan perkembangan mutakhir. Pada pada 21 Julai 2010, saya menerima e-mel berikut dari Prof terbabit...

Saudara Mejor Nor Ibrahim,

Assalamualaikum.

Saya rasa manuskrip sdr. ini sangat menarik. Pejabat Penerbit UKM telah menghantar menuskrip ini untuk dinilai oleh penilai bebas. Ini prosidur biasa. Setelah mendapat laporan penilai bebas, pejabat saya akan meminta kebenaran pihak Sidang Pengarang UKM untuk menerbitkannya. Mesyuarat Sidang Pengarang UKM ialah pihak berkuasa yang menentukan sama ada sesduatu manuskrip boleh diterbitkan atas nama Penerbit UKM. Kesemua ini mengambil masa hampir setahun, hinggalah buku ini dicetak dan diedarkan.

Jika sdr. boleh bersabar, buku ini akan diterbitkan atas nama Penerbit UKM. Saya mohon sdr. bersabar jua. Tetapi jika sdr. ingin menerbitkannya dengan pantas, terserahlah kepada budibicara sdr. Saya menunggu keputusan sdr.

Salam hormat.

Pemahaman saya, respons tersebut memberansangkan. Jadi, jawapan saya '...Sudah pasti saya mahukan UKM menerbitkan buku tersebut.' Tak apalah...Kalau panjang umur dan sihat badan, setahun bukannya lama. Sementara itu, dapat juga menokok tambah dan memperbaiki teks, InsyaAllah. Saya lebih berminat IPTA menerbitkannya dengan harapan bakal pemimpin-pemimpin negara tercinta ini akan 'terbaca' kisah pengorbanan warga tentera di suatu ketika dulu demi untuk mempertahankan kedaulatan negara.

11 ulasan:

Capt's Longhouse berkata...

dear nor,

...i woke up this morning thinking about our squadron "scrap book" and indeed open up your blog..haha !..eerrmm old memories !!
...well done, you have started a new kind of e-scrap book too from the looks of it.
...your pic. flying the nuri really brings out the feeling of still being in her cock-pit too, flying low inbetween the valleys/mountains/low clouds/rainy days and setting up our approach angle for a safe landing in rugged terrain plus tight LPs.
...Those were the days my friend and bloody enemies that took pop shots at us. BUT it was just a job for us chopper crew yaa !.
...Unfortunately some of our buddies never came back alive. BUT the memories of them shall remain with the rest of us forever.

Thanks Buddy, you are indeed doing a great job !..keep on going with your write-ups.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat tertarik dengan paparan2 yang tuan paparkan didalam blog - xnuripilot ni. Sekurang-kurangnya saya dapat alami bagaimana suasana ancaman dimasa darurat , keadaan tempat bersertakan foto2 nostalgik dan teknik2 penerbangan helikopter.
Banyak juga ilmu2 baru yang saya perolehi dari blog tuan yang tidak mungkin saya perolehi dari lain2 media. Terima kasih banyak diatas sumbangan tuan semua ini dan amat penting sekali saya amat berterima kasih dan sungguh terharu dengan pengorbanan tuan dan rakan2 (hero) seperjuangan termasuk yang telah terkorban semasa berjuang(sedih).
Teruskan perjuangan tuan jika pun tidak dengan joystick nuri copter, sumbangan tuan amat2 saya hargai.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!
Tk atas catatan Tuan berkait Scrap Book tu...saya pun ikut Bekas Ketua Jurutera saya BG Dato Pahlawan Hashim bin Hj Abu....beliau punya 13 Scrap Book bila pencen tahun 2000 dulu...la ni tak tau berapa? Saya setakat 3/4 buku saja...tujuan utama mendidik anak2 supaya dokumenkan gambar2 dan sijil2 mereka...kini sorang pun belum buat cuma Album tu adalah!

Tahniah kerana akhirnya UKM peduli kat Tuan....setahun tak lama cuma tunggu dan SABAR!

Saya cuma tumpang seronok dan BANGGA atas istiqamah Tuan!

Hari Pahlawan ni ..saya di jemput ke Dataran Merdeka,Insyaallah akan p lah.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Dear Sharif,

Thank you. You know, the book is really heavy. Syukur Alhamdulillah, there're Malaysians who appreciate our sacrifices.

Saudara Nota Fikir,

Terima kasih.

Saudara Basri,

Tak tahu macam mana nak penuhkan buku tersebut. Sekiranya ada peluang bertemu dengan orang yang ada kuasa, cuba-cuba le tanya agar penerima JPP, PTU & KPK turut dijemput menghadiri Hari Pahlawan/Merdeka.

kudabesi berkata...

salam tuan,

harapnya buku itu dapat diterbitkan, apalah salahnya buku yg bermanafaat macam tu diterbitkan..alangkan buku komunis bersepah-sepah di toko buku sekarang

gud luck, n selamat hari pahlawan

kudabesi @ panggilan pertiwi

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Insyaallah....jemputan di buat oleh AKSPA..Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (MK ATM)..bagipihak Bhgn Istiadat JPM untuk anggota/Ex ATM....nanti akan saya tanya.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!
Pagi tadi 24 Jul pesara2 d kwsn Ampang/KL breakfast di Restoran Pelita....jumpa BG Dato Pahlawan Hashim bin Hj Abu(X CE)-tanya dia berapa Scrap Book la ni...18 ..dah 5 tahun dok kumpul gambar tapi cari Cow Gum tak jumpa ...saya mklm kat dia ttg blog ni...Insyaallah dia akan layari!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara kudabesi,

Harap-harap begitu le.

Saudara Basri,

18?...Wow! Apa dia 'Cow Gum'?

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!
Cow Gum tu sajenis gam(di issue oleh Lojistik)digunakan utk melekatkan gambar di atas Scrap Book.......melekat paling BAIK????
Mej Kamaldin pun turut hadir.

boombastic berkata...

Salam Tuan,

Semoga tuan sekeluarga sihat sejahtera dilindungi Allah SWT.

Saya merupakan bekas penuntut King Edward VII Taiping dan juga bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatan pada tahun 1991. Saya sememangnya berminat untuk menerbitkan sebuah dokumentari khas mengenai kisah suka duka sepanjang pengelibatan tuan selama 25 tahun sebagai juruterbang helikopter nuri .

Buat masa ini saya masih lagi berbincang dengan pihak PR TUDM KEMENTAH untuk mendapatkan segala info dan bahan yang bersesuaian untuk pembikinan dokumentari khas yang bertajuk " The Unsung Heroes ". Dokumentari Khas ini merupakan sebuah ' tribute ' kepada juruterbang dan anak kapal nuri S61, ia nya juga merupakan sebuah nostalgia sebelum ditamatkan dari perkhidmatan.

Besar harapan saya sekiranya tuan sudi untuk menjayakan dokumentari khas ini yang akan menjadi sejarah kepada bangsa, tanahair, famili dan anak cucu cicit sebagai kenangan abadi.

Wassalam,

Mohamad Azli
ATV Pictures Sdn Bhd
0196007646 / 012 9733657

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mohamad Azli,

Pertama sekali, terima kasih kerana membaca blog saya. Saya sungguh terharu dengan hasrat anda untuk mendokumentasikan kisah 'burung besi' yang merupakan 'the workhorse of the RMAF'di suatu ketika dulu. Saya sedia memberi kerjasama apa yang termampu, InsyaAllah.