Followers

Sunday, June 6, 2010

Perjumpaan Di Gymkhana Cafe

5 Jun 2010, jam lebih kurang 1700...ahli forum "Suara Panggilan Pertiwi" tiba di Gymkhana Cafe, Taman Darulaman, seperti yang dijanjikan. Turut hadir ialah Lt Kol Basri Bin Omar PGB yang turut membawa album gambar. Inilah pertama kali saya berjumpa dengan beliau walaupun kami sering berhubung melalui telefon dan e-mel. Saya hanya mengenali En Hamzah dari majalah 'Perajurit' yang pernah menulis berkaitan pengalaman saya untuk majalah berkenaan.

Lt Kol Basri membuat lakaran kem pengganas komunis di mana beliau terkena jerangkap samar pada 25 April 1976. Beliau menceritakan kesempatan bertemu dengan Chin Peng dan arwah Rashid Maidin di penempatan mereka selepas 'perjanjian' meletak senjata pada 1989. Beliau telah pergi ke lokasi tersebut untuk memusnahkan senjata mereka. Beliau turut menceritakan peranan Kor Jurutera yang terlibat dengan pembinaan tugu dan 'rumah' kediaman pasukan Paskal di Terumbu Layang-Layang.   

6 dari kiri: Lt Kol Basri (B)


Saya bersyukur kerana masih ramai golongan muda yang menaruh minat untuk mengetahui kisah pengorbanan  golongan yang terdahulu.  Diharapkan dengan pendedahan seperti ini akan menaikkan semangat patriotisme mereka dan sedia berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan negara.

10 comments:

trooper_knife said...

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada mejar yang sudi meluangkan masa untuk bersama kami walaupun hanya seketika. Namun ianya amat bermakna buat kami bila dapat bertemu dengan veteran-veteran pasukan keselamatan yang telah banyak menabur jasa, bakti dan pengorbanan kepada tanahair.

sesungguhnya, anda semualah yang telah menyumbangkan keamanan yang tak ternilai harganya buat kami malah juga negara.

trooper_knife said...

P/s. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada LtKol yang telah turut sudi meluangkan masa beliau dalam pertemuan ini.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara trooper_knife,

Sama-sama. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar cerita seorang veteran.

Anonymous said...

Bagus sebab ramai yang masih ambil berat, ambik kisah dan ambil peduli mengenai kisah dan pengalaman veteran serta palbagai segi dalam mengatasi ancaman komunis dan keselamatan negara khasnya satu ketika dulu. Semoga semangat yang ada pada golongan selepas era insurgensi terus menanam semangat sayangkan negara dan menghargai bakti yang pernah dicurahkan oleh golongan terdahulu demi kesenangan yang ada pada zaman sekarang. Tanpa mereka ini, mungkin tiada Malaysia yang kita diami sekarang.
( shafik )

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Shafik,

Terima kasih. Bila berangkat ke Ipoh?

Cruise To Nowhere... said...

Salam Tuan

Terasa sedih bilamana tidak dapat bersama-sama di dalam manjlis berkenaan kerana kekurangan maklumat mengenainya.

Kalau ada lagi majlis seumpamanya, mohon diwar-warkan agar mudah untuk menyusun aturcara bagi menghadiri sessi menambah pengetahuan ini.

-kamal sanusi-

Anonymous said...

Saya bertolak pada malam jam 23:00 , 19/6/2010 . Pergi awal sebab tak nak kelam kabut. Insyallah, tahun depan saya balik.harap2 badan pun turun lah nanti. sekarang BMI 22.

(shafik )

basri bin omar said...

Salam Tuan dan Rakan2 Forum!

Syukur dan terima kasih atas jemputan...kebetulannya ada kenduri jadi ambil kesempatan....Lawatan ke Ban Kao Nam sai (Kem Perdamaian 3)Kem Rashid Maidin pada awal 1990 tu BUKAN jadi PEMUSNAH senjata dan letupan CUMA jadi pemerhati saja!P perati saja....apa sempat bertemu Chin Peng,Rashid Maidin dan Syed Hamid Ali(Pak Hamid)

jimio said...

Salam Tuan,

Agak lewat saya berpeluang untuk mencelah di blog tuan, saya juga berkesempatan berjumpa dengan tuan semasa sesi Misi Merentas Waktu 2 oleh ahli Forum Panggilan Pertiwi. Asalnya saya bercadang untuk mengadakan sesi rakaman oral history namun kerana tiba agak lewat justeru saya simpankan sahaja hasrat tersebut. Untuk makluman tuan menjadi hasrat kami melalui usaha Ekspedisi Gariswaktu untuk mendokumentasikan pelbagai sejarah ketenteraan tanah air dalam bentuk audio visual agar dapat dikongsikan dengan seluruh lapisan masyarakat. Usaha kerdil gabungan pelbagai agensi dan ngo ini merupakan satu usaha kecil yang kami jalankan demi memartabatkan warisan sejarah ketenteraan negara kita. Saya juga bercadang untuk berhubung kembali dengan tuan dalam sedikit masa lagi.

Capt Jimio

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Capt Jimio,

Kalau tiada aral melintang, saya bersedia menemui anda, InsyaAllah.