Pengikut

Khamis, 25 November 2010

Evolusi Penerbangan Berjadual

Pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang ialah pada penghujung 1967. Sekumpulan kadet dari Kompeni Abdul Rahman, di bawah pengawasan mendiang Kapten Ranjit Singh, telah mendaki Gunung Kinabalu sebagai 'Adventure Training'.

Kami menaiki Penerbangan Berjadual dari TUDM KL ke Labuan dengan pesawat Dart Herald, kepunyaaan No 4 Skuadron. Sehingga sekarang, saya tiada sebarang jawapan terhadap susunan tempat duduk dalam pesawat Herald ini. Tempat duduk terbahagi kepada 2; sebelah 'para seats' dan sebelah lagi 'seats' biasa. Apa yang menghairankan saya ialah seats biasa ini menghadap ke belakang...bukannya ke kokpit! Saya difahamkan aturan ini berasaskan kepada faktor keselamatan penerbangan...Apakah agaknya yang dimaksudkan!Dari Labuan, kami menaiki pesawat 'Dakota' kepunyaan MSA (Malaysia-Singapore Airlines). Buat satu ketika, sebuah pesawat F28 turut digunakan untuk Penerbangan Berjadual diantara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

Pesawat C130 Hercules mengambil alih tugas penerbangan ini dengan tertubuhnya No 14 Skuadron pada 17 Julai 1976 yang dirasmikan oleh arwah Tun Hussein Onn, Perdana Menteri/Menteri Pertahanan ketika itu. (PM turut mengumumkan penganugerahan SP kepada arwah Mejar Zainal Abdul Rashid yang terkorban pada 15 Jul '76 di sini).
Jadual penerbangan adalah seperti berikut:

A. Sabah...
  • Isnin - Angkasa 061 
  • Rabu - Angkasa 063
  • Jumaat  - Angkasa 065
Route: Subang-Labuan-Kota Kinabalu atau Subang-Kota Kinabalu-Labuan-Subang

B. Sarawak...
  • Selasa - Angkasa 062 
  • Khamis - Angkasa 064
  • Sabtu - A ngkasa 066
Route:  Subang-Kuching-Subang

Catatan: Sebelum Subang, 'point of departure' ialah TUDM KL.

Sepertimana yang diperkatakan oleh Lt Kol Basri ketika beliau mengikuti penerbangan ke Bosnia, pesawat Charlie ini '...Dalam penerbangan ni amat sejuk sangat2 sampai tak boleh tidur!!!'.Memang sejuk. Bagi mengurangkan kesejukan, saya dan isteri akan duduk berhampiran dengan pintu ke kokpit.

Anda lihat gambar ini...masih bolih tahan lagi. Kebiasaannya, penerbangan berjadual ini membawa penumpang penuh kapasitinya. Jadi, bayangkanlah...lutut bertemu lutut! Penerbangan dari KL ke Labuan mengambil masa melebihi 3 jam. Lebih kurang setiap jam, 'Load Master (LM)' akan melangkah dicelah-celah peha penumpang dengan lampu picit menyuluh ke 'siling' pesawat. Sudah pasti, bagi mereka yang pertama kali menaiki pesawat ini, terutama kaum Hawa, berasa cemas dengan tindakan LM dan isteri-isteri dan tertanya-tanya masalah apa yang dihadapi. Sebenarnya, LM hanya...

"....looking for leaks. Since it is much higher up and dark a torch light is required to see clearly. Forward of the wheel well area is the Hydraulic Reservoir. Aft of wheel well, overhead is the Flaps Hydraulic motor. Rear, next to Port Pax door is the Ramp & Cargo Door Hydraulic Reservoir. A lot of Hydraulic line are in the ramp & cargo door area. Both for their operations and also going into the Tail for Rudder and Elevator control."...petikan xWO 1 Faizul Abdullah.

Anda masih ingat 'In Flight Rations' ketika menaiki Hercules? Penumpang diberi satu kotak putih yang mengandungi seketul ayam goreng, sebiji epel, sandwich, garam, kertas tisu dan kopi dalam cawan kertas. Masa tu...semuanya sedap. Tapi bagi kami anak kapal...dah jemu. Asyik-asyik ration tu saja. Dalam satu penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur, sedang asyik membaca buku, tiba-tiba terasa pesawat 'yaw' sikit lepas tu 'back to normal'. Saya percaya kapten pesawat telah 'shut off' 1 enjin dan tekaan saya memang betul. Bila mendarat, saya difahamkan kapten pesawat terpaksa 'shut off' 1 enjin kerana ada masalah teknikal. Biasalah...Bila melepasi 'point of no return'...teruskan saja penerbangan. (Kalau tak silap saya, kapten pesawat ialah Mej (U) Harun). Dengan 3 enjin, Charlie boleh terbang tanpa masalah dan pesawat mendarat dengan selamatnya. Tiada apa yang perlu ditakuti, InsyaAllah, kerana tahap professionalisme mereka, memetik Lt Kol Basri lagi '...Pilot2 dan krew amat professional..'.

Penerbangan berjadual di Sabah dan Sarawak dilaksanakan oleh pesawat Caribou dari No 8 Skuadron, TUDM Labuan. Terdapat pertukaran kepada jadual penerbangan pada pertengahan 80'an... 

  A. Sabah...
  • Angkasa 591: Labuan-Kota Kinabalu-Sandakan-Labuan (seminggu sekali)
  • Angkasa 594: Labuan-Kota Kinabalu-Tawau-Labuan (seminggu sekali)
B. Sarawak...
  • Angkasa 703: Labuan-Kota Kinabalu-Miri-Sibu-Kuching
  • Angkasa 705: Kuching-Sibu-Miri-Labuan
Satu perjalanan yang penuh nostalgik! Sekarang pergerakan anggota dan keluarga menaiki...

Air Asia

Lt Kol Nazri (PS1 Muzium TUDM), En Faizul Abdullah & saudara Mangchikla...Terima kasih.

8 ulasan:

FMZam berkata...

Salam tuan,

Saya lebih percaya pesawat pengangkut berenjin kipas adalah lebih selamat berbanding pesawat enjin jet berdasarkan insiden dan rekod kemalangan udara yang kerap berlaku sekarang di serata dunia. Mujurlah negara kita ini tidak besar maka memadailah pesawat pengangkut TUDM menggunakan pesawat berenjin kipas sebagai "transporter". Kekurangan pesawat ini hanyalah dari segi keselesaan kerana terpaksa berhimpit namun itu boleh diupgrade sekiranya TUDM kita bersedia untuk mengurangkan seat dan menambahkan jumlah pesawat dan mungkin juga mengimprovise soal "tandas" (tandas lagi!) VIP2 kita tak kan terfikir tentang keselesaan askar2 biasa kerana mereka naik jet2 pengangkut TUDM yang khas untuk VIP sahaja, namun sekali sekala bila mereka naik pesawat jenis ini, yang mereka sibukkan ialah tandas (tandas lagi!!). Tapi kalau kita terlalu fikirkan keselesaan maka ada baiknya TUDM tambahkan fleet pengangkutannya dengan memasukkan pesawat awam kedalam inventorinya!

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tapi Flight Rations yang depa served(Buka Puasa) semasa penerbangan ke Bosnia tu HEBAT kerana di beli melalui Catering Company...Commercial Airline di Dubai..setanding makanan yang dihidang dalam Business Class MAS...Alhamdulillah!

Pernah juga menaiki Dart Herald dalam tahun 1976 dari KL ke Labuan utk bertugas di Tawau ,Sabah..Pilotnya Allahyarham Samsuri Welch..beliau juga pernah bertugas sebagai Atase Pertahanan di Washington DC semasa saya berkursus di USA dalam tahun 1983 dulu.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tahun 1974 bukan 1976...RALAT.Tk

xpara87 berkata...

tuan,
Pada suatu ketika dulu Schedule Flight TUDM ini juga di kenali sebagai Sunshine Airway. mengapa ?
Pengalaman pertama saya adalah pada 1975 , Sg Besi ke Labuan dengan herald dan Labuan ke Sandakan. Semasa penerbangan dari Labuan ke sandakan , kipas Caribou meletup letup dan tak berputar......panic semua melayu yg ada dalam pesawat.

FMZam berkata...

Salam Tn xpara,

Setahu saya yang dirujuk sunshine airway tu ialah helikopter aje bila buat operasi dalam hutan kalau hari dah nak gelap tu memang tak ada Nurilah yang datang dan kena tunggu esok siang pulak untuk giliran resupply kita. Tak pernah pulak schedule flight dengan fixed wing TUDM tu saya dengar orang kata sunshine airway, tak tau lah pulak yang schedule flight TUDM tak buat night flying? Tapi kalau ia pun betul, itu kerana penerbangan waktu malam itu merbahaya dan faham2 sahajalah alangkan juruterbang pesawat awam yang sehebat mana pun akui tentang mendaratkan pesawat waktu malam itulah saat2nya yang paling bahaya. Tak caya tengoklah Air Crash Investigation dalam Astro tu.

Temuk berkata...

Salam Mej. Nor Ibrahim

Seronoknya bagi yang dapat menaiki pelbagai jenis pesawat. Yg jenis-jenis lama tu tentu unik dan memberi kenangan manis. Bagi saya, jenis yg paling lama saya naiki ialah Foker MAS berkipas di Sarawak.

FMZam berkata...

Salam tuan,

Betul cakap Tn Temuk tu, zaman TUDM pakai Caribou di Tawau Airport kita sering nampak pesawat Garuda Airways yang jenis lagi lama masih digunakan - Dakota, jenis pesawat pengangkut yang digunakan tentera USA dalam Operation Market Garden waktu Perang Dunia 2 dulu. Tak lama dulu Foker Frienship berkipas yang Tn Temuk cakap tu merupakan pesawat MAS ke Pulau Tioman, tapi celah2 tu ada satu pesawat Donnier era perang dunia 2 jenis satu kipas 12 seater yang digunakan dan saya pernah naik. Sekali saja naik lepas tu sumpah saya tak mahu naik lagi sebab kena air pocket dia punya goncang macam ada tangan gergasi yang buat pesawat tu macam barang mainan dia...Kenangan manis tu!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara xpara87,

Saya tak pernah dengar gelaran 'Sunshine Airway' diberikan kepada Scheduled Flights. Macam juga 'burung besi' untuk Nuri. Baru sekarang saya tahu 'footsloggers' beri gelaran tersebut.

Saudara FMZam,

Penerbangan malam tak jadi masalah sekiranya pesawat dilengkapi dengan peralatan navigasi yang bersesuaian. Masalah dengan Nuri di era saya ialah kami terpaksa mengguna 'mk 2 eyeballs'.