Pengikut

Selasa, 14 Disember 2010

Lembu Punya Susu...Sapi Dapat Nama

Apabila membaca komen saudara Katon Tin Ton bertanyakan satu artikel dalam Berita Minggu, 12 Dis tentang '...pembikinan filem pasal pilot TUDM. Ada kena-mengena dgn tuan ke?' dalam coretan di sini, saya pun mencari dan berjaya mendapatkan artikel tersebut....


Menurut laporan tersebut, seorang pengarah filem, Yusof Kelana, akan membuat sebuah filem bertajuk "Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot" yang menelan belanja RM4 juta. Pelancaran akan diadakan pada 15 Januari manakala kerja penggambaran dijadualkan bermula 25 Februari 2011. Petikan artikel '...mahu menonjolkan wira negara dalam TUDM supaya perjuangan golongan ini dapat dihayati oleh rakyat negara seperti mana pasukan tentera darat mahupun laut' dan '...filem ini cuba mengangkat kisah hero yang tidak didendang berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi tetapi bukan 100% kisah biografi tetapi diolah berdasarkan pengalaman seorang juruterbang TUDM dan kisah dalam pasukan TUDM sendiri'. Hai...bunyi semacam saja....sound so familiar! Sebagai  seorang yang 'resourceful', saya telah berjaya mendapatkan # talifon Yusof dan telah menghubungi beliau pada 13 Dis.

Soalan pertama...Adakah cerita ini tentang pilot pesawat Nuri? Jawapannya...Ya. Bagaimana pula beliau mendapatkan bahan cerita?  Dari seorang mejar. Siapa? Beliau enggan memberitahu. Saya memberitahu beliau bahawa saya banyak mencoretkan tentang pengalaman saya sebagai seorang pilot Nuri. Beliau seterusnya memberitahu bahawa bukan saya seorang saja pilot Nuri dan beliau boleh mendapat maklumat daripada PAT. Memang benar katanya yang saya bukan 'the only nuri pilot' dan beliau boleh  menghubungi PAT untuk mendapatkan maklumat walaupun saya percaya PAT mungkin tidak begitu arif tentang apa yang kami alami.

Saya ada memberi salinan manuskrip kepada seorang staf syarikat penerbitan buku untuk dinilai pencitakannya 3 bulan lepas (selain sebuah IPTA). Tetapi sehingga sekarang saya tidak dapat menghubungi beliau; panggilan saya tidak pernah dijawab. Saya tidak pasti sama ada filem tersebut berasaskan kepada blog ini atau manuskrip tersebut.  Sekiranya betul filem ini berlandaskan kepada blog/skrip berkenaan, saya sangat terharu dan teruja kerana akhirnya ada juga orang berminat untuk memfilemkan pengalaman wira-wira yang tidak didendangkan di suatu ketika dulu. Tapi...terus terang saya katakan, perasaan terkilan juga ada kerana saya tidak diberitahu langsung...no acknowledgement whatsoever...At least have the courtesy to inform me.  Lembu punya susu...Sapi dapat nama! Wallahualam.

14 ulasan:

azwazis berkata...

Salam Tuan,

Saya ada terbaca gak article ni dlm paper few days ago. Bila baca je tajuk, saya cam dapat agak perhaps the story will be based on your writings...

Keep on sharing sir!!

You're an insipiration to some of us!!

Rgds

Unknown berkata...

Akhirnyaa.....
Saya juga percaya semua ni diilhamkan oleh blog tuan...Lagi satu,
Kalau kat Mesia ni rasanya bab2 "lembu punya susu,sapi dapat nama" tu dah biasa sangat....susah nk ubah dahhhh.

Katon Tin Ton berkata...

tuan,
kita follow saluran undang2 ciptaan manusia
insyaallah lembu boleh dapatkan royalti dari SAPI

mangchikla berkata...

Ceh baru nak cakap Katon dah cakap dulu :D

Katon Tin Ton berkata...

budget sampai 4 juta, tapi ciplak karya org
chaiiitt

Abah berkata...

Salam tuan,

Kalau betul apa yang diperkatakan itu, ini sudah dikira mencuri bahan cerita@cetakrompak hasil orang lain dan mendapat keuntungan dari nya. Sekiranya jalan cerita yang difilemkan itu berdasar apa yang diambilnya dari sumber ini, saya kira perkara ini boleh dibawa kekamar perundangan untuk diadili agar trend ini tidak menjadi ikutan dimasa-masa hadapan.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Saya mencadangkan agar Tuan SEGERA mendaftarkan manuscript tersebut sebagai harta intelek. Kalau mereka guna juga tanpa kebenaran, kasik saman berjuta-juta lemon.

Cerita menciplak karya org lain ni memang tak asing lagi di dalam dunia filem kerana penggiat industri berkenaan semuanya brain-drain. Yg tak kering adalah mengenai cerita cinta ajer, tu pun gagau idea filem dari luar jugak.

So, jangan buang masa Tuan. SEGERAKAN pendaftaran harta intelek tu. Worst case senario, take court injunction to stop all those parties yg dok senang hasil kepayahan org lain.

Jgn bagi depa anggap yg kita ni sekalipun dah tamat service boleh dilayan mcm bangsat hanya kerana mereka ada kabel ngan org tertentu.

X-PALAPES berkata...

bagus kl betul depa nak bt filem.sekurangnya dapat juga dedahkan perjuangan perwira kita. Lagi bagus kl sedikit hasil keuntungan filem tersebut dapat didermakan kepada perwira kita yang terlibat sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal.

Major (Rtd) D.Swami berkata...

If you find that it had been plagiarized from your book, sue him for everything he has got.

Faisal berkata...

Mejar, it's true that you're not the only Nuri pilot. But, you're the only one (that we know of) who writes his own experiences during the 2nd Insurgency for the public to read in the blogosphere. Dalam dunia hiburan sekarang ni dah banyak drama2 yg diciplak dari luar negeri. Malangnya, ramai yg mengaku hasil ciplak tu karya mereka sendiri. Entahlah...

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan...

I would agree with all commentators namely Major D.Swami, Faisal and Abah.

You should take necessary action in giving the said party a lesson not to f**k around with you and generally the ex-servicemen.

If you can fight for those JPP, PTU & KPK recipients, there is no reason for you to fight for your own solely right on the manuscript.

I guess the title of this posting should read as follows:

Lembu Punya Susu... Babi Dapat Nama.

Don't treat the ex-servicemen like a shit

Sorry Tuan, emotional skit pagi ni. I used to make one penjawat awam in Langkawi being transferred sbb tukar muka depan ajer proposal saya then kasik pada kroninya. Plan awal nak bawa kes jenayah tapi tak sampai hati sebab memikirkan anak-anaknya. I know what it mean bila ada org plagiat ciptaan kita nie...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,

sbg pegawai staf perundangan dan guaman TLDM, sy cadangkan tuan berhubung dgn Biro Bantuan Guaman (BBG) ataupun Bar Council dan dapatkan nasihat drp mereka mcm mana nak daftarkan manuskrip tuan tu sbg harta intelek ataupun intelectual property. Selepas pendaftaran harta intelek dibuat, pihak2 yg berkenaan tak bleh sesuka hati menceduk atau menggunakan manuskrip tuan tu..they have to get the approval from u because u are the only one that have the copyrights. Klu penerbit tu buat gak citer psl pilot nuri dgn menceduk idea dr manuskrip tuan tanpa kebenaran maka tuan bleh saman dia.

Mmg menjadi hasrat sy utk tengok producer filem di malaysia menerbitkan kisah wira2 yg tidak didendang...tetapi proses dan prosedur tu kena betul..bknnya sesuka hati ceduk dan ciplak idea org lain tanpa kebenaran.

Lt Khaidir

CUCU TOK WAN berkata...

Salam tuan...

Dunia penerbitan memang ramai penipu dan ramai jerungnya. Mungkin nasihat saya sudah terlambat tapi elok untuk direnung lain kali.

Jangan sesekali menyerahkan manuskrip kepada sesiapa pun terutama orang penerbitan kecuali penyerahan secara rasmi, sama ada rasmi berkenaan di pejabat dan bersama saksi lain mahupun dengan bersurat.

Dalam hal ini, tuan wajar bersemuka dengan orang terbabit dengan membawa bukti. Satu rahsia yang boleh saya dedahkan kepada tuan ialah, orang penerbitan sangat alergik dengan perundangan.... mereka bijak berputar belit memberi alasan tetapi mereka sangat takut apabila ada bukti-buktinya...

MAJ SAAB berkata...

salam:
saya amat setuju dgn pandangan rakan2 supaya tuan segera daftar segala penulisan dan kisah yg tuan paparkan sebagai harta intelek. Kerana kadang2 terdapat juga persamaan mengenai kisah hidup kita dgn orang lain. Jalan terbaik bersemuka dgn semua pihak yg terlibat. Kami amat dahagakan kisah2 wira yg tidak didendangkan diterbitkan dlm bentuk telemovie maupun filem.apatah lagi kisah yg diutarakan ini.jangan lah disia-siakan peluang ini.