Pengikut

Ahad, 5 Disember 2010

Terkandas

Saya menerima kisah berikut daripada Mej Ishak Isa. Beliau menceritakan pengalamannya yang'terkandas' di LP ketika unit beliau, 14 MTA, terlibat dalam operasi di kawasan Gubir.

Mission: To provide security for the Nuri during changeover of arti troop at LP/FSB INDIA ( Sg. Baho, Gubir.)(1977). 

Nota: Setiap kali apabila saya  sebut LP 'INDIA', saya akan catat 'INDIA' Sg Baho atau 'INDIA' Sg Seraya. Ini kerana di Gubir ada dua LP marker INDIA. 'INDIA' Sg Baho dibina oleh 'D' Coy 14 MTA dan banyak lagi LP tapi  tak ingat berapa jumlahnya semasa Ops NAGA- Tanam 'UBI'. Satu tahun kemudian, LP-LP ini semuanya ditutup. Deployment of SF diubah  kehadapan melintasi garisan NAGA dan  hanya dua LP/ FSB dibina. 

1. Airlift ke LP dan seterusnaya membuat piket dan  secuity patrol di keliling LP (gambar hiasan). 

Pada hari changeover, pada awalnya gunship membuat straffing di sekeliling likely enemy position/routes. Di sini kecekapan membaca peta harus ada kepada sub-unit yg menbuat piket tadi. Salah grid reference .....sendiri tanggung, kena bedil dek gunship. 

2. Nuri bawa gun, ammo, ration cara underslang; dua  hari ..mission Nuri selesai. Pada hari ketiga,  time kami pulak hendak dikeluarkan...semua berjalan lancar pada awalnya. First sortie ,  15 men are out leaving another 13 together with me. So, first sortie selamat keluar ke Gubir; second sortie.......tunggu punya tunggu...7 hari kemudian baru dia (Nuri) mai. (Gambar - rangsum terkini).

So, my routine semasa menunggu nuri datang ialah..pagi-pagi siap packing ready kat LP... tengah hari go cari makan kat  unit arti yg baru tiba. Ration kami hanya untuk 4 hari saja...
tunggu lagi sehingga jam 4 ptg. Bila dah jam 4, comfirm nuri tak akan mai.. unpack, pasang ponco siap untuk tidoq.. itu lah routine kami sehingga nuri mai...kesian kat kami. D
engar ceritanya  A/C US.......Ha...ha...hah.

Anyway....we were all happy to be there....lagi lama lagi bagus. Tak suka balik kem...tak suka kawat , kasut kilat, rambut kontot dan me personally tak suka sebab at that time I was the most junior Lt M . Faham-faham sajalah........


That was not the first time.......

B coy 14 MTA, second tour  di LP India, Sg Seraya. Kehabisan ration, kami semua korek lubang sampah  untuk cari ration yg pernah dikambus atau di tinggalkan oleh unit-unit terdahulu...melopong 7 hari.

Pengajaran dari peristiwa ini , I personally selalu bagi tau anak buah, jangan kedekut, membazir dan kalau kita susah, ramai lagi orang yang susah. Bersyukur keatas apa yg kita ada. Seperti biasa, A/C US.......mungkin A/C ada mission yg lebih priority.

Kenangan lama yg tidak akan saya lupa....

Pembaca...Kesian saya kepada  Kompeni 'B'. Tapi percayalah, tiada seorang pun juruterbang sengaja tidak melaksanakan sepenuhnya tugas yang diberikan. Banyak faktor yang menyebabkan tugasan tidak dapat disempurnakan pada hari yang ditetapkan. Ini termasuk ketiadaan pewasat - rosak (US), menjalani penyenggaraan, keadaan cuaca, tugas yang lebih diberi keutamaan, dll. Apabila mendarat di pangkalan, sekiranya melepasi waktu bekerja, krew dikehendaki memaklumkan kepada Bilik Gerakan Pangkalan sama ada tugasan sudah selesai atau sebaliknya. Sekiranya masih belum selesai, skuadron mesti menghantar pesawat keesokan hari. Dan, nilai pasaran seorang pilot adalah jumlah penerbangannya, terutama 'command hours' yang tercatat dalam 'Log Book'. Justeru, pilot akan cuba 'clocked' seberapa banyak jam sebelum menamatkan perkhidmatan dalam TUDM.


Sebelum kewujudan 'Skuadron Komposit', semua pesawat Nuri adalah aset No 10 Skn, TUDM Kuantan. Kebiasaannya, apabila menjalankan tugasan yang melibatkan operasi Tentera Darat  di luar  negeri Pahang, kami sentiasa membawa 'night stop kit' kerana kerap dilencongkan untuk tugas yang lain, terutama yang melibatkan 'casevac'. Sekirannya sedang membuat penerbangan operasi, katakan di Batu Melintang, tiba-tiba ada casevac di Gubir, kemungkinan besar Nuri tersebut akan di'divert' ke Gubir. Sama ada pesawat akan terbang kembali ke Batu Melintang pada hari itu juga, terpulang kepada keadaan cuaca dan jam penerbangan harian krew.

Kalau belum selesai tapi melaporkan semuanya sudah beres....Menjawablah beb. Mana tidaknya, putaran komunikasi dari Kompeni di LP ke Markas Taktikal ke Briged...ke Divisyen... ke Markas Udara...ke Pangkalan TUDM...ke Skuadron. Macam mana nak kelentong? Silap haribulan, tindakan disiplin diambil terhadap kapten pesawat. Semuanya terpulang kepada pihak atasan...Kami hanya menjalankan tugas.

Mejar Ishak Isa & Xxx Xxxxxxx...Terima kasih.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum......

Terima kasih kerana tuan berkongsi cerita yang mana2 org luar tak akan tahu. dengar tersiar nya cerita i ni di harap dapat memberikan sedikit informasi dan dapat merubah pandangan org awam terhadap anggota tentera tidak kira perkhidmatan mana skali pun....
Disini sy ingin menambah dan berkongsi sedikit informasi terkini mengenai penugasan pesawat yang terlibat dalam Ops Kota samma ada di Gubir atau pun Banding.

Pesawat yang terlibat untuk resub atau pun rolement dirahkan untuk berada di kawasan operasi sehingga tugas shuttle selesai.
Jika tugasan shuttle tidak selesai,pesawat dan crew dikehendaki bermalam di markas tactical Gubir/Banding.
Pesawat dikehendaki menyambung tugas shuttle keesokan hari nya sehingga selesai.
Sekiranya tugas tidak selesai,dan pesawat RTB....sendiri mau ingat la crew2 nya....hehehehe

terima kasih

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Anonymous,

Terima kasih. Semasa era saya, kami tidak pernah bermalam di Banding, Gubir, Grik, Batu Melintang dan banyak lagi. Untk 'Bamboo Express', kebiasaanya kami bermalam sama ada di Ulu Kinta atau TUDM Butterworth. Sekiranya tak boleh terbang balik ke Kuantan disebabkan cuaca buruk di Brinchang, kami akan bermalam di 8 Renjer, Jln Tambun.

mangchikla berkata...

xpenah turun Tepen ke tuan :D

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara mangchikla,

Tak pernah bermalam kat Taiping kerana dah dekat sangat TUDM Butterworth...tak boleh nak dijustifikasikan. Dalam satu insiden, terperangkap dalam cuaca buruk di Lenggong dan terpaksa 'IFR' (I follow road)sehingga ke Kuala Kangsar. Mendarat di depan Balai Polis KK yang baru siap dan masih tidak diduduki. Olehkerana waktu sudah hampir malam, terpaksa bermalam di sana.

Tanpa Nama berkata...

rangsum yang dalam gambar tu bila tengok teringat masa latihan hutan ..sedap dah rangsum sekarang.beras pun dah dipadatkan, jumlah berat tak terasa sangat bebannya..

SHAFIK

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Shafik,

Terima kasih. Saya pun berpendapat sedemikian. Masa kami dulu, memang berat. Semuanya dalam tin.