Pengikut

Sabtu, 25 Disember 2010

Sungguh Memalukan

22 Dis, jam 1800...Saya telah pergi ke rumah jiran untuk menghadiri majlis pernikahan adik jiran tersebut apabila seorang 'golf-buddy' menalifon saya. Beliau ingin mendapat pandangan pakar IT ini. Menurutnya, PC beliau telah rosak dan ketika menalifon saya, beliau berada di kedai komputer. Soalan pertama...Saya 'pakai' laptop ke? Jawapan...Tidak, note book. Apa jenama yang bagus? Jawapan saya...yang nipis dan bateri tahan lama. Keesokan harinya beliau memberitahu bahawa beliau telah membeli net book. Inilah dalamnya pengetahuan IT  dua orang veteran!

Sementelah cakap pasal komputer, ini ada satu cerita yang sungguh memalukan saya. Pada awal November, lepas solat zuhur, saya telah 'on' internet tapi yang terpancar dalam skrin ialah "Unable to connect to the internet". Memang pernah berlaku sebelum ini dan melalui pengalaman, saya hanya perlu tutup suis selama 15 saat dan buka semula. Saya pun ikutlah prosidur ini tapi masih tak dapat melayari internet. Kebiasaan memang OK punya.

Oh ya, kebiasaannya, saya mengadap skrin komputer hanya selepas zuhur sehingga waktu asar sahaja. Masa inilah untuk mencoret apa yang terfikir dalam otak. Waktu malam untuk menonton tv atau membaca buku. Sebelum ke surau untuk solat subuh, pos coretan tersebut. Itulah rutin saya.

Hai...Ini masalah besar. Jawabnya telefon '100' untuk mendapat bantuan TM. Operator telah memberi arahan bagaimana nak 'memulihkan' servis ini. Tapi masih tak berjaya. Akhirnya beliau memberitahu yang beliau akan melaporkan kerosakan dan memberi # laporan. Menurutnya lagi, kemungkinan keesokan hari juruteknik akan datang untuk membaiki kerosakan.

Keesokan hari...Ding dong lah bunyi loceng dalam rumah yang ditekan oleh juruteknik. Apa masalah encik? Tak boleh 'access' internet. Saya pun membawa mereka ke 'study room'. Masuk saja, salah seorang tu masukkan...

Eh..Eh...Eh...Engkohnya saya tak 'plug in' line telefon kepada soketnya....mati hidup balik pun memang tak dapat access internet! Apa lagi alasan yang nak diberikan selain '...maklum sajalah veteran macam saya ni dah banyak lupa!'.

4 ulasan:

Faizul berkata...

Oops!!!!!!!!!! Hehehehehe...........

ZAINAL ZAKARIAH berkata...

salam Tuan,

semua orang pernah mengalami peristiwa seperti itu. orang sekarang kata - kontrol hemsem aje la!

ZAINAL ZAKARIAH berkata...

salam Tuan,

saya pernah main golf. tapi swing tak power. kalau ada kolam sure tak lepas-frust. saya left-handed. main golf pakai tangan kanan. adakah saya perlu tukar ke left-hand set untuk tambah power swing. apa pendapat Tuan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Faizul,

Apa nak dikatakan...gelak le! He...He...He.

Saudara ZAINAL ZAKARIAH,

Terima kasih kerana cuba 'menenangkan' saya. Sementelah bertanya kepada seorang golf 'Pro' ini, saya rasa baik anda guna 'left-hand' set. Kalau tidak, tak payah saudara Faizul challenge anda, saya sendiri sedia mencabar anda any time dan 99% saya akan menang punya. He...He...He. Phil Michelson tangan kidal. Boleh dibeli golf set dan 'right-hand gloves' melalui e-bay. Happy golfing.