Kepada Bakal/Usahawan...Hanya satu pesanan saja, itu pun kalau sudi membacanya. Melalui pemerhatian saya, banyak perniagaan gagal berkembang, malah ada yang tutup kedai dan usahawan diistihar muflis, kerana 'tersilap' dalam pengurusan kewangan. Paling asas yang semua usahawan mesti ingat ialah anda mesti 'mengasingkan' diri - perniagaan/bisnes sebagai satu entiti dan anda adalah seorang pelanggan kepada bisnes tersebut. Entiti tersebut adalah 'bos' dan menggajikan anda. Sekiranya anda makan satu coklat dari bakul, anda mesti membayarnya. Sekiranya anda terlupa diri, jawabnya bungkuslah bisnes dan tanggunglah kesengsaraan yang akan dihadapi.
Masalah ini boleh ditangani dengan menghadiri kursus asas perakaunan. Justeru, lapangkanlah masa untuk memahami kaedah 'simpan kira-kira'. Renung-renunglah prinsip asas perakaunan... semua 'potential loss' terus diambil kira manakala 'potential gains' hanya dicatatkan dalam buku apabila ianya terbukti. Memang konservatif tetapi anda akan bersedia untuk berhadapan dengan masalah nanti.
Apa pun, yang paling utama sekali ialah nawaitu mestilah untuk mendapat keberkatanNya. Percayalah...apa jua bidang yang diceburi akan berjaya, InsyaAllah. (Dah jadi consultant pulak...He...He...He).
Puan Mazliana...Syabas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan