11 Jan 2011...Saya terima gambar-gambar berikut dari sahabat lama, Mejar Sawaludin Bin Lamin TUDM (B). Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah pada Januari 1982 ketika saya mengambil alih jawatan Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, daripada beliau. Saya mengenali beliau semenjak di MTD, 7 RAMD (klik di sini), mengikuti kursus penerbangan di SEA Helicopter dan di No 3 Skn. Saya ada menceritakan insiden di mana beliau telah membuat pendaratan kecemasan di Pulau Langkawi di sini. Saya telah menghubungi beliau apabila Mej Ismail Malek TUDM (B) memberi no telefonnya. Selain bertanya khabar, saya bertanya sama ada beliau masih menyimpan gambar-gambar ketika kami mengikuti kursus penerbangan. Gambar yang dihantar oleh Mej Ismail di sini tidak memaparkan kesemua pelatih.
Hasilnya, inilah kiriman beliau...
Depan-Dari Kiri: Mendiang Kapt Thiagarajah, Kapt Nor Ibrahim, Lt M James Chong, Kapt Yassin
Berdiri-Dari Kiri: Lt M Khalil, Pilot OfficerZulkifly, Pilot Officer Othman, Lt Affendi, Lt Sawaludin, arwah Lt Abd Jalil, Lt Ismail Malek, Lt M Darby
Berikut adalah pesawat Alouette 111 yang mengalami kerosakan enjin ketika beliau membawa Tan Sri Abdullah Salleh, KSN/Pengurusi Petronas (gambar kanan). Kapt (U) Sawaludin Lamin terpaksa mendarat di Tg Tualang, Pulau Langkawi, pada 12 Nov 1977.
Keadaan pesawat selepas pendaratan kecemasan
Ketika air pasang (Scrap Book No 3 Skn)
Petikan dari majalah 'Flight Safety' tentang insiden tersebut...
Dari 'Scrap Book' No 3 Skn
Mej Sawaludin memberitahu kesan akibat crash landing tersebut telah menjejaskan kesihatannya hanya selepas beberapa tahun, iaitu di akhir 80'an. Sekarang ini beliau mengikuti proses 'medical investigation due to suffering from post concussion syndrome due to Langkawi crash'. Sekiranya saya berpeluang pergi ke KL, saya akan cuba sedaya upaya untuk menziarahi beliau, InsyaAllah. Untuk makluman, beliau adalah adik kepada seorang penyanyi lagu-lagu asli yang terkenal di suatu ketika dulu, Shamsudin Lamin.
Kalau tak silap saya, 'senior pax' terbabit telah menghantar surat penghargaan kepada TUDM di atas profesionalisme Kapt Sawaludin mengendali pesawat tersebut.
5 ulasan:
boleh tuan cerita tentang maslah kesihatan tersebut... trauma ke
Saudara Nor Ibrahim,
I know Mej Sawaludin and I feel sorry to hear if his health situation is no longer A1G1Z1. I hope to visit him and I much appreciate if I can get his contact number. Salam to you, Siti Roffini and Mej Sawaludin.
Tamingsari
Saudara Katon Tin Ton,
Saya difahamkan salah satunya ialah beliau tidak digalakkan untuk memandu. Dan juga ingatan mula ada improvement setelah mengambil ubat.
Dear Tamingsari,
Thank you. He's staying at AU2 and his # is 0192953211.
Saudara Nor Ibrahim,
Sawal is a good officer and pilot.
I hope to make contact and visit him ne day, insyaAllah.
Salam.
Tamingsari
Saudara Tamingsari,
Indeed he is!
Catat Ulasan