Pengikut

Ahad, 31 Oktober 2010

Memorabilia

Pembaca...Selongkar punya selongkar, ini sajalah gambar kenangan ketika di...

MTD...Sepupu & adik-adik datang melawat...

Kiri ke kanan: Arwah Hisham Zubairi (sepupu), Ahmad Kamaruddin, arwah Ahmad Hanapiah@Ami, Wahinuddin di belakang 'Model Room'. Sekitar 1967

Sebagai Pegawai 3 Meriam...

Berkelah di Kuala Abai, Kota Belud. Di sebelah kanan saya ialah Lt Kenny Koh. Sekitar 1970

Bersama adik, Wahinuddin, di bilik penginapan, Mes Pegawai, Taiping. Sekitar 1971

Sebagai 'Paymaster' 7 RAMD, Pengkalan Chepa...                                                              
 




Gambar Kiri: Kiri ke kanan - saya, Lt M Sawaluddin Lamin, Lt Abdullah Ali






Gambar Kanan: Kiri ke kanan - Lt M Abdullah, Lt Kamarulzaman, saya, Lt M Jamaluddin



Pembaca...Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah...peliharalah gambar-gambar dan apa lagi memorabilia sebagai ghazanah untuk tontonan anak cucu anda nanti. Sekarang semua ni nak ditampal dalam 'scrap book' sepertimana yang dipraktik oleh Lt Kol Basri Omar PGB. 

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan...

mmg hensem tuan mse muda..skrg nie pun masih hensem..

Lt Khaidir

mangchikla berkata...

Tuan boleh bina susur galur keluaraga di http://www.geni.com dimana gambar2 boleh dmasukkan sekali. Yg penting, geni.com free :D

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tk atas penghargaan...memang dulu tak ingat betapa NILAI sesuatu tapi bila usia di mamah senja...gambar2 gini paling berharga...mana nak di cari jika tak arkibkan!
Saya juga tiru xCE BG Dato'Hashim bin Hj Abu...Kenangan Pasti Mengusik Jiwa..Tk

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Betul kata Kol Basri...dulu semua 'take things for granted' saja. Bayangkan bila saya jadi PM dan orang nak bukukan sejarah kehidupan saya ketika dalam TDM...gambar ni saya yang saya ada. He...He...He. Serius sikit, ingatlah pesanan ini.

Hafizie berkata...

Salam tn, sepanjang saya ikut blog tn ni, saya cuma nak kepastian mengenai satu perkara tn. Tn dulu peg Arti dan bila tn 'tukar uniform'. Sebab dulu saya ada bersembang dengan org2 lama, depa maklum kalau pilot nuri dari x-Army depa akan cuba hantar resup sedaya yang boleh. Kudos to u sir

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Hafizie,

Terima kasih. Saya 'tukar uniform' pada Jun 1974 setelah tamat kursus penerbangan selama 1 tahun. Sebenarnya, semua Nuri pilot akan berusaha untuk melaksanakan tugas 'sedaya yang boleh'...tidak kira sama ada x-Army atau 'pure' Tentera Udara. Kelebihan x-Army kerana kami mengenali ramai rakan taulan yang berada di kawasan operasi dan juga lebih memahami apa yang dihadapi oleh 'footsloggers'.

zulfatah berkata...

salam tuan,
sy nk komen, mungkin boleh buat penambahan la tuan.selain gambar2 tuh...ur SQUADRON PATCHES...if possible every units,grup,base or sqn yg being mention in ur book or represented by ur illustrious buddies dlm blog nih.regardless RMAF ke TD ke NAVY ke...those patches n insignias carries team identity,pride n rich with traditions (ade cerita disebalik tu ke? some lighter moments perhaps?)..betui x?