Pengikut

Isnin, 21 Februari 2011

Tentatively...

Pembaca...Tentatively, inilah rupa buku yang akan diterbitkan nanti, Insya-Allah...

Muka hadapan...


Muka belakang...


Sebelum anda memberi sebarang komen, saya sendiri tidak puas hati dengan 'font' di muka hadapan....Tak jelas. Tak payah 'border'...memadai dengan 'simple lettering'  saja. Tulisan di kulit belakang pula, juga tak jelas. Kena guna warna merah untuk tulisan. 

Sebarang komen anda sangat dihargai. Macam saya katakan di sini, '...It's literally from my blog translated into a book...that's allDari gaya bahasa (talking writing) sehingga susunannya (format), temasuk gambar saya yang terpapar dalam 'profile'.'  Tajuk buku memang tak boleh ditukar kerana sudah didaftar dengan ISBN. 

14 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Warna background dengan lettering seharusnya contrast agar dpt menyerlahkan lagi tulisan. Contohnya:

- Biru vs kuning
- Hitam vs putih
- Merah vs putih
- Biru tua (gelap) vs putih
- Dll yg sama waktu dengannya....

Kalau tuan pilih background warna biru, warna yg sesuai utk tulisan adalah kuning. Biru awan tu biarlah lebih lembut (muda), jgn gelap sangat.

Tajuk buku dah okey, sesuai sgt dgn isinya. Gaya bahasa pun saya rasa talking writing lebih sesuai kerana berkait rapat dengan tajuknya dan memudahkan pembaca memahaminya terutama civilian.

Tak perlulah kita menggunakan gaya bahasa yg tinggi kerana ianya tidak mencerminkan catatan harian Tuan utk dikongsi bersama.

No need for us to follow the norms in book writing as long as the readers understanding what we are trying to say/tell them.

Katon Tin Ton berkata...

suggestion saya lagi cantek kalau kulit buku tu follow color dalam gambar - merah muda ke apa ntah baru nampak GARANG

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan

Saya nak tanya skit. Nanti bila buku tu dah siap. Bagaimana utk saya membuat pesanan? Adakah saya boleh memesan terus dari pihak Tuan?

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

It's a common sense kalau background gelap, tulisan mestilah cerah. My advice jg guna background gelap, biar cerah.Biar tulisan yg gelap. And, not necessary background pun ambil dari tuan punya blog right. Cari la idea gambo background lain pulak.Gambar muka depan dan belakang dah ok! ada nilai sejarah!

Just a comment.Jgn marah ye..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih di atas cadangan semua. Saya sangat menghargai komen-komen membina. Betul kata anda...background mesti garang supaya gambar tu 'stand out'.

Saudara Anonymous (3:27),

Bila terbit nanti, Insya-Allah, boleh dibeli dengan menghubungi saya.

Saudara Anonymous (10:46),

Tak ada sebab nak marah, malah terima kasih.

zaiton berkata...

Salam Tuan,
Lebih manis jika tajuknya dalam BM: "Coretan X- Juruterbang Nuri"

Boleh mohon Perpustakaan negara untuk tukar. Cadangan saja, Terima kasih.
Tahniah !

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Puan Zaiton,

Terima kasih di atas cadangan anda. Memang betul kata anda tapi 'xnuripilot' tu dah jadi jati diri saya. Sepertimana yang saya katakan, buku ini adalah coretan dalam blog saya yang dibukukan. Itu saja.

Abah berkata...

Salam Tuan,
Semoga berjaya. Saya tetap menanti Buku keluaran dari hasil pena tuan.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

I guess you might have some ideas and few design/artwork of the book cover.

If you may share with us on the total cost of publishing the book and number of copies, that would be better.

I'm sure there are readers who is willing to contribute without to be known who they are. Don't get me wrong, this is not "minta sedekah" but rather we want to ensure what you have started be successfully completed.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Abah,

Terima kasih di atas sokongan anda.

Saudara Sanusi,

Thank you for your support. Buying my books is good enough for me and I really appreciate it.

Temuk berkata...

As-Salam Mej.
Yang ditunggu KAN tiba. Insya-Allah!

Platun_Pandura berkata...

Salam Tuan,

Tuan, tak sabar rasanya menantikan buku hasil tulisan tuan. Kalau boleh tolong segerakan.

Terima Kasih Tuan.

Abah berkata...

Tuan,

Permission granted

Tanpa Nama berkata...

Sekadar cadangan dari saya:

1) Langit yang berwarna biru perlu di kurangkan sedikit toner biru nya supaya tidak sakit mata.
2) Dibawah tajuk "Coretan Xnuripilot" perlu di letak tajuk kecil -'Memori bekas juruterbang TUDM'.
3) Tambah gambar kecil dibawah gambar besar yang ada - gambar helikopter Nuri sedang terbang.
4) Sertakan lakaran peta jika mahu menerangkan kedudukan tempat2 berlakunya peristiwa bagi tempat yang kurang dikenali orang awam - contohnya; Gubir, Keroh dan lain2.