Pengikut

Isnin, 31 Disember 2012

Resolutions?

31 Dec 2012...Last golf game for the year. My dream of representing my beloved Malaysia to the 'World Senior Golfers Championship' is totally shattered. How could I represent the country when my tee-off is just 145-150 metres and never had the luck (not skill) to put 'one-on' on par three with a distance of more than 150 metres? So unlike me!! But I'm a golfer full of excuses....He...He...He. Not that I can't play well, but the trouble is that I'm having this back ache since the last 2 weeks. After sitting down, I've difficulty in standing up. While walking, no pain whatsoever. My back is plastered with 'salonpas' and emits the smell  'Yoko Yoko' to reduce the pain. But, main...tetap main, insyaAllah. So during this period, my gang has a gala time of having free drinks (no kueh) at our favourite joint - 'D'Kembong' at my expense. 
 From left: Hamid, myself, Mokhtar at D'Kembong ( Cikgu Khalid unable to attend today's cabinet meeting)

Tomorrow is the starting of a new year....2013. New year is synonymous with resolutions. My resolutions? The top priority is to reduce my total cholesterol level to within the allowable limit. Early this month, I went to RSAT at Air Force College for my annual blood check. Oh mak dato'....that culprit shot up from a high of 6.01 mmo/L in Dec 2011 to 6.6 mmo/L...well beyond the maximun tolerable limit of less than 5 mmo/L. The lady doctor gave me 3 months to reduce otherwise there's a likelihood I've to take 'statins'. Oh...Oh...I want to avoid taking medicines. I'm grateful to Almighty Allah that till now, I'm not on any medication, syukur alhamdulillah. Of course, now my other half takes over complete control of my food intake. Where possible, no oily foods....no KFC, no 'mata kerbau', etc, etc. The worst part is that no more junk foods...no keropok, no 'kueh reben', no curry puff, etc, etc. This is a real 'dera'!! And, first thing in the morning I've to gulp a mug of 'Melilea Organic' drink with apple flavour. Surprise...surprise...surprise...my weight has reduced from 63 kg to 61 kg....Not bad, eh?

Other than that, I hope my 2nd book would become a reality soon. I'm yet to receive the feedback from BSPP. Once I get the clearance, I'll get them printed, insyaAllah. I've to get it published early next year (tomorrow, insyaAllah) when the potential bulk buyers, namely the public libraries, still have the budget to do so. And also, still no news from the VVIP for 'Sekapur Sireh'. It's OK with me if he declines since it's not the decisive factor for publishing the books; it's an honour. 

Besides that? Honestly, right now nothing in particular. I don' think I want to keep on pushing the relevant agencies urging them to invite the veterans to be story tellers. I've to accept the fact that I'm living in a real world, not a world of idealism. I've to accept that there are seasons for every activity, just like fruit seasons. So, patriotism season is August and September. Full stop. Period.

WISHING ALL MY READERS A HAPPY & PROSPEROUS 2013

Jumaat, 28 Disember 2012

Mendokumentasi Pengalaman

Saya terima keratan akhbar berikut daripada Lt Kol Basri Omar (B)...
Surat pembaca dalam akhbar 'The Star' pada 25 Dis 2012

Apa yang cuba diketengahkan oleh penulis ialah 'to recognise' =  diiktiraf/dihargai. Pada saya, salah satu pengiktirafan terhadap pengorbanan para wira ialah mengabadikan pengalaman mereka supaya generasi akan datang mengetahui wira-wira mereka sendiri. Kaedahnya termasuk mendokumentasikannya di Arkib Negara Malaysia (ANM). Untuk itu, saya telah menghantar emel berikut kepada ANM.....

Sent: Sunday, December 23, 2012 2:15 PM
Subject: MAJLIS PENGKISAHAN MANGSA JERANGKAP SAMAR
Assalamualaikum,

Berhubung perkara di atas, saya ingin mencadangkan agar pihak ANM menganjur majlis tersebut. Sepertimana yang Puan sedia maklum, ramai wira yang tidak didendang tergolong 'OKU'  dan terpaksa mengharungi kehidupan dengan kecacatan anggota badan sepanjang hayat. Keadaan yang tidak dipinta ini adalah angkara kedurjanaan pengganas komunis di era insurgensi. Rakyat perlu menyedari kenikmatan yang mereka kecapi dewasa kini bukannya datang dengan percuma. Ia adalah hasil pengorbanan segolongan rakyat yang sedia berkorban nyawa dan raga demi mempertahankan kedaulatan negara. 

Saya percaya ramai daripada mereka masih hidup dan mungkin sedia kongsi bersama pengalaman mereka untuk diabadikan di ANM. Pada saya, adalah satu kerugian besar kepada negara jika tiada tindakan diambil untuk mendokumentasi pengalaman yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, berkubur dengan jasad nanti. Malang sekali jika generasi akan datang dan para penyelidik sejarah terpaksa membaca tulisan rakyat asing untuk mendapatkan bahan rujukan terhadap sejarah negara dan wira-wira mereka sendiri. 

Berikut di'link'kan di antara coretan-coretan berkaitan dengan kisah-kisah mereka yang tercedera: 

1. http://xnuripilot.blogspot.com/2012/12/dan-juga-di-bandar.html.
2. http://xnuripilot.blogspot.com/2010/01/cacat-bukan-penghalang.html.
3. http://kelabokuvpperak.blogspot.com/p/gambar-gambar-kecederaan-ahli.html.
Sekian untuk pertimbangan pihak Puan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Pada 27 Disember, saya telah menghubungi bos ANM bertanyakan pandangan beliau terhadap cadangan saya itu. Responsnya agak memberangsangkan. Menurut beliau, pada dasarnya ANM bersetuju dengan cadangan itu, syukur alhamdulillah. Beliau menyaran saya menamakan 3-4 wira-wira yang tergolong OKU untuk penyelidikan mereka selanjutnya. Saya telah memberi nama-nama yang terlintas dalam kepala saya. Sebelum itu, saya telah menghubungi 4 orang bertanyakan sama ada mereka sedia menjadi ahli panel, jika diundang.  Kecuali seorang yang menolak, 3 setuju. Saya tidak pasti siapa yang ANM akan jemput, tidak semestinya mereka yang saya cadangkan itu. Jangan lupa, agensi tersebut boleh dapatkan ahli-ahli panel dari lain-lain sumber, seperti JHEV, wallahualam.

Tugas saya sudah selesai. Sekarang semuanya terpulang kepada ANM. Kalau ianya menjadi kenyataan, syukur alhamdulillah. Itu adalah satu pengiktiran bagi saya di atas usaha saya ini. Ingatlah, terpulanglah kepada kita sendiri - para veteran - untuk membuat sesuatu sekiranya mahu sumbangan kita terhadap pembangunan negara dihargai oleh rakyat. Kalau kita sendiri asyik duk diam saja, manalah rakyat nak tahu, wallahulam!

Selasa, 25 Disember 2012

Fikir-Fikirkanlah



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" (Ar-Ra'du:11)

21 Dis 2012….Akhirnya berita yang dinanti-nantikan sepanjang tahun diumumkan…..Syukur Alhamdulillah.

Maaflah coretan 'retro' berkali-kali ni memuakkan. Tapi saya  nak ceritakan juga kerana saya rasa bersalah jika tidak kongsi bersama pengalaman. Mana le tahu mungkin ada yang berfikir sejenak sama ada apa yang simejar pencen membebelkan ini ada kebenaran atau sebaliknya. Ia tak lain tak bukan ialah tentang merancang keteguhan ekonomi bila tibanya diri tidak lagi relevan kepada sesiapa, hanya kepada kaum keluarga terdekat sahaja. 

Nasihat ini lebih menumpukan kepada warga ATM. Al-maklum, bermula Januari 2013, semua anggota ATM, tidak kira pangkat, akan menikmati RM200 sebulan sepanjang perkhidmatan mereka. Untuk itu, berterima kasihlah kepada gomen yang begitu prihatin terhadap kebajikan soldadu-soldadunya (saya juga akan dapat kenaikan pencen 2% = RM44, insyaAllah dan syukur alhamdulillah).

Apa yang nak saya katakan, boleh tak anggapkan lebihan RM200 itu nanti tidak wujud sama sekali? Tanpanya, anda masih boleh hidup. Sebaliknya, pergi ke bank-bank yang menyediakan pinjaman ASB, seperti CIMB, Maybank, RHB, dll.

Skim Pelaburan ASB

Tetapi sebelum terus melalut, saya mengandaikan....
  • Mereka ini turut 'berdisplin' dari aspek pengurusan kewangan.
  • Memikiokan 'esok masih ada', iaitu ....Apa akan terjadi bila bersara nanti.
  • Takut mengambil risiko seperti saya.
  • Purata 8% dividen/bonus sepanjang tempuh pinjaman.
Dengan RM200 tu, anda boleh pinjam RM30k untuk tempuh 20 tahun. Bayaran bulanan RM202...kan tak boleh tambah RM2 kut! Lepas tu, 'hilangkan' buku ASB selama 20 tahun. Kalau 'terjumpa' pun, biarlah  setahun sekali di awal tahun bagi mengemaskinikan buku. Itu saja, OK?

Dengan diizinkanNya, 20 tahun kemudian, jumlah yang tercetak dalam buku akaun ASB adalah lebih kurang RM139,830 ~ RM140,00, insyaAllah. Pengiraannya berlandaskan kepada formula ini:

FVn = PV(1 + k)n di mana FVn = Future Value; PV = Present Value; n = Tempuh (tahun); k = Dividen/Bonus.

FV20  = RM30,000(1 + 0.08)20 = RM30,000(4.6610) = RM139,830~RM140,000

Atau guna jadual berikut bagi memudahkan pengiraan...

Data untuk kadar dividen/bonus dan tempuh

Jumlah bayaran sepanjang 20 tahun hanyalah  RM48,480 (RM202 x 240 bulan); lebihan RM91,350 (RM139,830 - RM48,480).    

Selepas tempuh tersebut, anda terus menyimpannya kerana tiada keperluan. Setiap tahun, dividen/bonus ~ RM 11,200 (RM140k x 8%) = RM933~RM1k sebulan. Ini bermakna 'pencen' bertambah RM1k, insyaAllah. Tidak dinafikan ketika itu nilai wang pasti akan menguncup, tapi RM1k tetap RM1k. Kan harga petrol Ron 95 masa tu meningkat sampai RM100 seliter kut!

Sebenonya, saya ini bak kata pepatah Melayu bagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Pergi le terhegeh-hegeh mempelawakan diri untuk menceritakan pengalaman saya perihal topik ini kat satu organisasi berdekatan. Nawaitu saya hanyalah agar dapat memberi kesedaran kepada mereka yang 'terlupa' bahawa satu-satu hari nanti mereka akan terpaksa dikeluarkan dari 'comfort zone' yang mereka nikmati sekarang ini. Ingat nak lantik diri sendiri jadi 'role model' le kerana saya pun xsoldadu juga. Malangnya, tiada siapa pun yang menunjukkan minat...kesian saya! Yalah, saya bukannya Pakar Pengurusan Kewangan bertauliah. Hanya sekadar MBA saja. Cerita pun berlandaskan pengalaman sendiri. Atau pun mungkin yuran yang saya ajukan terlalu tinggi sampai mereka tak sanggup membayarnya....segelas nescafe ice kurang manis!  

Ini adalah coretan terakhir tentang bab ASB. Jangan salahkan sesiapa jika menghadapi masa hadapan yang gelap. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Anda senang...nikmatilah kesenangan itu. Anda susah...tanggunglah sendiri. Noktah.

INGATAN: SESIAPA PUN TIDAK BOLEH MERAMALKAN APA AKAN TERJADI DI MASA HADAPAN. KITA HANYA BOLEH MERANCANG DAN BERUSAHA, ALLAH MENENTUKANNYA, WALLAHUALAM.

Ahad, 23 Disember 2012

Rempuh Saja

Saya dah fax surat kepada Datuk Seri Ali Rustam yang saya coretkan di sini. Keberangkalian menerima sebarang respons tu sangatlah rendah. Tapi saya terima hakikat kemungkinan besar surat insan kerdil seperti saya ini tak sampai pun pada penerimanya! Tak apalah....sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

Ketika melayari 1 blog, saya terbaca yang KM akan datang ke Alor Setaq pada 21/12 untuk merasmikan satu majlis. Apa lagi, saya pun menghubungi pejabat beliau di Melaka dan seorang hamba Allah di sana telah memberi satu nombor untuk saya hubungi bagi mendapatkan butir-butir selanjutnya. Saya pun hubungi pegawai berkenaan dan memaklumkan yang saya berhajat nak berjumpa dengan bosnya di Alor Setaq. 'OK...Hang tunggu kat airport masa dia nak balik nanti'.  Penerbangan balik ke KL pada jam 1830 dengan Firefly. Jadi, pada jam 1650, terpacaklah saya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas. Tak apalah tunggu lama kerana bukannya KM yang nak jumpa saya...saya yang terhegeh-hegeh nak jumpa beliau...He...He...He.

Lebih kurang jam 1815, KM pun tiba. Bila orang buku pintu MPV, saya pun meluru pada dia. Agaknya beliau terfikir siapalah veteran ni. Sambil berjalan, saya pun memaklumkanlah yang saya ini hanya sekadar menyahut seruan beliau untuk dipertimbangkan pembiayaan kos penerbitan buku. Dan saya berikan draf kepada beliau. Banyak lagi nak beritahu beliau tapi masa terlalu suntuk. Malah staf MAS memaklumkannya yang pesawat dah nak berlepas.  Apa pun, saya sudah 'physically' menyerahkan draf tersebut kepada beliau sendiri. Sama ada dibaca atau sebaliknya, wallahualam.

Bergambar dengan Datuk Seri Ali Rustam di lapangan terbang Kepala Batas

Dalam kesuntukan masa tu pun, saya masih sempat memaklumkan bahawa masalah utama penerbit persendirian seperti saya ialah nak menjual buku-buku itu nanti. Apa yang saya harapkan ialah kerajaan negeri membeli sejumlah besar buku-buku tersebut untuk diagih-agih ke sekolah-sekolah, perpustakaan dan agensi-agensi kerajaan di Melaka. Itu saja. 

Tak tahulah apa keputusan beliau....Tunggu sajalah! Saya sudah berusaha, Allah menentukannya.

Jumaat, 21 Disember 2012

Dan Juga Di Bandar



Mungkin ramai yang beranggapan pengganas komunis hanya ‘menanam ubi’ dalam hutan belantara bagi melengahkan para permburu yang sentias mengejar mereka dalam operasi memusnakan mereka. Sebenarnya pengganas komunis  turut memasang jerat di bandar-bandar, seperti di Pulau Pinang. Ini diceritakan oleh mantan pegawai Jurutera, Kapt Sulaiman Bin Mohd Salleh (B) (bersara Lt Kol), seorang mangsa jerangkap samar.

Pada 1971, beliau bertugas di No 24 Skn (Askar Wataniah) berpangkalan di Pulau Pinang. Salah satu tugas tambahan yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan ini ialah memusnahkan jerangkap samar yang dipasang/ditanam persekitaran bendera Parti Komunis Malaya (PKM) yang kerap berkibar di Pulau Mutiara.

Pada 01 Mei 1972, ketika memberi ceramah dalam satu seminar sempena 'Hari Pegawai' di Pulau Pinang, Kapt Sulaiman telah menerima panggilan telefon daripada Supritenden Zaman Khan (bersara Tan Sri), Ketua Polis Daerah George Town. Menurutnya, penduduk tempatan telah maloparkan kepada pihak polis terdapat bendera PKM berkibar di atas bukit di Balik Pulau dan Tanjung Bungah. Justeru, beliau memohon bantuan Kapt Sulaiman  untuk memusnahkan jerangkap samar yang kebiasaannya ditanam di kawasan bendera.

Selesai saja ceramah, beliau bersama 5 orang anggota timnya, telah pergi ke Balik Pulau. Kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar berjaya dilaksanakan pada jam 0030, 02 Mei. Pada awal pagi pula, mereka meneruskan tugas di Tanjung Bungah dan mula mendaki bukit pada jam 0815 dan tiba dilokasi terbabit pada jam 1145[2]; bendera dipasang di atas sebatang pokok. Bagi beliau, ini adalah insiden kali ke55 pasukannya terlibat dengan misi memusnah jerangkap samar yang dipasang di persekitaran bendera PKM!

Sebelum menurunkannya, proses mengesan jerangkap dilakukan dengan 'Pengesan Jerangkap Samar A4' (teknologi Perang Dunia Ke2). Peralatan tersebut tidak mengesan sebarang komponen jerangkap samar. Masalah alatan ini ialah ia hanya boleh mengesan jerangkap samar yang ditanam sedalam 6 inci sahaja. Namun demikian, melalui pengalaman, beliau yakin terdapat jerangkap samar di kawasan itu. Justeru, bagi mempastikannya, Kapt Sulaiman akan membuat tinjauan di kawasan tersebut. Pada jam lebih kurang 1315, ketika meletakkan tangannya pada sebatang pokok berdekatan dengan pokok berkenaan sebelum memulakan langkah pertama, beliau telah hilang imbangan dan tiba-tiba '....Boom' diikuti '...Boom...Boom...Boom'. Tiga jerangkap samar meletup serentak dan melambungkannya 8 kaki ke udara. Beliau telah terpijak jerangkap samar yang ditanam di bawah pokok tersebut!

'Dah mati ke aku?' ingat beliau apabila jatuh ke bumi. Anggapan ini kerana keseluruhan kawasan di penuhi dengan debu putih bagaikan awam. Kesakitan yang teramat sangat di kaki kanannya menyedarkan Kapt Sulaiman bahawa beliau masih hidup. Beliau telah meminta anggotanya untuk membuka butnya kerana tidak sanggup menahan kesakitan. Tanpa but, dalam beberapa saat sahaja, kakinya membengkak. Tumit kaki kanannya hancur sama sekali. Anggota-anggota beliau mengimprovisasi satu strecer untuk membawa beliau keluar dari lokasi itu. Dalam perjalanan menurun bukit, beliau telah pengsan. Apabila tersedar, beliau sudah berada di Hospital Besar Pulau Pinang.

Doktor memaklumkan kakinya perlu dipotong tetapi beliau tidak bersetuju. Kapt Sulaiman terpaksa menjalani sebanyak 21 pembedahan untuk membetulkan tulang kaki kanannya dalam tempuh 5 tahun dan terbaring di hospital selama tiga tahun setengah.

Lt Kol Sulaiman (B)....Terima kasih. 

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Isnin, 17 Disember 2012

'Nasib Sabut Timbul'

Para veteran....Jangan lepas peluang yang datang menggolek ini.....

Utusan Malaysia - 17/12/2012

Sudah pasti saya tidak melepaskan peluang. Mana le tahu, tut...tut...KM sedia menaja penerbitan buku "Perbatasan Terhadapan Negara & Lain-Lain Kisah". Saya harap tawaran itu tidak terhad kepada mereka yang tinggal di Melaka saja. Apa pun, tak rugi sesen pun untuk mencuba nasib. Jadi, tadi melayanglah surat kepada beliau. Tak tahulah sama ada surat tersebut terbolos kawalan 'gate-keepers'. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Kalau diluluskan, alhamdulilla. Kalau tidak....OKlah....dah tak ada rezeki!

Draf buku saya telah dikurier kepada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), KEMENTAH, pada Ahad, 16/12, untuk mendapatkan pelepasan keselamatan. Tak tahulah apakah responsnya dan bila akan dimaklumkan kepada saya. Dan juga kepada pejabat seorang VVIP memohon sekiranya beliau sudi menukil sepatah-dua kata sebagai 'Sekapur Sireh'. Jika beliau bersetuju, itu adalah satu penghormatan kepada saya. Kalau sebaliknya....OKlah....dah tak ada rezeki!

ISBN dari PNM dan sebut harga dari pencetak dah diperolehi; draf dah siap. Sekarang ni hanya menunggu respons daripada kedua-dua pihak tersebut, terutama dari BSPP. Bila? Soalan cepu emas...wallahualam. 

Khamis, 13 Disember 2012

Menunggu Penderma

Gambar terbaru anak penakan saya (10/12/12), Aidi, yang jantungnya dipam oleh alat ciptaan manusia (di sini)....

 Beg yang sentiasa dibimbit oleh Aidi (kiri) mengandungi 'jantung' kepada jantung mekanikalnya, iaitu bateri dan 'control device' 

Aidi bersama Tun Dr Mahathir & Dato' Seri Najib di IJN

Aidi perlu ke IJN setiap 3 bulan. Soalan pertama yang ditanya oleh tabib ialah tentang berat badan. Faktor ini sangat penting kerana ia mudah disesuaikan dengan penderma organ nanti, insyaAllah. Sehingga kini, hanya 5 orang rakyat negara ini yang mengguna jantung mekanikal model ini. Berapa lama beliau akan mengguna alat tersebut, wallahualam. Semuanya terpulang kepada kesedian waris penderma!

Beliau turut diundang oleh IJN untuk memberi ceramah menceritakan pengalamannya.   

PS: Sambungan 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Isnin, 10 Disember 2012

Pendahuluan

Bermula 'PERBATASAN TERHADAPAN NEGARA & LAIN-LAIN KISAH' dengan draf  'Pra-kata' berikut, insyaAllah...
Pra-kata

Syukur alhamdulilah, berjaya juga saya menerbitkan buku kedua ini. Sepertimana buku pertama, ‘Coretan Xnuripilot’ yang bergenre patriotisme, buku ini juga adalah pembukuan koleksi coretan-coretan hasil sumbangan para wira yang tidak didendang yang disiarkan dalam blog saya – xnuripilot.blogspot.com.

Saya terdorong untuk  mendokumentasikan pengalaman para veteran  apabila membaca “A Doctor In The House. The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad”. Ini kerana Tun Dr Mahathir telah menyatakan dalam bukunya itu bahawa salah satu tindakan terpenting dibuatnya apabila menjawat Perdana Menteri, ialah menuntut Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) di Laut China Selatan dan menempatkan ‘orang kita’ di sana. Ini bagi mengukuhkan tuntutan negara terhadap terumbu tersebut.

Saya teruja kerana saya turut terlibat dalam proses awal mentransformasikan sebuah terumbu kepada sebuah pulau – Pulau Layang-Layang. Kini,  pulau tersebut menjadi syurga kepada  penyelam skuba menikmati keindahan ciptaanNya.

Bukan objektif saya untuk membincangkan dari aspek keselamatan. Umum mengetahui sehingga kini, tuntutan bertindih terhadap gugusan Kepulauan Spratly di antara negara-negara berkepentingan, termasuk Malaysia, masih tiada seberang penyelesaian. Saya hanya cuba memaparkan secebis kisah pengorbanan warga anggota ATM yang terlibat dari mula kelahiran dan seterusnya mempertahankan kedaulatan sebahagian tanah air tercinta ini daripada sebarang ancaman oleh mana-mana pihak.

Saya juga turut mendokumentasi kisah-kisah mereka yang sedia kongsi bersama pengalaman. Saya berpandangan, kisah-kisah para veteran yang mempunyai nilai sejarah ini,  seharusnya diabadikan supaya dijadikan bahan rujukan  bagi generasi akan datang.  

Saya sungguh gembira apabila kerajaan mengumumkan mata pelajaran ‘Sejarah’ akan dijadikan subjek wajib. Memang bertepatan sekali bagi menangkis kehakisan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Untuk melengkapkan subjek itu nanti, pengkisahan oleh para veteran boleh  memainkan peranan sebagai perencah.

Bayangkan kesan kepada para pendengar jika seorang pengkisah datang dengan bertongkat putih kerana kedua-dua mata tidak boleh melihat, bertompang ketiak dek ketiadaan kaki, dan lain-lain kecacatan anggota angkara kedurjanaan pengganas komunis di suatu ketika dulu. Saya pasti ramai yang akan lebih menghargai pengorbanan anggota Pasukan Keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan sekaligus menaikkan semangat patriotisme.

Saya percaya  laungan bagi memupuk kecintaan terhadap negara, yang sekarang ini lebih bersifat  bermusim, dapat dipertingkatkan sekiranya ia dilaksanakan secara berterusan, tidak hanya pada  bulan Ogos dan September setiap tahun sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Saya pasti terdapat ramai para veteran yang sedia  menyumbang khidmat bakti dengan meyampaikan ceramah-ceramah tentang pengalaman mereka di organisasi-organisasi tertentu sekiranya mereka diberi kesempatan.

Saya sendiri telah berusaha menyarankan agensi-agensi mengundang para veteran sebagai pengkisah tetapi responsnya agak mengecewakan. Alangkah malangnya jika pengalaman yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit berkubur dengan jasad tiba masanya nanti.

Harapan saya agar buku yang tidak sepertinya ini, sedikit-sebanyak dapat memberi kesedaran tentang kepentingan sejarah tanah air tercinta yang satu ini.

Penghargaan saya kepada isteri tercinta, Siti Roffini Binti Mohd Yusof, yang sentiasa memberi galakan dan terpaksa bersabar dengan kerenah saya ketika menyunting buku ini. Saya turut mengucapkan penghargaan kepada Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut, No 5 Skuadron, Brig Jen Datuk Ibrahim Hashim TUDM, Kept Johari Ahmad TLDM (B), Lt Kol Basri Omar PGB (B), Mej Datuk Salehuddin PGB (B), Mej Zainal Abidin Husin KPK (B), Mej D. Swami (B), Mej Ishak Mohd Isa KPK (B), Kapt Ismail Bakar, PW2 Saifuddin Choo Abdullah (B),  PW2 Jaafar (B), PW2 Muhamad Razali Din (B) dan Lk1 Kmr Ismail Abd Aziz (Pak Mail). Tidak dilupai kaum keluarga, rakan-rakan seperjuangan, para pembaca blog saya dan ramai lagi yang menyumbang idea serta  galakan sehingga buku ini berjaya diterbitkan.

Mejar Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B)

Pagi tadi, saya telah menghantar permohonan untuk mendapatkan ISBN. Sekarang ni kelang-kabut untuk menyediakan draf untuk dihantar kepada seorang individu dengan harapan beliau sudi menukil sepatah-dua kata sebagai 'Sekapur Sireh'. Masih banyak lagi proses yang perlu dilalui.

Jumaat, 7 Disember 2012

Jejak Kasih

Pada 3/12, saya terima emel daripada Lt Kol Basri PGB. Beliau akhirnya berjaya bertemu dengan keluarga allahyarham 302657 LANS KOPERAL ABDULLAH BIN ABD MAJID @ MAZLAN KPK. Mana mungkin Kol Basri boleh melupai arwah kerana arwah terkorban dalam insiden di depan matanya yang dicoretkan di sini 

Syukur Alhamdulillah! Kelmarin dulu, 1 Dis 2012=17 Muharram 1434, hari SABTU, genap 36 thn 7 bln 6 hari kami ditimpa MUSIBAH dgn di UJI oleh Allah SWT, terkena letupan Jerangkap dlm Terowong PGK semasa melaksanakan pembersihan dalam Operasi Gubir 2 ,di sempadan Malaysia/Thailand pada 25 April 1976 hari SABTU. Allahyarham LKpl Abdullah Majid aka Mazlan terkorban , saya mendapat cedera di bhgn belakang dan tangan kiri, manakala  Spr Misnan cedera ringan.

Ketentuan Allah mempertemukan saya dan balu Allahyarham, Puan Hjh Salmah binti Hj Ali (62 thn), ditemani anak mereka, En Saiful ,Chef di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor( berumur 3 bln dlm kandungan ketika insiden tu berlaku 36 thn lalu) . Pertemuan ulung bertempat di rumah Puan Hjh Salmah bersebelahan Surau Hj Ali, di Kg Bkt Senggeh, SELANDAR, Melaka.(Penantian selama lbh 36 thn!) 

SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH ,ALLAHU AKBAR,MASYAALLAH! SEKIAN LAMA MENUNGGU SAAT INI......Pilu ,Sedih,Sayu dan TERKEDU mengenang PERISTIWA yang meragut jiwa Allahyaraham LKpl Abdullah Majid....masih terdengar SUARA akhir Allahyarham " TUAN,  SAYA KENA!"......Ketentuan Allah SWT ,beliau dipggl pulang MENGADAPNYA dlm usia Muda...Allah menyayanginya...ALFATIHAH buat ROH Allahyarham , doa agar ROHnya di cucuri Rahmat dan di tempatkan bersama para Syuhada, Insyaallah.

Pertemuan ini dimungkin dan disusunaturkan oleh bekas PW 1 Azmi, xTUDM(xstaf PESAMA,Mk ATM), kini pencen dan menetap d Kg Jus Permai,Selandar...Terima kasih bnyk2 En dan keluarga..moga2 kerjabaik ini di ganjarkan Allah setimpalnya! Turut hadir Ajk PBTM kwsan Selandar di ketuai oleh Presiden En Selamat Sap ,n Zaharin Yusuf  ,En Sabtu Abd Ghani dan En Mohd Yasin ( beliau mengetuai bacaan Doa dan Tahlil Ringkas), Bekas Sjn Abd Rahman Mohd Dewa aka Rahman Chong(x 3 Skn RAJD-Driver Terup Nombor Satu) pencen dan kini menetap di Alor Gajah.....Turut sama Rombongan kami dari Kuala Lumpur, Isteri saya Hjh Siti Zawyah, Blogger d Suarang, Kanda Hj Abd Majid Baharom aka UDA, Kanda Hjh  Alimah dan ankanda Liana (Juru gambar).
Pertemuan diakhiri dgn ucapan oleh Tuan Hj Yusof (Suami Hjh Salmah kini) mewakili Puan Hjh Salmah ...diikuti Doa dan Tahlil Ringkas KHAS utk Allahyarham LKpl Abdullah Majid..Al fatihah.
Kami dipandu utk ziarah Kubur Allahyarham  di Tanah Perkuburan SELANDAR.

SATU Episod yang TERAMAT mengusik JIWA! Moga2 Allah SWT Memberkati dan Merahmati kita semua dalam meneruskan PERJALANAN Hidup yang BERBAKI semakin SEDIKIT!

Terima Kasih dan Penghargaan Yang Tak TERhingga kpd Puan Hjh Salmah bin Hj Ali PJK, Anakanda Saiful, Hj Yusof dan sanak saudara yang sudi MENERIMA Rombongan kami ini. JAZAKALLAH!

Wassalam ,
Basri bin Hj Omar  

Nota :
Puan Hjh Salmah Hj Ali masih menerima pencen bulanan RM 500.00
Di kurniakan bintang PJK (Melaka) oleh TYT Melaka Tun Syed Ahmad Shahabudin kerana aktif dan terlibat dalam Pergerakan Wanita UMNO.
Semasa melahirkan anak Saiful , pihak Mk 3 Divisyen memberi bantuan sapenuhnya kpd beliau BERSALIN d Hosp ATM Kem Terendak...TK 3 Divisyen.


Di hari perkahwinan arwah Abdullah dengan Salmah 

36 tahun kemudian......Puan Salmah & Saiful 

Bila menulis coretan ini, timbul soalan-soalan berikut, secara amnya...

 - Adakah kebanyakan mereka yang terkorban atau cacat anggota badan ketika operasi, diiktiraf pengorbanan mereka dengan dianugerah darjah kebesaran?
- Jika tidak...Mengapa? 
- Adakah kerana pengorbanan mereka tidak layak dipertimbangkan, memadai saja dengan PPA?  
- Rugi bebeno ke sekiranya agensi gomen tertentu atau persatuan/kelab/yayasan terbabit  mencalonkan  anggota/ahli mereka?

Saya tak salahkan gomen, di peringkat persekutuan atau pun negeri, kerana mana  le mereka nak tahu sekiranya tiada mendapat sebarang pencalonan. Semuanya terpulang kepada  organisasi-organisasi terbabit, itu pun jika mereka prihatin terhadap anggota/ahli mereka! Mungkin ada yang tidak mahu sebarang pengiktirafan, itu hak mereka. Tetapi, saya yakin ramai, termasuk waris, yang mengharapkan pengorbanan mereka dihargai oleh majikan (pencalon) dan juga negara/negeri, wallahualam.

Lt Kol Basri....Saya tabik spring kepada anda di atas usaha menjejaki kasih dan terima kasih.

Selasa, 4 Disember 2012

'Toy' Baru

Wow...Terliur bebeno melihat 'toy' baru yang gomen belikan untuk chopper pilots...EC725 Cougar.


Bertuah betul para pilot kini. Pesawat dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi tinggi sejajar dengan situasi semasa. Justeru, 'mark 2 eyeballs' tidak lagi relevan kepada mereka. Sekarang, ungkapan ini  menjadi hak milik 'vintage pilots' seperti si mejar pencen ini....He....He...He.

Tapi, saya percaya, bukan semua krew helikopter yang ada sekarang ini berpeluang menerbangkannya. Mungkin sampai TTP/ROD (Tamat Tempuh Perkhidmatan/Run Out Date), ramai yang akan kempunan. Tak apalah. Lihat dari sudut positif pula. Syarikat penerbangan swasta lebih mementing jumlah jam penerbangan sebagai faktor utama untuk ditawarkan jawatan pilot. Pilot Nuri boleh mengumpul lebih banyak jam penerbangan kerana chopper tersebut masih digunakan untuk pelbagai peranan, kecuali CSAR (Combat SAR), tugas utama si harimau.  Kenyataan ini hanyalah bagi menyedapkan diri....He...He....He. 

Difahamkan aset terbaru ini akan diletakkan dalam inventori No 10 Skuadron. Berlandas peranannya itu,  skuadron berkenaan akan 'balik kampung' kelahirannya skuadron itu sendiri....TUDM Kuantan. 

Apa pun....Happy flying.

Sabtu, 1 Disember 2012

Kembali KepadaNya

30/11/12 jam 2212, terima sms daripada PW2 (B) Saifuddin Choo 'Ibrahim meninggal smlm Innalillah (29/11)'. Saya terus menghubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan. Memang benar, beliau adalah KU bersama saya di Labuan di suatu ketika dulu. Arwah meninggal di Hospital Serdang akibat sakit jantung.

Barisan depan dari kiri: Mendiang Lt (U) James Tinggong, arwah Sjn Ibrahim, arwah Lt (U) Idris, Sjn Saifuddin Choo, Lt (U) Kamarulzaman
Berdiri dari kiri: F/Sjn Azizan, Lt (U) Meor Wahab, Kapt (U) Ismail, Lt (U) Ali, Lt (U) Ridzuan, saya, Lt (U) Kandiah, Sjn Jaafar, Sjn Andiappan, Lt (U) Shabre
Belakang sekali dari kiri: Kapt (U) MT Lau, Kapt (U) Ajir

Penerbangan terakhir saya dengan arwah ialah pada 4/10/1984.....

Catatan Buku Log. Secara kebetulan itulah penerbangan terakhir saya dengan arwah Lt (U) Idris. Pada 15/10 pula, dengan mendiang Lt (U) Tan Eng Huat. Dan bersama arwah Lt (U) Roslan pada 22/10 adalah penerbangan 'sayonara' saya dengan 'the old and faithful but forgotten workhorse of  the RMAF  once upon a time'

01/12/12 jam 0630, terbaca catatan dalam muka buku Mej Ramli Abdul Rahim...'KUALA LUMPUR, 30 Nov 12 – Mej Jen Datuk Ahmad Merican bin S.T Merican TUDM (B), Mantan Timbalan Panglima Tentera Udara telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.42 pagi tadi' (29/11). Saya pernah berkhidmat di bawah pemerintahan arwah ketika arwah bertugas sebagai Panglima Wilayah Udara 2, Kuching. Arwah adalah seorang Panglima yang 'jovial', mudah dibawa berbicara dan sedia meluangkan masa bagi mendengar rentetan anak buahnya setiap kali melawat Skuadron saya di Labuan.
Berdiri dari kiri: PW1 Arumugam, Sjn Jaafar, Kapt (U) Aziz, saya, Brig Jen Ahmad Merican, Kapt (U) Loh, Lt (U) Ali, Sjn Lim, Lt (U) Murugesan, Lt ?????, Sjn Sofian
Depan dari kiri: Sjn Yeap, Kpl ?????

Ucapan takziah saya dan isteri kepada kaum keluarga kedua-dua arwah. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang soleh....Amin.

Rabu, 28 November 2012

Serang Hendap Di Jalan Biawak-Lundu

Sekarang ni saya agak sibuk sikit disebabkan nak menerbitkan buku ke2. Sepertimana yang disaran oleh Cik nur_emyinda, saya telah pergi ke Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB) di Alor Setar. Mereka sedia mencetak apa jua jumlah yang saya mahukan. Dah tentulah, lagi banyak jumlah dicetak, kos pencetakan akan kurang. Buku yang mungkin akan diterbitkan hanyalah ~140 halaman saja. Ini kerana tak banyak bahan yang diterima. Jujur saya katakan, apa yang saya coretkan atau di'link' dalam blog ini, itulah yang terdapat dalam buku itu nanti, insyaAllah. Bila draf kandungan dah siap nanti, saya akan siarkan kandungannya bagi memudahkan pembaca merujuk kepada coretan terbabit. Kalau ia menjadi kenyataan, kemungkinan saya hanya cetak 500 naskah saja, wallahualam.

Berbalik pada bahan cerita yang nak dibukukan. Salah satu bab ialah kisah Mej Dato' Salehuddin (klik di sini). Beliau ada menyentuh kisah konvoi 7 Renjer diserang hendap di Jalan Biawak-Lundu, Sarawak, pada 26/3/72. Insiden ini telah mengorbankan 15 anggota unit tersebut dan 3 tercedera. Saya telah melayar blog di sini untuk mendapatkan cerita selanjutnya.  Pengganas komunis telah merampas peralatan dan senjata. Tindakan seorang koperal daripada satu trup pasukan Peninjau telah berjaya menyelamatkan mereka yang masih hidup daripada terus dibunuh. Apabila dimaklumkan kejadian tersebut, hero kita ni telah memecut 'Ferret Scout Car'nya ke lokasi kejadian dan menembak mesin-gunnya ke arah musuh. Apa lagi, depa pun lintang-pukang meninggalkan lokasi.

Pengganas komunis berlagak dengan senjata rampasan - SLR & SMG. Senjata terakhir berjaya ditemui semula pada 1986

Saya tak pasti sama ada insiden ini telah dibukukan. A real pity sekiranya tidak. Jika belum, saya sedia  mendokumentasikan, insyaAllah.

Mej D. Swami (B)....Terima kasih.

Ahad, 25 November 2012

Ops Selamat - Bhg 2

Sambungan daripada coretan di sini....

Pada 03 Dec 87, keempat-empat  kapal TLDM mula belayar ke destinasi bersama 4 buah helikopter. Helikopter Nuri saya di tempatkan di atas kapal KD Mahawangsa. Flotilla ini telah singgah di Pangkalan TLDM Labuan untuk menambah bekalan makanan dan lojistik lain.  Selain dari pesawat helikopter yang akan terlibat dalam Operasi ini, Pasukan Khas ATM yang terdiri dari Komando Tentera Darat, Komando Tentera Laut dan juga Komando Tentera Udara juga terlibat secara langsung dan mereka dilengkapi dengan peralatan khusus untuk menyelamat orang kenamaan. Pelayaran diteruskan ke destinasi yang mengambil masa beberapa hari dan semua anggota yang terlibat meneruskan latihan di atas kapal bagi menghadapi tugas yang mencabar ini.  Pihak TLDM juga mengadakan sesi sembahyang hajat di atas kapal memohon agar Operasi ini menempah kejayaan tanpa sebarang rintangan dan dijauhi dari pertumpahan darah atau kemalangan.
Nuri atas KD MAHAWANGSA (gambar hiasan)

Pada 10 Dec 87, flotilla telah tiba ke destinasi,  Teluk Manila, dan kapal TLDM hanya berada lebih kurang 3 batu dari Pelabuhan Manila. Pada 11 Dec 87, saya telah terbang dari KD Mahawangsa ke Pangkalan Udara Filipina di Manila untuk membuat perbincangan dengan pihak Tentera Udara Filipina tentang operasi yang akan dijalankan dan membuat taklimat keseluruhannya.  Satu latihan terbang malam telah dimohon dan pihak Tentera Udara Filipina memberi kelulusan. Pada malam 12 Dec 87, saya telah mulakan penerbangan tersebut menuju ke Clarke Air Base seperti yang dirancang tetapi terpaksa berpatah balik sejurus tiba di Clarke Air Base kerana dua buah pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat telah scramble kerana mereka tidak mendapat makluman pesawat saya dan menganggapkan saya sebagai penceroboh. Ini merupakan kegagalan pihak Tentera Udara Filipina tidak memaklumkan Flight Plan yang telah saya majukan.

Setibanya saya ke Teluk Manila, saya mendapati banyak kapal-kapal yang berlabuh dan amat sukar untuk mengenali KD Mahawangsa kerana Nuri tidak dilengkapi dengan peralatan navigasi yang canggih seperti yang ada sekarang ini. Dengan kecekapan pegawai Navigasi TLDM, mereka telah berjaya membuat 'talk down' saya terus ke KD Mahawangsa. Penerbangan ini merupakan satu pengalaman ngeri bagi saya kerana helikopter saya telah diancam dan jika saya lambat membuat keputusan, kemungkinan pesawat pejuang tersebut  melepaskan tembakan terhadap saya. Perasaan ketakutan ini tidak saya kongsi bersama anggota lain kerana ditakuti akan melemahkan semangat mereka. 

Pada hari-hari seterusnya, kami semua membuat persediaan ketibaan orang kenamaan di Bandaraya Manila. Adalah difahamkan juga Tentera Indonesia dan  Tentera Singapura  membuat Operasi yang sama. Pada awalnya, pihak Tentera Brunei ingin mendapat bantuan daripada Malaysia tetapi mengubah fikiran, kemungkinan mereka mempunyai alasan yang lain. Pada masa yang sama, sebuah pesawat C130 juga bersiap sedia di Labuan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pada malam 15 Dec 87, satu bom telah meletup berhampiran pejabat kedutaan Malaysia di Manila, maka semua krew helikopter  telah bersiap sedia untuk terbang tetapi pejabat kedutaan melaporkan keadaan terkawal dan tidak memerlukan bantuan.

Tiba hari sebenar, 16 Dec 87, pesawat VVIP membawa orang kenamaan telah memasuki ruang udara Manila dan pada ketika itu,  dua buah Nuri dan dua buah Alouette terbang dari kapal masing masing untuk mengiringi pesawat VVIP mendarat di Lapangan Terbang Manila.  Kami turut membuat pengawasan di udara dan seterusnya mengiringi konvoi kenderaan dari lapangan terbang ke pusat bandar Manila. Keadaan kawalan keselamatan amat ketat dimana sepanjang perjalanan kenderaan, laluan telah ditutup dan dikawal oleh Tentera Filipina.  Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar walaupun pihak perisikan Filipina meramalkan kekecohan mungkin akan berlaku kerana situasi politk yang amat genting pada ketika itu.
Kami juga telah mengenal pasti bangunan untuk mendarat jika perlu untuk menyelamat orang kenamaan yang diberi kata samaran “Hang Tuah”.  Setelah semua berjalan dengan baik, saya telah mengarahkan semua helikopter pulang ke kapal masing-masing dan berada dalam keadaan siap sedia.  Persidangan Ketua Ketua ASEAN telah berjaya diadakan tanpa kekacauan dan pada 17 Dec 87, semua orang kenamaan telah selamat meninggalkan Manila dan Operasi Selamat telah tamat dan bersiap sedia kembali ke Malaysia.


Dalam pelayaran balik ke Labuan, flotilla kami telah diancam oleh taufan dan keadaan laut amat bergelora. Kapal KD Lekir yang membawa helikopter Alouette telah menghadapi kecemasan dengan ombak besar dan pihak Operasi Tentera Laut di Kuala Lumpur telah memberi kelulusan untuk menolak keluar helikopter Alouette jika melibatkan keselamatan KD Lekir. Walau bagaimanapun, keadaan beransur pulih dan anak kapal KD Lekir cekap mengendalikan kapal dan dapat  menyelamatkan helikopter tersebut.  Pada 19 Dec 87, semua kapal kapal telah selamat tiba di Pangkalan TLDM Labuan.
Sebagai rumusan, Operasi Selamat telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa kekecohan walau pun pada awalnya kerajaan Filipina meramalkan ada pihak yang ingin membuat pemberontakan besar-besaran. Kemungkinan dengan kehadiran ramai tentera asing dan perancangan yang rapi, tidak memberi ruang untuk mereka melakukan keganasan. Kerjasama yang erat dikalangan ATM di semua peringkat memudahkan lagi perlaksanaan walaupun tugas yang diberikan ini amat berat. Keberanian pihak pengurusan TUDM membenarkan anak kapal melaksanakan tugas penerbangan diluar SOP menampilkan kepercayaan terhadap kebolehan krew helikopter.

Dato' Ibrahim....Terima kasih.

Jumaat, 23 November 2012

OPS SELAMAT - Bhg 1

Pada December 1987, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, telah terbang ke Manila untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke3 pada 14-15 Dis 87. Kehadiran beliau di Filipina telah menempah sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama menjejak kaki ke negara tersebut semenjak tertubuhnya negara Malaysia. Ketiadaan lawatan rasmi PM ke negara tersebut sebelum ini disebabkan tuntutan mereka terhadap Sabah yang masih belum menemui penghujungnya.

Ketika itu, keadaan politik di Filipina tidak stabil. Pergolakan ini boleh mengancam keselamatan para delegasi. Namun demikian, ketua-ketua negara ASEAN nekad menghadiri sidang tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan kepimpinan Presiden Corazon Aquino. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan 'Ops Selamat' dilancarkan yang misinya ialah untuk menyelamat PM & delegasi Malaysia sekiranya keadaan memaksa.
Salah seorang yang terlibat secara langsung ialah Brig Jen Dato' Ibrahim Bin Hashim TUDM (klik di sini), ketika itu berpangkat Mejar. Beliau telah sudi untuk kongsi bersama pengalamannya berikut....

 Pada 15 Nov 1987, Panglima MABANUD telah mengarah saya untuk berjumpa beliau dengan segera di pejabatnya. Pada ketika itu, saya adalah Ketua Flait Operasi No 3 Skn, TUDM Butterworth. Pada hari tersebut juga, sebuah pesawat Cessna telah dihantar dari Kuala Lumpur untuk mengambil saya di TUDM Butterworth.  Tepat pada jam 1430, saya telah berada di pejabat Panglima dan beliau memberi satu arahan yang belum pernah saya lakukan. Beliau mengarahkan saya membuat persediaan untuk mengendalikan OPERASI SELAMAT iaitu, satu Operasi menyelamat Perdana Menteri ketika Persidangan Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Manila, Filipina.  Beliau telah memberi kelulusan untuk saya membuat latihan penerbangan yang tidak mengikut SOP semasa, termasuk latihan terbang malam mendarat di atas bangunan dan navigasi malam aras rendah. Ini merupakan satu cabaran yang besar dan belum pernah dibuat sebelum ini dan pesawat helikopter Nuri tidak mempunyai kelengkapan secukupnya. Panglima turut mengarahkan supaya Operasi ini di rahsiakan dan tidak siapa patut mengetahuinya sehingga hari sebenar. Pada petang tersebut juga saya dihantar pulang ke Butterworth dengan pesawat Cessna.
Saya terus membuat perancangan rapi tanpa memaklumkan kepada anggota Skuadron kecuali kepada Kapt (U) Hoong yang juga pembantu saya dan kapten pesawat untuk operasi ini.  Pada 16 Nov 1987, satu latihan khas telah diatur dengan TLDM dimana helikopter Nuri menjalankan latihan mendarat waktu siang dan malam di atas KD Mustyari di Lumut.  Pada 19 Nov 87, latihan jarak jauh aras rendah diadakan dari Butterworth ke KL pada waktu siang dan kembali ke Butterworth pada waktu malam.  Pada 21 Nov  87, latihan penerbangan mendarat di atas bangunan KOMTAR Pulau Pinang di lakukan pada waktu siang dan malam. Anak kapal yang terlibat ialah Lt Kol Harun, saya sendiri, Kapt Sofian, F/Sgt Damanhuri dan Sgt Koey. Pengalaman mendarat di atas KOMTAR pada waktu malam amat mencabar sekali dan semua lampu di atas dek terpaksa ditutup bagi memudahkan pendaratan. Latihan ini amat perlu memandangkan situasi yang sama mungkin akan berlaku dalam Ops SELAMAT.
Selain dari latihan penerbangan khas, persiapan detasmen yang rapi juga dibuat bagi memastikan Operasi ini berjalan dengan lancar, termasuk alat-alat ganti pesawat yang mencukupi. Anggota Pasukan Khas TUDM juga diarah membuat persiapan rapi bagi tugas menyelamat orang kenamaan. Pada ketika ini, semua anak kapal tidak mengetahui mengapa latihan intensif dan persiapan rapi dibuat kerana tiada arahan bertulis dikeluarkan oleh pihak atasan. Saya hanya mengeluarkan arahan lisan untuk detasmen selama dua minggu.

Pada keseluruhannya, detasmen helikopter untuk Operasi SELAMAT melibatkan dua buah Nuri dan dua buah Allouette dari No 3 Skn dan No 10 Skn di atas empat buah kapal TLDM.  Fleet helikopter diletak dibawah perintah Lt Kol Mustapha, Ketua No 10 Skn, dan saya sebagai Komander kanan helikopter  Nuri. Krew Nuri yang lain ialah Kapt Sofian, Kapt Sabri, Kapt Rosdi dan Kapt Hoong, manakala helikopter Alouette ialah Mej Razak Othman dan Kapt Wan Baharuddin.  Saya juga dibantu oleh AQM PW Muthu, PW Charles, Sgt Koey dan Sgt Pong.  Setelah menjalani beberapa hari latihan intensif, semua helikopter telah terbang ke TLDM Lumut pada 28 Nov 87 dan terus membuat latihan bersama dengan kapal TLDM siang dan malam. Peralatan tambahan dan alat ganti pesawat juga telah dimuatkan ke dalam kapal TLDM untuk tugas selama dua minggu.


Bersambung....

Isnin, 19 November 2012

Green Endorsement

Saya ada menyarankan kepada Brig Jen Dato' Haji Ibrahim Hashim TUDM agar beliau menceritakan pengalamannya menyelamat pilot pesawat A4 Skyhawk. Bagi mengelak daripada terus di'buru' oleh xKetua Skuadronnya, justeru beliau telah menghantar sijil 'Green Endorsement' berikut....He...He...He..


Ini adalah satu penghormatan TUDM terhadap anggotanya yang telah mempamerkan kecermalangan dalam melaksanakan tugas. Tak ramai yang menerima sijil ini. 

Dato' Ibrahim...Syabas dan terima kasih.

Khamis, 15 November 2012

'Skyfall'

During my school days in Taiping, I was a 'filmaniac'. I didn't mind studying 'General Science' just to pass the weekly test by our 'Sir' aka 'Abang Kartun'. This was simply to avoid from attending the 'detention class' on Saturday morning should I failed the test. Reason? I didn't want to miss my weekly 'cheap matinee' with my classmates. 3rd class ticket then cost only 25 cents at Carlston cinema whilst  Odeon or Majestic 40 cents. Once the movie started, we  moved to whichever empty seats in first class....He...He....He.

However, my interest in movies slowly diminished once I joined RMC. Even now, I find it quite boring to watch movies shown on TV except the James Bond series. I don't know whether I can classify myself as a James Bond fanatic or not. One thing for sure, I've seen all this indestructible hero's movies. And most of the time at the theaters. Reasons? The sound system is simply awesome. My last trip to a cineplex in KL was at the Mall, Cheras, before moving to this ulu Jitraq in 2000 AD to watch my hero. My first visit to a cineplex in Kedah was on 1 Nov 2012 to enjoy 'Skyfall'.

It seems there are 2 categories of seats - RM12 & RM10. When asked why the different prices, the ticket seller told me that the view of the screen from the RM12 seats were 'better' compared to the cheaper seats. Well, of course I chose the expensive one. After all, what's that extra RM2 to see my favorite Commander Bond. When I entered the hall, I couldn't see any difference at all....Rugi RM2!!!

On a serious note. Well...Well...Well...I'm not alone about this greatest agent of MI6 of British Secret Service. I was surprised when Dato' Ahmad A. Talib of NST wrote about this 007 agent in his weekly column in the New Sunday Times. He was commenting on the human side of this super agent. Bond cried when his boss, M, died. Before this, he never shed a tear when someone close to him died, even his lovers. To Dato', James Bond is human, too.

Another surprise when this article appeared in the Mingguan Malaysia, 4 Nov, on the same subject matter.
The 'she-reporter' was looking at a different angle. She took pride that Bond's boss was a lady. He maybe  indestructible & superhuman or whatever you want describe him, but the person who remote-controlled him was a 'she'! Anyway, I don't think there's going to a new 'Mama Bond' in the next series.

My angle? The British wants the whole world to know their spirit of PATRIOTISM! Imagine, Bond was willing to report for duty whilst enjoying his 'demise' after being shot by an MI6 sharpshooter and drowned in the fast moving river and waterfalls....yet survived to enjoy the company of  a lovely damsel in a faraway land (Turkey). Reason? Because he saw the news on TV that MI6 HQ was bombed and the blast killed a few innocent staff by a traitor, an ex-agent who claimed that  he was betrayed by M. When Bond was apprehended by the rogue and offered to join him, he (Bond) declined simply because whatever being offered could not match his undivided loyalty to his beloved country...England!  Well....If this is not patriotism...then what?

One aspect of Bond's film is the fantastic and unbelievable gadgets. In this  film, however, the weapons used when he brought M to his home, Skyfall, in Scotland, in his attempt to entrap the renegade agent were the very basic...mere shotguns and a knife. He killed the betrayer by throwing the humble knife at the back of  the villain  However sophisticated one could be....back to the basics could change the ground rules! 

To all Muslim readers....

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H