Ahad 21/10/12, saya telah membaca artikel 'KESIHATAN' dalam Mingguan Malaysia. Topiknya ialah 'Hidup dengan jantung tiruan'. Sudah tentu ia menarik perhatian saya kerana anak penakan saya, Edi, adalah pesakit terkini yang mengguna alat tersebut; coretannya di sini. Menurut Prof Dato' Dr Mohamed Ezani, sehingga kini terdapat 8 orang yang menunggu jantung 'ori' dan buat sementara waktu, mereka terpaksa bergantung kepada alat berkenaan untuk terus hidup.
Berikut disiarkan petikan artikel berkenaan.
Para Pembaca...Mungkin ada yang berpendapat apalah si mejar pencen ini tak habis2 menyebuk menasihati orang. Jaga diri sendiri cukuplah. Memang betul tu tapi bukankah Islam mengajar kita untuk kongsi pengetahuan jika ia boleh membawa kebaikan kepada hamba-hambaNya? Ahli keluarga saya sendiri mengalaminya. Jadi saya mahu kongsi apa yang saya tahu. Mana le tahu, mungkin dapat dimanfaat oleh para pembaca, wallahualam.
Jangan lupa, sakit bermakna wang simpanan mengalir macam 'Niagara Falls', terutama mereka yang bukan kakitangan gomen. Macam saya kata, kos jantung tiruan itu saja RM500k! Anak buah gomen PERCUMA/FOC. Pergi hospital swasta, guna kertas tissue pun kena bayar. Itu belum lagi lawatan pakar yang 'terlalu prihatin' terhadap kesihatan pesakitnya. Asyik2 datang menjengok untuk bertanya khabar dan kita pun senyum lebar diatas keprihatinannya. Bila tengok bil nanti....Tepuk dahi! Mana tidaknya, setiap kali dia jengok ada 'appearance fees'.
Terpulanglah untuk difikirkan tatkala perut padat dengan daging kambing dan lembu sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Tak nak periksa ke tahap kolesterol dan BP? Masa ini tabib2 tersenyum lebar kerana musim durian runtuh. Lawak2 juga le....Tapi jangan abaikan kesihatan. He...He...He.
NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.
1 ulasan:
Salam,
Betul tu, sementara sihat tu jagalah kesihatan, bersenam banyak-banyak, jaga makan semampu yang boleh. Saya kakitangan swasta berumur 38 tahun, saya bersenam semampu yang boleh kerana saya tak mahu menanggung kos rawatan yang tinggi jika kena penyakit kronik. JANGAN MEROKOK, JANGAN MINUM MINUMAN BERAIS hingga lewat malam di kedai mamak sampai ke subuh seperti yang menjadi trend ketika ini....
Catat Ulasan