Utusan Malaysia - 17/12/2012
Sudah pasti saya tidak melepaskan peluang. Mana le tahu, tut...tut...KM sedia menaja penerbitan buku "Perbatasan Terhadapan Negara & Lain-Lain Kisah". Saya harap tawaran itu tidak terhad kepada mereka yang tinggal di Melaka saja. Apa pun, tak rugi sesen pun untuk mencuba nasib. Jadi, tadi melayanglah surat kepada beliau. Tak tahulah sama ada surat tersebut terbolos kawalan 'gate-keepers'. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Kalau diluluskan, alhamdulilla. Kalau tidak....OKlah....dah tak ada rezeki!
Draf buku saya telah dikurier kepada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), KEMENTAH, pada Ahad, 16/12, untuk mendapatkan pelepasan keselamatan. Tak tahulah apakah responsnya dan bila akan dimaklumkan kepada saya. Dan juga kepada pejabat seorang VVIP memohon sekiranya beliau sudi menukil sepatah-dua kata sebagai 'Sekapur Sireh'. Jika beliau bersetuju, itu adalah satu penghormatan kepada saya. Kalau sebaliknya....OKlah....dah tak ada rezeki!
6 ulasan:
Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,
Alhamdulillah...Tahniah atas usaha Tuan menerbitkan buku ke2 Tuan, Mudah2an mendapat perkhabaran yang positif dan menggembirakan.'Gate-keepers' dengan 'red tapes' yang ada kekadang melambat dan merugikan banyak pihak, terutamanya apabila ia membabitkan sesuatu yang bersifat penyebaran ilmu yang baik dan berguna.
Bagi semua veterans yang ada dan saya sanjungi,
Berkongsilah kisah pengalaman perjuangan tuan2, terutamanya ketika berkhidmat di era insurgensi, untuk santapan minda masyarakat dan generasi yang ada. Mudah2an pengkisahan tersebut akan dapat dijadikan ikhtibar dan peringatan demi kelangsungan keamanan negara kita di bumi Tanah Melayu tercinta ini.
Jika tidak sekarang, bila kah lagi?
p/s Alangkah baiknya jika semua VVIP, VIP @ kerajaan negeri berfikiran dan bertindak sepertimana Datuk Seri Ali Rustam…
Tak sabar untuk membeli,memiliki dan membaca buku Tuan tu ;-)
Salam tuan, saya nk pre order ur book 10 naskhah.maklumkan brape deposit, kasi acc no....insya allah sblm subuh esok, deposit akan msk dlm acc tuan.
Cik Nur Emyinda,
Terima kasih. Tak tahulah sama ada Macam saya kata, terbaca ke KM surat saya tu!
Saudara zulfatah,
Terima kasih. Saya akan siarkan dalam blog bila buku sudah dicetak nanti, insyaAllah.
Assalamu'alaikum Mej. Nor Ibrahim,
Tahniah di atas usaha menerbitkan satu lagi buku! Didoakan semoga dapat diterbitkan sesegera mungkin.
Jika benarlah kerajaan menghargai jasa tentera kita, usaha Mej. ini sepatutnya merupakan sesuatu yang mereka sanjung tinggi. Sebagai pembaca, saya amat suka (sambil meneliti 'events') melihat gambar-gambar bersejarah lama yang saya jangka akan banyak dipaparkan di dalamnya.
Waalaikumussalam Cikgu,
Terima kasih. Kisah Pulau Layang-Layang banyak gambar. Saya telah menulis kepada Tun Dr Mahathir memohon kebenaran beliau untuk memasukkan gambar-gambarnya. Kalau dibenarnya, syukur alhamdulilkah. Jika tidak, terpaksalah keluarkan, wallahualam. Masih menunggu respons beliau.
Sir,
Congratulation for your effort.May I suggest that the launching of the book to be held in Sabah as it will be good promotion for tourism.To ease the financial burden I think you can contact the state JKKN and Tourism Board for assistance.May be it is very ambitious suggestion but I think it is worth a try.Salam
Catat Ulasan