Saya terima e-mel daripada
Saudara Azeem Zainal, anak kepada arwah
Mejar Zainal Abdul Rashid SP di
sini. Beliau telah mengepilkan gambar-gambar
Alouette 111 '...
A collection from Allahyarham MEJ (B) Zainal Abidin Ibrahim (Paymaster RGK). more of old MSSC pics at www.facebook.com/pages/Rejimen-Gerak-Khas'. Saya cuba melayari sesawang berkenaan untuk meminta kebenaran memuatkan gambar-gambar tersebut dalam blog ini. Tetapi usaha saya gagal. Saya harap pengendali facebook
'Rejimen-Gerak-Khas' membenarkan saya poskan gambar terbabit dalam blog saya ini.
Saya dimaklumkan gambar ini diambil sekitar 1975. Tak pasti di mana pula. Siapa pula krewnya? Jika di Semenanjung, Alouette ini adalah daripada No 3 Skuadron, TUDM Butterworth.
Saudara Azeem Zainal dan pengendali facebook Rejimen-Gerak-Khas....Terima kasih.
3 ulasan:
Tuan Nor,
menjelang kita menyambut hari Kemerdekaan RTM dan sangkatan dgnya akan membuat ulangtayang pasukan Keselamatan lawan kominis. Sangat bersemangat kita di buatnya. Tetapi semua itu dalam hitam putih dan 80% muka matsalleh yg ditonjolkan. Maklumlah gambar gambar zaman darurat pertama sebelum tentera komanwel berundur dari Malaya. selepas tamat Darurat tahun 1960 Malaya sekalilagi lawan kominis dari tahun 1969 sehingga tahun 1989, Tidak terdapat pun Dokumentari tentang hal ini kenapa ya?
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
Nostalgic indeed! "Hanya jauhari yang mengenal manikam". Magnifique! U sure do recognised well enough its Alouette of the 3rd Squadron.
p/s Alouette - a French word for a lark which sings in the early morning, so as its name in the MAF - the songs of the heroes/ex-servicemen/servicemen ;-D.
God bless these servicemen!
Salam Tuan Nor,
Laman sesawang tersebut boleh dilayari di jejalur ini
www.facebook.com/pageRGK
FYI blog tuan juga ada diberi
promo diruang wall page tersebut.
Wsalam
Catat Ulasan