Pengikut

Selasa, 28 Mei 2013

Penyangak...Tak Kira Waktu

Eh...Eh...Eh...Lihat gambar berikut yang memaparkan beberapa batang 'alloy' pada pintu rumah jiran saya habis dikebas sipenyangak...

Pintu 'gate' yang dah rongga

Rumah jiran saya ni dalam proses penjualan. Beliau telah berpindah ke Teluk Intan. Sebelum pemilik baru mendudukinya pada awal Jun, anak lelaki beliau menetap di situ. Menurut isteri saya, pada waktu tengah hari 2-3 hari sebelum PRU13, beliau terdengar ketukan begitu kuat di 'rusuk' rumah. Lepas tu ada jeritan 'hoi...buat apa tu?' Diikuti dengan bunyi paculan motosikal. Engkohnya, ketika sipenyangak sedang asyik mengetuk alloy2 tersebut, anak lelaki jiran berada dalam rumah dan ternampak apa yang sedang berlaku. Apa lagi, sipenyangak pun cabut dengan motosikalnya. 

Saya telah menceritakan kisah ini kepada member golf saya. Cikgu Khalid, rumahnya di kawasan perumahan saya,  memaklum yang pintu gate beliau juga dah rongga. Ia berlaku pada waktu yang sama. Menantu beliau ternampak seorang malaun sedang mengetuk batang2 alloy dan terus menjerit. Apa lagi, sipenyangak pun pacu le kapcainya. Depa memang berani menceroboh tak kira masa. Tengah hari buta depa boleh mencuri. Masalah betul dengan 'petty thieves' ini.

Xjiran saya ni suka bercucuk tanam. Di 'no man's land', beliau menanam pelbagai pokok, seperti ubi kayu, buluh, durian 'belanda', betik, salak, dll. Semasa masih mendiami rumah itu, kawasan tersebut dijaga rapi. Tapi setelah berhijrah, faham2 saja le keadaannya. Boleh buat 'jungle training'.
Kawasan saya ditutupi dengan 'interlocking tiles'. Hanya satu pokok rambutan saja: 2 pokok nona dah dipotong

Semak2 ini sungguh membahayakan. Manakan tidak, 3 minggu lalu, seekor kucing saya, 'Kaka', mengiow-ngiow dekat parit. Apabila diselidiki mengapa sicomel berkelakuan begitu, engkohnya ada seekor anak ular senduk (cobra). Apa lagi, si hero ini pun ambil kayu dan bunuh ular tersebut, syukur alhamdulillah.

Pada malam 12/5, apabila tiba di rumah selepas menunaikan solat magrib di surau, kelihatan si 'Hemoy' merenung sesuatu di luar 'roller shutter'. Saya ingatkan dia nak 'ngap' cicak. Bila menghampirinya, mak datuk terkejut saya dibuatnya.....ada seekor ular senduk berukuran ~1 meter! Melihat saja saya, ular tu pun terpacak berdiri. Oh...Oh...Panik betul saya dibuatnya. Dipendekkan cerita, saya hubungi Cikgu Khalid dan beliau datang dengan sebatang buluh. Dipukulnya ular itu dengan sehingga mati. Kawasan rumah beliau pernah dilawati oleh kaum keluarga sipenyelinap ini dan berkenduri dengan burung puyuh peliharaannya dalam sangkar.
Menurutnya, ular takut pada buluh dan belerang (sulphur). Jawabnya, keesokan hari pi le potong sebatang pokok buluh dan beli 1/2 kg belerang untuk ditabur di tepi parit.

Sabtu, 25 Mei 2013

Buku Panduan

Sekarang mejar pencen ni dah jadi 'consultant' pula. He...He...He. Pada 21/5, saya terima emel bertanyakan tentang pengalaman saya menerbit buku. Ini kerana sipengirim berhasrat menerbit buku. Antara lain, beliau bertanya '..... Ingin mendapatkan bantuan dan maklumat tentang penghasilan buku. Saya rasa tuan tentu arif tentang selok belok penghasilan buku ni. Maklumlah saya tak pernah lagi tapi ingin menerbitkan buku yg hasil dari penyelidikan saya

Saya ingin mengetahui tentang kos sebenar pembuatan buku ini, format dan bagaimana utk memasarkannya. 

Jika buku mempunyai gambar warna, berapa kos nya dan jika warnya hitam putih pula bagaimana? 

Format yg diguna pakai adalah? Jika tuan berikan saya contoh format pun mmg saya harapkan dan saya ucapkan terima kasih. Gambar yg dimuatkan ke dalam halaman buku adakah ia final atau kita perlu memberikan gambar hi-res kepada syarikat penerbitan?

Dan kosnya. Jika kita ingin memasarkan dibawah DBP, adakah mempunyai syarat? Bagaimana pula dgn dana?'

Tak jadi masalah. Saya sedia kongsi pengalaman jika ia dapat membantu bakal penulis tu. Bukankah kongsi ilmu/pengalaman satu amalan sedekah? Dah senja-senja ni, apa jua cara nak dapat pahala pasti 'grab' punya. Jadi, saya pun hantaq le emel berikut....

'....Terima kasih terhadap persepsi anda yang saya seorang 'arif' tentang penerbitan buku. Jujur dikatakan, pengetahuan saya tentang penerbitan buku adalah '0' ketika menerbitkan buku pertama saya - "Coretan Xnuripilot". Saya sendiri berasa malu apabila melihat kembali buku itu. Saya cuba memperbaiki kelemahan itu dalam penerbitan buku ke2 - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain". Namun demikian, kekurangan ini tidak menghalang saya kongsi bersama pengalaman dengan anda.

Persoalan pertama. Adakah anda berhasrat untuk menerbit buku itu sendiri atau buku diterbitkan oleh pihak ke3? Sekiranya ingin menerbit secara persendirian seperti saya, anda perlu melakukan semua aktiviti, seperti menyediakan draf, edit, mencari pencetak, memasarkanya, dll. Lebih kurang andalah messenger, book-keeper, manager, banker, dll.

Jika anda mahukan pihak ke3 menerbitkannya, seperti DBP, anda hanya menyediakan draf untuk pertimbangan mereka. Jika mereka setuju untuk menerbitkannya, anda tidak perlu melakukan apa2. Anda hanya perlu tandatangan kontrak dengan mereka.

Jika kaedah ini dipersetujui, anda hanya akan menerima 'royalty' sahaja diatas penjualan buku. Dan, penerbit akan mengawal 'hakcipta'. Ini bererti anda perlu memohon kepada mereka jika anda hendak mengguna bahan terbitan itu nanti.

Berbeza jika menerbitkannya sendiri. Untung rugi semuanya terpulang kepada usaha anda. Dan paling penting, anda pemilik hak cipta.

Sebagai penerbit persendirian, kos penerbitan yang perlu diambil kira termasuk saiz kertas, seperti A4, A5. Untuk buku ke2, pencetak menasihatkan saya mengguna kertas A5. Kaedah ini menjimatkan kos kerana kertas A4 dipotong 2. 

Berapa halaman buku itu? Lagi tebal buku, lagi mahal kos pencetakan. Ketebalan pula bergantung kepada 'indent', 'font' dan spacing. Dan, apa jenis kertas yang diperlukan? 'Matt-Art' atau 'glossy' lebih mahal berbanding dengan kertas biasa. 

Penggunaan & susunan gambar meningkatkan kos. Gambar berwarna lebih mahal daripada hitam putih. Jika anda perhatikan, kebanyakan buku mengumpul gambar2 berasingan daripada kandungan buku. 

Hampir semua gambar dalam kedua-dua saya adalah kiriman para pengirim melalui emel. Kaedah ini menjadikan gambar2 kabur apabila dicetak.

Masalah besar yang dihadapi oleh saya dan beberapa rakan ialah memasarkannya. Kebanyakan kedai buku, seperti MPH, Popular, tidak mengambil buku terbitan individu. Mereka mengambil buku daripada penerbit yang sudah established, seperti PTS, DBP. Untuk makluman, MPH mengambil komisyen 55% daripada harga jualan buku. Jika ada outlets yang sedia mempamer & menjual buku anda, purata komisyen yang dikenakan ~40%!

Saya memasarkan kepada para pembaca blog saya, perpustakaan negeri2 & rakan taulan. Di masa inilah media massa paling penting. Jika ada kenalan di kalangan wartawan, tv, gunakan mereka. Wartawan boleh membuat 'book review'. 

Dan, jangan lupa mendapatkan ISBN. Tanpanya, tiada agensi kerajaan yang sedia membeli buku anda. Untuk mendapatkannya, anda perlu hubungi Perpustakaan Negara Malaysia.

Oh ya, apa itu MHG dan bidang penyelidikan anda?

Sekian. Harap nukilan ini sedikit-sebanyak dapat memberi gambaran tentang apa yang perlu diharungi untuk menerbitkan buku secara persendirian, wallahualam.'

Oh ya. Sibertanya berhasrat mendokumentasikan pengalaman beliau '....membuat penyelidikan khusus tentang sejarah ketenteraan di Malaysia. Skop kajian cenderung kepada perang dunia ke dua dan zaman komunis dimana saya akan tertumpu kepada skop kajian kesan tapak peperangan dan kajian kepada bangkai pesawat yg terhempas di dalam hutan. Saya byk membantu agensi kerajaan seperti muzium tentera darat dan muzium tentera udara dalam penyelidikan mereka. Hasil penyelidikan kami dapat membantu menyelesaikan beberapa kes tertunggak seperti bangkai pesawat dakota KN630 yg terhempas di Kelantan yg mengorbankan 12 orang dimana hasil kajian kami dan lawatan ke kawasan nahas membantu mengeluarkan cebisan tulang dan pada Mac tahun lepas, kesemua mereka  yg terkorban dikebumikan di Cheras. Satu lagi adalah mangsa nahas pesawat pengebom liberator B-24 KL654 di Negeri Sembilan. Kajian saya selama 14 tahun membuahkan hasil dan dgn bantuan muzium tentera darat dan wakil waris keluarga, cebisan tulang dapat dikeluarkan dan mereka ditanam di Cheras pada tahun lepas juga.'

Sesiapa yang berminat nak menerbit buku, mungkin nukilan di atas boleh dijadikan panduan. Saya menerbitkan buku pertama tanpa sebarang pengetahuan atau bantuan  daripada mana-mana pihak. Itu sebabnya saya berasa malu apabila melihat 'end-product'.  Saya berterima kasih kepada pada pembeli yang masih sudi membeli (depa mana nak tahu keadaan buku sebelum membelinya. He...He....He). Justeru, saya tidak mahu melihat orang lain menghadapi masalah sepertimana yang pernah saya alami. Belajarlah daripada kesilapan orang agar kita dapat mengelak daripada turut membuat kesilapan yang sama.

Isnin, 20 Mei 2013

Gelandangan

Saya setuju bebeno komen Saudara Arunzab dan Cikgu 'Temuk' di sini. Saya sama sekali tak 'patah hati' menyayangi binatang2 yang sungguh comel ini. Semua kehidupan ciptaan-Nya pasti ada 'penyakit'. Apa kurangnya manusia seperti saya ini. Bukankah manusia menghidapi pelbagai penyakit? Adakah kita nak menyisih diri daripada mereka yang berpenyakit? Sudah pasti tidak. Justeru, saya masih meneruskan rutin harian memberi makan kepada golongan 'gelandangan' ini. Tapi, kena le berhati2.

Gelandangan? Ketika memberi makan kepada kucing yang terdapat di tasik Darulaman Sabtu lalu, terdengar seorang menyatakan ada juga orang yang beri makan kepada golongan gelandangan. Ini membuat saya tersenyum....kucing dikategori sebagai gelandangan/vagrants.
Kumpulan di Condo 900

Sebahagian gelandangan di Darulaman Theme Park

Ada seorang suri rumah ni yang sungguh pencinta kucing. Setiap hari beliau akan pergi ke Taman Tema ni untuk memberi makan kepada insan-Nya ini. Selain makanan, beliau turut membawa ubat, seperti gamat dan ubat mata. Kucing-kucing ni pula memang manja dengan beliau. Menurutnya, kucing2 ini lebih suka makan keluaran Tesco daripada Friskies. 

Percayalah....Perbelanjaan kepada insan-Nya ini tidak memapakan, malah rezeki akan melempah, insyaAllah. 

Cakap pasal perbelanjaan. Minister of Home Affairs saya memberitahu yang beliau baru2 ini membeli kuih karipap di warong berhampiran rumah. Harga sebiji - 30 sen; 2 biji - 60 sen; 3 biji - RM1! Betul ke ni? Kalau harga sebiji 35 sen, ada le logiknya jika 3 biji RM1.   Isteri saya tanya lagi...kalau 5 berapa? Jawapannya....RM1.60! Sipenjual tak berganjak walaupun ini tak logik.

Agak2nya, apakah rasional sipenjual yang menetap harga kuihnya itu? Saya tiada sebarang jawapan. Sekadar buat renungan.

Rabu, 15 Mei 2013

'Kulat Kucing'

Saya ingat apa yang saya hadapi hanyalah 'kude' biasa saja (klik di sini). Dah hampir 3 minggu dan setiap hari pi kat RSAT buat 'dressing', makan kapsul 'antibiotik' selama 10 hari, kude tu tak kering2 juga. Malah, ia makin merebak. Turut diperhatikan, timbul beberapa 'binjul' berwarna ungu dalam kedudukan 'single file (linear)' di tangan kanan.

'Ulcer' & 'Nodules'

Ini tak boleh jadi. Jawabnya, pada 10/5 jam 1630,  pergi ke RSAT. Saya minta surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar kulit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Ahad, 12/5, pi lah ke hospital untuk membuat temujanji dengan dermatologist. Nasib saya baik sungguh, saya terus dirujuk kepada bos jabatan itu sendiri tanpa membuat appointment. Ini betul2 rezeki saya, syukur alhamdulillah.

Apabila dihulurkan tangan saja, beliau bertanya sama ada saya membela kucing dan membuat 'gardening'. Jawapannya sudah pasti 'affirmative'. Jadi, puan doktor memberitahu yang saya dijangkiti 'kulat kucing' atau medical termnya ialah 'sporotrichosis' (klik di sini).

Menurutnya, mungkin mengambil masa 3-4 bulan untuk sembuh, insyaAllah. Buat permulaan, saya diberi bekalan sebulan ubat antifungus 'Itraconazol' untuk ditelan 1 kasul setiap 12 jam dan 'Fucid cream' untuk disapu di bahagian terbabit. Menurutnya lagi, ltraconazol ini agak kuat. Jadi, sekiranya dalam tempuh terdekat ni jika mata saya berwarna kuning, cepat2 le pi jumpa beliau. Oh ya, sebelum tu, dia tanya sama ada saya mengidap kencing manis dan keadaan 'hati (liver)'. Saya memaklumkan kali terakhir buat pemeriksaan darah ialah pada 18/3/13. 'Liver Function Test' menunjukkan OK (within limit) dan gula baru 4.1 mmol/L saja.

Dari HSB, saya terus pi ke RSAT untuk berjumpa dengan puan doktor. Depa menasihatkan saya membuat pemeriksaan darah penghujung bulan Mei bagi menentukan keadaan hati. Ubat anti-fungus ni engkohnya boleh memudaratkan organ tersebut. Jawabnya, kena le ambil banyak2 bawang putih dan limau. Cubaan!    

Tak apa le...Dah ditakdirkan-Nya. Syukur alhamdulillah kerana saya mendapatkan rawatan di peringkat awal lagi. Inilah yang baiknya menetap di bandar2 kecil. Nak pi dapatkan rawatan, boleh ke RSAT. Dari situ, boleh dapatkan surat rujukan untuk berjumpa pakar. Jarak dari rumah ke HSB hanyalah ~20 km.

Para Pembaca....Pada saya, yang paling bernilai ialah 'KESIHATAN'. Duit banyak menggunung sekali pun tapi tak sihat, tak guna juga. Duit tu hanya boleh membantu mendapat rawatan yang difikirkan 'terbaik'. Justeru, JAGALAH KESIHATAN supaya kita boleh membuat amal ibadat dengan lebih sempurna, wallahualam.

Jumaat, 10 Mei 2013

Malam Barisan Kita

Pada 18/4, saya terima panggilan daripada seorang pegawai TUDM bertanyakan sama ada  saya tahu alamat waris para wira TUDM yang terkorban dalam tragedi Gubir pada 26 April 1976 (klik sini). Apabila ditanya kenapa, beliau memaklumkan bahawa TUDM nak menjemput mereka sebagai tetamu TUDM dalam "Majlis Malam Barisan Kita" pada 21/4 di Angkasapuri.

Siaran Langsung di TV2 pada 21/4

Hai, nampak gayanya mejar pencen ni dah jadi 'arkib' pula. He...He...He. Tak apa, bukannya rugi sesen pun lagi pula mereka nak menghargai para wira TUDM yang KIA. Saya hanya mengetahui 3 waris wira-wira terbabit. Jadi, saya pun hantaq le emel berikut....petikan...

'Lanjutan kepada perbualan kita sebentar tadi, waris wira-wira TUDM yang KIA pada 26/04/1976 yang saya tahu adalah seperti berikut:

1. Puan Zena Choo. Anak mendiang Kapt (U) Choo  YB PGB -  http://xnuripilot.blogspot.com/2012/09/a-daughters-quest.html.

2. En Raizal Faris Mustaffa -  Anak arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal KPK.

3. En Wan Muzaffar Munsiff -  Anak arwah Lt (U) Wan Munsiff KPK. http://xnuripilot.blogspot.com/2012/09/a-daughters-quest.html.'

Kiri: Wan Muzaffar Munsiff & Raizal Faris Mustaffa dengan jambangan bunga (Ihsan Saudara Raizal)

Saudara Raizal memaklumkan Puan Zena Choo tidak kelihatan malam itu dan di majlis tersebutlah beliau bersua dengan saudara Wan Muzaffar buat pertama kalinya.

Kaki menyibuk ini telah 'panjangkan' coretan ini kepada KP JHEV. Jeng...Jeng...Jeng....Pada 21/4, saya terima emel daripada Pak Jeneral bertanyakan siapa PW  berkenaan. Saya pun responslah dengan menghantar emel, petikan '...Terima kasih diatas keprihatinan Dato' terhadap rentetan warga veteran yang masih menunggu selepas lebih 2 tahun memohon PJM. Beliau ialah 1016143 (580709-02-5699) PW2 KRISHNAN A/L ANDY. Beliau menetap di Jitra.' 

Pada petang 26/4, saya terima panggilan daripada PW2 Krishnan memaklumkan beliau telah menghadiri majlis penyampaian PJM di KTU, Kepala Batas, di waktu pagi. Ia disampaikan oleh YB Menteri Pertahanan. Beliau sungguh gembira menceritakan kepada saya. Saya bersyukur kerana turut menyumbang terhadap kegembiraan beliau.

Saya setuju bebeno dengan pandangan para pengkomen yang mengatakan pingat tersebut tidak sepatutnya mereka yang layak memohonnya. Mereka seharusnya diberi secara otomatik. Tapi apakan daya, dah peraturan begitu tanpa dimaklumkan MENGAPA. Jadi, suka tak suka, terpaksalah isi borang jika seseorang tu nakkan PJM. Lepas tu, tunggu...tungggu...dan terus menunggu....Kesian kita!!!!

Ahad, 5 Mei 2013

'Tok' Segala PRU

05 Mei 2013...PRU 13. Saya memang sungguh teruja untuk menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang patriotik pergi membuang undi. Saya mengundi di SK Darulaman, Jitraq, Kedah, jam 0940.
Rakyat berbaris melaksanakan tanggungjawab di SK Darulaman 

Mejar pencen berbaris menunggu giliran dengan tangan ber'bandage'

Sebelum pergi ke pusat mengundi, saya telah pergi ke RSAT untuk membuat 'dressing' luka di tangan kanan. Dah masuk 2 minggu saya menghadapi masalah semacam 'kude' ni. Dah umur 64 tahun dapat kude...Eh...Eh...Eh. Tak tahu apa puncanya.  Macam disengat ulat kerana terdapat kemerahan menyerupai bisul. Puan doktor pun suruh makan antibiotic dan buat dressing setiap hari di RSAT. Apa nak dikatakan, ada le hikmahnya itu. Apa pun, masih boleh tarik troli dengan members...He...He...He.

Saya berharap bebeno agar rakyat yang layak mengundi, daftarlah dengan SPR untuk melayakkan sebagai seorang pengundi. Ini hak kita dan sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya. Kita menentukan gomen yang akan mentadbir negara Malaysia kita yang tercinta ini, wallahualam.