Rakyat berbaris melaksanakan tanggungjawab di SK Darulaman
Mejar pencen berbaris menunggu giliran dengan tangan ber'bandage'
Sebelum pergi ke pusat mengundi, saya telah pergi ke RSAT untuk membuat 'dressing' luka di tangan kanan. Dah masuk 2 minggu saya menghadapi masalah semacam 'kude' ni. Dah umur 64 tahun dapat kude...Eh...Eh...Eh. Tak tahu apa puncanya. Macam disengat ulat kerana terdapat kemerahan menyerupai bisul. Puan doktor pun suruh makan antibiotic dan buat dressing setiap hari di RSAT. Apa nak dikatakan, ada le hikmahnya itu. Apa pun, masih boleh tarik troli dengan members...He...He...He.
Saya berharap bebeno agar rakyat yang layak mengundi, daftarlah dengan SPR untuk melayakkan sebagai seorang pengundi. Ini hak kita dan sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya. Kita menentukan gomen yang akan mentadbir negara Malaysia kita yang tercinta ini, wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan