Pengikut

Isnin, 24 Disember 2018

Pemergian Seorang Wira Negara

Malam semalam, jam 2103 Mej Basri PGB forward WhatsApp yang menyatakan Lt Kol Hj Basri Omar PGB sedang sakit tenat dan akan dibedah malam itu juga.

Pagi tadi, bila buka WhatsApp, terima berita yang menyedihkan:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dato Seri, Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

LAPORAN PESARA PEGAWAI TENTERA  MENINGGAL DUNIA

(a) Nama: Lt Kol Hj Basri bin Omar (B) PGB

(b) Nama Waris: Hjh Zawyiah binti Hj Abd Aziz

(c) Kor : RAJD

(d) Umur: 66 Thn

(e) Tarikh Dan Masa Masuk Hospital: *222100H DIS 18*

(f) Hospital: *HAT TUNKU MIZAN*

(g) Wad : ICU

(h) Tingkat/Katil: Tingkat 5

(i) Jenis Penyakit: Diagnosis awal batu karang dalam buah pinggang. Diagnosis lanjut pada 23 Dis 18 pendarahan dalam perut.

(j). Pada 231700H Dis 18 beliau telah dimasukkan ke wad ICU.

(k). Disahkan Meninggal dunia pada 240020H Dis 18.

(l)  Maklumat urusan pengkebumian akan dimaklumkan kemudian.

Sekian saya memaklumkan.

Kol Zakaria Abdul Rahman
Jabatan Arah Jurutera

Allahyarham Lt. Kol. Basri bin Omar (B) PGB

Jenazah di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH untuk disolatkan

Jenazah dibawa keluar dari masjid

Memang saya terkejut. Arwah banyak membantu saya semenjak saya menjadi seorang blogger pada 2009. Beliau sedia menyalur maklumat yang ada kaitan dengan pasukan kesayangannya, RAJD dan satu-satunya warga RAJD yang dianugerah PGB. Malah beliau berjaya meyakinkan Mej. Jen. Mior Safuan (B) supaya menukil pengalamannya semasa Op Gubir II. Nukilan itu menjadi bahan blog, buku dan tesis PhD saya. Arwah turut menghadiahkan dua naskah buku bagi memudahkan kajian saya - Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia: Penerima S.P. dan P.G.B. Jilid 1 dan 2. Untuk buku kedua saya mengenai Terumbu Layang-Layang, beliau telah menghantar gambar-gambar penglibatan RAJD.

Pertama kali bertemu muka dengan Allahyarham Lt Kol Basri bin Omar PGB (B) di Jitra pada 5 Ogos 2010 

Pada  28 Ogos 2012, Allahyarham Lt Kol Basri, Mej Ishak dan saya diundang ke Majlis Pengkisahan di Perpustakaan Awam, Kangar, di SINI. Acara ini merupakan ulung kali diadakan oleh agensi tersebut yang membabitkan kisah keperwiraan. Beliau datang dengan menaiki keretapi. Masa itu masih tiada ETS. 

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada 22 Ogos 2017 di Perpustakaan Kangar semasa Majlis Pengkisahan, di SINI. Sama seperti pertemuan pada 2012, beliau menaiki keretapi, tapi dengan ETS dari Kuala Lumpur. Beliau sanggup hadir semata-mata untuk meraikan majlis tersebut walaupun bukannya sebagai ahli panel. Saya masih ingat beliau bertanya sama ada boleh tumpang di bilik saya di Hotel Putra Palace malam itu. Masalahnya saya sudah berjanji dengan Mej Rajasaikaran yang datang dari Melaka semata-mata untuk hadir majlis tersebut. 

Saya sungguh menghargai semangat patriotisme mereka berdua.

Saya sungguh menghargai semangat patriotisme Allahyarham Lt Kol Basri yang sentiasa sedia memenuhi undangan untuk menceritakan pengalaman, jika tiada aral melintang. 

Saya juga terharu apabila beliau begitu gembira dengan kejayaan saya menerima PhD sehingga memaklumkan kepada kumpulan WhatsApp intake mereka. 

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Leftenan Kolonel Basri bin Omar PGB (B). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amiin Ya Rabbal Alamiin.



Khamis, 20 Disember 2018

"Guardian Of The Frontier"

Sebentar tadi, saya terima buku berikut daripada Markas TLDM, KEMENTAH.

Terbitan TLDM 2018

Sebenarnya saya telah diundang semasa pelancarannya di KEMENTAH pada 7 Disember 2018 tetapi terpaksa menolaknya kerana komitmen keluarga. Memang saya nak sangat hadir tapi Allah yang menentukannya.

Kad jemputan pelancaran buku

Saya tabik spring kepada TLDM kerana dedikasi mereka kepada semua yang terlibat dalam operasi ini.
Dedikasi kepada mereka yang terlibat

Saya begitu gembira apabila terdapat tandatangan saya dan surat kepada saya...
Surat daripada Allahyarham Brig Jen Ahmad Merican

Dan nama juga tercatat di sini...
Satu penghargaan

Saya tak tahu sama ada buku ini boleh diperolehi oleh peminat2 ketenteraan. Apa pun, TERIMA KASIH kepada TLDM amnya, Lt Kdr Zulhilmi, khususnya.

Khamis, 13 Disember 2018

Liku-Liku Ke Arah Pertemuan Baling

Dah mula nak edit coretan mengenai 'Rundingan Baling: Di Belakang Tabir.' Saya sebenonya termenong juga mengapa 'Rundingan' digunakan oleh kebanyakan penulis. Setelah banyak membaca, sebenonya mana ada sebarang rundingan. Dari awal lagi, Tunku dengan jelasnya menegaskan bahawa beliau TIDAK akan membenarkan kewujudan PKM. Selain itu beliau hanya nak jelaskan terma amnesti dan hanya sekadar mendengar apa yang akan dikatakan oleh Chin Peng. Nohtah.

Sama juga dengan Chin Peng. Dia bertegas PKM diiktiraf selain dari beberapa terma. Dari sebelum pertemuan tersebut sehingga hari terakhir kedua-dua pihak bergenjak dari tujuannya pertemuan mereka. Mana ada rundingan/negotiation!

Justeru, saya setuju bebeno bila Prof. Dato' Ramlah Adam menggunakan istilah 'Pertemuan Baling'. Kan nak sebut 'Percakapan Baling' yang diterjemahkan dari 'Baling Talks'....He...He...He. Jadi saya pun gunalah 'Liku-Liku Ke Arah Pertemuan Baling'.

Sekali lagi saya ulang, sesiapa yang berminat dengan topik ini, saya cadangkan baca 'Tunku Abdul Rahman And His Role In The Baling Talks' oleh Pof. Madya Dr. Nik Anuar Nik Mahmud.  Allahyarham turut kepilkan transkrip pertemuan tersebut;  dalam bahasa gomen le. Dan juga buku oleh Wahba bertajuk 'Baling Membuka Jalan Damai'. Beliau memasukkan transkrip temubualnya dengan Tunku dan Musa Ahmad, xPengerusi PKM yang kembali ke Malaysia pada November 1980. Yang bestnya beliau menterjemah transkrip pertemuan tersebut dalam BM.

OK...Mengadaplah komputer nak mula tapi entah apa kena, berat sangat nak berfikir. Tapi paksa juga memikiokannya. Saya dah janji pada diri sendiri untuk menyumbang apa yang tahu kepada peminat sejarah. Jika tak diterbitkan dalam bentuk buku, saya nak print dan bind dan beri 1 salinan pada Perpustakaan A. Setar dan 1 salinan kepada Arkib Negara A. Setar.

Jadi, akhirnya dapatlah memulakan secebis latar belakang kepada penulisan itu nanti.

Para pembaca yang dihormati, apa yang saya cuba lakukan hanyalah untuk menokoktambah tulisan penulis2 di atas berlandaskan kepada sumber2 yang ada pada saya. Sekiranya anda ada sebarang input yang difikirkan boleh mencerahkan lagi tulisan ini, harap sudilah berkongsi dengan saya. Malah saya mengalu-ngalukan sebarang komen atau kemushkilan. Boleh le saya cuba mencari jawapannya, wallahualam. Terima kasih.

Latar Belakang

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948[1]  menggantikan Malayan Union menyaksikan permulaan fasa negara menuju ke arah berkerajaan sendiri (self-govenment) dan seterusnya kemerdekaan. Persetujuan ini termaktub dalam mukadimah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 yang ditandatangani pada 21 Januari 1948 seperti berikut:
AND WHEREAS it is the desire of His Majesty and Their Highnesses that progress should be made towards eventual self- government and, as a first step to that end, His Majesty and Their Highnesses have agreed that, as soon as circumstances and local conditions will permit, legislation should be introduced for the election of members to the several legislatures to be established pursuant to this Agreement.[2]

Klausa pemberian pemerintahan sendiri ini diulangi dalam watikah lantikan Jen. Sir Gerald Walter Templer (Templer) sebagai Pesuruhjaya Tinggi PTM merangkap Pengarah Operasi.[3] Lantikan ini dibuat oleh Sir Winston Churchill, Perdana Menteri UK ekoran pembunuhan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi  dalam serang hendap di Batu 56½, Jalan Kuala Kubu-Bukit Fraser semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951 untuk menghadiri mesyuarat. Kejadian ini sungguh mengejutkan rakyat PTM dan juga kerajaan Inggeris. Insiden ini memberi gambaran tiada sesiapa pun yang selamat daripada keganasan pasukan gerakan komunis (PGK).[4] Watikah lantikan Templer dengan jelasnya menyatakan “...His Majesty’s Government will not lay aside their responsiblites in Malaya until they are satisfied that Communist terrorism has been defeated and that partnership of all communities which alone can lead to true and stable self-government has been established.[5] Perlantikan ini memberi kuasa penuh kepada beliau untuk mentadbir dan memusnah PGK.[6]

Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Robert Anthony Eden (Eden), Setiausaha Luar Negara semasa melawat PTM pada 2 Mac 1955. Beliau mengulangi lagi bahawa kerajaan Inggeris hanya akan menentukan halatuju PTM ke arah berkerajaan sendiri apabila keganasan oleh PGK berjaya ditumpaskan.[7] Selain itu, beliau menggariskan lima langkah menuju ke arah itu:
·                   Hapuskan keganasan;
·                 Menentukan rakyat berada dalam keadan bersedia menghadapi penyerapan dan subversi komunis;
·                   Membantu Persekutuan Tanah Melayu daripada ancaman ini;
·             Membangunkan pentadbiran ekonomi yang stabil dan mewujudkan keharmonian di antara semua kaum;
·                  Menentu sistem pertahanan yang utuh.[8] 
  
Bersandarkan kepada arahan tersebut dan keadaan keselamatan begitu meruncing, Templer berpandangan PTM masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya persekutuan sebelum 1958 dan berkerajaan sendiri sehingga 1960.[9] Dalam laporannya kepada  Lennox-Boyd, Setiausaha Negara untuk Koloni, Sir Donald Charles MacGillivray (MacGillvray) yang mengganti Templer,[10] mengakui keadaan menunjukkan pasukan gerila komunis (PGK) tidak mudah dimusnahkan. Dalam rumusannya, beliau menegaskan bahawa darurat tidak akan berakhir dalam masa terdekat selagi majoriti kaum Cina terus menyokong Parti Komunis Malaya (PKM).  Kesedian mereka ini membolehkan gerila komunis mengekalkan pasukan bersenjata mereka untuk meneruskan perjuangan.[11]

Rakyat menganggap keadaan keselamatan yang dipertengahkan hanyalah alasan untuk melengahkan proses menuju ke arah berkerajaan sendiri. Tanggapan ini diperkukuhkan apabila George Crombie dari Pejabat Hubungan Komanwel (Commonwealth Relations Office) dalam notanya pada 18 November 1954 menjelaskan bahawa “...dasar Koloni kita adalah untuk menggalakkan berkerajaan sendiri secara berperingkat melalui kaedah demokrasi.”[12] Motifnya menjadi lebih jelas apabila beliau menentang Mesyuarat Bandung (Asian-African Conference) yang akan diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955. Beliau percaya antara topik perbincangan nanti akan membabitkan dasar anti-koloni. Perbicangan itu sudah pasti akan membuat Inggeris dalam keadaan kurang selesa. Keadaan akan menjadi buruk lagi dengan kehadiran wakil dari bekas koloni mereka, iaitu Ceylon (Sri Lanka), India dan Pakistan yang anti-koloni.[13]

Sebaliknya dasar ini menimbulkan prasangka di kalangan rakyat terhadap kejujuran Inggeris bahawa mereka agak keberatan untuk melepas PTM sebagai sebuah negara merdeka demi menjaga kepentingan ekonomi mereka.[14] Prasangka ini berasaskan kepada kepentingan mereka dalam industri getah asli, kelapa sawit dan bijih timah. Menurut laporan audit, PTM merupakan penyumbang terbesar di antara koloni kepada  ekonomi UK pasca Perang Dunia II.  Sumbangan koloni ini berjumlah  $268,660,548.98 kepada ekonomi kerajaan Inggeris pada 1947.[15]



[1]              The Straits Times, Federation Comes Into Being, 2 Februari 1948, hlm. 1; juga ANM. Formation on the Federation Of Malaya.  Hari Ini Dalam Sejarah, 1 Februari 1948. 
[2]                 ANM. The Federation Of Malaya Agreement, 1948.
[3]           Comber, Leon. (2015). Templer and the Road to Malayan  Independence. Singapore: ISEAS, hlm. 5. Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi dan Pengarah Operasi adalah dua jawatan berasingan; Pengarah Operasi bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi. Kerajaan Inggeris bersetuju untuk melantik Sir Donald Charles MacGillvray sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dan Lt. Jen. Sir Robert Lockhart sebagai Timbalan Pengarah Operasi untuk membantu Templer.
[4]             Ongkili, James P. (1985). Nation-building in Malaysia 1946-1974. Singapore: Oxford University Press, hlm. 79.
[5]              CO 1022/103, Directive to General Sir Gerald Walter Robert  Templer, KCB, KBE, CMG, DSO, ADC, High Commissioner in and for the Federation of Malaya, by the Secretary of State for the Colonies on behalf of His Majesty’s Government in the U.K., 15 February 1952. Dalam Comber, Leon. (2015). Templer and the Road, end note, hlm. 17.  
[6]           Comber, Leon. (2015). Templer and the Road to Malayan  Independence. Singapore: ISEAS, hlm. 5. Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi dan Pengarah Operasi adalah dua jawatan berasingan; Pengarah Operasi bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi. Kerajaan Inggeris bersetuju untuk melantik Sir Donald Charles MacGillvray sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dan Lt. Jen. Sir Robert Lockhart sebagai Timbalan Pengarah Operasi untuk membantu Templer.
[7]               FO 371/116941 no 72, Telegram no 659 from Sir D MacGillivray to Mr Lennox-Boyd, 25 Oct 1955.
[8]               The Straits Times, This Is The Way-Eden: He lists five steps to self-Govt., 3 March 1955, hlm. 1. Robert Anthony Eden menjawat jawatan Perdana Menteri pada April 1955-Januari 1957 mengganti Winston Churchill.
[9]               Comber, Leon. (2015). Templer and the Road, hlm. 22 dan end note, hlm. 39. Penulis merujuk kepada CO 1022/86 (3), Minutes of Political Talk with General Templer at Colonial Office, 3 December 1952 dan CO 1022/86, Minutes by J.J. Paskin to Sir T. Lloyd re. Discussions with General Templer and the Chiefs of Staff, 10 December 1952.
[10]             Sir Donald Charles MacGillivray menggantikan Jen. Sir Gerald Templer pada 31 Mei 1952 sehingga 31 Ogos 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
[11]             CO 1030/174, no 9, despatch no 104/55 from Sir D. MacGillivray to Mr Lennox-Boyd on Chinese support for MCP and MCP Strategy, 28 Jan 1955. Dalam Stockwell, A. J. (1995). Malaya: The Alliance Route to Independence 1953-1957. (Editor). Series B Volume 3. London: HMSO, hlm. 89.
[12]             Note from George Crombie from Commonwealth Relations Office on the holding of an Afro-Asian Conference, 18 November 1954. 
[13]             Ibid. Bekas koloni tersebut mencapai kemerdekaan pada: Ceylon-4 Februari 1948; India-15 Ogos 1947; Pakistan-14 Ogos 1947.
[14]             FO 371/116941 no 72, Telegram no 659 from Sir D MacGillivray to Mr Lennox-Boyd, 25 Oct 1955.
[15]             Report on the Audit of the Accounts of the Malayan Union for the Year Ended 31 December 1947 (1950). Dalam  Ishak Saat. (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 61.


Isnin, 3 Disember 2018

Apa Selepas Ini?

Belajar dah tamat. Lepas ini nak buat apa? Kelayakan dah ada tapi masalahnya tak ada pihak berminat dengan ilmu itu. Kalau ada pun, mungkin bila musim patriotisme iaitu Ogos-September nanti..jika dipanjangNya umur. Mungkin masih ada undangan dari sekolah2 jika pihak berwajib mengekalkan program majlis pengkisahan, wallahualam.

Ada juga ingat nak menulis buku. Buat permulaan ingat nak bukukan coretan "Rundingan Baling: Di Belakang Tabir" dengan dijanamakan semula kepada "Liku-Liku Ke Arah Rundingan Baling." Tapi saya hidup dalam alam kenyataan, bukannya dalam alam khayalan. Saya terima hakikat bahawa buku genre sejarah bukannya begitu 'saleable'. Berapa orang minat pasal Rundingan Baling? Saya tak hairan jika ada yang akan bertanya Baling itu di mana?

Jangan ketawa. Baru2 ini, sempat bersembang dengan seorang yang kerap juga berjalan mengelilingi tasik di Darulaman Park. Dia seorang jurulatih di sebuah institusi melatih para pelajar dalam bidang kemahiran. Bila buka topik patriotisme, apa lagi...saya pun bukalah kisah2 dulu, termasuk insiden Nuri ditembak di Gubir pada 26 April 1976. Apa yang mengecewa dan menyedihkana saya ialah bila dia bertanya Gubir itu di mana! Oh mak datuk...kan ini pun tak tahu. Mungkin dia hanya tahu tempat2 seperti Timbuktu kut, wallahualam.

OK lah. Berbalik kepada hasrat nak menerbit buku. Selain itu ada juga teringat nak tulis artikel untuk jurnal IPTA. Ada beberapa topik yang bermain dalam minda. Saya bersyukur sabuah IPTA mempelawa saya menyumbang artikel untuk dipertimbangkan. Malah mereka juga sedia mempertimbangkan untuk menerbit buku mengenai Baling. Saya berterima kasih terhadap pertimbangan ini.

Ada 3 topik yang sedang bermain dalam minda saya:

1. Defence of Malaysia: From Defence Agreement (1963) to Defence Arrangements (1971).
2. Air Power During Malayan Emergency.
3. Bumpy Path To Baling Talks.

Mengenai topik kedua ini, semalam (2.12.18) saya terima sumber primer ini dari London. Buku ini menceritakan peranan RAF semasa darurat 1948-1960, termasuk jenis2 pesawat, chain of command, skuadron2, dll.




Dokumen ini ada juga menyentuh mengenai Rundingan Baling. Mengikut rekod,  RAF telah menggugurkan sejumlah 21 juta risalah oleh pesawat Valettas di kawasan hutan selama 7 hari bermula pada 9 Sep 1955 apabila gomen menawarkan amnesti dan terma2 untuk PGK menyerah diri. Selain itu, sejumlah 6 juta risalah to memaklumkan mereka 'safe areas' dan 'surrender points'. Tugasan pengguguran risalah tempoh ini merupakan "...the largest leaflet dropping operations of the Emergency."

Pesawat Valetta menggugurkan risalah di ketinggian 400 kaki. Sumber: Google

Tidak mencukupi dengan pengguran risalah, gomen juga telah mengaturgerak 3 buah pesawat  Dakota dan 2 buah Auster  dari Voice Flight No. 267 Squadron membuat 106 sorti perkhidmatan voice broadcast di kawasan yang diketahui PGK berselindung sepanjang tempoh 9 hingga 21 Sep 1955. 

Apabila rundingan itu sudah pasti menjadi kenyataan, guguran risalah dikurangkan kepada dibawah 5 juta setiap bulan sepanjang 3 bulan terakhir 1955 sementara perkhidmatan 100 sorti voice broadcast dilaksanakan. 

Dengan kegagalan Rundingan Baling dan gomen menarik balik program amnesti pada 8 Feb 1956, sejumlah 20,685,000 risalah telah digugurkan dalam tempoh 2-12 Jan 1956 memaklumkan PGK mengenai penamatan program tersebut. Tidak cukup dengan itu, Mat Saleh telah menggugurkan 9,720,000 risalah lagi sebelum Tahun Baru China dengan harapan musuh mengambil tawaran ini untuk beraya dengan kaum keluarga nanti (RAF, Restricted, 1970, The Malayan Emergency 1948-1960, London: Ministry of Defence, hlm.118-119). 

Melalui bacaan saya sebelum ini hanya 3 juta risalah digugurkan untuk memaklum program amnesti!

Maklumat ini semua akan dimuatkan dalam tulisan saya nanti, in syaa Allah.

Selasa, 13 November 2018

"Sambung PhD demi Nuri"

Tepat sekali tajuk yang diberikan oleh Roshila Murni Rosli, wartawan Sinar Harian pada 12 Nov 2018 berikut:

Sinar Harian, 12 Nov 2018, hlm. 33

Isteri saya, Siti Roffini pula memperkukuhkan tajuk akhbar tersebut apabila beliau menyatakan "the Nuri is the force behind your success." Ungkapan yang juga tepat sekali! Sebelum itu, Berita Harian juga telah melaporkan kejayaan ini pada hari konvokesyen itu sendiri iaitu pada 11 Nov 2018 di SINI

Maaf le...kerana terlalu teruja, sampai tersasul tempoh insurgensi yang sepatutnya 1968-1989; bukannya 1968-1969 semasa ditermubual.

Ini pula laporan Utusan Malaysia pada 13 Nov 2018:

Utusan Malaysia, 13 Nov 2018, hlm. 56

Glemor bebeno kali ini. Tapi, apa yang special sangat tentang si veteran ini sehingga mendapat liputan meluas? Nak tahu apa keistimewaan xNuripilot ini? 

Pada pandangan saya, nak dapat liputan dalam sesuatu majlis konvokesyen IPT, seorang graduan perlu tergolong dalam kategori ini: 1) paling cemerlang; 2) termuda; 3) tertua. Dan saya tergolong dalam kategori ke 3...He...He...He.

Setakat 69 tahun itu masih OK lagi. Allahyarham Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin menerima PhD ketika berusia lebih kurang 76 tahun. Jadi, saya kira masih muda le...He...He...He.

Semalam, 12 Nov 2018, pergi ke UUM untuk menghantar jubah dan ambil scroll. Ini le rupanya sijil PhD...
Dalam BM

Dalam bahasa gomen

Bagi mengabadi peristiwa yang begitu bersejarah bagi saya, diturunkanlah beberapa gambo...

Sebelum berkawat ke dewan bersama dengan graduan dari IPG

Sementara menunggu naik ke pentas

Giliran menerima ijazah

Senyum meleret

Selepas terima ijazah tapi masih dalam dewan

Graduan-graduan cemerlang ijazah pertama dan graduan tertua 2018

Ditemubual oleh para wartawan

Posing sikit

Bersama isteri tersayang

Sebelum balik ke rumah

Bersama Dr. Mohd Kasri Saidon



Saya tak tahu bagaimana perasaan anda sekiranya berada dalam situasi saya. Jujur saya katakan, saya sungguh teruja terhadap pencapaian ini. Kenikmatan ini hanyalah di atas keredhaanNya. Saya hanya mampu berusaha, Allah menentukannya. Apa pun, hanya syukur alhamdulliah yang termampu saya ucapkan.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada Prof Madya Dr. Rohani Ghani selaku penyelia terhadap bimbingan serta kesabaraannya berhadapan dengan kerenah veteran ini. Tidak dilupai juga kaum keluarga, semua rakan-taulan yang sedia memberi kerjasama tanpa mengira waktu dan juga agensi-agensi gomen berkenaan. Dah pasti, isteri tercinta yang terpaksa banyak bersabar dan terpaksa mendengar Nuri...Nuri...Nuri hampir setiap waktu. TERIMA KASIH

Sabtu, 20 Oktober 2018

Kezaliman Bintang 3

Saya nak merujuk coretan saya di SINI...

Masa kecil2 dulu, saya ingat menziarah arwah pangkat Tok dan Pah di Manong, Perak. Masa itu saya tinggal di Lumut. Jadi, masa cuti sekolah, saya dan allahyarham Hisham Zubairi, sepupu, telah pergi ke Manong. Kawasan rumahnya banyak pokok durian dan rambutan. Mandi pula di Sungai Perak di belakang rumah.

Masa itu Malaya masih dalam keadaan darurat. Pekan Manong betul2 'cowboy town'; terdapat barisan kedai di kiri dan kanan jalan sepanjang lebih kurang 2 km sahaja. Pekannya pula dipagari dengan pagar berduri. Bila waktu senja, pintu untuk masuk ke Manong ditutup kerana perintah berkurung. Rumah Tok saya di luar gate, jadi terputuslah hubungan di bandar Manong di waktu malam.

Saya masih ingat malam pertama apabila terdengar tembak-menembak. Bila ditanya pada Tok, tembakan apa itu. Arwah menjawab askar tembak 'bintang 3'. Arwah menceritakan sikit kisah pembunuhan orang Melayu oleh MPAJA (gerila komunis) di Kpg Bekor, di seberang Sungai Perak. Itu saja yang saya tahu mengenai insiden Bekor. Bila dah beso dan kerja, dengo pula kisah pertempuran gerila komunis dengan pasukan Selendang Merah di Batu Pahat. Tapi hanya sekadar on the surface only.

Tapi bila membaca forum pada 28 Jul 2018 itu, membuatkan saya nak tahu sangat apa yang berlaku di Bekor dan Batu Pahat. Terima kasih kepada zaman teknologi ini di mana maklumat hanya di hujung jari, setakat ini saya terjumpa 3 artikel oleh para pengkaji menceritakkan kisah2 tersebut.

Sekiranya anda berminat, layarilah di SINI  dan di SINI juga di SINI.

Itu kisah semasa darurat. Bagaimana pula kebangkitan semula insurgesi 1968-1989? Anda ingat apakah pandangan anggota ATM seperti pegawai TDM berikut sekiranya PKM diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Utusan Malaysia, 20.10.2018

Saya tiada hak untuk menjawab bagi pihak beliau. Anda buatlah kesimpulan sendiri. Itu hak anda! Wallahualam.

Selasa, 9 Oktober 2018

Nak ambil PhD? Tamat

Sambungan dari SINI...

Oh ya...Terlupa nak beritahu. Salah 1 kemestian yang anda perlu penuhi ialah menulis 2 artikel untuk diterbitkkan oleh jurnal. Jurnal mana? Ideally scorpus-indexed tapi jurnal terbitan IPTA pun diterima. Masalah dengan kebanyakan jurnel mat saleh ini, penyumbang artikel dikenakan bayaran sekiranya artikel anda diterima untuk diterbitkan. Be patriotic le sikit...apa kurangnya jurnel IPTA kita? Jangan ingat artikel anda gerenti diterbitkan. Depa juga ada guidelines yang perlu dipatuhi oleh penyumbang artikel. Artikel2 saya telah diterbitkan oleh Jebat (UKM) di SINI  dan Jonus (Unisza) di SINI, syukur alhamdulillah. Maaf le saya tak pasti sama ada jurnel terbitan ATM diterima oleh pihak IPTA. Untuk memudahkan cerita, tanya supervisor.

Jangan pandang ringan syarat ini. Put this way le...walaupun tesis dah siap dan telah melepasi semua halangan, hanya menunggu pengesahan tarikh viva saje tapi artikel masih belum diterbitkan, jawabnya tunggu saje le seperti buah jering nak gugur.  Tanpa pengesahan artikel diterbitkan, selagi itu le anda tak boleh sit for your viva! 

Sepertimana yang anda semua sedia maklum, namun sebagai peringatan, kebanyakan jurnel diterbit 2 kali setahun, iaitu Jun dan Dis/Jan. Artikel pula perlu diterima pada tarikh tertentu untuk dipertimbangkan.

Selain artikel, anda di'galakkan' untuk membentang kertas dalam seminar, tak kisah le sama ada di dalam atau di luar negara. Tujuannya ialah memberi exposure kepada anda. Sepertimana yang dinyata, hanya digalakkan saje, bukannya kemestian. Jujur saya katakan, saya rasa tak perlu exposure kerana saya bukan nak mohon kerja lagi. Jika anda masih bekerja, mungkin anda patut mempertimbangan opsyen ini. By the way, anda kena tanggung le semua kos terbabit...He...He...He.

Selepas modul Research Methodology dan Academic Writing, anda pergi le berbincang dengan supervisor mengenai penyediaan proposal untuk dipertahankan kepada panel nanti. Oh ya, anda boleh memohon untuk pengecualian untuk ambil salah satu modul tersebut. Jadi, jangan lepas peluang ini.

Bila supervisor puas hati dengan proposal, dia akan aturkan tarikh untuk anda mempertahankan proposal itu nanti. Ahli panel terdiri daripada pengerusi dan 2-3 ahli. Sesiapa yang nak hadir, they are welcome. Anda diberi 20 minit untuk buat presentation. Lepas itu, siap le. Jangan terlalu risau kerana komen/kritikan tertumpu kepada skop kajian anda. Malah mungkin tajuk kajian perlu dipinda. Anyway, be positive and accept the comments in good faith.

Selepas berjaya melepasi halangan ini, baru le Pusat beri surat seperti berikut:
Surat Pengesahan 

Bermulalah kajian anda. Anda sebenarnya dah pun menyiapkan Bab 1, iaitu proposal itu diconvert jadi Bab 1. Buat pindaan yang disarankan oleh ahli panel tersebut. Saya tidak menunggu apabila draf tesis yang mengandungi 7 bab untuk diserahkan kepada supervisor. Be fair to her/him. Anda bukan studentnya sahaja. Mungkin dia ada beberapa orang PhD lagi di bawah seliaannya dan jangan lupa, dia perlu melaksanakan tugasan hakikinya sebagai pensyarah. Jadi, bila siap 1 bab, saya hantar draf tersebut. Biasa le...supervisor kerap kehabisan pen dakwat hitam, hanya ada dakwat merah. Jadi draf tu bermulti colour, hitam dan merah...He...He...He.

Selepas draf menepati kehendak supervisor, dia akan atur pula sesi pre-viva/mock viva. Tapi sebelum itu, draf tersebut dihantar ke Perpustakaan untuk proses "turnitin - Verification of Plagiarism Checking". Keputusan dalam masa 1-2 hari saja. Selepas itu, berhadapanlah pula dengan ahli panel pre-viva. Pengalaman saya masa pre-viva terserlah kepentingan minor SD. Selain itu, ahli panel mencadangkan supaya tajuk "Peranan Nuri..." ditukar kepada "Sejarah Nuri..." Mereka juga mencadangkan supaya saya kepilkan sampel catatan temu bual dengan para responden.

OK...Draf dah dipinda dengan mengambilkira teguran ahli panel. What's next? Setelah supervisor puas hati, dia akan tandatangani borang untuk draf tesis menjalani proses turnitin. Dengan pengesahan turnitin, dia pun tandatangani pula borang untuk viva. Anda pula dikehendaki menghantar 4 salinan draf tesis kepada pejabat pengurusan viva. Andainya draf itu memenuhi format yang telah ditetapkan, ianya akan dipanjangkan kepada ahli-ahli panel viva yang terdiri daripada Pengerusi dan masing-masing seorang internal dan external exminers serta wakil sekolah. 3 bulan kemudian, anda pun terima le surat seperti berikut:
Tarikh viva

Masa viva, anda diberi 20 minit juga untuk membuat presentation dengan hanya 5 slides sahaja. Apa soalan yang akan diajukan terpulanglah kepada ahli panel tetapi within the scope of your research. Selepas itu anda dan supervisor dikehendaki keluar dari bilik viva sementara ahli panel buat keputusan. Bila dipanggil semula, debaran anda akan terjawab! Keputusan pengajian saya di SINI.

Rasanya cukuplah tips ini ditamatkan di sini. Memang ada 2-3 steps selepas viva tapi itu lebih kepada proses melengkapkannya saje. 

Jangan le tanya saya tentang pengurusan masa kerana dari awal lagi dah saya katakan, saya seorang pesara sepenuh masa. Keadaan saya dengan anda yang masih bekerja tidak sama. Generally, jadual harian sepanjang 4 tahun ialah duduk depan komputer selepas habis tarik troli 9-lubang dengan members 4 hari seminggu (Isnia-Khamis) hingga masuk waktu asar. Malam, tonton tv. Yang bestnya, sempat dilantik sebagai consultant untuk pembikinan filem dokumentari "Helicopter Heroes" untuk History Channel dan menerbit coffee-table book, "Sikorsky S61A-4 Nuri: The Old But Faithful Iron Bird", syukur alhamdulillah. Saya syukur bebeno kerana pengajian saya dipermudahkanNya, syukur alhamdulillah.

Pada saya le, sebelum menjerumuskan diri, anda tanya le diri sendiri sama ada anda seorang yang berdisiplin dan gigih? Jangan lupa, ambil pandangan anggota keluarga dan faktor kos. Jika tidak, jangan bungan masa dan ongkos! Jika anda dah nekad nak ambil, jangan sama sekali mudah mengalah. Cabar diri anda yang anda juga boleh buat. Kan ke kita dikehendaki berusaha dan seterusnya berdoa, hanya Allah menentukannya? Mana nak berjaya tanpa berusaha dan berdoa, betul tak? Apa pun, semua itu hanya anda yang boleh menjawabnya, wallahualam. 

Saya harap pengalaman saya ini dapat memberi gambaran apa yang anda mungkin lalui dalam usaha mengejar satu impian. Percayalah pada diri anda...Anda boleh dengan diizinkanNya, in syaa Allah.

Khamis, 4 Oktober 2018

Nak ambil PhD? Bhg 4

Sambungan dari SINI...

OK...IPTA mana menjadi idaman terpulanglah pada anda. Macam saya kata, tepuk dada tanya poket. Oh ya, ini siaran ulangan. Sepertimana coretan saya di suatu ketika dulu, saya berjaya menyakinkan pihak pengurusan UUM untuk memberi diskaun untuk yuran.

Nak tahu bagaimana saya buat saranan itu? Pada awal 2014, sedang berjalan mengelilingi Tasik Darulaman saya terserempak dengan Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa bin Ishak, Naib Cancelor UUM ketika itu. Ini peluang baik bagi saya. Saya memang 'kenal'nya, hanya beliau saje yang tak kenal saya...He...He...He. Selepas beri salam, saya maklumkan yang saya dah daftar sebagai pelajar di UUM. Tanpa beat around the bush, saya tanya le sama ada UUM boleh beri diskaun kepada warga emas yang berminat melanjutkan pelajaran di UUM sepertimana yang dipraktikkan oleh USM. Jawapannya ialah buat permohonan dan akan dipertimbangkan.

Apa lagi, balik rumah saje, melayanglah emel kepada VC. Tak lama kemudian, saya bertanya kepada Prof Dr Hassan Ali, Timb Naib Cancelor (Akademik & Anatrabangsa), kariah masjid taman saya, mengenai permohonan saya. Jeng...Jeng...Jeng. Beliau memaklumkan UUM senat telah meluluskan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas diberi 50% diskaun terhadap yuran pengajian. Syukur alhamdulillah di atas rezekiNya.

Jumlah yuran pengajian saya tak sampai RM20k saje. Mana nak dapat yuran serendah ini untuk PhD? Setakat ini, saya percaya hanya saya seorang yang mengguna kemudahan ini. Jadi para veteran, apa lagi nak tunggu. Jangan lepaskan peluang ini.

Apa seterusnya? Pergi le mengadap supervisor. Bincang dengannya apa yang perlu dilakukan. Mind you, bukan tugas supervisor untuk membantu cari data atau menulis tesis anda. Beliau berperanan sebagai guide saje. Selainnya terpulang kepada anda. Perbincangan sulung ini tertumpu kepada penyenyediakan proposal kajian. Apa yang perlu dibincang dalam proposal? Perkara yang anda suka atau tak suka dan tak boleh lari ialah:

  1.   Pengenalan.
  2.   Permasalahan Kajian.
  3.   Perosalan Kajian.
  4.   Objektif Kajian.
  5.   Signikan Kajian.
  6.   Skop Kajian.
  7.   Sorotan Literatur.
  8.   Metodologi Kajian.
  9.   Pembahagian Bab.
10.   Penutup.

Saya beno2 sarankan anda dengar  nasihat supervisor dalam menyediakan proposal itu nanti terutama yang membabitkan perkara 2 hingga 6 di atas. Jangan simply hentam saje macam saya.

Bila dah dapat buah fikiran supervisor, mula le menulis proposal. Ini juga nak pesan. Sebelum itu, baca dengn teliti Format Tesis berikut:
Jangan jadi macam saya. Setelah 3 tahun baru tahu kewujudan panduan ini dan didownloadkan. Akibatnya habis 'lari' draf saya. Dalam terma ketenteraan, panduan ini lebih kepada Minor SD (Staff Duties). Antara lain, penggunaan fon Times New Roman, saiz fon 12 untuk teks dan 14 untuk TABLE OF CONTENT dan CHAPTER ONE, etc; nombor halaman di bawah tengah. Sementara marjin top edge:2.5 cm; right side 2.5 cm; left side; 4.0 cm; bottom edge:2.5 cm. Style penulisan pula menggunakan format APA. Senang cakap, download saje format tu. Ingat...Setiap IPTA ada formatnya sendiri. Dari perhatian saya, sebuah IPTA menghendaki muka halaman di atas kanan.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan pandang enteng perkara ini sama sekali. Bayangkan saya yang sudah sebati dengan style Military SD, seperti tidak menggunakan noktah selepas singkatan kata Mej Dr Nor Ibrahim Bin Sulaiman dikatakan TIDAK mengikut APA system. Cara menulis yang betul  ialah Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman. Selain itu, bila perkataan diitalickan. Dan banyak lagi le!

Memadai le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.