Pengikut

Ahad, 30 September 2018

Nak ambil PhD? Bhg 2

Sambungan dari SINI...

Sekarang persoalan paling utama sekali adakah anda mempunyai 'DATA' yang menjadi basis kajian? Mula le saya familiar dengan istilah 'primer' dan 'sekunder'. Sebelum ini primer yang saya faham ialah untuk cat rumah dan untuk mengaktifkan hand-grenade. Engkohnya primer ialah primary sementara sekunder ialah secondary. Maaf le, vocab saya memang terbatas..He...He...He.

Setakat membaca buku/jurnal tak mencukupi; hanya sebagai rujukan saje. Sumber2 ini jatuh dalam kategori sekunder; akhbar, portal rasmi agensi gomen tergolong dalam kategori ini.  Macam ni saje le. Kalau dah ada dalam buku, tak perlu le nak buat kajian. Sumber yang dikehendaki ialah yang belum diterbitkan seperti dokumen rasmi agensi gomen, arkib, temubual, log book, laporan operasi, perjanjian, dll. Manakala sumber sekunder pula seperti buku2, akhbar, jurnal, portal rasmi, dll.

Jadi, susah ke nak dapat data primer ini? Kan sebelum ini saya dah katakan, iaitu "jangan sama sekali segan bertanya." Ingat, anda bukannya seorang nujum/bomoh/dukun. Bila pelanggan datang saja, bomoh beritahunya apa tujuan kedangannya melainkanlah sekiranya dia betul2 ada 6th sense. Apa yang saya cuba sampaikan ialah cuba tanya. Ni belum apa2 lagi, dah takut nanti orang tak layan. Mana anda tahu? Tak cuba mana nak tahu, betul tak? Tolak ketepi saje ego itu!

Namun di sebalik sifat positif itu, perlu ada sifat 'negatif'' juga dalam aspek ini. Mengapa? Sepatutnya kita mesti positif dalam kehidupan  untuk berjaya. Betul tapi nak elakkan frustration nanti sekiranya orang bolayan permohonan anda!

Beginilah, anda tulis surat/emel kepada agensi/individu tertentu memohon untuk mendapatkan sesusuatu maklumat atau nak temubual. Jika mereka bersetuju memenuhi permohonan anda, itu adalah BONUS, syukur alhamdulillah. Jika sebaliknya, malah acknowledgment penerimaan pun tak ada, tak frust ke? Jadi, dengan sifat ini, anda dah dari awal lagi bersedia dengan sebarang kemungkinan! Dilayan...syukur alhamdulillah; bolayan...OK, dah tak ada rezeki. Mesti ingat, tak ada sebab orang mesti melayan anda. Itu hak mereka. Hak anda hanya memohon saje. Betul tak?

Saya ni tulis melalui pengalaman. Saya hantar emel kepada 1 agensi gomen di PBB bertanya tarikh Tun Razak memberi ucapan UNGA (United Nations General Assembly) pada 1966. The Straits Times ada melaporkan pemergiannya ke PBB tapi tak sebut bila beliau berucap. Arkib Negara pula mencatatkan ucapannya semasa di New York tetapi bukan di UNGA.  Dah dijangka, acknowlegment pun tak ada! Saya tak kecil hati atau frustrated kerana saya yakin mereka begitu sibuk. Akhirnya saya dapat juga, malah ucapannya sekali. Dari mana? UN Archives le. Semua ucapan ada. Kesimpulanannya, kalau dari awal boleh terima hakikat ini, kurang le tension...He...He...He.

Disebalik negatif, ada positifnya! Percayalah, ramai responden yang sedia membantu anda, in syaa Allah. Jadi, jangan risau. Hubungilah mereka yang relevan. Saya telah menulis kepada PTD, PTU, PDRM, Panglima 6 BIM, 2 BIM, JUPEM (Jabatan Pementaan dan Ukur Malaysia), dan banyak lagi. Syukur alhamdulillah, respons mereka sungguh menggalakkan.

Sebagai contoh, kajian saya turut membincangakan Op Ukur. Saya dan rakan2 turut terlibat dalam operasi ini. Itu dari aspek perlaksanaannya. Persoalannya, mengapa diadakan operasi ini dan bila? Untuk jawapannya, saya hantar emel kepada KP JUPEM. Tak lama lepas itu, perjanjian di antara Malaysia dan Thailand pun tiba.

Di zaman moden ini, membuat kajian banyak dipermudahkan. Banyak archival documents dah di declassified dan boleh diakses online. Sebagai contoh, dokumen National Archives UK yang relevan untuk kajian saya boleh diakses. Sama juga dokumen State Department. Selain itu, CIA juga sudah declasssified lebih kurang 2 juta dokumen dan semuanya boleh diakses dengan mudah. Pokoknya, rajin2 le sikit mencari. Ha...sapa2 berminat dengan Peperangan Vietnam, boleh baca Pentagon Papers, yang asalnya Top Secret; lebih kurang 8k halaman, di SINI.

OK...Mana nak cari bahan mengenai permulaan operasi helikopter di Malaya dan juga permulaan pembelian Nuri? Mana nak dapat maklumat ini semua? Untuk data pertama, saya telah menghantar emel kepada RAF di UK. Presto...Tak lama kemudian saya terima 1 package dokumen dan publikasi, syukur alhamdulillah. Dokumen termasuk kawat dari Commander-in-Chief Far East Land Forces meminta Mindef UK menghantar helikopter ke Malaya, trial reports mengenai penggunaaan bucket untuk membawa casevac/medevac/bodevac dipasang diluar pesawat, masalah kesesuaian rotor blades yang diperbuat dari kayu beroperasi di iklim tropik dan dan banyak lagi. Mind you, helikopter yang dihantar tidak menjalani ujian beroperasi di iklim tropik.


Sumber: Air Historical Branch (RAF) 1987

Saya berterima kasih kepada Perkhidmatan Pos. Alamat yang digunakan oleh RAF ialah:

Mej Sulaiman N I
304 Darulaman Heights
Malaysia 

Tanpa Negeri dan Kod Pos! Clue untuk posman ialah Darulaman Heights. Hebat Perkhidmatan Pos kita. TERIMA KASIH.

Bagaimana pula nak mendapatkan maklumat mengenai permulaan Nuri?

Cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Rabu, 26 September 2018

Nak ambil PhD?

Nak ambil PhD? By all means, realisasikan hasrat itu. Saya memang bebeno nak galakkan mereka yang berminat supaya jangan pendamkan cita-cita itu.

Di sini bio le saya coretkan sikit pengalaman yang saya harungi selama 4 tahun dalam usaha mengejar impian saya. Tapi sebelum itu, bio le saya qualifykan coretan ini. Saya hanya menceritakan pengalaman membuat kajian dalam bidang sejarah di UUM. Dan dari perpekstif seorang pesara sepenuh masa yang tugas hakikinya ialah 'RTM' (rehat tunggu mati).

Saya tekankan dari perpekstif seorang pesara sepenuh masa! Mengapa? Kerana tiada apa lagi yang nak saya dipikiokan, hanya fokus kepada kajian saje. Mind you, I work at my own pace. Nak tension tak tentu hala buat apa? Lulus atau gagal pun bukannya akan melonjak/membantut kerjaya saya sebagai penjawat RTM. Setakat ini rasanya saya dah bersyukur bebeno dengan apa jua rahmatNya. Dengan kata lain, tak perlu le nak cari kerja ke sana-sini. Memadai le dengan apa jua rezekiNya, syukur alhamdulliah.

Tapi, janganlah anda ambil sifat ini. Saya nak kaitkan supaya jangan jadi pengajian ini faktor utama anda berhadapan dengan tension. OK?

Sekarang, tanya diri sendiri. Apa yang beno2 anda minat. Ambil saya sendiri. Saya minat bebeno dengan S61A-4 The Old But Faithful Nuri. Mula menulis dalam blog pada 2009 sehingga berjaya menerbitkan 3 buku. Selain itu merasa masuk TV3; diundang memberi ceramah di perpustakaan dan sekolah2. Pada saya, ini adalah satu kejayaan, syukur alhamdullah. Jadi, terfikir pula mengapa saya tidak formalisekan  pengalaman saya dalam bentuk akademik, iaitu PhD? Jika berjaya, setidak-tidaknya satu kajian mengenai satu aset ATM amnya, TUDM khususnya, yang telah banyak menyumbang bakti kepada pembangunan dan keselamatan negara dilakukan. Kajian ini kelak akan menjadi bahan rujukan untuk para pengkaji di masa akan datang.

Semasa di KL, saya telah bertanya kepada seorang pensyarah IPTA semasa diundang memberi ceramah yang saya berminat nak ambil PhD mengenai Nuri. Dia kata OK dan suruh saya jumpa dia di IPTAnya. Di Alor Setar juga saya telah bertanya seorang penyarah IPTA soalan yang sama; jawapan dia pun sama. Ini bererti topik ini boleh dibawa ke peringkat PhD. 1 isu dah beres.

Minat dah ada. Cukup ke sekadar menceritakan pengalaman saya dan juga rakan taulan? Bila ditanya apa tajuk kajian itu nanti, saya kata Sejarah TUDM: Peranan Nuri Semasa Era Insurgensi. Ingat dah hebat bebeno! Pensyarah kata tajuk itu begitu luas. Mula kena cerita sejarah penubuhan TUDM. Sejarah TUDM bukan saja mengenai semua jenis pesawat dalam inventorinya, tetapi perlu meliputi elemen-elemen lain, seperti pertahanan udara, logistik, kejuteraan, pentadbiran, operasi, PASKAU, dll. Lepas tu baru bincangkan mengenai peranan Nuri. Lepas itu ditanya tempoh kajian, adakah kajian itu sehingga 2014 atau bila? Insurgensi. Adakah saya maksudkan seluruh Malaysia? Jika meliputi seluruh negara, adakah saya bersedia untuk membincang ancaman yang di hadapi di Sarawak dan Semenanjung? Keadaan di sana tidak sama seperti di Semenanjung? Saya hanya nak bincangkan mengenai ancaman PKM saje.

Setelah berbincang, pensyarah yang kemudiannya menjadi supervisor saya, mengesyorkan supaya kajian saya terbatas kepada sejarah Nuri di Semenanjung dalam era insurgensi 1968-1989. Pilihan 1968-1989 berlandaskan kepada kebangkitan semula ancaman PKM bermula pada 1968 dan berakhir apabila Perjanjian Damai termeterai pada 2 Dis 1989 di Hat Yai, Thailand. Tempoh ini mustahak seperti juga kajian PhD Lt Kol Dr Syed Othman bertajuk "Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968" (2004).

Topik kajian sudah dipersetujui. Soalannya sekarang, bila sebut sejarah, kena le menulis sejarah pesawat itu. Mengapakah aset ini diperlukan? Bagaimanakah keadaan keselamatan negara ketika itu? Siapakah pelaku2 yang terlibat dalam proses perolehannya? Mengapa Uncle Sam sedia menjualnya? Apakah halangan yang terpaksa dihadapi oleh gomen? Apakah kedudukan kewangan negara untuk membeli helikopter ini? Di manakah nak mendapatkan juruterbang untuk megendali pesawat2 itu nanti? Dan banyak lagi le soalan yang terpaksa difikirkan!

Tapi sebelum menyentuh sejarah Nuri, persoalan perlu dijawab bila pula helikopter mula beroperasi di Malaysia. Soalan ini melibat era darurat 1948-1960.

Soalan2 telah diajukan. Pokoknya sekarang, di mana nak dapatkan data untuk menjawab soalan2 ini?  Oh mak dato', jujur saya katakan saya tak terfikir pun benda ini! OK le...jangan tension. Mudah saje...jangan sama sekali segan bertanya.

Rasanya cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Sabtu, 22 September 2018

"Service Paper" Jen Briggs

Semasa membuat kajian PhD, saya turut menyentuh penglibatan helikopter semasa darurat (1948-60) di Malaya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa helikopter RAF mula operasional di negara kita yang tercinta ini. Malah skuadron helikopternya ditubuhkan di sini. Di Malayalah RAF menyediakan SOP untuk helikopter beroperasi dalam peperangan hutan (jungle warfare).

Bila menyebut saje darurat, mana boleh lari dari Rancangan Briggs (Briggs Plan) yang diformulasikan oleh Lt Jen Sir Harold Briggs yang dilantik oleh Inggeris sebagai Pengarah Operasi (1950-1951). Dia dipertanggungjawabkan untuk menyediakan satu rancangan am untuk tindakan menentang PGK dan pembahagian tugasan kepada komponen pasukan keselamatan (PK) (Hansard UK, Sir Harold Briggs (Duties), jawapan J. Griffiths, Secretary of State for the Colonies, kepada soalan mengenai tugas Lt Jen Briggs, HC Deb 05 April 1950 vol 473 cc1182-3). Tak lengkap penyelidikan jika rancangan ini tak disebut. Pada saya agak menghairankan sekiranya terdapat orang yang tak pernah dengar rancangan ini! Dah banyak buku/artikel ditulis mengenainya. Ala...di sekolah dah belajar pun.

Malah, hebat tak hebatnya rancangan ini sehingga kini rakyat Malaysia terkesan dengannya. Bagaimana? Semua rakyat Malaysia dikehendaki memiliki kad penganalan apabila mencecah umur 12 tahun. Ini adalah salah satu rancangan tersebut. Yang lain-lain itu baca saje di SINIsekadar mengingatkan semula secara ringkas.

Yang ditulis dalam buku/jurnal membabitkan fasa implimentasi setelah dilulus oleh gomen Inggeris di London. Saya nak tahu bebeno apa yang syorkan dalam Service Paper itu? Saya ada menghubungi pihak tertentu tetapi jawapannya tidak memberangsangkan. Jadi saya telah menghantar emel kepada Prof Emeritus John Anthony Stockwell, seorang sejarawan di University of London. Mat Saleh ini menyarankan saya merujuk kepada buku British Documents on the end of Empire: Malaya Part II (A J Stockwell (Editor), Malaya: Part II, London: HMSO, hlm. 217-221). Yang bestnya dia link sekali pada dokumen terseubt...He...He...He.

Tajuk Service Paper Briggs ialah "Federation plan for the elimination of the communist organisation and armed forces in Malaya." (CAB 21/1681, MAL (50)23, Appendix, 24 May 1950). Setelah diluluskan oleh Pesuruhjaya Tinggi, Henry Gurney, kertas ini dibincang oleh Cabinet Malaya Committee pada 17 Jul 1950 (CAB 134/497, MAC C(50)8; CO 5375975; dan PREM 8/1406/2).

Sumber: A J Stockwell (Editor), Malaya: Part II

Para pembaca. Diharap coretan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan mengenai Rancangan Briggs. Marilah kita kongsi bersama ilmu/pengetahuan supaya sedikit-sebanyak dapat memperkayakan khazanah sejarah negara kita yang satu ini, wallahualam. Don't be selfish! 

Sabtu, 15 September 2018

PKM Pejuang Kemerdekaan?

Hampir 6 bulan, iaitu semenjak Mac 2018 saya mencoret mengenai Rundingan Baling yang berakhir di SINI. Saya mengharapkan agar para pembaca sedikit-sebanyak memahami sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Paling tidak pun mengetahui nawaitu Chin Peng yang tidak pernah terhakis objektifnya menjadikan negara ini sebuah negara komunis.

Jadi, sudah pastilah hati saya terguris dan terlalu kecewa apabila terdapat kumpulan tertentu menyarankan supaya sejarah ditulis semula. Dalam program A People’s History of Malayan Emergency pada 27-29 Jul 2018 di KL-Selangor Chinese Assembly Hall, KL, menyatakan "...terdapat fakta-fakta yang tidak tepat dan perlu diubah (dengan memasukkan) sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM)." (Utusan Online, Nilai semula buku Sejarah, iktiraf  PKM, 30 Jul 2018, SINI). Alasan mereka ialah "...para pejuang berkenaan turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara."

Sumber: Utusan Malaysia

Sebagai seorang mantan anggota ATM yang pernah terlibat secara langsung dalam usaha gomen memusnah petualang negara di suatu ketika dulu, saya rasa anda memahami perasaan saya itu, lebih-lebih lagi  bila program tersebut dianjur hanya beberapa hari sebelum negara meraikan Hari Pahlawan pada 31 Julai!

PKM pejuang kemerdekaan? Mudah difaham mereka tergolong nasionalis le. Bio bebeno! Mereka menentang penjajah memang tak dinafikan. Ya, memang mereka menentang penjajah, iaitu Jepun dan Inggeris. Malah Tunku sendiri tidak menafikan bahawa PKM menentang penjajah. Menjawab soalan Tan Sri Abdullah Ahmad sama ada beliau bersetuju bahawa PKM turut menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme, beliau menjawab "...Yes, I can say that." (Tan Sri Abdullah Ahmad, 2016, Conversations With Tunku Abdul Rahman, Singapore: Marshall Cavendish, hlm. 152). Pandangan ini juga diakui oleh Tan Sri Rahim Noor yang menyatakan "...Memang betul, komunis mahu menghalau penjajahan Inggeris seperti mana parti politik lain ketika itu yang bertujuan sama." (Utusan Malaysia, Komunis mahu rampas kuasa guna kekejaman, 28 Ogos 2018, hlm. 31).

Persoalannya, adakah menentang penjajah semata-mata secara otomatik dikategorikan sebagai  nasionalis? Apakah takrifan nasionalis? Ambil mudah saje le. Kamus Dewan mengtakrif nasionalis sebagai "orang yg mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa, patriot". (DBP, 2007, Kamus Dewan, edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1072).

 Adakah PKM 'mencintai nusa dan bangsanya'? Ini yang membezakan Tunku dengan Chin Peng. Tunku meletakkan kepentingan rakyat paling atas. Ambil petikan Anthony Short yang bertugas sebagai staf kepada Jen Bourne, Pengarah Operasi semasa rundingan Baling, "...the impressive quality was his passionate concern for the welfare of the country." (Anthony Short, 2000, In Pursuit of Mountain Rats, Singapore: Cultured Lotus, hlm. 467. Sebelum ini The Communist Insurrection in Malaya,1975, Great Britain: Frederick Muller Ltd). Sebaliknya, Chin Peng tidak ambil peduli terhadap kesengsaraan rakyat selagi objektif utama partinya tidak tercapai, iaitu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara komunis. Memang betul kata David Marshall yang merumuskan keprihatinan PKM terhadap rakyat, iaitu "To them it is to Hell with the welfare of the people - the Communist Party comes first." (The Straits Times, Marshall: I don't believe Chin Peng leads Malaya's Reds, 30 Dis 1955, hlm. 4).

Ini terbukti apabila mereka terus berjuang menentang gomen walaupun Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan selepas penubuhan Malaysia pada 16 Sep 1963. Kegiatan ketenteraan terhadap negara hanya tamat apabila Perjanjian Damai dimeteraikan di Hat Yai pada 2 Dis 1989.

Adakah tindakan mereka ini dianggap nasionalis? Adakah mereka nak memerdekakan negara ini yang dipilih sendiri oleh rakyat melalui kotak undi? Dengan kata lain, adakah mereka nak memerdekakan rakyat daripada hak memilih parti untuk menerajui kerajaraan sebaliknya hanya memilih PKM? Mana negara komunis yang membenar kewujudan pelbagai parti?

Adakah Rukun Negara yang menjadi pegangan negara sejak diisytiharkan pada 31 Ogos 1970  (Kerajaan Malaysia, Rukun Negara, di SINI) selari dengan dokrin komunisme? Paling asas sekali, prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Rakyat bebas mempraktik agama yang dianuti mereka. Bagaimana dengan komunis? Saya bukan pakar dalam bidang ideologi komunisme tetapi petikan akhbar The Times, 20 Jul 2017 berikut boleh memberi gambaran hubungan dokrin komunis dan agama:

"China’s estimated 85 million members of the Communist Party have been warned that they are not allowed to have religious beliefs, and that those who do will be punished.


Wang Zuoan, director of the state administration for religious affairs, said that religion undermined communism. Party members must be “firm Marxist atheists, obey party rules and stick to the party’s faith.” (

Dalam konteks Malaysia pula, petikan Lau Lee semasa mesyuarat jawatankuasa tertinggi PKM mengenai kekurangan penglibatan orang Melayu menyokong perjuangan mereka memberi gambaran terhadap agama:

"Kita berjuang menentang Islam dan sikap anti agama kita telah memarahkan orang-orang Melayu. Kita tidak akan mempengaruhi petani-petani Melayu untuk menyertai kita kerana sikap kita itu. Belum tiba masanya untuk kita menyemaikan benih ideologi kita kepada orang-orang Melayu. Kita mesti cuba mempengaruhi orang-orang Melayu dengan cara yang lembut." (ANM A. Setar, Kertas asal oleh Tan Sri Dato' Hj Shafie Abdullah, Rundingan Baling 28-29 Disember 1955,  Majlis Perkesahan Sejarah, Baling, 2004, hlm. 12. Beliau Setiausaha Peribadi Tunku Abdul Rahman).

Semasa ditemubual sama ada dia masih kekal dengan fahaman Marxist dan Leninist selepas majlis di Hat Yai pada 2 Dis 1989, dengan spontan Chin Peng menjawab: "Yes. We are still communists. We only laid down our arms, but are still CPM members. CPM has not been disbanded. CPM merely ended the confrontation with the government and the Yang di-Pertuan Agong." (Rozaid Abd Rahman, StarONLINE, I read of Chin Peng, heard of him, met him and now have a piece of him, say newsman, 17 Sep 2013, di SINI). Dan gomen pula tetap mengharamkan PKM! (The New Straits Times, Ban on party remainssays PM, 3 Dis 1989, hlm. 1). Ingat ya...PKM tidak pernah dibubar! Senang-senang baca di SINI.

awapan ini bercanggah dengan rukun kedua, Kesetian Kepada Raja dan Negara?  Mana republik ada raja? Kesetiaan mereka hanya kepada parti. Matlamat menghalalkan cara! Rumusannya, takrif 'KEMERDEKAAN' pada PKM ialah negara hanya merdeka apabila PKM mengambilalih kerajaan.

Betul kata Tunku, mana mungkin 2 ideologi yang begitu ketara perbezaannya boleh co-exist, demokrasi dan komunisme!

Memang sedih sejarah negara sendiri kurang difahami, wallahualam!!!

Jumaat, 14 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxiii

Sambungan dari SINI...

Tunku dan rombongan dah balik dengan membawa berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat. Tarikh merdeka telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Meroyan bebeno le Chin Peng kerana nampak sangat PKM tak relevan lansung. Depa pun keluarkan kenyataan ini:
  
"SURAT  KENYATAAN  PKM  BERKENAAN  DENGAN  KEADAAN SEKARANG

PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telah menjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.

Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan kemerdekaan tanah air. 

Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.

Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidak pun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaitu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.

PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan
 3 kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segalapenyerahannya kepada Malaya dahulu.

Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita. PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itusemestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan menasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.

Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan menasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya
5 Mac 1956." 
(https://www.scribd.com/document/22587689/Surat-Kenyataan-PKM-Berkenaan-Dengan-Keadaan-Sekarang, SINI Maaf saya tidak pasti kesihahan kenyataan ini).

Depa hantar beberapa surat kepada Tunku dan Chen Lock Tan untuk berunding semula. Masalahnya mereka tetap bertegas dengan terma-terma mereka.

Sumber: Portal rasmi PDRM

Dipendekkan cerita, Rundingan Baling merupakan pertemuan pertama dan terakhir di antara Tunku dengan Chin Peng. 

31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, bergegerlah laungan keramat Tunku...

  MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

Sumber: Leadernomics.com

Tak cukup dengan itu, Tun Razak, selaku Menteri Pertahanan menandatangani pengisytiharan menentang habis-habisan PGK pada 30 Jul 1960 di sepanjang sempada Malaya-Thailand.  Pengisytiharan ini selari dengan dengan Internal Security Act (ISA)/Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang diluluskan pada 22 Jun 1960 (The Straits Times, Border War Laws, 30 Jul 1960, hlm. 1). Dengan adanya ISA, pada 31 Jul 1960 Tunku menandatangani pemansuhan Emergency Regulations Ordinance pada 31 Jul 1960 dan berkuasa pada 1 Ogos 1960 . Ini bermakna, mulai 1 Ogos 1960 Malaya tidak lagi dalam keadaan darurat (The Sunday Times, Back To Normal - Official, 31 Jul 1960, hlm. 1). 


Tunku Abdul Rahman menandatangani pemansuhan Emergency Regulations Ordinance dengan disaksikan oleh Tun Abdul Razak (TPM & Menteri Pertahanan) dan Tan Siew Sin (Menteri Kewangan). Sumber: The Sunday Times, Back To Normal - Official, 31 Jul 1960, hlm. 1)

Maka, berakhirlah 1 episod hitam yang melanda negara selama 12 tahun (1948-1960). Dalam ucapannya melalui Radio Malaya, DYMM SPB Agong mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap elemen subversif yang "...still seek to set up a Communist regime in our country." (The Straits Times, The Danger Ahead by the King, 1 Ogos 1960, hlm. 1).

Di mana pula Chin Peng pada tahun penamatan darurat? Pada Dis 1960 pun memulakan perjalanan ke China dan tinggal di sana sehingga 1989 (Chin Peng, op. cit., hlm. 413). 

Ingatan DYMM SPB Agong memang betul. Walaupun darurat sudah berakhir, namun perjuangan komunis tidak pernah pudar. Chin Peng mengarahkan PKM untuk terus menentang gomen Malaya/Malaysia melalui remote control dari China. Cerita kebangkitan semula itu dah diketahui umum, wallahualam.

Rundingan Baling merupakan turning point dalam sejarah negara tercinta ini. Tunku memang terkesan hasil penemuannya dengan Chin Peng. Beliau menyatakan:


"Chin Peng really taught me what Communism was. I had never really understood and appreciated its full meaning. When I was briefed on Communism  by the British experts I always felt that they were interested in making a bad case against the Communists. But there in that room in Baling Chin Peng taught  me something I shall not forget. He taught me that Malayan Communism can never co-exist." (Harry Miller, 1959, Prince and Premier, London: Harrap, hlm. 192-193).

Ni dah betul-betul terlajak cerita. Dengan ini berakhirlah coretan saya mengenai Rundingan Baling.  Saya percaya apa yang dicoretkan ini masih tidak lengkap; pasti masih ada input yang tersorok. Maka, sekiranya para pembaca ada input baharu, harap sudi kongsi bersama, wallahualam. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kepada saudara Zaini Zain yang sedia kongsi bersama dokumen-dokumen dari National Archives, UK; Prof Emeritus Tony Stockwell, University of London yang sedia melayan emel saya; ACP Norizan Murad, Perustakaan Awam A. Setar, Arkib Negara A. Setar dan Muzium A. Setar.

Pada pandangan saya, jika ada peminat sejarah nak buat kajian untuk Sarjana/PhD, saya syorkan jadikan Rundingan Baling sebagai topik kajian. Banyak bahan sumber boleh diakses melalui portal rasmi, seperti National Archives UK, CIANational Library Board, Singapura untuk mengakses The Straits Times dan agensi-agensi gomen. Juga Arkib Negara Malaysia (ANM) banyak menyimpan dokumen-dokumen terbabit. Tapi ANM tak boleh akses online dan kena bayar untuk salin gambar.

Ada juga memikio untuk dibukukan coretan ini. Dah tentu le diolah semula. Masalahnya ialah buku sejarah not saleable. Ini kenyataan. Jika ada yang sudi menaja, boleh le difikirkan, wallahualam.

Selasa, 11 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxii

Sambungan dari SINI...

Terlupa nak beritahu. Sebaik saja rundingan berakhir dan tiba di KL pada 29 Dis 1955, staf Tunku kerja like mad menyediakan draf rumusan untuk MacGillivray. Sebelum itu, Tunku dah melapor hasil pertemuan tersebut secara lisan. Hari itu juga draf, Report by the Chief Minister of the Federation of Malaya on the Baling Talks: draft summary by Tunku Abdul Rahman of the verbatim record diserahkan kepada MacGiilivray (CO 1030/30. ff 3-60, 29 Dec 1955).

30 Dis 1955...

Cakap sikit pasal 'kejujuran' Chin Peng nak mencari 'kedamaian'. Jujur/kedamaian apa apabila segerombolan PGK telah menyerang hendap 1 konvoi polis di batu 18 setengah jalan Alor Setar-Kuala Nerang. Konvoi dalam perjalanan balik ke Kuala Nerang. PGK berada di atas bukit apabila menyerang hendap PK dengan mengguna senjata otomatik. Tembakan mereka telah mengena tayar depan trak. Dah pastilah PK menembak balas sebelum PGK melarikan diri dalam hutan. Tak tahu pula casualty dialami oleh kedua-dua pihak (The Sunday Times, The bandits attack, 1 Jan 1955, hlm. 9).

Berbalik kepada Tunku. Sebelum Tunku dan rombongan "Kemerdekaan" ke Singapura pada 31 Dis, Tunku pergi berjumpa MacGillivray. Semasa pertemuan ini, MacGillivray bertanya kepadanya tentang komposisi dan terma Suruhanjaya Perlembagaan untuk menyediakan Perlembagaan Malaya nanti. Jawapannya mudah saje. Beliau tak ada masa lagi nak memikiokan perkara ini dan juga masih belum berbincang dengan wakil Raja-Raja. Apabila ditekan oleh Mat Saleh, Tunku kata Parti Perikatan berpendapat komposisi suruhanjaya ini sepatutnya terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang perlembagaan di negara-negara Commonwealth. Keahlian tidak terbatas dari England sahaja, tetapi dari Kanada, Australia, India dan mungkin dari Ceylon (Sri Langka). Sehingga detik itu, Parti Perikatan "...had no particular names in mind."

Mendengar kata-kata Tunku, Mat Saleh ini menyatakan dia berpendapat Raja-Raja menghendaki rakyat Malaya sebagai ahli dan UK sebagai Pengerusi. Asas keperluan ialah:

"(a) that such a Commission would be much more likely to make recommendations which would find the greatest measure of acceptance, both by the Rulers and the Alliance, and

(b) that an outside Commission might not appreciate the special position of the Malays to an extent that a Malayan Commission would." (CO 1030/132, no. 3, Letter from Sir D MacGillivray to A M Mackintosh on the views of Tunku Abdul Rahman, 5 Jan 1956. Surat ini ditulis pada 31 Dis 1955).

Jawapan Tunku ialah jika begitu, mudah saje, "...by having a mixed Commission,half the members being Malayan and the other half being drawn from Commonwealth countries."

MacGillivray tak setuju dengan pandangan Tunku tapi tak le diluahkan depan Tunku. Dalam surat tersebut, dia percaya komposisi Tunku tidak dapat melaksanakan tugasan dengan memuaskan kecuali "...perhaps the Malayan should merely have the status of assessors." Lagi pula, bukan mudah nak pilih 4-5 orang Malaya yang boleh diterima oleh semua parti terbabit. Dan lagi keahlian begitu ramai tidak praktikal.

Bila dia dengar hujah Tunku, dia buat u-turn "...I now incline to think they would be beyond the capacity of a purely Malayan Commission." Ini kerana mereka dah pasti akan berhadapan dengan masalah yang begitu rumit. Antara masalah yang akan dihadapi oleh suruhanjaya ialah isu kerakyatan. Keputusan yang dibuat nanti ada kemungkinan tidak diterima oleh semua pihak. Jadi dia mencadangkan keahlian dari UK dan negara Komanwel. Ahli-ahli pula mestilah berkaliber tinggi integritinya kerana mereka akan berhadapan dengan situasi yang begitu kompleks. Tapi ini tidak disuarakan kepada Tunku.

MacGillivray seterusnya mencadangkan kepada A M MacKintosh supaya bersedia dengan pandangan mengenai pembentukan suruhanjaya "...likely to be best from H.M.G.s point of view, and then endeavour to obtain acceptance of that opinion." Dia juga berpandangan kemungkinan Tunku tidak akan menolak nama-nama yang akan disyorkan oleh Mat Saleh nanti kerana orang Malaya sendiri tidak menamakan calon-calon mereka. Jadi, "I suggest, therefore, that we should have some names ready to propose."

Selain keahlian, dia juga nak gomen Inggeris menyediakan terma-terma suruhanjaya supaya keputusannya nanti dapat memenuhi kehendak sebuah negara merdeka sementara raja-raja pula berperanan sebagai Raja Perlembagaan.

Sebelum berangkat ke Singapura, Alliance National Council bersidang dan mandat diberi kepada delegasi untuk menentukan kemerdekaan tercapai pada akhir Ogos 1957 (The Straits Times, August 1957-A Date For 'Merdeka' Men, 31 Dis 1955, hlm. 1). Semasa berucap kepada lebih 1,000 orang ahli dan tetamu Ceylonese Association, Tunku:

"We are going to discuss not the principles of handing over certain affairs to this country but the actual details of the hand-over. The principles have already been agreed upon with the Colonial Office. It has already been agreed that we should have control of our security and finance."

Beliau menegaskan bahawa kegagalan rundingan Baling tidak akan memberi kesan kepada rundingan dengan gomen Inggeris nanti.

31 Dis 1955...

Tunku dan delegasinya berlepas dari kediamannya ke Lapangan Terbang KL; wakil Raja-Raja sudah pun berada di sana. Mereka menginap di Raffles Hotel.

Tunku dan delegasinya tiba di Singapura. Sumber: The Sunday Times, Merdeka Trip: All is set, 1 Jan 1956, hlm. 1.

Dah tentulah para wartawan sedang menunggu ketibaannya. Mana boleh lari. Tunku menyatakan "My only ambition is to come back from London and announce the date of Malaya's imdepencence. If I fail in my task, the people will kick me out. They have every right to denounce me as a poor spineless leader. Of course, I have never thought of myself in that light." (Sunday Times, 3,000 to cheer Tengku at ship, 1 Jan 1956, hlm. 1).

Beliau turut menyentuh rundingannya dengan Chin Peng dengan mengajukan soalan kepada wartawan, "Do you realise what will happen if we have two powerful organisations with two different ideologies? Do you think we can exist together?"

Tapi beliau yang menjawab soalannya sendiri dengan menegaskan "Surely, one would try to suppress the other."

1 Januari 1956...

Di luar Raffles Hotel, orang ramai berkumpul dan bersorak 'Merdeka'. Ini betul-betul buat Tunku begitu terharu. Beliau memanggil wartawan yang berada di situ dan berkata "Really, you know, I am most concerned over (Communist-leader) Chin Peng's threat to fight to the last man." Beliau menegaskan, "...if Chin Peng persists in his ideology of violence and hatred I WILL fight it." (Felix Abisheganaden, The Straits Times, Tengku admits a secret fear, 2 Jan 1956, hlm. 1).

Sebelum berlepas dari Raffles Hotel, para delegasi  sempat bergambar. 

Depan dari kiri: Datuk Nik Ahmad Kamil (wakil Raja-Raja), Datuk Dr. Ismail, Datuk Hj. Abdul Wahab (wakil Raja-Raja), Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohamad Seth (wakil Raja-Raja), Kol. Sir H.S. Lee, Dato Abdul Aziz Majid, Dato' Abdul Razak.
Belakang dari kiri: T.H. Tan (Setiausaha Wakil Perikatan), Abdul Kadir Shamsuddin (Setiausaha Wakil Raja-Raja). Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), 2003, Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baru, Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia.

Sepanjang 3 batu perjalanan ke East Wharf, orang ramai beratur di sepanjang jalan. Di pelabuhan pula, hampir 8,000 orang menanti ketibaan para wira negara. Ketibaan mereka dihingari dengan laungan "Merdeka." Sebelum menaiki kapal 'Asia' ke Karachi, beliau dikehendaki memberi ucapan, beliau begitu terharu sehingga keluar air mata. Beliau hanya mampu menyampaikan 5 perkataan sahaja: "I am confident of success." (Macam Jen Douglas MacArthur sebelum meninggalkan Filipina semasa Perang Dunia 11 berjanji "I shall return." He...He...He).

Laluan rombongan ke London. Dari Karachi mereka menaiki pesawat ke London. Laluan balik dengan pesawat. Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Mesyuarat bermula di Lancaster House, London pada 18 Januari 1956. Perbincangan mengambil masa hampir 3 minggu. Topik yang bincang meliputi perkara membabitkan kemerdekaan, kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, hal ehwal luar negara dan penubuhan Independent Independence Committee untuk meneliti perlembagaan, terutama hak keistimewaan Raja-Raja yang mesti dikekalkan (http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/persidangan-malaya-merdeka-di-london4, SINI).  

Pada 7 Februari, para delegasi telah pergi melawat guru-guru pelatih Malaya di Malayan Teachers' Training College (MTTC), Kirkby.

Tunku dengan bakal cikgu-cikgu. Sumber: Google

Menurut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim(kiri), dia bersama rakan-rakan menunggu ketibaan rombongan Tunku dalam cuaca sejuk. Mereka ingat Tunku sudah pasti memberi stereo-type nasihat supaya "...work hard and play hard." Tapi, "Then, all of a sudden, without looking at notes or anything like that, he announced that they had a successful discussion in London and God willing, he said, Malaya would become an independent country on Aug 31, 1957". (Zaharah Othman, Kirkbyites relive historic moment of Merdeka during trip down, 31 Ogos 2017. https://www.nst.com.my/news/nation/2017/08/275147/kirkbyites-relive-historic-moment-merdeka-during-trip-down-memory-lane,  SINI).  

Inilah pengumuman pertama kemerdekaan kepada rakyat Malaya.

Acara menandatangani perjanjian kemerdekaan pada 8 Februari 1956. Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit

Tandatangan wakil kedua-dua pihak. 
Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Nak memudahkan cerita tentang rundingan ini, tontonilah siaran ulangan berikut.


Sebelum terbang balik ke Malaya, Tunku telah menulis surat kepada Lennox-Boyd. Antara lain, beliau menyatakan:

"We feel, as we return, that there has been laid down a most excellent basis for the continued improvement of relations between the United Kingdom and a self-governing Malaya within the Commonwealth and for increased friendship and understanding between our two peoples. I can assure of my personal co-operation and support on all matters agreed upon." (CP (56)47, Secret, Memorandum by the Secretary of State for the Colonies, Cabinet, 21st February, 1956, pp. 1).


Ketibaan rombongan Tunku di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Feb 1956.  Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Mudahkan cerita dan sebagai siaran ulangan berpuluh kali, tonton saje le video berikut.


Sesiapa berminat nak baca keputusan yang dicapai semasa Constitutional  Conference tersebut boleh baca di SINI.

Maaf le terlajak cerita. Selepas ini hanya PENUTUP sahaja, in syaa Allah.

Jumaat, 7 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxi

Sambungan dari SINI...

Apa yang dibincangkan oleh para ahli Politburo semasa mesyuarat pada 31 Dis 1955? Mereka membincang 3 opsyen yang terbuka kepada mereka dan implikasinya terhadap perjuangan ketenteraan dan politik:

1. Kekerapan menyerang PK dikurangkan.
2. Pertingkat menyerang PK.
3. Kekal tahap kekerapan menyerang PK semasa.

Masalah opsyen pertama ialah ia akan memberi gambaran bahawa mereka memang dah 'kalah' di Baling. Dropped le waterface depa. Sementara opsyen kedua pula melibatkan kekuatan 1 kompeni  untuk menyerang PK, bukan 20-30 orang. Sasaran mereka adalah stesen polis, pos tentera dan opportunity targets. Mereka percaya tindakan ini akan memberi mesej kepada gomen supaya jangan pandang enteng ancaman komunis. Justeru, gomen akan merayu-rayu untuk berunding semula. Confident betul depa ni!

Bagi menjayakan opsyen ini dengan lebih berkesan, serangan perlu dilaksanakan di kawasan berhampiran dengan sempadan Malaya-Thailand. Ya lah...lepas serang cepat-cepat balik ke safe sanctuary mereka. Taktik ini dipelajari daripada askar Vietnam Utara semasa menentang Perancis dalam Perang Indo-China di awal 50an. Viet-Cong menyeberang ke Cambodia semasa Perang Vietnam.

Itu pros tapi apa pula consnya? Pertama sekali, sepertimana yang diterangkan di atas, opsyen ini membabitkan ramai gerila yang mana mereka tak mampu menyediakannya. Selain itu, ia melibatkan kos yang tinggi selain terpaksa berhadapan dengan "increased casualties". Masalah ini boleh diatasi dengan membataskan kekerapan menyerang PK. Mereka juga terpaksa memikiokan berapa lama Thailand akan berdiam diri? Besar kemungkinan negara gajah putih itu akan tunduk kepada desakan politik dan diplomatik untuk menghapus pengganas komunis di sempadannya.

Selepas membincangkan pros & cons, akhirnya mereka bersetuju "...to maintain the level of attacks and, in this way, keep moderate pressure on the government until such time as the Tunku sought to reopen peace talk with us."  (Chin Peng, op. cit., hlm. 393-394).

Dengan keputusan ini, Chen Tien pun diarah untuk memberi taklimat kepada Abdullah CD di Dusun Nyor, Narathiwat iaitu penempatan 10 Rejimen (Abdullah CD, 1998, Perang Anti-British Dan Perdamaian, Hong Kong: Nan Dao Publisher, hlm. 166). Lepas itu, Chen Tien pun balik le ke markas PKM di kawasan Sadao.

Mana dia Rashid Maidin? Mengapa dia tidak mengiringi Chen Tien balik ke unitnya?

Mengikut Rashid Maidin, dia tak RTU (return to unit) kerana kut-kut Tunku nak berunding sekali lagi. Tapi yang bestnya, dia sempat terpikat dengan seorang gerila Cina. Jadi, dia pun melamar gerila tersebut, tapi tak le seromantik macam orang sekarang, "Aku hendak kahwin dengan awak, macam mana?"

Apa jawapan gerila tersebut? "Eh, nanti aku timbang dahulu." (Rashid Maidin, op. cit., hlm. 77). Tak lama kemudian gerila Cina setuju menerima lamaran Rashid Maidin. Setuju tak sementinya boleh terus kahwin. Mereka berdua mesti menulis surat kepada ketua meminta kebenaran untuk berkahwin; dalam kes ini minta kebenaran Chin Peng. Permohonan ini dibawa ke suatu mesyuarat. Jika ada tentangan dari mana-mana pihak, frustlah kedua-dua bakal mempelai!

Memang dah jodoh mereka, tiada bantahan. Maka berkahwinlah mereka dan isterinya diberi nama Selamah binti Abdullah. Pasangan pengantin baharu balik ke Dusun Nyor selepas tiada lagi harapan Tunku mahu berunding dengan depa lagi. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kamariah. Dengan isteri pertama, Hamidah binti Abdul Rashid yang dikahwininya pada 1993 di kampungnya, Gunung Mesah, Gopeng, dia dikurniakan 4 orang anak, iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan (Rashid Maidin, op. cit., hlm. 8).

Rashid Maidin mendukung cucu bersama Selamah dan Kamariah (tengah). Sumber: Google

Apa pula cerita Tunku?

Tunggu sajelah sambungannya nanti, In Syaa Allah.

Rabu, 5 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxx

Sambungan dari SINI...

Betulkah Chin Peng benar-benar jujur nak berdamai?

Mengapa dia mati-mati nak PKM diiktiraf dan enggan menyerah senjata?

Untuk menjawab soalan-soalan di atas, fahamilah apa objektif utama penubuhan PKM.

Paling asas sekali, objektif utama semenjak PKM ditubuhkan pada Mac 1930, ialah "...our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya." (Chin Peng, op. cit., hlm. 92). Objektif ini tidak pernah lari/luntur/pudar dari perjuangan mereka. Malah Chin Peng menegaskan ketaksuban mereka 2 hari (26 Dis 1955) sebelum rundingan dimulakan...

Sumber: The Straits Times, MCP MAKES ITS DEMAND TOO, 27 Dis 1955, hlm. 1

Apa itu negara komunis? Rasanya eloklah orang yang berauthority menjawab soalan ini. Untuk itu, hayati penjelasan Tan Sri Abdul Rahim Noor, mantan KPN yang juga ketua delagasi Malaysia semasa rundingan damai sehingga termeterainya Perjanjian Damai di Hat Yai pada 2 Dis 198 berikut:

Utusan Malaysia, Komunis mahu rampas kuasa guna kekejaman, 28 Ogos 2018, hlm. 31

Motif Chin Peng sebenar dikesan oleh C.C. Too. Dia menyertai semula sebagai Chinese Assistant, Emergency Information Services (EIS) pada Apr 1955 setelah meletak jawatan pada 1952 kerana did not see eye-to-eye dengan Eric Peterson, Director-General of Information Services yang dilantik pada Julai 1952 (Leon Comber, 2008, Malaya's Secret Police 1945-60, Singapore: ISEAS Publishing, hlm. 158). Bila Peterson tamat kontraknya dan kembali ke England, Too pun masuk semula. Dia adalah satu-satunya orang tempatan sebagai staf di Markas Pengarah Operasi, Lt Jen Bourne; lain semua Mat Saleh.

Dia hairan apabila Chin Peng berkata dia nak berunding dengan Tunku. Dia pun meneliti surat yang dihantar oleh 'Ng Heng', di SINI mengapa tiba-tiba saje Chin Peng berubah sikap. Sebelum kehadiran C.C. Too, Mat Saleh ambil jalan mudah saje bila terima surat ini...Chin Peng nak save face! Jawapan ini tak diterima oleh C.C. Too. Mesti ada yang lebih dari itu!

Jadi, dia pun menyelongkar dan meneliti dokumen-dokumen komunis. Kebanyakan dokumen yang berjaya dirampas dalam bahasa Cina dan tidak diterjemahkan. Dipendekkan cerita, dia meneliti satu dokumen mengenai menyuarat Communist and Workers Parties in the British Commonwealth di London pada 21 Apr 1954.  PKM diwakili oleh Lim Hong Bee, wakil PKM Singapura. Dia telah membentang laporan bertajuk "Malaya fights for freedom" (The New Straits Times, CPM's surprise via peace offensive, 4 Dis 1989, hlm. 15).

Laporan ini mengemukakan "Seven Points Programme" yang membabitkan pertukaran dasar parti berkuatkuasa mulai tarikh mesyuarat tersebut (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 179). Mesyuarat ini menghasilkan 6 resolusi; resolusi ke 6 "That the method of peace be adopted to end the war in Malaya." (The New Straits Times, op. cit., 4 Dis 1989). Kaedah penamatan secara aman ini dilaksanakan "...through the implementation of a general cease-fire at once and the use of the method of negotiations with the genuine representatives of the people of Malaya." (Lim Chen Leng, 2000, The Story of a Psy-Warrior: Tan Sri Dr. C.C. Too, hlm. 100).

Apa yang dimaksudkan method of peace? Tak lain tak bukan ialah pengiktirafan PKM.

So what jika PKM diiktiraf? Apa implikasinya?

Dalam analisisnya, C.C. Too menegaskan "...legalisation of the CPM would undoubtedly enable the CPM to turn imminent and total military defeat into complete political victory. The fate of Malaya hung in the balance." (The Straits Times, op. cit., 4 Dis 1989). Memang...PKM tak ada harapan nak menang shooting-war.  Menurut Ong Weichong, "...Indeed, by 1954, prospects of winning the armed struggle in Malaya looked rather bleak." (Ong Weichong, 2015, Malaysia's Defeat of Armed Communism, London: Routledge, hlm. 48). Pada 1951, gerila komunis berjumlah 8,000 orang tetapi pada 1955 hanya tinggal lebih kurang 3,000 orang sahaja!

Mudah cakap, PKM bebas berkempen dan bertanding dalam pilihanraya nanti. Justru, mereka bukan sahaja mudah menyusup dan mendominasi persatuan-persatuan sedia ada, malah boleh membuka pelbagai persatuan di seluruh negara. Dan PKM memang pakar dalam bidang ini!

Malah China pun agak hairan juga mengapa Tunku sedia bertemu dengan Chin Peng. Mana taknya, kebiasaannya, pihak menang bolayan pihak kalah. Walaupun mereka kecewa dengan kegagalan rundingan tersebut, pegawai International Liaison Department (ILD) yang bertanggungjawab menjaga keperluan PKM di China, hairan "...over the willingness of Tunku Abdul Rahman agreeing to the talks from a position of weakness, the party should therfore try to gain something from the talks." Mereka samakan peluang ini apabila "...Chiang Kai-shek's refusal to hold talks with Mao Zedong at the time when the CPC was at its 'lowest tide'". (Aloysius Chin, op. cit., hlm. 48).

Mengenai senjata pula, Chin Peng tidak pernah berkata akan menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa gomen. Dia hanya berkata untuk memusnahkannya sahaja. Apa maksud memusnah?

Inggeris dan Tunku sedia maklum apa yang terjadi bila PKM diarah serah senjata selepas Jepun menyerah diri. Ya...mereka menyerah senjata kepada Inggeris tetapi yang rosak/lama. Yang masih elok disorok sehingga Inggeris terpaksa menawar hadiah kepada mereka yang menyerahkan senjata. Bila darurat diisytihar pada 1948, PKM guna senjata-senjata pemberian Inggeris untuk menentang Inggeris!

Hadiah $1000 untuk mesingan. Sumber: Google

Cukuplah setakat ini. Coretan pun dah nak hampir penamatnya.

Bersambung... In Syaa Allah.

Isnin, 3 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxix

Sambungan dari SINI...

Arahan oral bagi yang diterima oleh John Davis ialah "...to secure agreement on 'surrender terms'. Get [these] fixed early." Memang tall order bebeno (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 283). Semasa dalam khemah, dia taklah terus suruh ketua pengganas menyerah diri saje lah. Sebaliknya, dia mendengar rentetan Chin Peng.

Chin Peng hairan bebeno mengapa '...no negotiation zeal' pada Tunku masa rundingan tersebut. Tak ada langsung tolak ansur sepertimana yang dia harapkan.  Dia kecewa kerana Tunku tak menghalalkan PKM. Justeru dia tak boleh mengambil bahagian perkembangan politik. Selain itu, dia juga tak setuju anggota-anggotanya ditahan dan dibicara apabila menyerah diri. Jatuh le maruah mereka...dropped depa punya waterface. Keadaan memerikkan lagi apabila Marshall terlalu agresif.

Dipendekkan cerita, luahan ketua pengganas ini merumuskan apa yang berlaku semasa rundingan tersebut. John Davis pun tak tahu apa yang dibincangkan kerana dia tak berada dalam bilik rundingan. Mendengar rentetan ini, John Davis percaya Chin Peng "...emphatically wants to stop fighting." (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 285).

Lepas habis Chin Peng dengan rentetannya, John Davis mencadangkan supaya terima sajelah terma amnesty itu. Dia kata Chin Peng kena terima hakikat bahawa shooting war mereka telah gagal; mereka akan kalah. Jika dipersetujui, bolehlah dirundingkan lagi. Tapi tahu saje le sikap komunis, jawapan Chin Peng berputar belit. Pokoknya, dia mentah-mentah menolak terma amnesty dan surrender tidak wujud dalam istilah PKM...no way, man! Dia beritahu John Davis musuh utamanya ialah Inggeris dan dia percaya merekalah yang bertegas nak PGK menyerah diri.

Dia berlembut sikit mengenai bab penahanan anggota yang nak menyerah diri; masih boleh berkompromi. Dia kata jangan dibicara di mahkamah. Mengenai mereka yang nak balik ke China, dia nak jawatankuasa ditubuhkan untuk menentukan sapa yang nak tinggal di Malaya dan nak balik ke Tanah Besar.

Menurut Chin Ping, John Davis menyatakan "...Let me go with you into the jungle and see if the two of us can't settle this matter. After all, we won very convincingly the last time we cooperated." Apabila ditanya apa yang dimaksudkan, John Davis menjelaskan "...I have brought a small patrol with me. They are equipped with a radio. We can keep in direct touch with Kuala Lumpur." (Chin Peng, op. cit., hlm. 389; juga C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 178). Dia menolak cadangan ini kerana dia tidak dapat menjamin keselamatan kawannya ini dan anggota PK terbabit nanti, lagi pula komunikasi ini sudah tentu melibatkan Inggeris.

Betul ke apa yang dikatakan Chin Peng mengenai tawaran ini? Menurut Margaret Shennan, John Davis tidak mencatatkan isu ini dalam 2 keping kertas dalam simpanan peribadinya (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 285 & hlm. 365, note 22). Sebaliknya apa yang tercatat ialah kaedah bagi memudahkan pergerakan wakil Chin Peng sekira bersetuju mengenai penempatan anggota PGK yang nak menyerah diri. Chin Peng akan keluar dari hutan dan menandatangani satu perjanjian provisional. Selepas itu, dia atau wakilnya akan akan pergi ke lokasi yang akan menempat anggota-anggota berkenaan. Kemudahan pengangkutan ditanggung beres oleh gomen dan proses ini dijangka mengambil masa selama sebulan. Chin Peng percaya anggotanya akan berkerjasama, hanya mungkin sebilangan kecil sahaja yang akan meneruskan perjuangan.

Bagaimana pula sistem yang akan digunakan untuk untuk kedua-dua berkomunikasi? John Davis mencatatkan hubungan dibuat secara bertulis 2 kali sebulan, iaitu setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan, bemula pada 15 Januari 1956. Surat tersebut dimasukkan ke dalam dead letter box lebih kurang 20 ela dari hala nak masuk ke Gunung Paku. Dah pastilah PK akan dimaklum terlebih dahulu. Bagi memudahkan lagi pergerakan, kurier yang dipersetujui ialah Onn Chin Hee dan Kwee Ching. Mereka dikehendaki meletakkan mesej Chin Peng dalam dead letter box di antara jam 1000 dan jam 1400. Sistem ini diperakui oleh Chin Peng. Namun dia menyatakan "...the box was never activated by either side. We checked it out on several occasions." (Chin Peng, op. cit., hlm. 390).

Apabila menerima mesej tersebut, gomen akan membuat pengumuman melalui Radio Malaya untuk 2 malam berturut-turut selepas warta berita jam 2100. Pengumuman dalam bahasa Inggeris berbunyi: "Will Mr Harold Slocum, last heard of in Singapore in 1954, please get in touch with Police Headquaters?" Ini bermakna gomen bersetuju dengan kandungan surat ketua pengganas (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 286).

Selain berbincang isu ini, mereka mengenang kisah-kisah semasa menentang Jepun. Depa bergebang hingga larut malam.

30 Disember...

Sebelum fajar terbit, Dennis Wombell mengarahkan stand-to dan stand-down selepas fajar terbit. Mereka semua ambil sarapan pagi awal; menu untuk Chin Peng masih nasi dan kari ikan. Seterusnya Dennis Wombell mengarahkan anggotanya untuk mengemas untuk balik ke Kroh. Dia dan anggotanya siap sedia dengan senjata yang mereka sorok dalam kenderaan sebelum ini. Sementara menunggu John Davis mengiringi Chin Peng pergi ke lokasi di pinggir hutan, trup loiter di kawasan tersebut. Keadaan ini dah pasti membuat Chin Peng panik. Mana tidaknya, bila melihat Ketua Platun "...in jungle kit, holding a carbine and carrying, on various parts of my anatomy, a 9mm. pistol, a compass, a belt of carbine ammunition tow hand grenades, and a parang and pointing to the jungle in the direction in which he is about to depart." (Dennis Wombell, op. cit.). Dah le Dennis berpakaian lengkap dengan senjata, ada pula pengendali anjing dengan anjingnya!

Melihat keadaan ini, Chen Tien yang menunggu di pinggiran hutan pun protes. Dia nak trup berundur dari situ dengan alasan tak nak trup tahu laluan yang mereka akan ambil. Mana ada lojik alasan ini. Dalam hutan 1-2 ela pun dah tak nampak. Lagi pula, kedua-dua pihak dah tahu pun laluan yang akan diambil oleh PGK! Dah tentulah protes ini tidak dilayan.

Untuk mengatasi masalah ini, John Davis menawarkan diri untuk mengiringi mereka ke dalam hutan. Tawaran dipersetujui dan mereka pun masuk hutan pada jam 1030 (The Straits Times, 'Choi wui Chin Peng' and exit Reds, 31 Dis 1959, hlm. 1 & 7).  Mereka berjalan lebih kurang 1/4 batu. Sebelum berpisah, Chin Peng  "...thanked me very much and most anxiously pressed his escort on me to see me safely back to our people! It took a lot to persuade him that I was perfectly capable of finding my own way through the jungle foo 1/4 mile!" (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 287). Mereka berjabat tangan dan John Davis mengucapkan 'choi wui, Chin Peng.'

Menurut Dennis Wombell, trupnya menunggu hampir sejam apabila John Davis keluar dari hutan; dia keluar pada jam 1115. Di Gunung Paku ada wartawan menunggu John Davis. Dia ditanya apa yang dia bergebang dengan Chin Peng malam semalam. Jawapannya ialah"We had a casual talk during the night but there nothing to it." Lepas itu dia pun berlepas ke Kroh bersama H. Middleton, OCPD Kuala Kangsar, dan Geoffrey Turner, OCPD Kroh, bersama 2 PPH.  Di Kroh, wartawan dah menunggunya juga. Kali ini dia menyatakan "I need a wash and shave badly."

Selepas itu, John Davis berlepas dengan sebuah helikopter ke Kroh. Dari sana, meneruskan perjalanan ke KL "...for an extensive de-briefing." Komisioner Polis, Claude Fenner pula menghubungi Helen, isteri John Davis di Province Wellesley, memaklumkan bahawa suaminya sempat meraikan sambutan tahun baru 1956. Prihatin bebeno Mat Saleh ini tentang kebajikan kaum mereka!

2 minggu kemudian, John Davis terima surat penghargaan daripada Lt Jen Bourne yang dikepil bersama surat MacGillavray. Kedua-dua mereka mengiktiraf peranan John Davis "...considerable part in making a success of the arrangements." Selain itu, Bourne menyatakan "Thank you particularly for the very special, and by no means unrisky part which you played is meeting Chin Peng in the jungle. I'm glad it went off so smoothly."

Tamatlah penglibatan John Davis dalam Rundingan Baling.

Dennis Wombel pula pergi bercuti seminggu di Hong Kong selepas tugasan ini tamat.

Menurut Chin Peng, mereka tidak terus beredar dari lokasi apabila John Davis berpatah balik. Dia telah menghantar scout untuk menentukan sama ada trup mengekori mereka. Setelah mendapati ketiadaan trup, mereka mengambil keputusan tidak menggunakan laluan hutan sebaliknya melalui kebun getah. Mereka menjangkakan jika PK nak menyerang hendap, ia akan dilakukan di laluan hutan, bukannya dalam kebun getah (C.C.Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 181). Mereka tiba di HQ di sebelah Thailand pada waktu malam hari itu juga. Keesokan hari, dia mengadakan mesyuarat Politburo "...to review what was unquestionably the setback we had suffered at Baling." (Chin Peng, op. cit., hlm. 393)

Yang bestnya, kenyataan inilah yang membuat Dennis Wombell menukil pengalamannya! Dia terbaca ulasan buku Chin Peng mengenai laluan dalam kebun getah dalam akhbar di Australia. Apa lagi, dia pun menyanggah tulisan tersebut. Dia menegaskan "There were no rubber plantations in that area, nor, with John Davis accompanying him did he need to take the precautions he describes, and I can only assume that he has dramatised the situation in an effort to increase his book sales. In fact he departed in an amicable atmosphere of mutual trust on both sides, in the company of John Davis." (Dennis Wombell, op. cit.).

Sekembali dari bercuti, Dennis Wombell diarahkan untuk mengesan laluan PGK. Bila mereka tiba di lokasi penempatan ransum yang dibekalkan kepada PGK pada 28 Dis, dia dapati tak ada petunjuk kehadiran kumpulan besar PGK. Kedua pihak bersetuju jumlah maksima Chin Peng boleh bawa gerilanya ialah 30 orang sahaja. Chin Peng mengesahkan jumlah sebenonya hanyalah 20 orang, termasuk dia dan delegasi ke rundingan. Dennis Wombell mendapati ransum tersebut hampir tidak diusik. Hanya beberap kotak ransum yang dibuka dan barang-barang tertentu sahaja yang diambil. Yang paling banyak diambil ialah beras.

Seterusnya, mereka menjejak laluan sehingga "...at just over a thousand feet, the ground is stony and the vegetation sparse. Tracking in these conditions is almost impossible, and, given that or immediate task was completed we returned to Gunung Paku to be picked up and returned to our base in Kroh."

Tamatlah penglibatan Dennis Wombell dalam Rundingan Baling.

Di Kuala Lumpur...30 Dis 1955

Tunku pergi ke King's House untuk berbincang dengan MacGillivray dan Bourne. Mereka bersetuju untuk membatalkan amnesty dan terma-termanya pada 8 Feb 1956. Seterusnya Tunku mengumumkan melalui Radio Malaya bahawa beliau tiada hasrat untuk bertemu dengan Chin Peng selagi mereka enggan menerima "complete surrender." (The Straits Times, Feb. 8-then WAR to THE END, 31 Dis 1955, hlm. 1).

Seterusnya, beliau menyatakan: "I regret having to resort to his course of action but my Government and my party are convinced that no half measures would ever bring an end to this struggle which has been going on for the last eight year. 

The people are sick and tired of this state of Emergency and the Communist leader has turned down our offer to end this struggle. They indicated that our ideology of peace and goodwill cannot exist side by side with their ideology of violence and hatred.

The war must be intensified until one or the other must give in. It is certain that I will not give in and betray the Malayan people. So the Malayan Communist Party must give in. I have every confidence that the people of Malaya will give their fullest support and co-operation to the action I have take."

Jen Bourne pula mengeluarkan kenyataan: "It is now clear to the whole world that there is no truth in the Malayan Communist Party claim that they are fighting for the independence of Malaya. Chin Peng insists that he is fighting for the Communist ideology, will not give it up and will not surrender.

He thus admits he is fighting against the elected Government of Malaya and I feel sure that the people of Malaya under the leadership of Tengku Abdul Rahman will fight back and help the security forces to finish off the remaining Communist terrorists quickly. I can be done."

Di Baling...

Jam 0830...Seorang Pegawai Turus (Tentera Darat) berlepas dari padang bola Baling ke KL untuk menghantar transkrip hari kedua rundingan.

Jam 1400...Markas Tentera di Baling English School ditutup dan trup mulai beredar. Kehadiran semua anggota gomen meninggalkan Baling pada 31 Dis 1955.  

Bila delegasi semua beredar, wartawan dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat dan juga bilik penginapan. Engkohnya, Chin Peng dan delegasinya tak suka makan makanan Mat Saleh dalam tin yang disediakan dalam bilik penginapan mereka. Ransum tentera terdiri "Irish stew, ham and beef, ginger pudding, sausages and beans"  tidak diusik (The Straits Times, Chin Peng and his killers live in fear of ghosts, 30 Dis 1955, hlm. 9). 

Ini diakui oleh Jaafar Ismail, tukang kebun sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk mengemas bilik delegasi Chin Peng. Dia menyatakan "Selepas rundingan selesai dan kesemuanya telah kembali ke hutan, saya masuk semula ke rumah itu. Saya tengok makanan dalm tin itu langsung tidak diusik, apatah lagi dibuka untuk dimakan.

Macam mana saya susun makanan dalam tin di atas meja itu semalam, macam itulah keadaannya hari ini. Tak tahu dia makan apa." ( Utusan Online, Saya bukan tukang masak Chin Peng, 2 Apr 2016).

Komunis tak ada ugama tapi mereka mempunyai kepercayaan karut (superstition). Memetik laporan akhbar di atas, "Bearing in mind the Chinese superstitious belief of how to scare away ghosts, the Communist hung a mirror high on the wall, directly facing the front entrance and left it there." 

Tapi sebenonya mereka pengotor. Bilik tersebut berselerak. Puntung rokok, kotak rokok, batang mancis dan cebisan kertas bersepak di lantai. Terok betul komunis ni.

Namun, depa tetap keep fit. Mereka menggunakan sepenuh 2 peralatan angkat berat (50 lb) yang disediakan. Kena le fit kalau tidak macam mana nak merentas hutan/gunung-ganang.

Baling pun balik semula dalam keadaan seperti biasa. Semua mereka yang terlibat, askar, polis, telekom dan peralatan meninggalkan bandar ini. Dengan adanya perisitiwa ini, maka terpahatlah Baling dalam sejarah negara ini...


DARI BALING KE KEMERDEKAAN

Chin Peng kata dia nak berdamai tapi bersyarat...

John Davis percaya 'keikhlasannya'...

Apa pula penilaian Psy-Warrior mengenai keikhlasan ini? Betul ke ketua pengganas ini jujur?

Untuk jawapannya...Bersambung...In Syaa Allah.