Pengikut

Rabu, 13 Oktober 2010

Semuanya Sedap

Pembaca...Berikut adalah salah satu coretan Mej Ishak yang pada mula bukan untuk disiarkan.
Setelah beliau membenarkan penyiarannya sepertimana yang dinyatakan di sini, ikutilah  ceritanya 
dalam bentuk 'as is where is'...

Sebenarnya sebelum kami bertempur  pada 25 may 78 tempuh hari (coretan ini)  ada 3 lagi 
peristiwa yang berlaku dalam ops tersebut.

1. semasa membuat rondaan,   for the first time kami di ketemukan the source of a river. dari
 titisan air menitik dari bumi kami jejaki melalui rekatan bumi menyusul anak sungai dan mengalir
 ke  sungai kecil masuk ke sungai Kawi... bak kat kpl Hamid '...Tak pernah saya jumpa macam
 ni  setelah  menjadi askar lebih dari 10 tahun.' Kpl Hamid. original unit 1 Ranger...

2. Ops yang sama....dalam satu rondaan , sampai atas garisan sempadan. Time was about 1315hrs.
nak  balik forward base masih jauh dan nak cross border...tak boleh. At that particular time ,
terlintas dalam kepala otak nak cross juga. so, what I did was. I told the section. I want to cross,
anybody who do not  agree can refuse to go and wait here.. I gave them 20 minutes to think
about the suggestion, I will take the risk. Finally  all agreed. after giving a new battle order we
move  down the ridge  into the valley into thailand, still jungle . After 5 minutes on the move. my
first recce scout gave his signal . "enemy". I came forward  and  what i saw was. an enemy  camp
on the other ridge. automatically the section split into  two. 5 with me  on the left and 6 with kpl Husin
on the right. We assaulted  the camp from two directions top and bottom. No one was there. the enemy
 have gone..We recovered, a broken senapang patah, periok belanga, ubat ubatan and some
green uniform.

Bermalam dalam  camp tersebut, the next morning return to my position at sg. Kawi,
the finding was not reported bcos it was illegal incursion into Thailand. But later my OC knew
about it. Biasa la... ada yang gatai mulut cerita dgn kawan kawan yg berada di LP . 
Company HQ kat Marker INDIA. Actually OC was happy about it. Dia pun just buat tak tau jeee.

3. Again semasa buat rondaan terjumpa lubang jerat musuh... 3 buah jerat di atas sebuah
permatang.. jerat jerat ini  dalam nya 10 ft, luas  about 4x6 . macam kubor. The center jerat ada 
seekor tapir didalam nya.. so, I decided to conduct an ambush on this site. I waited for 6 days and
nites, waiting for the enemy to come. But on the 6 days i fall ill, maklum lah 6hari 5 malam tidor 
dalam hujan hanya pangkal  pokok untuk berteduh. But my troop ada shift.  mereka bergilir gilir masuk ambush position. oleh kerana tak tahan menderita deman . I say, let's  take this tapir home.  I instructed
rjr Johnson to shoot the tapir and rjr Nordin  turun dalam lubang jerat dan sembeleh tapir tersebut. 
Semasa kami sedang memproses tapir yu....the enemy fire one shoot of their M79 or maybe a grenade
and cabut. On the way back I have forhgotten the first lubang jerat....... I missed step and ooops jatuh
dalam lunbang tu. Rasa macam nak pitam. Lutut sangkat kat para yang terdapat dalam lubang tu dan
macam nak nangis sakit nya. Tapi biasalah pegawai mana boleh tunjuk sakit. control hansem. 

Hasil tapir tu kami  jamu selara selama hampir sebulan... pagi tapir, tengah hari tapir, dinner tapir... ..
boleh makan atau tak boleh makan dah tak jadi hal.....sedap.

4. Selepas peristiwa ini baru kami bertempur.
Mej Ishak...Terima kasih.

Selasa, 12 Oktober 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Ketika RTM sibuk memainkan semula lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" dan kerajaan menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, namun demikian terdapat segelintir agensi kerajaan yang masih tidak prihatin terhadap usaha kerajaan. 

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli


Tidak dinafikan perkataan "Kolej Tentera Udara" tersergam di pintu masuk di Jalan Hutan Kampung, Kepala Batas, tetapi pemaparan  "AIR FORCE COLLEGE" lebih menonjol kerana kedudukannya di Jalan Kepala Batas. Persoalannya...Mengapa mesti 'terjemahan' ini? Sungguh sedih sekali, semua warga TUDM dalam Kolej ini adalah rakyat Malaysia sendiri yang sudah pasti mahir menggunakan Bahasa Melayu!!

Ahad, 10 Oktober 2010

Berkibar Dengan Megahnya

Setelah melihat gambar-gambar 'ori' di sini, saya telah meminta kebenaran dari tuan empunya blog untuk saya 'copy & paste' gambar-gambar yang relevan untuk coretan saya. Ini jawapannya...

"Uncle Lee said...Hello Mej (B) Nor Ibrahim, selamat datang, and please....just 'Lee' will do, no need the 'uncle', ha ha...Please go ahead, no problemos with me....but not my pic, *wink*, ha ha.Really nice of you to come by, as well honour me with your visit. 
Terima kaseh.
Please drop by, anytime, you keep well, have a pleasant weekend. Best regards, Lee."

Sebelum Jalur Gemilang boleh berkibar dengan megahnya, negara terpaksa melalului liku-liku perjalanan yang pahit hanya kerana untuk membendung impian seorang insan. Banyak nyawa yang terkorban, cacat anggota, harta benda musnah dan bajet yang sepatutnya disalurkan untuk pembangunan negara terpaksa digunakan bagi menyekat cita-cita beliau dan pengikutnya. Dan...sehingga kini, beliau TETAP dengan pegangan ideologi komunismenya!!

Chin Peng - Leader of The Malayan Communist Party.

Malayan communist soldiers. Actual pic. Taken from old military postings.

Actual picture of a communist camp in deep jungle

Communist attack from ambush point. (Actual pic)
Lee...Terima kasih.