Pembaca...Ini kisah bagaimana platun Lt Ishak membunuh seorang pengganas komunis dan salah seorang anggota beliau WIA dan saya terlibat mengambil casevac dan bodevac pada 26 Mei 1978...
Mission : "search and destroy" Pl 4 telah di perintahkan oleh ketua kompeni major Kamaruddin Mattan untuk membuat satu rondaan tempur sekitar kawasan sg seraya . Perintah di terima melalui radio pada 24 may pada jam 1640hrs. Pl 4 ketika itu beraya di sektor sg. Kawi. sektor sg Seraya dibawah tanggung jawab Pl 5 di ketua itu oleh LtM Lee Hock Sun. ( WIA di kawasan yang sama beberapa bulan kemudian)
saya sendiri mengetuai rondaan itu dengan di bantu oleh Kpl Husin ,L/ kpl Hamid dan L/KPL Alias PGB dan 12 anggota .Mula bergerak daripada Forward base pada jam 0730 pagi Kami dan melintasi mendaki satu banjaran yang memisahkan kawasan T/J sektor sg kawi dan sg seraya. Kami sampai di kawasan yang di arahkan pada jam lebih kuarang 1700hrs dan semasa menbuat tinjauan dekat di kawasan yg di tuju, Lokasi ini di atas permatang, betul betul di atas garisan sempadan Malaysia /Thai ( Border line),.
setelah membuat sedikit battle appreciation dan terus mengatur kedudukan serang hendap. killer gp saya sendiri, right cut off KPl Husin left cut Off Kpl Hamid . dan Lkpl. Alias PGB rear protection. Semasakami sedang mengaturkedudukan hujan panas turun dengan lebatnya. . Hujan berhenti pada kira kira jam 1800Hr.
Musuh memasuki kawasan s/hendap pada jam 1845 dan berlakulah satu pertempuran selama 10-15 minit dan tembakan diberhentikan setelah cuaca gelap. Tiada sebarang pergerakan di lakukan. segala nya terheti i dengan sendirinya. Tak nampak apa, gelap
selasai bertempur di dapati seorang anggota tercedera di siku kiri . Renjer Badrun. Musoh tidak di ketahui . Kami bermalan di tempat yang sama tanpa melakukan lain lain pergerakan kecuali merawat rjr badrun.
Keesokan hari 26 may awal awal at first light kami membuat search and sweep kawasan pertempuran. Hasilnya kami membunuh seoarang musuh, menjumpai barangan persendirian dan sepuchk M15. Kesan kesan darah yang banyak di atas denai denai yang menuju ke Thailand. Di anggarkan 3-5 Musuh telah cedera / terbunuh tapi sempat dilarikan balik ke Thailand. No follow di benarkan kerana mereka melarikan diri ke Thailand.
request for medevac di buat , Oleh kerana kawasan itu terlalu dekat dengan sempadan dan hutan tebal dengan pokok pokok yang terlalu tinggi dan ianaya begitu sukar untuk membuat wincing pt makan kami terus membuat usungan untuk yang WIA dan mayat musuh, bergerak dan mencari lokasi yang sesuai untuk buat w/ Pt.
Kami sampai di tepi sg Seraya baru jumpa kawasan yang sesuai untuk buat W / Pt. dan akhirnya Rjr Badrun dan mayat musuh di winched dan terbang keluar .
Kami bermalam di situ juga dan pada 27 may bergerak semula ke forward base pl 4 dan tiba pada jam 1530hr,
30 May bergerak ke LP/ FSB marker INDIA dan 31 may RTB ke Kem Batu Uban. Penang.
note: 14 MTA
CO Allahyarham Lt KOL Harun Al Rasheed-
OC Major Kamaruddin Mattan
Pengajaran daripada kejadian ini.
Kita boleh menyaksikan sendiri keberanian seseorang , taat setia dan kerjasama memerlukan pengorbanan ketuanya. Lead by example.
I am proud to say I did it.
Untuk makluman, gambar ini diambil oleh Mej Ishak '...taken from my kodak pocket camera ketika resup....it was bulan puasa.....'; caption oleh Mej Swami. Saya sungguh tertarik dengan gambar/caption tersebut sehingga saya berhasrat untuk dijadikan hiasan pada kulit belakang buku saya "coretan xnuripilot", InsyaAllah. Unit terakhir beliau ialah 8 Renjer sebelum mengundur diri dari ATM dan sekarang ini berada di luar negara.
Mej Ishak Bin Mohamad Isa (B)...Terima kasih.
2 ulasan:
salam tuan
i find your blog full of fascinating depictions. also many posts berunsur nasihat, in my opinion. they help to keep one's feet on the ground.
saya bangga melihat veteran seperti tuan terus menyumbang pengalaman albeit not on the battle field.
Saudara noir,
Terima kasih kerana melawat blog saya. Inilah amal jariah saya. Saya harap kita belajar dari sejarah agar tidak mengulangi kesilapan lampau.
Catat Ulasan