Pengikut

Rabu, 23 Februari 2011

PJM

Pada 22 Feb 2011, jam 1354, saya terima satu sms daripada seorang mantan S/Sjn tentang Pingat Jasa Malaysia (PJM). Setelah membacanya, saya pun menghantar e-mel berikut kepada KP JHEV (as is where is).... 

From: nor ibrahim sulaiman ;
To: KP Veteran ;
Cc: Dato' Zahid Hamidi ; Tan Sri Azizan ; S/U Politik ; KSU KEMENTAH ;
Subject: PJM
Sent: Tue, Feb 22, 2011 10:20:45 PM 

Assalamualaikum Dato',

Saya terima sms ini '...Salam tuan sy sdh 2 thn menanti PJM bila ditnya mcm2 alasan yg diberi kebetulan PRK yg ke 16 ini di kerdau yg berdekatan dgn rumah sy. sbbnya kebiasaan bila ada PRK JHEV akan adakan majlis anugerah PJM pd ex  service di area itu dlm ertikata maksud yg tersirat n tersurat dan knp kera dihutan disusukan anak dirmh mati kelaparan sy dah 18 thn pencen  sy mhn jasa baik agar majukan problem ini pd KP atau DS menteri dan lg tentera Komenwel hbs dibaginya vetera  bhs madu sepah dibuang please sir dr  Ssjn (B) Xxxxxxxxxx Xxxx Mentakab Phg.' Saya berharap respons Dato' dapat meyakinkan kepada semua veteran. Apa yang perlu didengar ialah satu 'Jadual' bila mereka akan menerima PJM tersebut, termasuk saya sendiri (410316).

Sementelah bercakap tentang pingat, saya difahamkan yang Ahli Jawatankuasa RAFOC ada berjumpa Dato pada  Jumaat 18 Feb 2011. Saya ada mencadangkan 2 isu dibangkitkan dengan Dato, iaitu elaun untuk penerima JPP, PTU & KPP dan jemputan kepada penerima anugerah tersebut untuk menghadiri Hari Pahlawan. Saya turut memberi senarai kesemua penerima Anugerah Perkasa tersebut kepada RAFOC. Mungkin Dato sedia maklum, saya sudah cuba mempertengahkan sehingga dibawa ke persidangan Parlimen pada 11 Nov 2009 tetapi tidak berhasil. Saya juga telah menghubungi Persatuan Bekas Polis Malaysia dan PBTM agar terus melobi kerajaan. Justeru, adakah isu ini dibincangkan ketika perjumpaan tersebut? Sekiranya ya, apakah keputusannya? Saya bukannya ahli RAFOC dan tidak menerima sebarang respons dari kelab tersebut.

Kerjasama Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Syukur Alhamdulillah, KP masih ada masa untuk melayan mejar pencen ini....

Re: PJM

From:
Zul Mazlan    
View Contact
To:"nibsny@yahoo.com" 
Wednesday, 23 February 2011 10:37:50

Salam YBhg Tuan, terima kasih d atas email tsb. Saya faham sgt dgn isu PJM yg d hdapi oleh para veteran. Utk makluman Tuan, masaalah utama berkaitan isu ini adalah pembekalan stok buah pingat tsb dari pihak JPM. Stok pingat d bekalkan melalui Mk ATM dan sehingga kini masih tidak mencukupi termasuk bilangan utk veteran Commonwealth. D Jhev saya masih ada 4500 veteran dlm senarai menunggu yg masih belum dpt PJM mereka. Masaalah ini d ketahui oleh YB Menteri dan Mindef. Dan Mindef sentiasa berusaha utk mendapatkan pembekalan dari JPM olehkerana ianya adalah pingat persekutuan. Jadi saya harap veteran dpt bersabar sehingga bekalan stok akan dtg d perolehi. Bercakap tentang PJM, adalah menjadi keperluan Mindef agar veteran mendaftar utk mendapatkan PJM tsb. Ini adalah bagi tujuan verifikasi perkhidmatan dan pengesahan tempat tinggal terkini. Pendaftaran blh d buat d semua pej2 Jhev negeri atau melalui lamanweb Jhev.
Bagi veteran SSjn X yg berdekatan dgn Kerdau yg sms Tuan,kalau Tuan blh berikan saya butir2 beliau supaya dpt saya semak pendaftarannya dan usahakan penyerahan pingat tsb. Jika berkesmpatan, mungkin YB menteri juga blh menyampaikan pingat tsb d kerdau. Isu PJM d sampaikan d kawasan pilihanraya hanyalah kebetulan dan mengambil peluang kehadiran Yb Menteri d situ. Dlm keadaan dan ketika yg lain, saya sendiri juga ada menyampaikan nya d tempat2 lain.
Ya betul Tuan, minggu lepas Ajk RAFOC ada mengunjungi saya d ibu pej Jhev. Dan d antara lain perkara yg telah d kemukakan adalah isu JPP,PTU,KPP. Saya tlh menjelaskan dgn agak panjang lebar bahawa Jhev melalui Mindef telah memperjuangkan isu ini dgn begitu gigih sekali. Isu ini d sokong sepenuhnya oleh PAT. Tetapi saperti yg Tuan ketahui JPM masih lagi tidak berganjak dgn pendiriannya mengenai hal ini. Tuan.saya rasa kita bersesama harus terus memperjuangkannya dan melobi agar JPM mengubahkan kedudukan mereka berkaitan dgn perkara tsb.
Dalam hal jemputan menghadiri sambutan Hari Pahlawan, saya setuju dgn cadangan Tuan itu. Malah saya berpandangan bahawa sambutan tsb sepatutnya menjemput SEMUA veteran tidak kira kedudukan/pkt mereka. Malangnya jemputan ke sambutan tsb d kawal dan d tentukan oleh JPM dan Mk ATM dan d atas sbb2 tertentu tidak menjemput semua veteran tetapi mentertibkan had2 tertentu. Walaupun begitu, saya akan mengangkat perkara ini lagi ke pihak atasan agar jemputan ke sambutan tsb akan lbh meluas lagi,insyallah.
Ybhg Tuan, setakat ini shj yg dpt saya jelaskan dlm respons saya kali ini. Harap tuan ambil maklum dan kalau blh berikan nama veteran ssjn x yg tlh sms Tuan tentang PJM. Salam
Zul, KP JHEV
Sent from Yahoo! Mail on Android

Saya telah menghantar e-mel kepada KP setelah mendapat butir-butir pemohon tersebut. Itu saja yang termampu saya lakukan.

Isnin, 21 Februari 2011

Tentatively...

Pembaca...Tentatively, inilah rupa buku yang akan diterbitkan nanti, Insya-Allah...

Muka hadapan...


Muka belakang...


Sebelum anda memberi sebarang komen, saya sendiri tidak puas hati dengan 'font' di muka hadapan....Tak jelas. Tak payah 'border'...memadai dengan 'simple lettering'  saja. Tulisan di kulit belakang pula, juga tak jelas. Kena guna warna merah untuk tulisan. 

Sebarang komen anda sangat dihargai. Macam saya katakan di sini, '...It's literally from my blog translated into a book...that's all. Dari gaya bahasa (talking writing) sehingga susunannya (format), temasuk gambar saya yang terpapar dalam 'profile'.'  Tajuk buku memang tak boleh ditukar kerana sudah didaftar dengan ISBN. 

Ahad, 20 Februari 2011

Dah Terima

Sungguh tak dijangka...asak punya asak untuk menekankan 'a sense of urgency', saya pun terimalah 'Sekapur Sireh' dari Pejabat Menteri Pertahanan semalam, 19 Feb melalui Pos Laju...


Seterusnya, saya hantar pula sms kepada Pak Menteri meminta kebenaran untuk memuatkan gambar beliau di atas documen tersebut. Gambar dicari melalui internet. Jawapannya 'Diizinkan. Saya di Abu Dhabi sekarang'. Manalah saya nak tahu beliau ada di sana. Gambar yang 'nampak' paling 'official' ialah yang terdapat di Wikipedia. Jadi, sms pula pada Polisek. Dia suruh saya hubungi seorang pegawai tertentu. 

Sabtu, 19 Februari 2011

Sekapur Sireh

Walaupun saya bukannya seorang yang terkenal seperti Shahrukh Khan, tapi saya mengenali semua VVIP/VIP dalam Malaysia ini...daripada DYMM SP Yang Di Pertuan Agung, PM, TPM, menteri-menteri sehingga Menteri Besar/Ketua Menteri. Hanya mereka saja tak mengenali saya! Pak Menteri Pertahanan kurang bernasib baik kerana saya telah dapat # telepon beliau. Beliau menjadi  mangsa sms saya untuk mengadu dan mengkritik. Melalui sms jugalah saya telah meluahkan kekecewaan terhadap keputusan gomen tidak meluluskan isu elaun untuk penerima JPP, PTU & KPK. Tapi...saya tidak pernah mengumpat atau memaki hamun.

Saya ada sms kepada beliau memohon agar beliau menulis sepatah-dua sebagai 'Kata Pengantar' untuk buku saya. Respons dia positif. Jadi, sepertimana yang dikehendaki,  melayanglah covering letter, deraf manuskrip dan 'Kata Pengantar'. Klik untuk membacanya.


Menurut Polisek beliau, Pak Menteri telah sign 'Sekapur Sireh'. Saya telah menalipon PA Menteri agar difakskan surat tersebut sebagai bukti. Memang beliau telah sign. Melalui sms kepada Pak Menteri, saya memohon agar staf beliau menghantarkannya melalui kurier kerana surat 'OGS' sekurang-kurang mengambil masa 10 hari berkerja...Itu pun paling cepat. Dari pejabat Menteri di tingkat 5 ke CRDO...beberapa hari; CRDO ke pejabat pos...berapa hari lagi. Saya sms Polisek untuk memberikan # akaun beliau supaya saya kredit caj Pos Laju.

Macam saya katakan di sini, jangan menaruh harapan selagi surat tersebut belum dalam genggaman. Terfikir juga...agaknya Pak  Menteri ni bertanya kepada PAT/PTU siapa sibadut ni yang tak habis-habis kacau dia, menteri pun dia tak kisah. Prinsip saya mudah saja...Tak cuba tak tahu. Kalau berjaya...Syukur Alhamdulillah. Kalau tak...dah tak ada rezeki. 

Khamis, 17 Februari 2011

"Coretan Xnuripilot"

Betul kata saya dalam coretan ini '...(apa pun tak pasti dalam dunia ini melainkan mati)'. Selagi tidak menjadi kenyataan, jangan sama sekali menaruh harapan. Ini yang saya alami sekarang berkaitan dengan penerbitan buku. Sepertimana yang saya coretkan di sini, UKM telah bersetuju untuk menerbitkan buku tersebut. Perancangan ialah buku akan dilancarkan pada 31 Julai 2011 sempena Hari Pahlawan. Salah seorang daripada 2 'Penilai' adalah dari IPTA XXXX dan beliau berminat agar IPTA berkenaan menerbitkannya. Apabila ditanya oleh UKM, saya bersetuju XXXX menerbitkannya kerana ia relevan dengan saya ketika berkhidmat dahulu. Justeru, pergilah saya ke IPTA tersebut pada 20 Disember 2010 untuk berbincang dengan Penerbit.  Menurut beliau, buku saya akan diberi keutamaan kerana ia adalah 'pilot project' dan akan diterbit pada Mac dalam bentuk 'hard cover, glossy paper & coloured photos' dan dilancarkan oleh Pak Menteri. 

Wow...Sungguh teruja dibuatnya sehingga saya tidak kisah apabila diberitahu tiada sebarang imbuhan sebagai 'royalty'. Apa yang akan saya terima hanyalah sejumlah buku. Saya diberitahu buku-buku tersebut akan diedar kepada semua IPTA.  

Alkisah, 3 minggu sudah saya telah menalipon Penerbit XXXX tentang perkembangan mutakhir memandangkan Mac hampir tiba. Lain pula ceritanya...tiada kepastian bila buku saya akan diterbit kerana bukannya satu keutamaan dan, seperti yang biasa didengar, tiada bajet. Beliau menyatakan IPTA memang berhasrat untuk menerbitkannya tapi tak tahu bila.  Sehingga sekarang beliau tidak memberi sebarang respons kepada e-mel saya bertanya bila agaknya buku itu diterbitkan...Tahun ini...Tahun hadapan? Saya sungguh kecewa! Saya telah menghubungi semula UKM bertanyakan sama ada mereka sedia menerbitkan buku tersebut. Menurut pegawai berkenaan, masalah sikit kerana di antara semua IPTA, ada persefahaman bahawa mereka tidak akan menerbit bahan yang telah dirujuk kepada IPTA lain. Justeru, saya dengan rasminya memaklumkan kepada XXXX untuk menarik diri daripada berurusan dengan mereka.

Jadi, fikir punya fikir, saya membuat keputusan untuk menerbitkannya sendiri secara Sdn Bhd.Mulalah mencari sebut harga daripada 3 pencetak. Pencetak di Tanah Merah, Jitra, menawarkan harga yang menarik. Kesemua pencetak memaklumkan saya dikehendaki memohon ISBN sendiri dan 'minimum order' ialah 1K naskah. Edit pun kena sendiri.

Apa yang diperlukan hanyalah menghantar pen drive kepada pencetak. Pada  15 Februari, pencetak menalipon saya untuk berjumpa beliau di pejabatnya. Ada perkara yang perlu dibincangkan. Saya boleh agak apa yang nak dibincangkan. Memang tepat tekaan saya...Tersilap sebut harga! Kena tambah RM1K lagi kerana jumlah muka surat lebih kurang 300, bukannya 200. Beliau memberitahu RM1K ini boleh dibayar apabila buku tersebut sudah dijual...IOUlah. Apa nak dikatakan...setuju sajalah!

Saya telah membuat 'recce' dengan bertanya beberapa outlets untuk menjual buku-buku itu nanti.  Ada satu outlet ambil komisyen 55%; sebuah gerai di Tanah Merah dan kedai buku di Lapangan Terbang Kepala Batas caj 30%. Jawabnya, cuba jual melalui blog/facebook dan kawan-kawan sahajalah.

Pembaca...Biarlah saya berterus terang. Janganlah ada 'high expectations' terhadap buku ini. Apa yang anda baca dalam blog saya....itulah apa yang terkandung dalam buku tersebut. It's literally from my blog translated into a book...that's all. Dari gaya bahasa (talking writing) sehingga susunannya (format), temasuk gambar saya yang terpapar dalam 'profile'.Sementelah saya sendiri yang akan menerbitkannya, biarlah saya lakukan 'My Way'. Justeru, tajuk dan gambar di muka kulitnya kembali kepada yang asal ini.

Ini contoh deraf untuk 'proof-read'...
Untuk mengurangkan kos, tak ada 'frills' dan gambar berwarna hanya lebih kurang 5-6 keping sahaja. Pelancaran?  Jangan melawaklah tapi kalau ada sesiapa yang sudi menajanya, Syukur Alhamdulillah...Hanya terima kasih saja yang mampu saya ucapkan. Buku ini dijangka siap dicetak pada awal atau pertengahan Mac nanti, Insya-Allah.  

Pembaca...Tanpa berselindung, saya sudah terangkan kandungan "Coretan Xnuripilot". Terpulanglah kepada anda sekiranya masih mahu membelinya kerana saya tidak terniat untuk 'kelentong' sesiapa bagi melariskan buku ini. Terima kasih.

PS: 2-3 hari kebelakangan ini, akhbar melaporkan ada pihak mempersoalkan mengapa arwah Leftenan Adnan tidak dianugerahkan dengan Darjah Perkasa. Saya telah menghantar sms kepada seorang Ahli Parlimen mencadangkan agar beliau membawa perkara ini dan juga pahlawan-pahlawan Bukit Kepong (di sini) ke persidangan Parlimen Mac nanti. Harap-harap beliau tidak menghampakan saya, Insya-Allah. Mengapa wira-wira ini dipinggirkan?

Selasa, 15 Februari 2011

Ops Piramid

Dah lama tak dengar berita dari Mejar Ishak. Tut...Tut terima emel berikut (tanpa edit). Secara sukarela beliau telah  terlibat dalam 'Ops Piramid'....

From: ishak isa 
To: majorNor sulaiman 
Sent: Sunday, 13 February 2011 6:11:14
Subject: ops piramid


Dunia dah tau President Hosni Mubarak dah resign....
Revolusi Mesir dah selesai hanya menunggu apa kah pembaharuan yg akan terjadi.

kali ini nak cerita apa yang saya buat semasa berlakunya revolusi ini....

1.  Menjadi sukarelawan  bertugas dalam bilik gerakan yg terletak di tingkat 4 bangunan kedutaan besar Malaysia Kaherah (KBMK)di Mohandessine. KBMK jaraknya kira kira 150 meter dari kediaman kami dan 3km dari Medan Tahrir.

2.Tugas utama menjawab segala pertanyaan dan menyampaikan maklumat kepada  semua pihak termasuk , ibu bapa , pelajar, POTU, Pusat Operasi Armada TLDM ., Lumut dan macam macam......................dan bersedia untuk kena marah, kena  arah, kena kecam, dan ada yg ajar apa yg patut saya buat untuk selamatkan anak anak mereka....... Yang paling saya sedih apabila ada ibu bapa yang marahkan kami kerana beri makan anak mereka makan yg tak sedap...........dan ada anak anak  orang orang yg berada yg terkandas di Airport marah wakil kami kerana beri mereka makan roti dan bukan nya nasi lemak...............sebenar mereka ini dah ada tiket untuk balik ke malaysia  atau pergi holiday  ke Europe. they are not in the evacuation list.......emak bapak depa ni lah yg paling mengada ngada........sombong dan ...................................They have forgotten it was emergency....dalam keadaan kecemasan pun depa mau anak depa di layan seperti biasa...aparaaaaa.

3.Yang hendak di evacuate, majoriti  nya anak anak orang biasa biasa je...so, depa  ikut kita punya arahan  yang di sampaikan melalui wakil pelajar dan pegawai rumah negeri yg berada di Cairo dan Iskandariah.

4. Last Friday 11, Feb  tidak lagi bertugas dan menjalankan kehidupan  seperti biasa.........

5. Ops Piramid ini juga memperlihatkan kelemahan pentadbiran pihak berwajib di kaherah dan juga sikap pegawai yg bertugas di sini.........blaming each other on simple things and personal grievences menjadi isu besar dan accountability kurang.....Pihak pihak  yg datang  dari malaysia  lebih banyak menggangu dari membantu......................................

Walau bagaimanapun,  semuanya dah selesai , I am glad that I was one of them who make Ops Piramid a success.....................

major Ishak in cairo

Beliau turut menghantar gambar-gambar berikut....




tank yg mengawal  stesyen Radio & TV  Mesir.........tarikh 13 Feb 2011


Tentang kelang-kabut yang dihadapi...Biasalah tu. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia yang melakukan 'massive evacuation' rakyat dari luar negara balik ke Malaysia. Saya percaya mungkin kita tiada 'contingency plans' untuk operasi sebegini. Pasal kerenah mak-bapak tu....sehingga tak terkata!

Mejar Ishak...Syabas terhadap keprihatinan anda sedia membantu rakyat Malaysia tercinta ini  dan terima kasih....MALAYSIA BOLEH.

Ahad, 13 Februari 2011

Tunggu & Lihat

Masih cerita pasal lanun.  7 orang 'Tetamu Negara' telah didakwa di mana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati mandotari.


Saya tak berhasrat untuk memberi sebarang pandangan kerana mereka sudah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan nanti. Terpulang kepada anda semua membuat rumusan. Mungkin komen di sini boleh dijadikan asas.  Kita tunggu sajalah keputusannya nanti, Insya-Allah.