Followers

Thursday, October 7, 2010

Penerbitan Buku...Langkah Ke2

3 Oktober 2010...Saya dan keluarga telah bertolak ke KL. Sebelum itu terpaksa pergi ke Gurney Plaza, Pulau Pinang. Saya memakir kereta di 'basement' kompleks membeli belah tersebut. Ketika memasukkan tiket untuk keluar, mesin tidak dapat menerimanya dengan alasan 'Ticket is invalid'. Apa maksudnya? Setelah cuba beberapa kali mencuba, jawapannya masih sama. Saya pun bertanya kepada seorang perempuan yang berada di sebuah lagi mesin tentang masalah yang dihadapi. Beliau menyatakan bahawa saya kena bayar di hotel kerana saya telah memasuki tempat parkir melalui The Gurney Resort Hotel. Seterusnya saya bertanya, di mana hotel? "You don't know? Where are your from?"...Sungguh kurang sopan! Jawab saya "...I'm not a Penangite". Barulah beliau menunjuk arah ke hotel. Agaknya kalau saya kata 'Jitra', mungkin respons beliau...'No wonder'. 

Hai, orang dari 'hill-billy' ulu Jitraq nak pi ke KL. Bawalah apa yang patut untuk orang bandar raya seperti pokok buah nona. Mana nak cari pokok buah ni di sana. Mungkin ramai golongan  remaja yang tidak tahu atau terdengar buah nona. Kami bermalam di rumah ibu saudara isteri saya di Bayu Lake, Mantin (berhadapan dengan Staffield Golf Club). 

Terlupa nak beritahu mengapa saya pergi ke KL. Pusat Penerbitan Dan Percetakan (PPP), UKM, memaklumkan bahawa manuskrip saya ada merit untuk diterbitkan oleh IPTA tersebut. Namun demikian, mereka mahu berbincang beberapa perkara. Saya mencadangkan jam 1000 pada 4 September untuk temu janji. Bagi mengelak sesakan jalan raya, saya telah mengguna jalan kampung -Kpg Jalan Enam Kaki - yang membawa terus ke UKM. Pada pertemuan dengan Ketua PPP dan 2 orang pegawai beliau pada hari tersebut, Prof memaklumkan mereka bersetuju untuk menerbitkan buku ini. Menurut beliau, ketika ini banyak buku terdapat di pasaran yang melongjakkan nama-nama besar anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Buku-buku tentang pengorbanan anggota tentera sangat berkurangan. Kebanjiran buku yang mendewakan mantan pengganas komunis perlu diimbangkan. Ini adalah satu faktor kenapa terdapat ramai golongan muda yang menganggap anggota-anggota PKM adalah wira negara.

Masalah tentang manuskrip saya ialah gaya penulisannya. Anda sudah pasti sedia maklum, gaya tulisan saya ialah 'menulis bercakap (talking writing)'...terlampau 'informal'. Ini sudah pasti tidak memenuhi kriteria sebuah IPTA. Mereka mencadangkan saya menulis semula dalam bentuk 'buku', malah Prof telah bermurah hati menghadiah buku ini untuk dijadikan sebagai panduan.

Mengikut perancangan, mereka berhasrat untuk melancarkan buku tersebut pada 31 Julai 2011 sempena Hari Pahlawan. Justeru, mereka mahukan saya menyiapkan manuskrip baru dan datang ke UKM pada minggu pertama Disember ini...bermakna saya hanya ada 2 bulan sahaja lagi. Ini masalah besar bagi saya...Saya bukannya seorang penulis. Prinsip penulisan saya ialah 'A, B & C' - Accurate, Brief & Clear'...Short & Sharp! How I wish they accept it 'as is where is'...edit sikit-sikit tu...biasalah! 

Saya juga diberitahu, UPNM turut berminat untuk menerbit buku ini. Sungguh terharu dibuatnya apabila mendengar berita macam ini...He...He...He.

Tak apalah, saya akan cuba memenuhi keperluan ini sekiranya tiada pilihan lain, InsyaAllah. Saya masih berpegang...kalau tak cuba, mana nak tahu. Dengan itu, saya terpaksalah 'slow down' sikit penulisan coretan. Diharap pembaca sudi e-melkan pengalaman untuk dikongsi bersama bagi mengisi kekosongan ini.

11 comments:

abu muaz said...

Salam tuan. Sudah ada orang yang sudi mendengar rintihan tuan. Tahniah.

Selagi hidup selagi melawan.

Waktu pelancarannya nanti janganlah lupa ajak saya .

Anonymous said...

AGI IDUP AGI NGELABAN

selagi hidup,
selagi itu sedia berjuang

masa join 501 AW,nak masuk kem utk latihan, itulah yg tertulis kat pintu gerbang Kem Majidee

DR Bubbles said...

Salam Mejar Nor,

Sekiranya Mejar berminat untuk terus menulis buku berkaitan selepas ini, Mejar boleh menyertai kursus penulisan PTS secara percuma pada setiap hari Ahad di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Butirannya di sini: www.universitipts.com

Ramai yang datang. Tua dan muda. Ada yang datang naik bas sejauh dari Perlis dan JB. Dari Jitra ke KL tidaklah jauh sangat. Hehehe!

Antara kursus yang menarik adalah Kursus KJ Method (membolehkan menulis 5 buku serentak dan sesuai untuk orang yang sibuk), Kursus Teknik Surah Yusuf, dan lain-lain.

Saya sering ke sana pada hari Ahad untuk belajar ilmu baru dan sedang menulis buku.

Benar, buku-buku sejarah militer amat kurang.Mejar punyai kelebihan pengalaman dan pengkaji yant teliti dan bakat menulis! Saya suka jika Mejar tidak sekadar menulis sebuah buku sahaja dengan pihak UKM dan akan menulis buku-buku lain.

FMZam said...

Salam tuan dan tuan2 semua,

Masalahnya orang kita terlalu dogma dengan cara penulisan maka pada mereka2 ini gaya "talking writing" atau menulis bercakap itu tidak ikut perinsip penulisan novel, padahal novel2 Melayu yang berlambak tak laku di pasaran itu jugalah yang guna penulisan berperinsip sampai kita semua jemu nak baca cara dan gaya penulisan itu. Apa salahnya ditonjolkan pula cara penulisan "talking writing" yang ada kelainannya, tak berani ke orang2 kita nak mencuba?

Masalahnya ialah bila kita minta sponsor dan orang yang nak sponsor itulah yang meletakkan kita dibawah belas kasihan dia dan kita mesti ikut syarat dan cakap dia. Kalau benar ada keikhlasan, sponsor tu sepatutnya sedar bahawa Mejar NIBS sudah sediakan bahan2nya, maka dia sepatutnyalah teruskan dari apa yang Mejar NIBS dah siapkan untuk penerbitan sebuah novel yang ada kepentingan untuk negara. Kalau semua nak disiapkan oleh Mejar NIBS dan mereka hanya lakukan kerja senang (effortlessly) hanya mencetak sahaja atas nama SPONSORSHIP, itu saya pun boleh jadi Ketua PPP atau Ketua UPNM atau mana2 ketua yang macam Red Indian Chief. Inilah mentaliti orang kita, semua nak disuap kedalam tembolok baru telan, mentang2lah Mejar NIBS mengemis ikhsan mereka. Betullah mereka2 ni semua BODOH, orang yang pandai pasti akan ambil peluang dari bahan2 yang sudah disediakan oleh Mejar NIBS dan berkata, "OK Major NIBS, you can rest now and leave the rest to us!". Mereka2 ni semua jadi ketua tapi langsung TAK ADA INISIATIF!

Kalau sekarang mejar NIBS nak belajar menulis novel, sampai bila pulak nak siapkan skrip baru? Inilah yang dikatakan sebelum dapat atasi musuh kena atasi halangan Jerangkap Samar dulu. Mentaliti mereka2 inilah yang menjadi Jerangkap Samar kepada usaha Mejar NIBS. Nampaknya JS memang merupakan satu DEMORALISING FACTOR dalam hidup orang2 Melayu bila mentaliti kita tak ada bezanya dengan mentaliti musuh.

flyhigh said...

PI,

Kalau habaq kat depa tu Jitra, bukan depa kata no wonder. Depa tanya Di mana tu? ;-)

Sesetengah orang tu tau depa punya city saja. I find banyak orang especially kat KL ni tak tau tempat in their own country. To them, Malaysia is only Penang/PJ.

Kampong_Boy said...

PI,

Kalau habaq kat depa tu Jitra, bukan depa kata no wonder. Depa tanya Di mana tu? ;-)

Sesetengah orang tu tau depa punya city saja. I find banyak orang especially kat KL ni tak tau tempat in their own country. To them, Malaysia is only Penang/PJ.

Anonymous said...

nor,

...just write from your heart !. Your style of writing is indeed very interesting and real.
...and for once, i do agree with that oldman ! eerrmmm.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Setuju benar dgn FMZam tu....kalau depa letak syarat gitu kita cari sponsor lain ..UPNM boleh try kot?

ironhorse said...

biarlah nak talking writing ke ape ke..

IPTA itu jugak yg antara terawal menerbitkan memoir Rejimen ke 10 PKM, sebelum dibanjirkan oleh SIRD

jangan lupa hal tu, sekarang nak keluar buku dari pihak ATM susah plak

jimio said...

salam tuan,

Diharap kemunculan buku tuan akan mewarnai minda masyarakat kita betapa pentingnya nilai sebuah sejarah dan pengorbanan...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih. Ketika ini sibuk sikitlah nak mengolah semula coretan. Dah hantar draf manuskrip kepada penerbit lain untuk komen.