Pengikut

Isnin, 27 Februari 2012

My Dream Bike

25 Feb 2012....After a disastrous 9-hole Monthly Medal at Royal Kedah Club (RKC), I drove to Darulaman Theme Park to see this 'Kedah Bike Week' before  going home. One thing good about RKC is that the golf committee takes into consideration the senior golfers. Those 60 and above are given the option either to play 9 holes or 18 holes in all club-organised competitions. I opted for 9 holes since my standard is now.....so....so lah.

I thought with my newly acquired 'AdamsGolf SpeedLine 4G Ultra-Lite' driver through e-bay, it would surely make me the champ in all competitions. And free nescafe at the expense of my daily members....He...He....He. But it is not to be. The reality of life is that I can't even play to my handicap. My score was 14 stableford points over 9 holes!! The champ was 17 points.  Come to think of it, why should I be hard on myself as long as I enjoy the company of my friends and for the sake of exercise. And, moreover, that's the standard of my game all these years...He...He...He.

Now, back to the Bike Week....

Rows of 'super' bikes

I long to ride on these super bikes. My dream bike is nothing less than the famous Harley Davidson but I've to delete this desire for a simple reason...there is no authorised workshop to maintain it in Kedah. So do Ducati, BMW, Triumph, and other European models. The real reason is that I don't  have the extra 'loose change' of RM100k & above to spare. He...He...He.

Range of BMWs: RM80K - RM129K

The only bike that I had once owned was a Honda 70, CJ 1648, which I bought in the early 70's at Kuantan. I sold it a few years back for RM300. You know how much it costs now? Believe it or not....RM3K-RM4K...Wow!!! By the way, there was not a single Harley at the show. What do you expect in Jitra.

But, I was attracted to this Kawasaki, a reproduction, with a new technology incorporated...

Kawasaki W805 ~RM50K

Now, the problem is that I'm only a B1 licence holder, meaning, I'm eligible to ride on a 500cc and below only. Neither am I interested to sit for a test all over again. So, forget this Kawasaki since it is powered by a 800cc engine. So, the next alternative is an old but established brand....

Royal Enfield 500 Classic

I read an article on this bike in the New Sunday Times 2 weeks ago. 'The Big Bike Shop' is the sole importer of this India-made bikes. They import 'Classic' 350cc and 500cc (click here). The price ranges from RM30k-RM40k, depending on cc and colour. Out of curiosity, I called the outlet at Puchong. For 350cc, it is less than RM30k. The limiting factor is that it is currently available only in Puchong. If they have outlets in this part of the country, I would love to test drive it. Test drive....cukuplah. He....He...He.

Ahad, 26 Februari 2012

Jawapan DBP

Setelah beberapa bulan menanti respons kepada surat saya diposkan di sini, akhirnya pada 25 Feb 2011, saya terima jawapan rasmi daripada DBP bertarikh 8 Feb 2011......

Sepertimana yang dicatatkan dalam posting tersebut, saya dah menduga bahawa kemungkinan besar responsnya tidak memberangsangkan.  Memang tepat sekali jangkaan saya itu. Masin betul mulut saya ni! Sebelum penerimaan surat di atas, saya telah menghubungi 1-2 pegawai berkaitan untuk mengetahui kedudukan permohonan saya. Persoalan yang dikemukakan ialah apakah yang dimaksud 'penambahbaikan'? Adakah tatabahasa perlu diperbetulkan? Kalau itu, bukankah DBP pakar bahasa dan mereka boleh menyuntingkannya. Atau jalan ceritanya?
Menurut 'contact person' yang tercatat dalam surat di atas, beliau hanya akan mengetahui maksud penambahbaikan apabila menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan. Beliau tidak mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Jadi, tunggulah sehingga beliau kembali daripada menunai umrah pada penghujung Mac nanti. Mungkin masa itu minit mesyuarat sudah diedarkan kepada beliau, wallahualam. 

Apa pun keputusannya, saya tetap bersyukur kepada Ilahi kerana telah berjaya mencetak 2000 naskah buku itu. Kalau ada rezeki...Syukur Alhamdulillah. Kalau tiada...Apa nak dikatakan tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah mencuba. 

Para pembeli buku saya, anggaplah ia 'Limited Edition'. Bagi mereka yang tidak berkesempatan membeli tapi minat membacanya, pergilah ke Perpustakaan Awam di seluruh negara. 

Jumaat, 24 Februari 2012

Kolokium Sejarah Malaysia

Kalaulah saya berada di KL esok, 25/2, dan tiada aral melintang, sudah pasti saya akan meluangkan masa untuk menghadiri Kolokium Sejarah Malaysia yang akan berlangsung di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya, insyaAllah.... 


Saya tak akan melepaskan peluang untuk mendengar cerita daripada OCPD Pagoh, Datuk Seri J.J. Raj, tentang wira-wira 'Alamo Malaya' yang turut saya poskan di sini sini & di sini....Eh...Eh...Eh...Banyaknya 'di sini'!

Anda bagaimana?

Selasa, 21 Februari 2012

Kehidupan Berkualiti

Sapa-sapa ada membaca artikel 'Live to a healthy 90, but how?' dalam NEW SUNDAY TIMES, 19/2/2012, di bawah SUNDAY SPOTLIGHT, ms 16? Pada mereka yang berminat, boleh baca di siniApa yang menarik perhatian saya ialah pandangan Prof Madya Nathan Vytialingam, pengerusi Malaysian Healthy Ageing Society, antara lain menyentuh faktor untuk hidup dengan lebih sihat '.....Studies carried out among the elderly people in Hong Kong have shown that looking at old photographs and talking about the past are beneficial in increasing quality of life'.

Bior bebeno...Baru sekarang saya tahu bahawa apa yang saya tulis disertai dengan gambar-gambar  engkohnya boleh menyumbang kepada  'in increasing quality of life' saya dan mungkin juga para pembaca....Syukur Alhamdulillah. 

Untuk menambahkan lagi kualiti kehidupan ini, saya paparkan gambar yang saya terima daripada Saudara Ahmad Damanhuri. Beliau bertanyakan lokasi pendaratan Nuri dalam gambar berikut....


Ini memang gambar lama. Kalau tak silap saya, si burung Nuri ini mendarat di KEMENTAH di awal 70'an. Padang di atas adalah tapak bangunan WISMA PERTAHANAN  sekarang ini. Bangunan zink di sebelah kanan ialah kedai tukang jahit dan tukang kasut. Saya masih ingat menempah sepasang 'combat boot' di situ. Bangunan zink di sebelah kiri pula diganti dengan bangunan Perpustakaan ATM sekarang ini. 

Saya pasti mesti ada VVIP membuat lawatan rasmi ke KEMENTAH kerana warga tentera memakai No1 Dress.

Ini pula gambar Alouette 111....

Alouette Di Fort Kemar

Saya percaya gambar di atas banyak membawa kenangan kepada para veteran daripada PPH dan Senoi Praaq. 'Cepung' ini memang tidak asing bagi mereka. Nuri jarang mendarat di Pos ini. Saya masih ingat berhenti di Pos ini untuk makan tengah hari berlaukkan kari daging rangsum dan telor dardar...Best!!

Kini....Semuanya hanya tinggal dalam kenangan.

Saudara Ahmad Damanhuri...Terima kasih.

Ahad, 19 Februari 2012

Berwaspadalah...

Saya telah e-melkan coretan ini kepada CIMB. Berikut adalah jawapannya rasminya....

From: CIMB Clicks
To: nibsny@yahoo.com
Sent: Friday, 17 February 2012 3:50 PM
Subject: RE: Jottings of Xnuripilot:AWAS/AMARAN

Dear Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman,

Thank you for your e-mail dated 19 January 2012.

Firstly, we would like to sincerely apologize for the delay in replying your e-mail as we are facing technical glitch with our system. 

In reference to your feedback we wish to inform that we have forwarded this message to relevant department for further action.

Further to this we would also advise that, if you receive suspicious email/SMS/phone call that request you to reveal your personal particulars, account information or to access internet banking via link provided in the email, please ignore they are not from the bank. These related phishing/scam as the contents and contact info are absolutely not related to CIMB Bank Berhad and is aimed to get your sensitive information for fraudulent purposes. 

If your are a CIMBClicks user, to access the website always enter the correct URL directly in your browser window, or via your saved list of favourite website addresses. The correct URL for CIMBClicks is :  www.cimbclicks.com.my and if you receive this spam email continuously, we would advise you to log a block request to your email hosting administrator.

In the meantime, if you have entered personal particulars/account information after clicking on the link in the email or suspect any fraudulent behavior in your account, please call our CIMB Bank Call Center immediately for further action. We also wish to inform that, we have displayed the phishing URL and images via www.cimbclicks.com.my for our customers reference and you just need to click at option Stay Safe Online" for more information. 

We value your concern on this matter and appreciate your kind cooperation.

For any other queries, please do not hesitate to contact our CIMB Bank Call Centre at 1 300 880 900 or +603 - 2295 6100 between 7.00am to 11.00pm (Malaysia hours) daily, including public holidays for further assistance and information.

Best Regards.

Remy
CIMBClicks
Para Pembaca Yang Dihormati...Berwaspadalah apabila terima e-mel yang kononnya dari bank. 

Khamis, 16 Februari 2012

Untuk MST

Akhirnya, tersiarlah jawapan rasmi JPM kepada surat MENUNGGU SAMPAI TUA (MST) (di siniyang telah disiarkan dalam coretan di sini
Sebenarnya, sebelum respons di atas disiarkan, saya menerima e-mel berikut, bersama kembaran surat kepada Utusan Malaysia, yang pada saya, tiada kena mengena dengan saya. Kemungkinan besar sipengirim mengandaikan bahawa sayalah MST, Wallahualam...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa, surat tuan kepada Utusan Malaysia pada 27 Januari 2012, yang bertajuk “PENERIMA PINGAT JPP INGINKAN KEPASTIAN”  telahpun disediakan maklumbalasnya oleh pihak BIUPA dan dikemukakan kepada Utusan Malaysia pada 31 Januari 2012 untuk dipaparkan [salinan e-mel adalah dilampirkan]. Maklum balas ini telah disahkan diterima oleh pihak Utusan Malaysia, namun demikian tarikh paparannya bergantung kepada pihak Editorial media tersebut.

3.      Untuk makluman tuan juga, selain daripada mengemukakan maklumbalas kepada Utusan, kami turut memuatnaikkannya ke BERNAMA online untuk bacaan umum dan makluman pihak media lain, serta memuatnaikkan ke Laman Web PAJPM di www.pajpm.gov.my.

4.      Bersama-sama ini kami kemukakan kepada tuan Maklum Balas Rasmi yang telah disediakan bagi makluman bersama. Perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.


Terima kasih.
“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

NALIZA FAHRO ROZI
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PERDANA MENTERI

( 03 – 8872 3438 6 03 – 8888 3106 * naliza@pajpm.gov.my  
Save a tree...please do not print this e-mail unless absolutely necessary.

Jawabnya, kenalah mejar pencen ini membuat penjelasan dengan melayangkan emel berikut kepada Puan Naliza pada hari yang sama...

Waalaikumussalam,

Terima kasih. Untuk makluman puan, 'MENUNGGU SAMPAI TUA' yang disiarkan dalam Forum UM bukannya saya. Ia tiada kena mengena dengan saya: persamaan hanya kami masih menunggu Elaun Kenangan.

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Selasa, 14 Februari 2012

Terkenang Semasa Dulu

Saya terima gambar ini melalui facebook Lt Kol Mohd Affendi TUDM (B)...

Bergambar dengan jurulatih sebelum berakhirnya kursus penerbangan - Sekitar April 1974
Duduk dari kiri: Arwah Lt Abd Jalil, Lt Sawaludin, Plt Offr Zulkifli, Kapt Nor Ibrahim, Lt Ismail, Lt Mohd Affendi
Berdiri dari kiri: Lt James Chong, Capt J. Grimes, Capt ????, Capt ????, Capt ????, arwah Capt Nasir Ma Lee, Lt Darby

(Tiada dalam gambar: Mendiang Kapt Thiagarajah. Sesiapa yang sudi 'touch-up'kan gambar di atas sangat dihargai).

Gambar peserta ketika malapor diri di SEA Helicopters - Sekitar September 1973 (Siaran ulangan - ihsan Mej Sawaludin) 
Berdiri dari kiri: Arwah Lt Khalil, Plt Offr Zulkifli, Plt Offr Osman, Lt Mohd Affendi, Lt Sawaludin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt Darby
Depan dari kiri: Mendiang Kapt Thiagarajah, Kapt Nor Ibrahim, Lt James Chong, Kapt Yassin 

Lt Kol Mohd Affendi TUDM (B)...Terima kasih.

Catatan: Gambar-gambar di atas setelah di'touch-up' oleh Saudara Shaharom Ahmad pada 16/2/2012. Untuk itu, Terima kasih Saudara Shaharom.

Ahad, 12 Februari 2012

Dari Album XPegawai Memerintah - Bhg 3

Sambungan daripada coretan ini...

Lawatan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,  ke Pangkalan TUDM Butterworth pada 1 Ogos 1975

Tuanku diperkenalkan kepada Lt Kol (U) Fauzi, Pegawai Memerintah, diiringi oleh AVM Dato' Sulaiman Sujak, PTU

Tuanku bersalaman dengan Puan Rafeah, isteri Pegawai Memerintah

Tuanku bersama wira-wira No 12 Skuadron
Masih ada lagi....

Khamis, 9 Februari 2012

Elaun Kenangan...TAMAT

Kepada 'MENUNGGU SAMPAI TUA (MST)' dalam coretan di sini dan mereka yang berkepentingan, jika terbaca coretan ini, berikut adalah jawapan rasmi daripada JPM yang diselaraskan....(Sehingga kini saya tidak nampak jawapan ini dalam kolum 'Forum' Utusan Malaysia).

From: Datuk Othman Bin Haji Mahmood 
To: "nor ibrahim sulaiman (nibsny@yahoo.com)" 
Cc: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan ; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim ; Hasnah Binti Haji Salleh 
Sent: Wednesday, 1 February 2012 10:29 PM
Subject: ELAUN KENANGAN 

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh, 

Tuan Mejar Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B), 

Dengan hormatnya, saya mohon merujuk kepada pertanyaan tuan berhubung pemberian Elaun Kenangan kepada penerima Jasa Perkasa Persekutuan dan Pingat Tentera Udara  dan   seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, elaun kenangan kepada penerima pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) dan Pingat Tentera Udara (PTU) telah diluluskan oleh Kerajaan pada bulan Julai 2011 dan tarikh penguatkuasaan  pembayaran elaun tersebut ialah pada 1 Julai 2011. 

2. Bagi membolehkan bayaran itu dibuat  dan dilaksanakan suatu akta perlu digubal dan dalam hubungan ini, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara dalam proses akhir gubalan dan perincian ke atas rang undang-undang bagi mewujudkan Akta Elaun Kenangan Jasa Perkasa Persekutuan dan Akta Elaun Kenangan Pingat Tentera Udara. 

3.  Kedua-dua rang undang-undang ini dijadual untuk dibentangkan bagi mendapat kelulusan Parlimen pada bulan Mac 2012, iaitu tarikh terhampir Parlimen bersidang (Pembukaan Sidang Parlimen ialah pada 12 Mac 2012). Pembayaran elaun kenangan ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Parlimen meluluskan Rang Undang-undang tersebut dengan tunggakan mengikut tarikh kuatkuasa Akta ini (1 Julai 2011). 

4. Pihak kerajaan amat perihatian dengan masalah yang dihadapi oleh pihak tuan dan anggota yang terlibat dan dalam hal ini saya akan memantau dan memastikan supaya bayaran ini dibuat sebaik sahaja akta ini di luluskan serta persediaan bagi keperluan dokumentasi akan dibuat lebih awal. Pihak tuan akan dihubungi sekiranya terdapat maklumat terbaharu mengenai pekara ini dan tuan juga boleh menghubungi saya ditalian 019 3563635 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenainya. 

5. Saya berharap tuan berpuas hati dengan penjelasan ini dan sekali lagi saya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. 

Terima kasih. 
 "Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang" 
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti" 

OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD 
1 Februari 2012 
( 03 – 887 21800 | 6 03 – 8888  3834 | * othmanm@pajpm.gov.my

Kalau tak silap saya, YAB PM mengumumkan pemberian Elaun Kenangan tersebut berkuatkuasa awal 2009. MST juga menyebut 2009 dalam surat beliau. Untuk mendapat pengesahan, melayanglah e-mel ini....

From: nor ibrahim sulaiman [mailto:nibsny@yahoo.com] 
Sent: Thursday, 2 February, 2012 10:03 AM
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Cc: YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim; Hasnah Binti Haji Salleh; Tan Sri PAT; Dato Latt Shariman
Subject: Re: ELAUN KENANGAN

Waalaikumussalam Datuk,

Saya sungguh menghargai kesedian Datuk memberi respons walaupun di waktu cuti umum sempena Hari Wilayah. Untuk itu, TERIMA KASIH.  Juga, terima kasih di atas penjelasan terperinci terhadap perkembangan isu yang dibangkitkan oleh saya dan juga 'MENUNGGU SAMPAI TUA (MST)'. Saya terharu dengan jaminan Datuk  '....saya akan memantau dan memastikan supaya bayaran ini dibuat sebaik sahaja akta ini di luluskan serta persediaan bagi keperluan dokumentasi akan dibuat lebih awal.'
Namun demikian, saya perhatikan terdapat percanggahan terhadap BILA elaun tersebut dikuatkuasakan. Apa yang saya difahamkan, YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa mulai 2009. Saya dan juga MST pasti tidak memetik angka tersebut dari 'thin air' begitu sahaja! Kami berlandaskan apa yang diumum oleh beliau (YAB PM) pada 30 Julai 2011 di Port Dickson.

Saya harap pihak Datuk dapat mempastikan BILA sebenarnya tarikh/bulan/tahun yang dimaksudkan. Tanpa sebarang penjelasan, saya mempunyai persepsi negatif bahawa pihak pelaksana tidak menepati apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai yang akan kecewa. Mungkin insiden SBPA boleh dijadikan iktibar yang perlaksanaannya terpaksa ditangguh.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Datuk selanjutnya. Saya harap e-mel ini akan mennoktahkan perjuangan saya selama 3 tahun. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Respons Datuk Othman pada hari yang yang sama, 2 Feb 2012...

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh, 

Tuan, 

Sukacita saya merujuk kepada pertanyaan tuan seperti email dibawah dan setelah semakan terperinci dibuat oleh pihak JPM , pemberian Elaun Kenangan yang telah diputuskan oleh Kerajaan adalah  mulai 1 Julai 2011. 

Untuk makluman tuan jua dan terima kasih. 

 "Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang" 
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti" 

OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD 
2 Februari 2012 
( 03 – 887 21800 | 6 03 – 8888  3834 | * othmanm@pajpm.gov.my

1 Julai 2011...Tak apalah. Rezeki dah ditetapkan begitu. Terima sajalah dan, apa pun, Syukur Alhamdulillah. 

Sementelah ternoktahnya topik ini, saya siarkan semula sajak yang terdapat dalam'Coretan Xnuripilot'....
Saya tabik spring kepada Datuk Othman yang sedia melayan kerenah mejar pencen ini. Siapalah saya ini dibandingkan dengan status beliau!! Untuk itu, sekali lagi....TERIMA KASIH, DATUK.