Followers

Wednesday, March 2, 2011

Bt Kepong Dalam Kenangan

Saya terima skrip berikut dari pihak Arkib Negara Malaysia (ANM) tentang Peristiwa Bukit Kepong. Pegawai berkenaan, Puan Sulasteri, telah menghantar e-mel kepada saya setelah membaca surat saya dalam 'Forum' di  sini.
PERISTIWA BUKIT KEPONG 
Tarikh Peristiwa: 23.2.1950

Pada hari ini dalam tahun  1950, Balai Polis Bukit Kepong  telah bermandi darah apabila  seramai 25 anggota polis dan orang awam telah terkorban dalam pertempuran akibat serangan pengganas-pengganas komunis. Mereka ialah tiga Pegawai Polis berpangkat rendah, enam anggota  polis biasa, tiga anggota  polis `Marine', dua anggota  polis tambahan, lima anggota  polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak anggota polis biasa, dan dua orang awam. Jumlah tersebut tidak termasuk kemalangan di pihak pengganas komunis, di mana tiga orang terbunuh dan 17 cedera.  Di samping itu tiga buah bangunan telah musnah. Serangan telah dimulakan pada waktu subuh oleh segerombolan pengganas komunis seramai 180 orang.  Mereka telah mengepung Balai Polis Bukit Kepong yang ketika itu sedang dikawal oleh 3 anggota polis.  Apabila tembak menembak bermula kesemua anggota termasuk anak isteri mereka turut membantu dan berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Balai Polis itu tidak berjaya ditawan oleh pengganas-pengganas komunis tetapi keseluruhan Balai telah dibakar dan mengorbankan nyawa anggota polis dan keluarga mereka. Pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dengan bantuan orang-orang kampung itu adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya.   Berbekalkan kecekalan dan kekuatan serta  beberapa laras senapang, anggota-anggota Balai Polis Bukit Kepong di bawah pimpinan Sarjan Jamil Mohd Shah  telah  berjuang  mempertahankan  balai.  Ketabahan  dan  semangat  juang perwira-perwira  yang  gugur  tersebut  harus  menjadi  inspirasi  dalam mengekalkan  kebebasan,  kemerdekaan  dan  keharmonian  negara.
Skrip: Abdul Rahman Johari / Arkib Negara Malaysia
Puan Sulasteri...Terima kasih. 

14 comments:

azwazis said...

Antara cerita Melayu terbaik pernah dihasilkan

Temuk said...

As-Salam Mej.
Peristiwa yang sungguh-sungguh menyanyat hati! Pun amat terbatas dari segi bilangan dan senjata, mereka berjuang berhabis-habisan. Saja 'curious', adakah dan pernahkah pihak-pihak tertentu menyebut kematian pahlawan-pahlawan kita itu sebagai mati syahid?

Platun Pandura said...

Salam Tuan,

Alhamdulillah...., akhirnya perjuangan dan pengorbanan wira-wira negara terutamanya wira Bukit Kepong telah mendapat perhatian dari pihak berwajib dan kisah perjuangan mereka telah dijadikan salah satu tajuk/kisah penting dalam lipatan sejarah tanahair kita,serta diabadikan dalam Arkib Negara Malaysia.

Tahniah buat tuan kerana tampa usaha tuan selama ini, ia tidak akan menjadi satu kenyataan. Kesanggupan tuan dalam membela nasib bekas wira-wira negara adalah satu usaha yang sungguh mulia. Tampa mengenal erti penat dan jemu, tuan tetap berusaha memperjuangkan kisah suka duka pengorbanan wira-wira negara sehingga adakalanya ia dipandang sinis oleh sesetengah pihak ataupun golongan tertentu. Padahal mereka inilah wira-wira negara yang sanggup berkorban demi satu tugas yang diamanahkan dan satu matlamat serta tujuan, iaitu mempertahankan ibu pertiwi yang berdaulat ini dari ancaman petualang/penderhaka negara.

Pernah ataupun telah terjadi, apabila wira-wira ini telah dipinggirkan ataupun terpinggir serta tiada pihak/golongan yang perihatin sanggup datang menghulurkan bantuan pada keluarga/waris untuk wira-wira yang terkorban ataupun yang tercedera serta mengalami kecacatan kekal. Umpama perjuangan dan pengorbanan wira-wira ini telah dilupakan dan tiada satu pihak/golongan yang memandang tinggi akan perjuangan dan pengorbanan wira-wira ini baik dari golongan tertinggi atau pihak atasan. Apatah lagi generasi masa kini yang masih muda/remaja yang buta sejarah negara sendiri dan jika ditanya mengenai wira-wira kita, nescaya ada sesetengah diantara remaja zaman/masa kini langsung tidak mengetahuinya. Percaya atau tidak, cuba ditanya mengenai sejarah zaman penjajah Inggeris dahulu, pasti remaja-remaja ini mengetahuinya. Mungkin remaja-remaja sekarang tidak mengetahui ataupun tidak mahu mengambil tahu siapakah wira-wira negara kita yang telah menjadikan tanah ibu pertiwi ini AMAN MAKMUR DAMAI DAN TENTERAM dari ancaman petualang/penderhaka negara.

Tuan, I salute and I respect whatever the sacrifice that you are doing is noble.

freebooterrambo said...

Pening untuk mentafsirkan kenapa Mat Indera menyertai komunis dan mengetuai serangan ke atas Balai Bukit Kepong? Apakah dalil-dalil agama yang digunakannya? Sedangkan dia adalah seorang yang berpendidikan tinggi dalam soal agama.

Inilah bahayanya jerat Komunisme, suatu ideologi ciptaan manusia, yang berbeza dengan jalan agama yang diredhai oleh Allah.

Anonymous said...

salam tuan..

Komunis tetap komunis biarpun melayu atau cina atau india..apa yg diperjuangkan oleh mereka tetap tidak betul..veteran komunis mendakwa bahawa mereka adalah pejuang negara yg sebenar..tetapi kalau mereka memperjuangkan kebebasan negara kenapa mereka menyerang dan membunuh orang awam yg tidak berdosa..tindakan komunis menyerang orang awam yang tidak bersenjata dan berupaya untuk melawan atau menentang komunis adalah bacul sama sekali..

Pengorbanan anggota pasukan keselamatan (polis dan tentera) sehingga ramai yg terkorban atau cacat kekal adalah faktor rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman dan sejahtera pada hari ini..tanpa pengorbanan darah dari pasukan keselamatan tak mungkin negara kita akan aman damai seperti hari ini..oleh itu adalah wajar bagi kita semua berasa bersyukur dan menghargai pengorbanan darah yg diberikan oleh warga pasukan keselamatan..


Khaidir

Anonymous said...

Salam Tuan,

Saya ingin mengetahui suatu peristiwa yang berlaku pada tahun 70 an apabila arwah Kapten Nasir Ma Lee diangkat sebagai National Hero apabila arwah berjaya menyelamatkan kakitangan bank Maybank (kalau tak silap saya) yang terperangkap di atas bangunan yang sedang terbaka. Arwah Kapten Nasir Ma Lee memang diserapkan ke angkatan tentera udara dahulu ataupun daripada angkatan tentera darat sebelum menyertai tentera udara,tuan?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Kapt Nasir Ma Lee adalah jurulatih saya ketika mengikuti kursus penerbangan di SEA Helicopter pada 1973. Arwah adalah 100% juruterbang TUDM. Arwah telah terlibat menyelamat mangsa kebakaran Bank Bumiputra (berhadapan dengan Ibu Pejabat CIMB sekarang ini), Jln Melaka.

Arwah terkorban dalam satu nahas pesawat ringan di kawasan Janda Baik. Pelatih beliau terselamat.

Anonymous said...

Salam tuan,

Kalau tuan ada menyimpan keratan akhbar tentang operasi menyelamat yang dilakukan oleh Kapten Nasir, boleh tak tuan menyiarkannya dalam blog tuan?

Luke

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Sayang sekali filem Bukit Kepong hanya dimainkan di TV sekali setahun (tu pun tak tentu) tak kala nak menyambut Hari Kebangsaan sahaja.

Saya rasa golongan muda sudah tidak tahu apa itu Bukit Kepong dan kisahnya.

Mcm Sidang Khaidir kata tu mmg setuju sangat. Komunis is still komunis.

Anyway, Khaidir how's life as Sidang in Langkawi. Kereta kena hantar repair tak? Sorry tuan melencong skit.

Anonymous said...

salam saudara kamal sanusi..

Hahaha kereta biar dlu cam tu..hahaha..


Khaidir

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih.

Cikgu,

Soalan cikgu tak terjawab. Apa pun hanya Allah yang menentukan. Kita hanya mampu berdoa agar wira-wira tersebut termasuk dalam golongan yang diberkatiNya.

Saudara Sanusi,

No problem. Sekurang-kurangnya dapat menjalinkan silaturahim.

Saudara freebooterrambo,

Sedih memikirkan ramai di antara pengganas komunis berpendidikan agama. Bagaimana mereka boleh dipengaruhi dengan komunisme!

Saudara Luke,

Maaf saya tiada keratan akhbar tentang laporan membabitkan arwah kapt Nasir Ma Lee ketika kebakaran Bank Bumiputera.

Anonymous said...

Dear sir....
trima kasih kerana menyiarkan cerita tentang bukit kepong di blog tuan. Banyak input yg saya perolehi. Sekarang saya dah tau dibawah pimpinan siapa wira2 bukit kepong ni......slama ni yang saya tau Jins Samsudin saja......hehehehe
Any way keep it up sir !

perisai 5 said...

salam, mejar, "bodevac" "casevac"...setelah membaca Xnuri, baru teman faham,,,dan teman pernah melihat "bodevac" tertera lambang PDRM & ATM di turunkan dari perut NURI di padang 2 briged berdekatan PERNAMA dan Hospital ATM di ipoh, sungguh sayu dan puli walaupun ketika itu teman berumur 6 ke 10 tahun, kejadian sekitar akhir 70 an & awal 80an alfatihah kepada WIRA2 NEGARA YG SEBENARNYA....

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara perisai 5,

Terima kasih. Memang sedih apabila ditugaskan untuk mengambil casevac/bodevac anggota kita dari dalam hutan. Mereka yang melobi agar Chin Peng kembali ke Malaysia tidak langsung terfikir bagaimana perasaan para veteran/keluarga yang terpaksa menanggung kesengsaraan sepanjang hayat.