Namun demikian, saya perhatikan terdapat percanggahan terhadap BILA elaun tersebut dikuatkuasakan. Apa yang saya difahamkan, YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa mulai 2009. Saya dan juga MST pasti tidak memetik angka tersebut dari 'thin air' begitu sahaja! Kami berlandaskan apa yang diumum oleh beliau (YAB PM) pada 30 Julai 2011 di Port Dickson.

Saya harap pihak Datuk dapat mempastikan BILA sebenarnya tarikh/bulan/tahun yang dimaksudkan. Tanpa sebarang penjelasan, saya mempunyai persepsi negatif bahawa pihak pelaksana tidak menepati apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai yang akan kecewa. Mungkin insiden SBPA boleh dijadikan iktibar yang perlaksanaannya terpaksa ditangguh.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Datuk selanjutnya. Saya harap e-mel ini akan mennoktahkan perjuangan saya selama 3 tahun. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Respons Datuk Othman pada hari yang yang sama, 2 Feb 2012...

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh, 

Tuan, 

Sukacita saya merujuk kepada pertanyaan tuan seperti email dibawah dan setelah semakan terperinci dibuat oleh pihak JPM , pemberian Elaun Kenangan yang telah diputuskan oleh Kerajaan adalah  mulai 1 Julai 2011. 

Untuk makluman tuan jua dan terima kasih. 

 "Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang" 
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti" 

OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD 
2 Februari 2012 
( 03 – 887 21800 | 6 03 – 8888  3834 | * othmanm@pajpm.gov.my

1 Julai 2011...Tak apalah. Rezeki dah ditetapkan begitu. Terima sajalah dan, apa pun, Syukur Alhamdulillah. 

Sementelah ternoktahnya topik ini, saya siarkan semula sajak yang terdapat dalam'Coretan Xnuripilot'....
Saya tabik spring kepada Datuk Othman yang sedia melayan kerenah mejar pencen ini. Siapalah saya ini dibandingkan dengan status beliau!! Untuk itu, sekali lagi....TERIMA KASIH, DATUK.