Followers

Thursday, March 17, 2011

Memperingati Wira-Wira Bt Kepong

Pembaca...Baru habis baca 'Chapter 9' buku "A DOCTOR IN THE HOUSE, The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad"...Sungguh menarik.  Beliau turut menyentuh peristiwa 'Bukit Kepong' (di sini) pada muka surat 117 & 118 berikut....



Sebenarnya saya ada menghantar sms kepada seorang MP pada 15 Feb 2011 mencadangkan agar beliau membawa isu ini dalam persidangan Parlimen yang sedang bersidang sekarang. Malah, pagi tadi, jam 0649, sekali lagi saya menghantar sms '...Salam. Peristiwa 'Bukit Kepong'  dah difilemkan, dicerita dalam akhbar, dipamer di  Muzium PDRM. Terakhir tercatat dalam buku 'A DOCTOR IN THE HOUSE' oleh Tun Dr Mahathir, ms 117 & 118. Tidakkah wira-wira negara ini layak menerima Anugerah Perkasa - SP, PGB & KPK? Harap isu ini dapat dibawa ke persidangan Parlimen yang sedang berlansung sekarang ini. Terima kasih.' Respons beliau ialah '...Salam. Saya sudah bawa dlm ucapan perbahasan titah di raja pd 8hb mac. tk.'

Jadi, saya pun melayari 'hansard' di laman sesawang Parlimen. Apa yang dibangkitkan ialah tentang arwah Jen Tun Ibrahim dan arwah Lt Adnan...tiada langsung menyentuh wira-wira Bukit Kepong! Jawabnya, melayanglah sms ini '...Dah baca hansard. Dato' tidak menyebut wira2 Bt Kepong, hanya arwah Jen Tun Ibrahim & Lt Adnan. Anyway, tk'. Ingat dah tutup kes. Tiba-tiba pada jam 1104, terima sms '...Ok..masa menteri jawab akan d bangkit'. Kita tunggu dan lihat sajalah.

Pembaca...Sekiranya anda mengenali seseorang yang berpengaruh, mengapa tidak 'sound-sound'kan sikit agar negara menganugerah Darjah Perkasa kepada wira-wira berkenaan. 

12 comments:

jibeng said...

salam tuan, dia org masih sibuk dengan LCW kalahkan Lin Dan kot???

hafiz said...

kena terus mendesak...

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Lanjutan dari posting bertajuk "Tidak Memberangsangkan", saya harap janganlah pak menteri berkenaan memberi jawapan sebegini rupa...

"Kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk menganugerahkan darjah perkasa kepada wira-wira Bukit Kepong. Dengan ini diminta semua wira-wira atau waris membuat permohonan melalui JHEV terdekat"

Kalaulah PJM pun mereka tiada pangkalan data mengenai siapa yg layak, inikan pula untuk wira-wira berkenaan.

Anonymous said...

salam untuk semua.

Daripada komen komen yg telah di baca dalam hal hal wira, pingat, elaun dan sebagainya. dapatlah di rumuskan bahawa sekiranya wira dan penerima pingat dll ianya bukan di klasifikasikan sebagai "fix deposit" PRK/ PRU maka ianya tidak ada nilai untuk di perbincangkan maupun dipertimbangkan sebarang ganjaran dan imbuhan. Tak berprestige....

Arunzab said...

Saudara Nor,
The incident of Bukit Kepong took place in 1950, well before merdeka since then we have had six Prime ministers. Yet none of them took it upon them selves to reward these hero's of Bukit Kepong. Now Tun Mahathir mentions in his book " Their tenacity and courage won them an honored place in our history books .............." I am certainly not impressed as an honored place in our history books is just not good enough. Tun was the PM for 22 years during which time he was also the Defense Minister. Why did he not initiate any form of reward for these hero's. Yet in 2000 when Tun was still the PM the Sauk incident which pales in compression to Bt Kepong yielded two SP's and four PGB's. In 2005 and 2007 I wrote in the NST urging the authorities to recognise and reward these hero's of Bt.Kepong yet nothing was done. We ex-servicemen who hold no high office of honorifics before our name can only do so much.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Sebelum solat Jumaat tadi, jam 1303, sekali lagi saya menghantar sms kepada YB memperingatkan beliau tentang wira-wira Bt Kepong. Respons beliau pada jam 1413 'K.faham.tk'.

Betul kata saudara Arunzab. Sebagai seorang rakyat kerdil yang tidak bergelar dan berstatus tinggi, ini sajalah yang termampu saya lakukan.

Moza Aqm said...

Tuan Nor
Certainly I fully agreed with what Sdr Arunzab said, to me as an x-serviceman "almaunnah" is just kucing kurap terrorist, fighting terrorist inside the durian orchard is no big deal compare to Bukit Kepong incident.This Bukit Kepong warriors deserve more, the warriors has passed away but the scare stil left behind to their family, are the new generation understand the feeling of Bukit Kepong families members? who will answer this episode? certainly not us right, but the the top gun will, just wait an see

Yastro said...

Hmmm...lambat lagi la nihhh

Anonymous said...

Salam tuan2 semua..

Di Malaysia nie hanya golongan artis dan ahli sukan sahaja yg akan dikenang dan berikan pelbagai anugerah..mmg mereka juga ada memberikan sumbangan kpd negara tetapi tidak sehebat perwira ATM dan PDRM..seingat saya tidak pernah berlaku kejadian di mana artis2 atau ahli sukan mengorbankan nyawa mereka utk Malaysia..tetapi sudah ramai anggota pasukan keselamatan kita yg gugur atau cacat akibat dr kesetiaan mereka utk negara..

Dalam hal ini sy amat kagum dgn USA..they will honour their fallen warriors with medals and everything..that is one thing we should follow..yg sedihnya perkara mcm tu dipandang rendah oleh org kita..

khaidir

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Khaidir,

Terima kasih. Saya juga kagum dengan USA yang mengiktiraf mereka yang terkorban demi untuk negara. Wira-wira tersebut disemadikan di Arlington War Memorial...Tak kira pangkat dan status: dari Presiden hingga ke prebet. Paling tidak pun, buatlah seperti yang terdapat di Taiping dan Labuan.

Saya berharap misi squad-mate, Lt Kol Rizal (B), untuk melobi kerajaan mewujudkan War Memorial untuk wira-wira akan menjadi kenyataan. Sila baca coretan di bawah label "War Memorial".

Arunzab said...

Down loaded from internet.

Imbas kembali wira negara yg dilupakan...
Beberapa hari yang lalu Edisi Siasat NTV7 memaparkan kisah Yusof Rono, satu-satunya anggota polis yang masih hidup sehingga hari ini yang terlibat dalam pertempuran seawal 5 pagi di Balai Polis Bukit Kepong pada 1950. Edisi Siasat menunjukkan betapa terpinggirnya Yusof Rono dari masyarakat tanpa penghargaan sewajarnya berbanding bekas anggota komunis yang mendapat insentif dari kerajaan.

Al-Fatihah...semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin.Bersyukurlah kita dan hargailah jasa2 mereka, tanpa mereka mungkin komunis dah takluk negara kita..

2003

trooper_knife said...

sokong 100% apa yang telah disuarakan oleh Tun.