Pengikut

Selasa, 17 April 2012

'...Kenapa Kami Tidak Dikenang'

Saya tertarik dengan komen di sini, petikan '...semasa satu perhimpunan RAFOC "Kenapa kami yang tidak cerdera, dan tidak terkorban semasa melawan PKM demi mempertahankan kedaulatan negara tidak di kenang jasa kami? Kami hidup kerana kami terlatih, tetapi kenapa kami tidak di kenang?..."


Persoalannya, apakah yang dimaksudkan 'kenapa kami tidak dikenang? Pemahaman saya apa yang cuba diluahkan ialah ketiadaan 'pengiktirafan/penghargaan'  terhadap pengorbanan 'mempertahankan kedaulatan negara'. Apakah bentuk pengiktirafan yang diharapkan? 


Adakah dalam bentuk RM? Jika itu yang diharapkan, saya rasa buat sementara waktu ini....Lupakan sajalah! Ya...Memang saya begitu pessimistik kerana saya telah berusaha tetapi sehingga kini masih tiada petunjuk positif daripada pihak berwajib. Namun demikian, ini tidak bererti saya dah 'give up'. Saya telah menghantar surat/emel kepada kerajaan negeri tertentu tetapi....sepi sesepinya. Malah perjuangan saya ini telah di'highlight' di sini.


Adakah dalam bentuk penganugerahan pingat/bintang? Mengapa tidak? Pada pendapat mejar pencen ini, ramai para veteran sepatutnya dianugerah pingat/bintang oleh negeri-negeri dan juga Persekutuan. Masalahnya, siapa yang nak jadi pencalon? Jangan kata tiada 'avenues' kerana sebenarnya pencalonan boleh dibuat oleh Persatuan/Pertubuhan. Pokoknya....Bersediakan badan-badan tersebut mencalonkan ahli-ahlinya? Saya ada mengesyorkan kepada 2 organisasi agar mencadangkan ahli-ahli mereka dicalonkan anugerah negeri-negeri tertentu. Saya difahamkan satu persatuan tersebut telah mencalonkan 4 ahli mereka. Samaada berjaya atau sebaliknya...Wallahualam. Saya sungguh gembira apabila negeri Sarawak menganugerahkan gelaran 'Datuk' kepada Datuk Kanang walaupun beliau bukannya seorang pegawai atau pun ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal. Mungkin ada yang tak mahu...OKlah..Itu haknya. Tetapi ramai lagi mengharapkan anugerah pingat/bintang. (Klik di sini). 


Apa pula pengiktirafan kepada saya? Buku saya terdapat di semua perpustakaan awam di seluruh negara. Sama ada ia dibaca, itu lain cerita. Sekurang-kurangnya pengorbanan para wira yang tak didendang boleh dihayati oleh para pembaca. Pengkisahan tidak terhad kepada mereka yang tertentu sahaja. Tiada larangan bagi sesiapa pun untuk mengabadikan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Ayoh...apa lagi yang ditunggu...Ketuk sajalah keyboard komputer tu. 


Saya bersyukur kepada Ilahi kerana 'the lonely and uphill struggle' saya untuk mendapatkan Elaun Kenangan telah berjaya. Berita ini, saya percaya, sudah pasti mengembirakan sejumlah 123 penerima/waris...Satu pengiktirafan. 

Saya sungguh menghargai apabila menerima sijil-sijil berikut daripada Kolej Komuniti Tasek Gelugor...Satu pengiktirafan...


Diserah sendiri oleh pihak Kolej pada 06 Januari 2012

Bersama staf Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Dari kiri: Chef Mohd Ridhwan, En Anwar@Pa (Pengarah), saya, Puan Rozanazirah, Chef Azrul. Tiada dalam gambar: En Mohd Izairi 

Diterima pada 16 April 2012 melalui pos

....Dan bila diundang ke majlis ini.  Saya bersyukur sekiranya agensi-agensi kerajaan tertentu mengundang para wira untuk mengisahkan pengalaman mereka. Bagi tujuan itu, saya telah menghantar e-mel ke beberapa organisasi, seperti IPTA, termasuk Bos No 1 ATM (di sini) dan Pak Menteri (di sini). Saya mahukan para veteran menceritakan pengalaman mereka sendiri, tidak kira pangkat, jika dijemput. 

Untuk mendapatkan bakal 'Pengkisah', saya telah menghubungi individu/persatuan yang saya tahu. Saya berterima kasih kepada Persatuan Xsappers Bahagian Utara kerana telah menjemput saya ke Mesyuarat Agong mereka yang diadakan di Kelab Golf Permaipura, Gurun pada 24 Mac 2012. Saya diberi peluang untuk memaklumkan kepada ahli-ahli Persatuan sekiranya mereka bersetuju menjadi pengkisah jika diundang. Satu pengiktirafan. 

Duduk sebelah kiri: Mej Fauzi - Setiausaha Persatuan

15 April 2012....Ketika sedang pekena capati di Tanah Merah, Jitra, saya telah didatangi oleh 2 orang veteran. Mereka berdua telah menghubungi saya untuk berbincang sesuatu perkara. Saya tidak mengenali mereka. Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar saya bertanding untuk jawatan 'bos' persatuan veteran tertentu bagi kawasan saya. Terus terang saya maklum, setakat ini, saya tidak berminat. Satu pengiktirafan.
  
Rumusannya...Takrifan 'kenapa kami tidak dikenang' adalah relatif. Pada mejar pencen ini, Pengiktirafan bukan sekadar terhad kepada imbuhan berbentuk RM dan pingat/bintang sahaja. Tafsirannya terpulang kepada individu. Bagi mencapai apa yang dikehendaki...You've to work for it. Ia tidak datang bergolek begitu saja. Dan, persatuan BOLEH memainkan peranan penting demi untuk kesejahteraan para ahli mereka. Walau apa pun pengiktirafan/penghargaan, pada saya, yang paling penting ia memberi satu kepuasan (personal satisfaction) dalam diri saya dengan harapan ia mendapat keredhaan dan keberkatan-Nya.

15 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan.. maaf cakap tuan,di malaysia ini hanya golongan artis atau ahli sukan saja yg sering menerima bantuan atau imbuhan tertentu atas jasa mereka.. jasa?

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan;
saya amat meminati tulisan tuan melalui buku tuan. Rasa sangat terharu.

Sudikah tuan memberi ceramah sempena sambutan bulan kemerdekaan di sekolah saya yang jauh di selatan ini?

Walaupun kami mengecapi nikmat kemerdekaan namun usaha menanamkan rasa cintakan tanah air perlu dilakukan secara berterusan. Kami pernah menjemput setiausaha agung pertama UMNO iaitu Datuk Borhan (semoga beliau masih lagi sihat) untuk memberi ceramah perjuangan kemerdekaan melalui politik.

Jika pihak tuan sudi, bolehkan kami menghubungi tuan melalui email laman blog tuan.

Terima kasih

- warga kerdil negeri Hang Tuah -

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara SENAPANG PATAH,

Terima kasih. Sekarang ini, sesiapa yang 'mengharumkan' negara adalah wira negara. Itulah kenyataannya!!

Anonymous,

Terima kasih di atas jemputan anda...Satu pengiktirafan bagi saya. Maaf tidak dapat menunaikan jemputan tersebut kerana jaraknya jauh. Namun demikian, mungkin rakan seperjuangan saya di selatan sana boleh memenuhi undangan tersebut. Saya akan berikan nama mereka dan anda cuba menghubunginya. Sila beri alamat emel anda. Emel saya ialah nibsny@yahoo.com.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan kerana respon dengan permintaan saya. Insya'allah saya akan usahakan sampai jadi.

Cakap pasal kemerdekaan ini memang amat sensitif sikit buat saya kerana dilahirkan pada tarikh tersebut. Sekolah saya pernah juga menerima penceramah daripada warga veteran tentera namun kurang 'kick' sebab mungkin tak mahu berkongsi rahsia dan rasa.

Saya akan cuba hubungi tuan melalui email yang diberi. Terima kasih banyak2 dan saya sesungguhnya amat terharu.

-warga kerdil negeri Hang Tuah-

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Memang BENAR dan TEPAT apa yang Tuan utarakan dan komen sahabat saya Senapang Patah.......memang(maaf cakap)....tak dak sapa nak kenang bila dah x BERGUNA...cuma kita sendirilah yang mesti usaha untuk di Kenang ! Sekurang2nya mendokumentasikan apa jua pengalaman semasa BERKHIDMAT dulu...(Utk DIJADIKAN bahan rujuk NANTI)Setiap Orang PASTI punya cerita dan pengalaman sendiri.... dik MALAS nak coretkan(atas sebab tertentu?)- jadi BAHAN berguna tu akan turut HILANG dan LENYAP pabila kita di jemput mengadap ALLAH nanti .....
Saya amat KAGUM dgn Tuan...dalam kepayahan dan ranjau yg tak kunjung PADAM, masih gigih dan mampu utk terus BERJUANG...TABIK TUAN!.Doa dan harap saya ,segala kerja baik Tuan di BERKATI ALLAH SWT.AMIN!

Kpd Para XSprs dan kelurga,saya ucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HUT RAJD KE 59 'pada 22 Apr 2012...Alfatihah buat para ROH xSprs yg telah di pggl dulu mengadapNya.AMIN.



Pada 22 Apr 2012 nnt.,HUT RAJD ke 59 yang akan di rayakan di IKEM Kluang,Johor..kami xSprs di undang/persilakan HADIR..Insyaallah,ExSprs Utara akan ke sana dgn menaiki keretapi Express Rakyat dari Bworth keKluang...seramai 170 org xSprs Isteri/Balu dan Anak2akan mengikti Rombongan ini. Moga2 MUSAFIR di waktu2 senja begini MASIH mampu memperkukuh ukhwah di antara kami,Insyaallah!
Selalu dok teringat ungkapan Almarhum Presiden Sukarno 'Bangsa yang tahu MENGHARGAI Jasa PAHLAWANNya adalah Bangsa Yang Besar'(Kita bagaimana? Wallahu aklam)

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Between you and every goal that you wish to achieve, there is a series of obstacles, and the bigger the goal, the bigger the obstacles. Your decision to be, have and do something out of the ordinary entails facing difficulties and challenges that are out of the ordinary as well. Your greatest asset is simply your ability to stay with it longer than anyone else. Go on with the good intention and great job Tn.Mejar. Don't be discouraged Tn. It's often the last key in the bunch that opens the lock. Never give up on what you really want to do. The person with big dreams is more powerful than one with all the facts. When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place. I'm definitely sure your fellow comrades and all the ex-servicemen concern are with you. More so, its united we stand, divided we fall. One fine day - this great deed and intention of yours would be made possible.

Well Tn Mejar, the invitation and for sure the numerous forthcoming invitation, sure is an early, good indication...a new beginning indeed! Well, to achieve anything requires faith and belief in ourselves, vision, hard work, determination, and dedication. All things are possible for those who believe. PERSIST...with an idea, determination, and the right tools, am sure Tn and all the ex-servicemen can do great things.

Tn Mejar, pengalaman dan perjalanan kehidupan anggota military dalam menjaga dan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara ini, sesungguhnya adalah khazanah negara yang tidak dapat dijual beli. Pengalaman sebenar mereka2 yang terlibat yang telah sendiri melalui pahit getirnya ini tidak mungkin akan dapat diketahui generasi baru tanpa ada usaha sepertimana yang telah Tuan lakukan. Tahniah atas segala usaha gigih Tuan membukukan memoir pengalaman Tuan dan rakan2 seperjuangan Tuan.

Sudah tiba masanya kerajaan negeri juga khususnya menghargai jasa2 anggota ATM; terutamanya anak2 negeri masing2; yang telah lama berkorban masa dan tenaga, malah jiwa raga mereka menjaga keamanan dan kedaulatan negara ini. Satu tugas dan tanggungjawab yang tidak semua dan calang2 orang yang sanggup menggalasnya...These men are ordinary men with extra ordinary courage who had risks their lives to save their friends. It does not matter whether the men who suffered on the battlefield, and the dependants of those who died, were heroes or time-servers; nor whether they fought in wars that posterity admires, or those that it does not. When soldiers, sailors and airmen don the King’s uniform, they become our representatives in arms, fulfilling duties and purposes that most of us have been mercifully spared. They may be at so many times and in so many alien places: patrolling the borders of the north, east and west coast in heavy drizzle; wrapped in misty fog in the jungle terrains; or thick with dust on a village street deep in the provinces. Today's veterans and their families neither want nor deserve that kind of pity, but they profoundly deserve our respect. These ex-servicemen and servicemen deserved the best of treatment and compliments from our supposedly grateful citizens cum nation.

Tersangat wajarlah pengorbanan setiap anggota perajurit dihargai dan dijulang...tanpa prejudis dan tolak ansur.....Nyawa dan pengorbanan mereka/kalian tiada yang dapat menyetarakannya dengan apa sekalipun, waimahpun dengan timbunan wang ringgit dan emas menggunung.

Namun, yang menyedihkan, apakan daya, 'wira' yang mengharumkan negara lebih dihargai daripada 'wira' yang berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan Negara !

p/s After Winston Churchill … "Never, never, never give up!"

After Presiden Sukarno …

BANGSA YANG BESAR IALAH BANGSA YANG MENGHARGAI JASA PAHLAWAN NEGARANYA.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih Mejar dan rakan-rakan seperjuangan kerana mempertahankan tanah air, semoga Allah jua yg dpt membalas jasa2 kalian

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
I am perturbed by whoever asked  Kenapa "Kami Tidak Dikenang' (  "Kenapa kami yang tidak cerdera, dan tidak terkorban semasa melawan PKM demi mempertahankan kedaulatan negara tidak di kenang jasa kami? KAMI HIDUP KERANA KAMI TERLATIH)  Saya rasa perkataan  saperti ini ialah chakap takbor. Sebenar nya semu anggota ATM adalah terlatih sabaik baik nya dalam bidang masim masim. Ini juga dengan kata erti lain boleh bermaksud  anggota yang tercrdera dan yang terkorban adalah akibat kurang terlateh. Bobby Trap, peluru musoh dan kemalangan tidak kenal antara yang konon nya TERLATIH dan yang 'kurang terlateh'  malang tidak berbau dan bila sampai ajaal kita terpaksa terima hakikat nya. Hidup mati kita ada lah dalam tangan Tuhan yang maha isa.

One has also to understand that not every one can be given prefered treatment (Dekenang) , there has to be a cut off point. Mostly  those who have during service proven by deeds and action that they have gone beyon the call of duty, or those unfortunate to be injured or  killed during service are given such prevlidge or monitory awards. However this does not mean that the services and sacrifices  of those outside this category  are not appericiated but there is a time and place for every one and they should appreciate that.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

The question "...Kenapa kami tidak dikenang..." is very subjective and one can give his opinion/answer based on the angle of perspective which may vary from others.

Recently there was a statement from Zahid Hamidi during meeting with all ex-1RMAD that those ex-service without pension will be given some monetary aids. Happy to heard that but as usual when & how to receive it is a big "??".

The fact remain that when you join and leave the army, recognition is not a priority as it is a duty of soldiers to do what he is supposed to do. Main focus is to continue the living in the civilian life in accordance to current economic pressure.

We need to go fishing rather than asking and waiting for people to come and give fish.

However, I do support some recognition to be given to all those unsung heroes in anyway.

Arunzab berkata...

These days every one seems to be referred to  as UNSUNG HEROS (WIRA TAK DI DENDANG)  By definition an unsung hero is one who have helped or did Great Acts  for the betterment of his friends or establishment, it can also be a group people yet received little to no recognition for their deeds. 
An ordinary Joe who all through his career does only what is expected of him is hardly an unsung hero. 

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Lt Kol Basri Dan Mejar Nor... menjelang tarikh 21 April... HUT Ops Kota Gubir.. Tuan berdua adalah Hero saya,saya merasa amat bangga dapat mengenali tuan,walaupun kita belum berpeluang untuk bertemu lagi.. Selamat HUT tuan !

basri bin omar berkata...

Salam Sdr Senapang Patah!

Tk ats ingatan dan peduli terhadap kami...Jom ikut saya ke Kluang jika ada masa...Insyaallah saya akan JMB Kuala Lumpur Sentral tghari 21 Apr menaiki Keretapi Express Rakyat ke Kluang...! Bila nakjumpa lg?

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan Basri,

Terima kasih atas jemputan,1 pehormatan kpd saya apabila wira PGB kita memjemput saya utk turut serta ke Majlis HUT RAJD,pada tarikh 21hb ada hari persekolahan macam biasa tuan,saya sudah berhijrah kedunia baru terlibat dlm perniagaan keluarga tuan.
Tuan ini no telefon terbaru saya 012 2345417 ,no lama hilang tuan.
Selamat HUT Tuan !!!!!

Abah berkata...

Warga Kerdil Negeri Hang Tuah,

Terimakasih diatas keprihatinan serta kepekaan sdra didalam hal-hal kepatriotik dan keselamatan. Untuk memudahkan cara sila hubungi Kol Nik Presiden KVKM untuk mendapat sebarang respond berkaitan permasalahan berhubungkait dengan perceramah perkara yang relevan. Saya kira KVKM boleh memberi kerjasama dalam hal tsb. TK

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Lt Kol Basri & SENAPANG PATAH,

Terima kasih. Saya juga turut terharu apabila Kol Basri menjemput saya ke Kluang untuk meraikan HUT Kor RAJD. itu satu pengiktirafan.

Abah,

Harap beri # telefon/emel anggota berkenaan bagi memudahkan Warga Kerdil menghubungi. Terima kasih.